Saturday 25 March 2023

Shaklee Fun Day 18 Mac 2023

Sabtu lepas, 18 Mac 2023 telah berlangsung Fun Day @ Shaklee Shops. Program bermula dari jam 12 tengahari dan berakhir pada jam 4 petang di Home Office Shaklee Malaysia. Sesiapa yang datang dengan kawan-kawan atau family yang belum jadi Shaklee Family pun berpeluang untuk menang hadiah pada Shaklee Fun Day tersebut.

Shaklee Fun Day @ Shaklee Shops!

Banyak aktiviti, promosi special dan sesiapa yang datang telah berpeluang untuk dapat premium items Shaklee secara percuma. Minuman percuma juga disediakan kepada semua. Ada banyak belon disediakan untuk kanak-kanak. 

Shaklee Fun Day
Shaklee Fun Day 18 Mac 2023

Fun Day ni Shaklee tak open untuk Shaklee Family je tau. Shaklee Business Leaders boleh datang bersama-sama dengan prospek dan Shaklee Independant Distributor yang baru. Shaklee Shops yang terlibat dalam penganjuran Shaklee Fun Day ni adalah Shaklee Home Office Petaling Jaya, Shaklee Shop Kuala Lumpur, Shaklee Shop Kota Bharu dan Shaklee Shop Johor Bahru. 

Pihak Shaklee buat macam-macam aktiviti menarik kepada semua prospek dan Shaklee Distributor baru.

Explore Shaklee Shop dan Cuba Produk Shaklee!

Pengunjung yang datang Sabtu lepas berpeluang untuk explore sendiri Shaklee Shop dan cuba produk Shaklee!. Di Shaklee Home Office, Shaklee sediakan bancuhan Cinch Mix Soy Protein Shake kepada semua. Bukan 1 perisa, tapi semua perisa Cinch Mix Soy Protein Shake yang ada Shaklee serve. Cokelat, Cafe Latte dan Vanilla. 

Shaklee Fun Day
Bancuhan Cinch Mix Soy Proetin Shake.
Meal Replacement waktu sahur

Puas dapat minum semua perisa yang ada. Free flow dan yang paling penting percuma! Orang kata datang sana perut kosong, balik dengan perut kenyang. Cinch Mix Soy Protein Shake ni kan meal replacement. 

Pemeriksaan dan Konsultasi Kesihatan 

Bukan saja-saja datang nak berseronok tau. Tapi pengunjung yang datang dapat check tahap kesihatan tubuh badan masing-masing dan dapat sekali konsultasi produk bersesuian daripada Pakar Nutrisi Shaklee!

Hadiah Ekslusif untuk Pendaftaran Ahli Baru Shaklee

Ini Nuha jeles sangat sebab Nuha tak layak nak dapat. Hanya prospek yang mendaftar keahlian Shaklee pada hari tersebut saja dapat hadiah ekslusif daripada Shaklee. Welcoming gifts gitu!

Buy More and Redeem More!

Sangat merambangkan mata ini. Dahla Shaklee sangat baik hati buat macam-macam promotion sempena Bulan Ramadan ni, tambah lagi dengan on Event-Day-Only Promotions. Hanya Sabtu lepas je ada promosi tersebut dan siapa yang nak grab the offer haruslah walk in ke Shaklee Shops yang terlibat. 

Semakin banyak belian, semakin banyak dapat hadiah. MashaAllah best ya amat!

Dapat Extra Income dengan Shaklee

Pada hari tersebut juga pengunjung berpeluang untuk ketahui bagaimana awak boleh menjana pendapatan tambahan dengan Shaklee sebagai satu peluang bisnes yang mampan. Kepada yang berminat nak tahu cara untuk daftar keahlian dan Bisnes Shaklee, meh Nuha brief sikit ya.

Cara 1: Daftar ahli Shaklee dengan bayaran pendaftaran RM35

Cara 2: Daftar ahli Shaklee secara percuma dengan belian 100uv dan keatas 

Aktiviti Menyeronokkan untuk Seisi Keluarga

Kanak-kanak yang datang ke Shaklee Fun Day pun happy sangat sebab banyak aktiviti menarik disediakan untuk mereka. Deko-deko belon yang banyak memang menarik minat budak-budak. 

Hubungi Nuha untuk konsultasi Supplement Shaklee atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

#ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023 #ProjekBlogMega #ProjekDuitRaya #SahurSimpleZatPadu

Nuha Hayati
Pengedar Shaklee Kuala Selangor
Instagram: nuha.hayati
Tiktok: nuha.hayati

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.