Sunday, 4 June 2023

Vita-Lize : Multivitamin Shaklee Nutrisi Penting Untuk Kesihatan Optimum

Nikmati hidup yang lebih bahagia bila kita ada mood yang lebih baik, ada badan yang lebih bertenaga, stress dan tahap kebimbangan yang rendah serta tubuh badan yang lebih sihat. Mari Nuha kongsikan nutrisi yang bagus untuk awak dan pasangan. 

VITA-LIZE: MULTIVITAMIN SHAKLEE NUTRISI PENTING UNTUK KESIHATAN OPTIMUM

Kajian nutrisi golongan dewasa Malaysia (MANS) 2014 menunjukkan bahawa kebanyakan rakyat Malaysia tidak mengambil makanan yang kaya vitamin dan mineral yang mencukupi. Berdasarkan kajian yang dibuat, hanya 18.3% mengambil 3 hidangan sayur-sayuran manakala selebihnya 81.7% tidak mengambil hidangan sayur-sayuran secukupnya. Itu baru hidangan sayur-sayuran, belum masuk lagi buah-buahan, produk tenusu dan bijian/ kekacang. 

Dengan lambakan makanan-makanan segera serta deserts yang menggiurkan, tak hairan kalau peratusan rakyat Malaysia yang tak ambil makanan tinggi vitamin dan mineral secukupnya lebih tinggi berbanding peratusan yang mengambil makanan tinggi vitamin dan mineral. Lebih tak menghairankan lagi bila rakyat Malaysia ramai yang mengalami obesiti dan bermacam-macam lagi penyakit kronik yang lain. 

KESAN KEKURANGAN MIKRONUTRIEN

Mikronutrien ialah nutrien yang badan kita perlukan dalam kuantiti kecil, dalam jumlah mili- atau mikrogram. Antara mikronutrien utama iaitu kalsium, sodium, potasium, fosforus dan mineral surih seperti zat besi, iodin, zink dan selenium. 

Antara contoh kesan kekurangan mikronutrien adalah seperti kebas pada jari-jemari dan denyutan jantung tidak normal. Ini boleh disebabkan oleh kekurangan kalsium. 

Kekurangan Vitamin D boleh memberi risiko kepada kesihatan tulang dan perubahan mood seseorang. 

Kekurangan zat besi boleh menyebabkan seseorang mengalami lesu, sesak nafas, sejuk pada tangan dan kaki serta kuku yang rapuh. 

Pengambilan multivitamin yang berkualiti setiap hari dapat mengisi jurang nutrisi pada tubuh badan, membantu meningkatkan tahap tenaga seseorang, menambah baik mood dan mengurangkan kadar stress dan kebimbangan. 


VITA-LIZE NUTRISI PENTING UNTUK KESIHATAN OPTIMUM

Pada tahun 1915, Dr. Forrest C. Shaklee telah mencipta multivitamin antara yang pertama di Amerika Syarikat. Hasil inovasi lebih daripada 100 tahun ini telah membawa kepada formulasi Vita-Lize. 

Multivitamin Vita-Lize Shaklee
Multivitamin Shaklee dengan formulasi baharu

Vita-Lize adalah Vitalea Iron Plus yang telah diperbaharui formulanya dan dipertingkatkan lagi dengan pertambahan 150IU Vitamin D, 100mcg Asid Folik dan tambahan baru 40mcg Vitamin K1. 

Setiap hidangan Vita-Lize membekalkan 25 jenis vitamin dan mineral penting. 2 tablet Vita-Lize membekalkan 600mcg Asid Folik dan Vitain B. Sistem penghantaran salutan mikro berpaten direka untuk memastikan penyerapan Asid Folik. 

Vita-Lize sangat disarankan untuk diambil oleh golongan dewasa yang sibuk, selalu mengalami tekanan, individu yang mengalami kekurangan berat badan, orang yang aktif, ibu hamil dan menyusu serta mereka dengan diet yang tidak seimbang. 
Multivitamin Vita-Lize Shaklee
Keperluan tubuh badan yang sukar untuk dipenuhi

Kebanyakan daripada kita tertalu sibuk dengan tanggungjawab masing-masing. Bukan kata terhad masa untuk sediakan makanan-makanan berkhasiat, tapi nak makan pun kadang-kadang tak menyempat. 
 
Dengan gaya hidup kebanyakan daripada kita yang sentiasa sibuk, kurang masa untuk bersenam dan kehidupan yang mencabar, Vita-lize Multivitamin Shaklee adalah pilihan terbaik untuk kesihatan optimum. 

Hubungi Nuha sekarang untuk dapatkan Vita-Lize, konsultasi Supplement Shaklee yang lain atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

#NextlevelBlogging #Shakleetriumph2023 #Shakleethrive2023 #SetRahmahShaklee2023

Nuha Hayati
Pengedar Shaklee Kuala Selangor
Instagram: nuha.hayati
Tiktok: nuha.hayati


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau mencegah sebarang penyakit. Sekiranya anda di bawah rawatan perubatan, sila dapatkan nasihat doktor sebelum pengambilan suplemen kesihatan. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.