Thursday, 6 April 2023

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah

Nuha yakin semua orang nakkan kulit yang cantik menjelang raya nanti. Nuha sendiri mengidam kulit yang sihat dan cantik tak kiralah raya ke tak raya ke kan. Kulit cantik directly bagi impak besar pada keyakinan dan penampilan seseorang. Entry kali ni Nuha nak share pasal vitamin untuk kulit cantik dan sihat pada harga rahmah. Memang berbaloi.

VITAMIN KULIT CANTIK HARGA RAHMAH

Vitamin Cantik Harga Rahmah
Kulit cantik dambaan semua perempuan
Gambar dari: tloppy.com

Sebelum kita cerita pasal vitamin apa yang bagus untuk kulit, rasanya baik Nuha sentuh sikit tentang anatomi lapisan kulit kita dan apa nutrisi yang bagus untuk dapatkan kulit yang cantik. 

Ringkasnya kulit kita ada 3 lapisan iaitu epidermis, dermis dan hipodermis. Setiap lapisan kulit mempunyai ketebalan dan fungsi yang berbeza. 

3 LAPISAN KULIT

1. Lapisan Epidermis
Lapisan epidermis adalah lapisan kulit paling luar. Dengan kata lain, kulit yang kita boleh nampak dan boleh rasa guna tangan tulah yang dinamakan sebagai lapisan epidermis. Epidermis adalah lapisan kulit yang paling nipis. 

Awak biasa dengar pasal "skin barrier"

Skin barrier tu lapisan paling atas pada lapisan epidermis yang berfungsi untuk melindungi kulit daripada kerosakan dan menyimpan kelembapan supaya kulit kekal lembap dan tak kering.  

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah
3 lapisan kulit

2. Lapisan Dermis
Lapisan dermis adalah lapisan kedua yang berada di bawah lapisan epidermis. Ia mengandungi tisu penghubung yang kuat, folikel rambut dan kelenjar peluh. Fungsi utama lapisan ni adalah untuk menghasilkan minyak supaya kulit kekal lembut dan licin

3. Lapisan Hipodermis
Ini lapisan paling dalam yang mengandungi lemak dan tisu penghubung. Gabungan tisu-tisu penghubung akan attach dermis kepada otot dan tulang. 

Ketiga-tiga lapisan kulit ini merupakan organ terbesar badan manusia dengan ukuran yang boleh mencapai sehingga 2 meter persegi. Hebatnya ciptaan Allah!

SKIN BARRIER

Lapisan skin barrier sangat penting dan bertindak sebagai pelindung kulit daripada sinar UVA, UVB, kotoran seperti debu dan bakteria dan juga bahan kimia. Kulit mungkin akan mengalami rosak teruk tanpa skin barrier. 

Antara kerosakan yang mungkin terjadi ialah kulit mengalami keradangan, masalah jerawat, dan mungkin juga akan berlakunya kesan penuaan yang lebih cepat. 

FAKTOR KEROSAKAN SKIN BARRIER

1. Penggunaan produk penjagaan kulit (skin care) yang tidak tepat / produk mengandungi bahan kimia terlarang

2. Kulit terdedah secara terus pada pancaran cahaya matahari kerana tidak menggunakan sunscreen

3. Gaya hidup kurang sihat seperti merokok, mengambil alkohol, dan kurang tidur yang berkualiti

4. Diet yang tidak seimbang dan kurangnya pengambilan makanan berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. 

NUTRISI YANG DIPERLUKAN UNTUK KULIT CANTIK DAN SIHAT

Ok sekarang awak dah tahu setiap satu bahagian kulit dan fungsinya, maka wajiblah untuk kita tahu nutrisi yang badan perlukan untuk kita maintain kulit cantik dan sihat. Apa antara vitamin kulit yang bagus untuk awak?

1. Omega 3

Ambillah Omega 3 secukupnya untuk bantu kulit mengekalkan kelembapannya, tegang dan anjal. Omega 3 sangat bagus untuk support penghasilan dinding sel kulit.

2. Protein

Tubuh badan kita mengubah sumber protein yang kita makan menjadi blok bangunan yang dipanggil sebagai asid amino dan akan digunakan untuk membuat protein lain termasuklah kolagen dan keratin yang membentuk struktur kulit. Asid amino juga membantu proses pengelupasan kulit mati. 

Beberapa asid amino adalah bersifat anti oksidan yang melindungi kulit daripada sinar UV dan radikal bebas.

Protein juga berperanan dalam membantu pembentukan sel-sel kulit yang baru.

3. Vitamin A

Vitamin A dipercayai dapat mencegah kerosakan kulit yang disebabkan oleh sinaran cahaya matahari dengan menghentikan proses penguraian kolagen. 

4. Vitamin C

Vitamin C berperanan sebagai anti oksidan yang menghalang radikal bebas, melindungi kulit daripada pancaran UV dan membantu jaringan protein yang bengkok untuk mempertahankan bentuknya. 

Vitamin C membantu membentuk kolagen untuk kulit, mencantikkan dan melembapkan kulit serta mengurangkan jerawat dan jeragat.

5. Vitamin E

Vitamin E merupakan anti oksidan dan anti inflamasi yang dapat menyerap tenaga daripada sinar UV. Gabungan Vitamin E dan Vitamin C menguatkan lagi dinding sel. 

6. Zinc

Zinc diperlukan untuk menjaga dinding sel dan melindungi kulit dari kerosakan sinar UV dan mempercepatkan kadar penyembuhan luka dan jerawat. 

7. Selenium

Selenium merupakan mineral bersifat anti oksidan yang melindungi kulit daripada sinar UV. Kekurangan pengambilan selenium mendedahkan seseorang kepada risiko kanser kulit. 

Sumber: doktorsehat

Secara umumnya, pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang cukup adalah pilihan yang baik dalam memastikan kulit awak dapat nutrisi yang diperlukan. Tapi, diet kebanyakan kita hari ini tidak memungkinkan badan untuk terima kesemua nutrisi yang kulit perlu. 

Jangan sedih sebab Shaklee dalam rangkaian produk kesihatannya offer perbagai nutrisi yang terbaik untuk support kesihatan dan kecantikan kulit awak. 

VITAMIN KULIT CANTIK HARGA RAHMAH

Since Kerajaan Malaysia memperkenalkan Set Menu Rahmah, Shaklee pun dengan berbesar hati introduce Set Vitamin Rahmah untuk awak alami sendiri pengalaman kulit cantik dan semakin sihat pada harga rahmah. 

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah
Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah - Set A

Healthy Rahmah - Set A 

1 Protein ESP
1 Sustained Release Vitamin C
Free keahlian Shaklee

Dapatkan Set A Healthy Rahmah pada harga RM99 sahaja. Awak jimat sehingga RM189.75 dengan belian set ni. 

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah
Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah - Set B

Healthy Rahmah - Set B

2 Proein ESP
2 Sustained Release Vitamin C
Free keahlian Shaklee
Free postage

Nikmati penjimatan sehingga RM389.50 dengan belian Healthy Rahmah Set B. Miliki set ini pada harga RM188 sahaja. 

Hubungi Nuha sekarang untuk dapatkan vitamin kulit Set Rahmah Shaklee, konsultasi Supplement Shaklee yang lain atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

#NextlevelBlogging #Shakleetriump2023 #Shakleethrive2023 #SetRahmahShaklee2023

Nuha Hayati
Pengedar Shaklee Kuala Selangor
Instagram: nuha.hayati
Tiktok: nuha.hayati

7 comments:

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.