Blog Nuha Hayati

4 Vitamin Untuk Wanita Cantik Dan Sihat

Semakin bertambah usia, prestasi badan akan mula merosot dan proses penuaan pun slowly akan terlihat . Itu fitrah yang Allah jadikan. Mari Nuha share 4 vitamin yang bagus untuk awak kekalkan kesihatan dalaman dan aging dengan sihat. Tak perlu survey vitamin lain dah. 4 vitamin ni memang terbaik dah. 

4 VITAMIN UNTUK WANITA CANTIK DAN SIHAT

Ibarat batu bata sesebuah rumah, kesihatan yang optimum bersama dengan nutrien penting merupakan asas untuk setiap wanita. Bak kata pepatah “kesihatan bermula dari rumah”, sebab kita mula terima nutrisi yang terawal sekali dari hidangan masakan rumah dan amalan pemakanan yang sihat turut bermula dari rumah. 

Apa-apa yang ada dalam pinggan (atau suplemen) adalah amat penting untuk memastikan kehidupan yang lebih lama dan sihat. Mari mulakan pembinaan asas kesihatan yang lebih kuat dengan Vitamin Shaklee sekarang!

1. MULTIVITAMIN VITA-LIZE

Multivitamin sebagai nutrien asas yang penting dalam membantu mengurangkan jurang nutrien antara pelbagai vitamin dan mineral untuk badan yang lebih sihat. Ia menyokong kesihatan dan kesejahteraan yang optimum seorang wanita.

Vitamin Untuk Wanita
Nutrisi asas untuk wanita tak kira peringkat umur

Setiap hidangan Multivitamin Vita-Lize (2 tablet) membekalkan 25 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan untuk tubuh badan yang sihat, termasuklah Vitamin C, Kalsium, Zat Besi, Vitamin B dan Asid Folik. 

Nuha ada cerita sebelum ni tentang multivitamin legend yang dah wujud kat muka bumi ni lebih dari 100 tahun. Lamanya kewujudan multivitamin Vita-lize membuktikan yang produk ni betul-betul bagus dan permintaan tak pernah terhenti. 

 
2. GLA COMPLEX

Apabila usia semakin meningkat, tubuh badan wanita akan melalui perubahan dari segi fizikal dan hormon serta keperluan nutrisi juga terus berkembang. Tambahkan Asid Linolenik Gamma (GLA) untuk merangsang tahap kesihatan. 

Asid lemak ini tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan, jadi ianya perlu diambil melalui pemakanan atau suplemen harian.

Menggalakkan Kesihatan Kulit - Rahsia kulit sihat berseri bergantung pada tahap kelembapannya. GLA telah terbukti secara klinikal dapat meningkatkan tahap kelembapan kulit dengan mengawal atur penghalang air semulajadi dalam kulit kita. 

Kulit yang mengalami kerengsaan dan keradangan didapati mempunyai tahap GLA yang lebih rendah berbanding dengan kulit yang sihat. Ciri-ciri anti-keradangan GLA membantu menghalang keradangan daripada berlaku.

Meredakan Sindrom Pra-Menstruasi (PMS) - Ketidakstabilan hormon semasa kitaran haid menjejaskan emosi dan kesejahteraan fizikal.  Kajian pengambilan GLA dari Minyak Borage dan perkaitannya dengan PMS telah menunjukkan bahawa GLA membantu mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan pada bahagian bawah pinggang, sakit kepala dan payudara dan menambah baik tahap emosi ketika tempoh pra-menstruasi (pra-haid).

Melegakan Simptom Menopaus - Simptom-simptom menopaus seperti rasa panas, berpeluh pada waktu malam, masalah tidur, perubahan emosi dan kulit kering berlaku secara semulajadi apabila seseorang wanita semakin berusia. 

Vitamin Untuk Wanita
Gamma Linolenik Acid (GLA) keluaran Shaklee berkepekatan tinggi (17-25%), tulen dan semulajadi dalam bentuk yang mudah diserap

GLA didapati bermanfaat untuk memudahkan perjalanan menopaus dengan melegakan simptom-simptom ketegangan payudara dan menambah baik kesihatan emosi.


3. MINYAK IKAN OMEGA GUARD

Asid lemak Omega-3 diperlukan untuk kesihatan jantung, mata, otak dan sendi. Ia menggalakkan peredaran darah yang sihat,  mengurangkan keradangan,  mengawal trigliserida (kolesterol) dan paras tekanan darah, menambahbaik peredaran darah dan mengekalkan degupan jantung yang sihat. 

Berat Badan yang Sihat - Satu kajian menunjukkan bahawa minyak ikan meningkatkan keberkesanan senaman dalam usaha untuk menurunkan berat badan. Omega-3 menyokong dengan merangsang enzim yang mengangkut lemak di mana ia boleh digunakan untuk tenaga, meningkatkan kelajuan metabolisme supaya dapat membakar lebih banyak lemak dan kehilangan lebih banyak berat badan. 

Amalkan Omega Guard, minyak ikan tulen berkepekatan tinggi untuk badan yang sihat. 

Vitamin Untuk Wanita
Omega Guard Shaklee


4. KALSIUM OSTENUTRIX

Kalsium sangat penting kepada wanita untuk kesihatan tulang, penghantaran isyarat saraf, mengekalkan tekanan darah, pengecutan dan pengenduran otot yang sihat. Tulang yang kuat untuk tubuh badan yang kuat. Apabila umur semakin meningkat, proses tulang merapuh lebih banyak berlaku berbanding proses pembinaan tulang. Tugas kita sebagai pemilik tulang untuk memastikan tulang kuat dengan nutrien bone-building yang mantap. 

Statistik menunjukkan 1 daripada 3 wanita daripada 1 dalam 5 lelaki akan mengalami osteoporosis. Betul, wanita lebih cenderung mengalami osteoporosis berbanding lelaki. 

Ostenutrix Shaklee diformulasi khas dengan campuran 7 nutrien penting termasuk kalsium, vitamin D3, magnesium, zink, kuprum, mangan, dan boron untuk membantu membina ketumpatan tulang dengan tablet yang bersaiz kecil dan mudah untuk ditelan. 

Vitamin Untuk Wanita
Pil kalsium Ostenutrix dengan formulasi baru untuk penyerapan yang lebih baik

Hubungi Nuha sekarang untuk order 4 vitamin untuk wanita; Vita-lize, Gla Complex, Omega Guard dan Ostenutrix, konsultasi dan order Supplement Shaklee yang lain atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

#NextlevelBlogging 
#Shakleetriumph2023 
#Shakleethrive2023 
#SetRahmahShaklee2023

Nuha Hayati
Pengedar Shaklee Kuala Selangor
Instagram: nuha.hayati
Tiktok: nuha.hayati
Youtube: Nuha Hayati


* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau mencegah sebarang penyakit. Sekiranya anda di bawah rawatan perubatan, sila dapatkan nasihat doktor sebelum pengambilan suplemen kesihatan. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Adbox