Sunday, 26 February 2023

Kenapa Nak Lagi #blogmegashaklee 2.0, Tak Cukup Ke Review dan Feedback Blog Mega Shaklee 1.0?

Niat Nuha join Projek Blog Mega Shaklee 1.0 untuk dapatkan semula rentak dalam menulis blog. Tengok last entry Nuha sebelum join Projek Blog Mega Shaklee 1.0 ni ialah tahun 2019. Sebelum Covid wujud awak. Punya berkurun tak menulis di blog! 

REVIEW / FEEDBACK PROJEK BLOG MEGA SHAKLEE 1.0

GREAT TEAM VIBES

Bila menulis ramai-ramai ni vibes dia lain sikit. Vibes bergerak sama-sama, bila rasa slow kita kejar orang yang dah kat depan. Bila ada kawan yang sedikit slow, kita bantu. Eh ni Nuha bukan buat cerita penyedap rasa, it personally happened to me.

Honestly, Nuha agak tertinggal masa awal-awal Projek Blog Mega Shaklee 1.0 bermula. Busy dengan tugasan sebagai urusetia The Art and Science of Breastfeeding 2022, Master Norita buat briefing secara live 2 3 kali pun Nuha tak join. Nak tengok recording pun tak menyempat.

Sampai ada orang Whatsapp Nuha bagitahu yang dia sparring partner Nuha untuk Blog Mega Shaklee 1.0 dan kami perlu bekerjasama, Nuha terus kelam kabut. Cepat-cepat Nuha tengok semua recording briefing yang Nuha tertinggal. Kalau tak follow briefing Projek Blog Mega Shaklee 1.0 dari awal, memang takkan faham and mungkin akan tersilap steps.

Pulak tu permainan dalam Projek Mega Shaklee 1.0 agak diluar expectation Nuha. Entry yang Nuha tulis perlu di-link ke entry blogger lain, Nuha kena masukkan link entry blogger lain ke dalam entry Nuha, and then perlu masukkan link blog Master Norita ke entry Nuha, dan macam-macam linking. Haaa berbelit kan? Haha. 

Sebab tu kat atas tadi Nuha kata Projek Blog Mega Shaklee 1.0 ni projek yang memerlukan gerakkan bersama sebagai satu pasukan.

Honestly Nuha tak faham sangat strategi ni, tapi cukup sekadar Nuha faham dan tahu apa yang Nuha kena buat dalam Projek Blog Mega Shaklee 1.0. 

Nuha sangat yakin Projek Blog Mega Shaklee 1.0 satu comeback yang akan bantu blog Nuha grow blog, grow sale dan grow Team Excellenters. InshaAllah.

KAWAN BARU DARI LANGIT

Blog Mega Shaklee 1.0 buat Nuha dapat kawan baru tanpa diminta. Ingatkan task Blog Mega Shaklee ni task individu, tapi lepas follow briefing and sparring partner cari Nuha, automatic Nuha dapat kawan baru. 

Lagi interesting bila kawan baru tu dari macam-macam age range, berbeza susur galur dalam Shaklee. 

Ada peserta yang umurnya lebih kurang mak Nuha. Kagumnya Nuha, umur macam tu masih kuat semangat nak join Projek Blog Mega Shaklee 1.0 dan terbuka nak belajar benda-benda baru. 

INDAHNYA MEMBERI 

Sebagai orang yang dah lama menulis di blog, tecnically Nuha rasa agak selesa untuk join Blog Mega Shaklee 1.0 sebab Nuha tahu sikit-sikit pasal setting, nak adjust itu, adjust ini. Tinggal nak fokus menulis saja. 

Bila bersembang dengan kawan-kawan baru dan sparring partner, ada yang baru pertama kali setup blog. Pertama kali nak menulis di blog. 

Macam mana terkial-kialnya Nuha masa setup blog 11 tahun lepas, Nuha sangat faham apa newbies blogger rasa. Benda teknikal ni bukan boleh mahir dalam masa sehari. So mana yang Nuha tahu, Nuha share pada sparring partner Nuha. 

Happy tau bila dapat memberi dan share apa yang kita tahu. 

HADIAH VIVIX

Tak sangka ya, join Projek Blog Mega Shaklee 1.0 semua peserta dapat hadiah. Masa Nuha tertinggal kereta api awal-awal Projek Blog Mega Shaklee 1.0, ada Nuha tanya sideline Nuha;

Kalau tak submit task kena penalty apa-apa ke? 

Sideline Nuha kata siapa tak submit task tak dapat hadiah. 

Tak tahu lah hadiah Projek Blog Mega Shaklee 1.0 ni apa. Habis dengar semua briefing baru Nuha tahu. Master Norita offer hadiah Vivix, Collagen & Nutriferon pada peserta yang layak. Bukan biasa-biasa ya hadiah dia. 

Since penyertaan Projek Blog Mega Shaklee 1.0 agak ramai, dalam 100 lebih jugak. Nuha tak fikir apa-apa. Cuma Nuha tahu Nuha akan tulis entry baik-baik, completekan task dengan sempurna. Sambil Nuha bernazar;

Dapat hadiah Vivix Nuha nak hadiahkan pada mak Nuha.

Alhamdulillah, Allah makbulkan niat Nuha. Rezeki sebotol Vivix untuk mak Nuha. Mak memang amalkan minum Vivix sejak 2 tahun lepas. 


Projek Blog Mega Shaklee 1.0
Nuha antara pemenang Vivix Projek Blog Mega Shaklee 1.0

Sekarang ni Master Norita buat preliminary activity sebelum ke Projek Blog Mega Shaklee 2.0. 

NAK LAGI #PROJEKMEGASHAKLEE 2.0?

Dah tentu Nuha nak. Projek Blog Mega Shaklee 1.0 berjaya push Nuha untuk post 2 entry baru selepas 2 tahun takde update apa-apa. Projek-projek macam ni la yang Nuha akan jadikan alasan untuk aktif balik menulis di blog. 

Lagipun bila buat aktiviti menulis kat blog ramai-ramai ni dia punya vibes dan output tu lain macam sikit. 

Ada hadiah ke tidak atau apa pun yang Master Norita nak bagi tu Nuha kira nombor 2. Rezeki takkan pernah salah alamat kan?

Blog Mega Shaklee 2.0
Ready for Projek Blog Mega Shaklee 2.0

Satu yang powerful pasal penulisan di blog ni berbanding trending media sosial yang lain, penulisan di blog boleh di-detect oleh search engine. Bila orang search sesuatu di search engine/ browser, result yang akan dikeluarkan akan datang dari website. 

Walaupun kita ada menulis topik yang sama di media sosial, hanya penulisan di website akan di-detect oleh search engine. 

Sebab tu Nuha paksa diri untuk join Projek Blog Mega Shaklee 1.0 dan looking forward to Projek Blog Mega Shaklee 2.0.  Nuha sangat tak sabar!

Dengan kelebihan yang ada pada blog berbanding media sosial trending, semoga Nuha dapat reach lebih ramai orang yang nak kesihatan dan kehidupan yang lebih baik melalui Shaklee. InshaAllah.

#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023

Nuha Hayati
Pengedar Shaklee Kuala Selangor
Instagram: nuha.hayati
Tiktok: nuha.hayati

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.