Thursday, 24 August 2023

3 Doa Untuk Wanita Tersakiti

Hidup ni ibarat roda yang berputar. Ada masa kita di atas ada masa kita di bawah. Senang, susah, tenang dan gelisah silih berganti. Lumrah manusia bila rasa senang mudah lupakan sang pencipta. Bila jatuh tersungkur, mula cari tikar sejadah. 

Doa Untuk Wanita Tersakiti
Hanya doa mampu merubah takdir

Apa pun senang susah yang berlaku dalam hidup ni semuanya berlaku dengan kehendak Allah. Selayaknya seorang hamba kembali kepada fitrah sang pencipta. Back to basic. Nuha kongsikan 3 doa yang bagus untuk wanita tersakiti dan mudah untuk diamalkan.


3 DOA UNTUK WANITA TERSAKITI


1. DOA TENANG HATI DARIPADA PERASAAN NEGATIF


اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّ جَالِ

Allahumma inni a’uzubika minal hammi wal hazan. wa a’udzubika minal ajzi wal kasali, wa a’udzubika minal jubni wal bukhli, wa a’udzubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal.  

Maksudnya: Ya Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu dari rasa sedih serta duka cita ataupun kecemasan, dari rasa lemah serta kelemahan, dari kebakhilan serta sifat pengecut, dan beban hutang serta tekanan orang-orang jahat.



2. SURAH AL-BAQARAH AYAT 250


Ayat 250 daripada Surah Al-Baqarah ni sesuai diamalkan untuk ketenangan hati dan fikiran. 


رَبَّنَآ اَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَّثَبِّتْ اَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكٰفِرِيْنَ


Rabbanaa afrig ‘alainaa shabraw wa tsabbit aqdaamanaa wansurnaa ‘alal qaumil kafiriin.

Maksudnya: Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, kukuhkanlah langkah kami dan tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir. (Q.S. Al-Baqarah:250).



3. DOA TENANGKAN HATI


رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي

Rabbish rahli sadri. Wayassirli amri. Wahlul uqdatam millisani. Yafqahu qauli. 

Maksudnya : Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku.—QS Thaha 25-28


Mungkin ramai antara kita familiar je dengan 3 doa yang bagus untuk wanita yang Nuha share ni, cuma kita tak tahu yang doa-doa ni pun sesuai diamalkan bila seseorang tersakiti dan sedih. Doa-doa ni tak terkhusus untuk wanita saja, lelaki pun boleh amalkan sebenarnya.

Semoga apa yang Nuha share kalini bermanfaat dan selamat beramal. 

Tuesday, 22 August 2023

4 Vitamin Untuk Wanita Cantik Dan Sihat

Semakin bertambah usia, prestasi badan akan mula merosot dan proses penuaan pun slowly akan terlihat . Itu fitrah yang Allah jadikan. Mari Nuha share 4 vitamin yang bagus untuk awak kekalkan kesihatan dalaman dan aging dengan sihat. Tak perlu survey vitamin lain dah. 4 vitamin ni memang terbaik dah. 

4 VITAMIN UNTUK WANITA CANTIK DAN SIHAT

Ibarat batu bata sesebuah rumah, kesihatan yang optimum bersama dengan nutrien penting merupakan asas untuk setiap wanita. Bak kata pepatah “kesihatan bermula dari rumah”, sebab kita mula terima nutrisi yang terawal sekali dari hidangan masakan rumah dan amalan pemakanan yang sihat turut bermula dari rumah. 

Apa-apa yang ada dalam pinggan (atau suplemen) adalah amat penting untuk memastikan kehidupan yang lebih lama dan sihat. Mari mulakan pembinaan asas kesihatan yang lebih kuat dengan Vitamin Shaklee sekarang!

1. MULTIVITAMIN VITA-LIZE

Multivitamin sebagai nutrien asas yang penting dalam membantu mengurangkan jurang nutrien antara pelbagai vitamin dan mineral untuk badan yang lebih sihat. Ia menyokong kesihatan dan kesejahteraan yang optimum seorang wanita.

Vitamin Untuk Wanita
Nutrisi asas untuk wanita tak kira peringkat umur

Setiap hidangan Multivitamin Vita-Lize (2 tablet) membekalkan 25 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan untuk tubuh badan yang sihat, termasuklah Vitamin C, Kalsium, Zat Besi, Vitamin B dan Asid Folik. 

Nuha ada cerita sebelum ni tentang multivitamin legend yang dah wujud kat muka bumi ni lebih dari 100 tahun. Lamanya kewujudan multivitamin Vita-lize membuktikan yang produk ni betul-betul bagus dan permintaan tak pernah terhenti. 

 
2. GLA COMPLEX

Apabila usia semakin meningkat, tubuh badan wanita akan melalui perubahan dari segi fizikal dan hormon serta keperluan nutrisi juga terus berkembang. Tambahkan Asid Linolenik Gamma (GLA) untuk merangsang tahap kesihatan. 

Asid lemak ini tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan, jadi ianya perlu diambil melalui pemakanan atau suplemen harian.

Menggalakkan Kesihatan Kulit - Rahsia kulit sihat berseri bergantung pada tahap kelembapannya. GLA telah terbukti secara klinikal dapat meningkatkan tahap kelembapan kulit dengan mengawal atur penghalang air semulajadi dalam kulit kita. 

Kulit yang mengalami kerengsaan dan keradangan didapati mempunyai tahap GLA yang lebih rendah berbanding dengan kulit yang sihat. Ciri-ciri anti-keradangan GLA membantu menghalang keradangan daripada berlaku.

Meredakan Sindrom Pra-Menstruasi (PMS) - Ketidakstabilan hormon semasa kitaran haid menjejaskan emosi dan kesejahteraan fizikal.  Kajian pengambilan GLA dari Minyak Borage dan perkaitannya dengan PMS telah menunjukkan bahawa GLA membantu mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan pada bahagian bawah pinggang, sakit kepala dan payudara dan menambah baik tahap emosi ketika tempoh pra-menstruasi (pra-haid).

Melegakan Simptom Menopaus - Simptom-simptom menopaus seperti rasa panas, berpeluh pada waktu malam, masalah tidur, perubahan emosi dan kulit kering berlaku secara semulajadi apabila seseorang wanita semakin berusia. 

Vitamin Untuk Wanita
Gamma Linolenik Acid (GLA) keluaran Shaklee berkepekatan tinggi (17-25%), tulen dan semulajadi dalam bentuk yang mudah diserap

GLA didapati bermanfaat untuk memudahkan perjalanan menopaus dengan melegakan simptom-simptom ketegangan payudara dan menambah baik kesihatan emosi.


3. MINYAK IKAN OMEGA GUARD

Asid lemak Omega-3 diperlukan untuk kesihatan jantung, mata, otak dan sendi. Ia menggalakkan peredaran darah yang sihat,  mengurangkan keradangan,  mengawal trigliserida (kolesterol) dan paras tekanan darah, menambahbaik peredaran darah dan mengekalkan degupan jantung yang sihat. 

Berat Badan yang Sihat - Satu kajian menunjukkan bahawa minyak ikan meningkatkan keberkesanan senaman dalam usaha untuk menurunkan berat badan. Omega-3 menyokong dengan merangsang enzim yang mengangkut lemak di mana ia boleh digunakan untuk tenaga, meningkatkan kelajuan metabolisme supaya dapat membakar lebih banyak lemak dan kehilangan lebih banyak berat badan. 

Amalkan Omega Guard, minyak ikan tulen berkepekatan tinggi untuk badan yang sihat. 

Vitamin Untuk Wanita
Omega Guard Shaklee


4. KALSIUM OSTENUTRIX

Kalsium sangat penting kepada wanita untuk kesihatan tulang, penghantaran isyarat saraf, mengekalkan tekanan darah, pengecutan dan pengenduran otot yang sihat. Tulang yang kuat untuk tubuh badan yang kuat. Apabila umur semakin meningkat, proses tulang merapuh lebih banyak berlaku berbanding proses pembinaan tulang. Tugas kita sebagai pemilik tulang untuk memastikan tulang kuat dengan nutrien bone-building yang mantap. 

Statistik menunjukkan 1 daripada 3 wanita daripada 1 dalam 5 lelaki akan mengalami osteoporosis. Betul, wanita lebih cenderung mengalami osteoporosis berbanding lelaki. 

Ostenutrix Shaklee diformulasi khas dengan campuran 7 nutrien penting termasuk kalsium, vitamin D3, magnesium, zink, kuprum, mangan, dan boron untuk membantu membina ketumpatan tulang dengan tablet yang bersaiz kecil dan mudah untuk ditelan. 

Vitamin Untuk Wanita
Pil kalsium Ostenutrix dengan formulasi baru untuk penyerapan yang lebih baik

Hubungi Nuha sekarang untuk order 4 vitamin untuk wanita; Vita-lize, Gla Complex, Omega Guard dan Ostenutrix, konsultasi dan order Supplement Shaklee yang lain atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

#NextlevelBlogging 
#Shakleetriumph2023 
#Shakleethrive2023 
#SetRahmahShaklee2023

Nuha Hayati
Pengedar Shaklee Kuala Selangor
Instagram: nuha.hayati
Tiktok: nuha.hayati
Youtube: Nuha Hayati


* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau mencegah sebarang penyakit. Sekiranya anda di bawah rawatan perubatan, sila dapatkan nasihat doktor sebelum pengambilan suplemen kesihatan. 

Monday, 21 August 2023

Tips Mudah Travel Bersama Anak Kecil

Rasanya mana-mana parents mesti ada rasa nervous and overthinking bila first time consider nak travel dengan anak kecil. Well semua orang ada pengalaman pertama masing-masing termasuk Nuha, makannya perasaan ni semua normal. Cuba laluinya untuk kali pertama and then boleh review and adjust untuk travel-travel trip yang akan datang. Belajar dari pengalaman. 

TIPS MUDAH TRAVEL BERSAMA ANAK KECIL

Tips Travel Dengan Anak Kecil
Travel dengan anak kecil mudah kalau kena caranya

1. PAKAIAN

Personally, Nuha suka nak ambil gambar OOTD (Outfit of The Day) bila travel ataupun makan angin la kalau bahasa orang kita kata. Cantik je tengok orang travel kejap baju tu kejap lagi baju fesyen la pulak dah. Tapi bila sampai pada diri dan keluarga sendiri, kita consider la ikut condition kita. 

Boleh je nak berOOTD dengan outfit cantik-cantik. Cuba plan outfit yang boleh mix and match and repeat pakai. Minimalis tapi masih boleh bergaya. 

Untuk anak kecik pula, extrakan 1 set pakaian untuk sehari. Mana tahu baju terkotor, ada baju extra untuk tukar nanti. 

Kalau travel untuk jangka masa yang agak panjang, dalam 4-7 hari atau lebih, bawa pakaian untuk 3 hari pun dah cukup. Nanti boleh singgah cuci kat mana-mana dobi diy. Sekarang kan dah banyak kedai dobi diy. Alhamdulillah memang mudah. 

2. BEG

Cuba minimakan jumlah beg yang akan dibawa. Mungkin boleh allocate 1 beg untuk kita suami isteri, 1 beg untuk si kecil dan 1 beg lagi untuk isi keperluan anak dan barang-barang kecil ibu. Beg ketiga ni ala-ala beg doremon. Macam-macam ada haha.  

Tips Travel Dengan Anak Kecil
Biasa minimakan total beg yang nak dibawa travel

Beg keperluan anak tu contohnya beg untuk isi beberapa keping diaper dia, baju extra dia, wipes, botol air, botol susu, kain kecil, snacks untuk anak kalau anak dah mula makan, purse & phone si ibu, telekung travel ibu, nursing cover untuk ibu menyusu badan, barang make up sikit dan barang-barang kecil lain yang dirasakan perlu. 

Sikit-sikit pun banyak juga nanti bila dah isi tu. No wonder mak-mak anak kecil suka betul pakai totebag ataupun handbag besar gabak. 

Itu belum masuk beg yang bakal bertambah waktu balik nanti. Shopping atau tershopping kat sana. Paling-paling mesti ada souvenir untuk small circle kita kan. Consider siap-siap pertambahan beg sebelum gerak. 

UBAT-UBATAN DAN SUPLEMEN

Benda penting yang tak boleh tinggal bila nak pergi travel. Wajib bawa sedikit ubat-ubatan asas macam paracetamol, lotion gatal-gatal, cool fever, ubat punggung, minyak panas, balm dan plasters. Standby je incase perlu dah tak kalut nak mencari. Bawa juga suplemen asas macam multivitamin dan Vitamin C. 

Waktu travel pun wajib ambil suplemen untuk maintain sihat dan bertenaga kan. Lagi-lagi waktu travel biasanya kita akan extra bergerak, extra berjalan kaki. Tak syok la travel tapi badan lemau je. 

Ubat dan suplemen ni semua boleh masuk sekali dalam beg pakaian, mana yang penting boleh masuk dalam beg doremon tadi.

Apa lagi ya tips yang nampak simple tapi sangat berguna untuk parents yang nak travel bersama anak kecil?

Tips Travel Dengan Anak Kecil
Ready to travel with me?
Tanya Hayfa Seroja


Mind to share you personal tips? Share kat ruang komen k. 

Tuesday, 8 August 2023

6 Sebab Kenapa Perlu Ambil CoQ-Trol Plus

Ketahui bagaimana nutrisi CoQ10 dalam CoQ-Trol Plus Shaklee yang bertindak sebagai palam pencucuh, yang menghidupkan enjin dengan memulakan penghasilan tenaga dalam setiap sel.  
Apabila sel-sel menghasilkan lebih banyak tenaga, badan berfungsi pada tahap optimum yang membolehkan kita buat apa yang kita suka setiap hari!

6 SEBAB KENAPA PERLU AMBIL COQ-TROL PLUS



1. Generator Tenaga Utama
Berada di dalam mitokondria (kilang tenaga), CoQ10 memulakan proses penghasilan tenaga, menjadi bahan api kepada mitokondria dan menghasilkan 95% tenaga badan.

2. DUO Tenaga dengan Polifenol
Nakkan tenaga yang berpanjangan? Ambillah kombinasi CoQ10 dan polifenol. Polifenol menghasilkan lebih banyak mitokondria manakala CoQ10 menjadi bahan api untuk mitokondria menghasilkan lebih banyak tenaga!

3. Sumber Antioksida yang Berkuasa
Merupakan antioksida yang kuat, CoQ10 bermanfaat untuk kesihatan, kulit yang lebih muda, mengelakkan kerosakan radikal bebas yang disebabkan oleh sinaran UV dengan berkesan.

4. Nutrisi Penting untuk Jantung
Secara semulajadi, CoQ10 banyak berada di jantung yang mengepam darah 24/7. Sayangi Jantung Anda. Ambil CoQ10!

5. Kekal Remaja
Pada usia 20-an, CoQ10 berada pada paras yang tinggi di dalam badan dan ia juga mula berkurangan pada usia 20-an! Dan kita akan mula mudah rasa letih, lemah badan dan mengalami tekanan emosi. Tingkatkan tahap CoQ10 dengan suplemen CoQ10.

6. Adakah Awak Mengambil Statins? 
Awak Perlukan CoQ10!

Ubat statin menurunkan tahap kolesterol, which is satu perkara yang baik. Walau bagaimanapun, awak tahu tak yang statin juga menurunkan tahap CoQ10? 

Berdasarkan kajian, ia berkurangan sebanyak 40%. 

Periksa tahap kolesterol secara berkala dan kekalkan tahap CoQ10, dengan suplemen CoQ-Trol Plus dalam diet harian awak.



Pilih dengan bijak untuk kesihatan anda. Dapatkan 100mg CoQ10 setiap hari dengan mengambil CoQ-Trol Plus Shaklee. 


Hubungi Nuha sekarang untuk order Vitamin E Shaklee dan YOUTH Radiance C+E, konsultasi Supplement Shaklee yang lain atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 


#NextlevelBlogging 
#Shakleetriumph2023 
#Shakleethrive2023 
#SetRahmahShaklee2023

Nuha Hayati
Pengedar Shaklee Kuala Selangor
Instagram: nuha.hayati
Tiktok: nuha.hayati
Youtube: Nuha Hayati

Vitamin E Untuk Lelaki Dan Wanita

Jom kita sama-sama baca pasal Vitamin E. Vitamin yang sangat bagus not only untuk orang perempuan, tapi untuk lelaki juga.

VITAMIN E UNTUK LELAKI DAN WANITA



Vitamin E dikenali sebagai antioksida yang melindungi badan kita daripada tekanan oksidatif, ia membantu meningkatkan kesejahteraan menyeluruh bagi lelaki dan wanita.

Menyokong Kecergasan dan Kesihatan Otot

Ketika kita bersenam, otot akan menghasilkan tenaga dan radikal bebas. Vitamin E dapat membantu untuk:

• Mengekalkan jisim otot yang sihat dengan mencegah kerosakan kepada sel-sel otot yang disebabkab oleh radikal bebas.

• Melegakan kesakitan otot selepas latihan dan senaman dengan membantu mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.


Menggalakkan Fungsi Jantung Yang Sihat

Dengan ciri antioksida, vitamin E membantu untuk:

• Menghalang proses oksidasi LDL (kolesterol tidak baik) pada lapisan dalam dinding salur darah.

• Meningkatkan pengaliran darah yang lebih lancar dengan mencegah pembentukan plak atau penyumbatan dalam salur darah.


Meningkatkan Kualiti Sperma

Kalau awak seorang lelaki, ambillah vitamin E untuk memantapkan ciri kelelakian awak! Ia menggalakkan:

• Struktur sperma yang sihat dan sempurna. 

• Pergerakan sperma dalam arah yang betul. 

• Pengurusan andropaus yang lebih baik.


Meningkatkan Kesuburan Wanita

Vitamin E adalah vitamin yang penting untuk ovari yang membantu untuk:

• Bertindak sebagai antioksida anti-penuaan untuk menyokong kualiti telur.

• Meningkatkan mukus serviks untuk menjadikan sperma lebih mudah untuk hidup lebih lama.

• Membantu telur yang tersenyawa terus melekat pada dinding rahim.


Untuk Kulit Yang Lebih Sihat

Bahan yang biasa ditambah dalam rangkaian produk kosmetik ini membantu untuk:

• Mengurangkan kerosakan kulit akibat sinaran UV.

• Membekalkan zat dan melindungi kulit daripada
kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

Vitamin E digunakan secara meluas dalam rangkaian produk kosmetik kerana ciri antioksidanya yang berkesan. 

Cubalah YOUTH Radiance C+E dengan dos berpaten yang mengandungi 20% vitamin C tulen dan Vitamin E yang berkuasa dan ditambah ekstrak sel raspberi untuk menganjalkan, mencerahkan dan mengurangkan penampilan garis-garis halus serta kedutan.



Hubungi Nuha sekarang untuk order Vitamin E Shaklee dan YOUTH Radiance C+E, konsultasi Supplement Shaklee yang lain atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

#NextlevelBlogging 
#Shakleetriumph2023 
#Shakleethrive2023 
#SetRahmahShaklee2023

Nuha Hayati
Pengedar Shaklee Kuala Selangor
Instagram: nuha.hayati
Tiktok: nuha.hayati
Youtube: Nuha Hayati

Thursday, 13 July 2023

5 Tips Bisnes Online Untuk Newbie

Nuha yakin kita semua hari ini adalah pengguna media sosial. Media sosial dan bisnes online sangat sinonim. Listkan saja segala mak nenek media sosial; Whatsapp, Facebook, Instagram, Tiktok, Youtube, Thread. Semua medium ni boleh dijadikan tapak untuk buat duit. Rugi kalau aktif di media sosial kalau tak berbisnes online. Ramai orang jana income juta-juta dengan hanya berbisnes online. Jom Nuha share sikit tips bisnes online untuk newbie. 

5 TIPS BISNES ONLINE UNTUK NEWBIE

Tips Online Bisnes Untuk Newbie
Tips Online Bisnes Untuk Newbie

1. JANGAN JUAL PRODUK SENDIRI

Kenapa Nuha kata jangan? En sebenarnya bukan Nuha yang kata. Pakar dalam bidang bisnes yang kata. Bukan tak boleh nak keluarkan produk sendiri. Boleh je. Tapi bila kata produk sendiri ni biasanya involve modal yang besar. Nak hasilkan produk, nak buat RND, nak dapat kelulusan sana approval sini, nak buat packaging, lepas tu nak marketkan produk tu. 

Biasa produk baru ni orang tak kenal dan akan ambil masa untuk bagi orang kenal produk kita. 

Semua benda ni bukan boleh buat sorang. So pilihan yang simple dan straight forward untuk newbie nak mula bisnes online ialah jual aje produk orang dan produk yang dah dikenali. Macam Nuha sendiri pun berbisnes online tak jual produk brand sendiri. Kita jual produk orang je awak. Part RND, lesen sana sini biarlah company yang setelkan. Alhamdulillah banyak mudahnya.  

2. KELUARKAN MODAL YANG RENDAH

Bila kat atas tadi kita dah decide untuk jual produk bukan keluaran sendiri, next is part modal pula. Nuha pernah dengar orang bijak pandai bisnes kata; nak mula bisnes ni sebaiknya keluarkan modal yang rendah dan ikut kemampuan masing-masing. Kita nak buat bisnes online ni of course sebab nak duit kan? 

Jangan belum apa-apa dah keluar modal yang diluar daripada kemampuan sampai membebankan pula.

Ada orang start bisnes online dengan modal besar. Ada sanggup pinjam family, pinjam ahlong sebab nak buat modal bisnes online. Belum-belum dah berhutang. Personally, Nuha rasa biarlah modal permulaan bisnes tu jumlahnya dalam range kemampuan kita. Esok-esok katalah bisnes tu tak menjadi, takde lah terbeban dengan hutang. Bukan nak spread negative vibes tau. Semua ni perlu dipertimbangkan sebelum mulakan bisnes. 

Kalau awak nak mula bisnes online dengan modal rendah bermula hanya dengan RM35, boleh klik nombor telefon Nuha kat bawah. 
 
3. BELAJAR ILMU MARKETING

Next, belajar ilmu marketing. Tengok orang bisnes online macam senang je kan. Percayalah, kalau awak main bedal je bisnes online tanpa belajar apa-apa ilmu marketing, awak akan penat. 

Hari ni kita boleh nampak dengan sangat jelas betapa ramainya orang berbisnes online. Bisnes online ni ada seninya, ada game yang tersendiri. Awak boleh je kalau nak start from scratch tapi penat sikit la dan mungkin akan langgar banyak dinding sebab try and error. 

Letak sikit effort untuk belajar marketing asas. Lepas tu mula je terus. Nanti boleh upgrade ilmu marketing from time to time. 

Nuha ni syukur sangat sebab terlorong dengan bisnes online yang sekarang. Mentor-mentor banyak ajar ilmu marketing kat kami percuma je. Bayangkan diorang pergi kelas bayar ribu-ribu, balik kelas ajar pula pada team. Free of Charge. Alhamdulillah. Nikmat dunia. 

4. BELAJAR BERSABAR

Part sabar ni bukan kalau nak berbisnes online je kena sabar. Ada banyak hal dalam hidup ni yang memang nak kita kenal tentang sabar. Untuk newbies yang baru bermula dengan bisnes online, bertenang dan tidak membayangkan duit hasil bisnes online berkepuk-kepuk dalam sekelip mata. 

Nuha saksi ramai individu yang memilih untuk berhenti berbisnes online sebab tak nampak hasil dari effort sehari dua hari yang dibuat. 

Bisnes online ni macam kita daki gunung. Nak sampai ke puncak tu ambil masa, effort yang lama, bersusah-susah. Kita bukan artis yang sekali tunjuk gambar atau video produk terus bersusun order. 

5. ENJOY BERBISNES ONLINE

Bisnes online ni seronok sebenarnya. Banyak perkara yang kita dah jimat kat situ. Tak payah ada kedai, boleh uruskan bisnes kat mana-mana je, santai tak payah keluar rumah, tak payah bersiap dan macam-macam lagi best dengan bisnes online. 

Cuma macam Nuha kata pada tips keempat tadi, kena sabar. Enjoy the journey. Slowly orang akan perasan dan ingat awak adalah seorang penjual produk xyz contohnya. 

So dengan lambakkan medium yang ada di internet, pilihlah awak nak berbisnes online di mana. Website, Youtube, Facebook, Instagram, Tiktok atau mana-mana pun medium. Pilih dan mula. 

Kalau boleh jangan mula sorang diri, cari circle yang boleh support awak. 

Start bisnes online sorang-sorang ni bukan tak boleh. Boleh je. Tapi kalau kita buat in group lagi banyak kelebihannya. Boleh brainstorm idea sama-sama, tukar-tukar tips bisnes online, gerak sama-sama, semangat pun lain bila bisnes in group ni. 

Kalau awak dah lama terfikir nak mula berbisnes online tapi tak tahu nak bisnes apa. Nuha ada satu peluang bisnes yang awak boleh mulakan bila-bila masa dengan modal permulaan bermula RM35 dan risiko rugi yang hampir tak ada, menjual produk yang dah lama di parasan Malaysia, kadar repeat order yang tinggi, tak perlu fikir modal nak beli stok, simpan stok produk, penghantaran produk pun company yang uruskan. Latihan, kelas bimbingan, support circle dan banyak lagi kemudahan disediakan. 

Jom, klik nombor telefon Nuha dibawah sekarang. 

#NextlevelBlogging 
#Shakleetriumph2023 
#Shakleethrive2023 
#SetRahmahShaklee2023

Nuha Hayati
Pengedar Shaklee Kuala Selangor
Instagram: nuha.hayati
Tiktok: nuha.hayati
Youtube: Nuha Hayati

Tuesday, 11 July 2023

Kerja Dari Rumah: 5 Tips Untuk Wanita Bergelar Isteri Dan Ibu

Nuha percaya rata-rata antara kita hari ini mengimpikan untuk bekerja dari rumah. Lebih santai, fleksibel, chill, dan enjoy gitu. Betul ke best? Sejauh mana kerja dari rumah ni best? Nuha share 5 tips kerja dari rumah untuk individu bergelar isteri dan ibu. Meh baca entry ni sampai habis.

KERJA DARI RUMAH: INDAH KHABAR DARI RUPA

Sebelum awak teruskan bacaan entry ni sampai habis, Nuha nak bagitahu siap-siap. Entry kalini, topik ni bersifat subjektif dan personal dari pandangan kaca mata seorang Nuha. Mungkin lain orang ada berlainan pendapat. Maka ini adalah pandangan dan cara Nuha. 

Nuha percaya bila sebut pasal bekerja dari rumah, mungkin menjangkau 90% masyarakat kita akan membayangkan kehidupan dengan rutin bekerja dari rumah yang flexible. Bangun pagi dengan tenang, tak kelam-kabut mandi, tak bersiap pun takpe, bancuh kopi favourite, buat kerja sambil breakfast, jawab call sambil baring, sambil kerja boleh setelkan rutin rumah sekali.

Lagi indah kalau buat kerja sambil boleh pergi holiday. Healing kan. 

Semua bayangan ni benar belaka sebenarnya. Takde yang palsu. Cuma kerja dari rumah ni sebenarnya menuntut motivasi diri yang lebih tinggi seiring dengan disiplin diri yang extra tinggi juga.

Kalau kerja di office (tempat kerja), kita terikat dengan peraturan yang company dah tetapkan. Masuk kerja pukul berapa, etika berpakaian macam mana, rehat pukul berapa, kena kerja sampai pukul berapa. 

Kerja Dari Rumah: 5 Tips Untuk Wanita Bergelar Isteri Dan Ibu
Kerja dari rumah. Memang betul-betul ada flexible time?

Bayangkan kalau kerja dari rumah, semua ni tak ada. Pandai-pandailah nak urus diri dan make sure kerja siap. Lepas lunch mata dah layu, boleh baring sekejap. Habis tu kerja macam mana?

Untuk individu yang dah ada komitmen famili, pandai-pandailah arrange masa dengan pasangan, urus anak-anak, uruskan rumah, masak, kemas, dobi apa bagai semua tu. 

Bekerja dari rumah masuk tahun ke-10, Nuha personally rasa kerja dari rumah bukan 1 tugasan yang mudah. Tapi, benda ni bukan mustahil. Nuha share sikit tips bekerja dari rumah dari sisi seorang isteri, seorang ibu dan seorang suri rumah. 

5 TIPS BEKERJA DARI RUMAH UNTUK SEORANG ISTERI DAN IBU

1) PENGURUSAN MASA

Terpaling penting untuk awak urus masa dengan bijak. Pukul berapa nak bangun pagi, mendobi, hantar ambil anak sekolah, masak, kemas rumah, spend masa dengan family. Ni belum masuk kes-kes kecemasan lagi. Dah tu bila nak buat kerjanya? Haha.

Pada Nuha, kalau bangun awal pagi Nuha akan rasa masa tu lebih panjang dan Nuha sendiri lebih tenang. Mood pun inshaAllah lebih baik compare kalau bangun lambat. Bila bangun lambat rasa semua benda pun kelam-kabut. 

Ambil sikit masa sebelum tidur atau pagi-pagi lepas bangun tidur untuk plan kerja hari tu.

2) SET PRIORITI KERJA

Dalam banyak-banyak rutin yang awak dah plan nak buat tadi, setkan mana 2-3 kerja paling penting yang awak kena setelkan cepat-cepat haritu. Penting ni untuk awak setelkan mana yang penting dulu dan tak kalut.

3) MARK YOUR DAILY ACHIEVEMENT 

Ni bukan tunggu dapat award dari mana-mana sultan tau. Bila dah setel task yang awak plan awal pagi tu, tick pada list kerja yang awak dah buat awal pagi tadi. 

Bila awak tengok list tu ada yang dah ber-tick, awak akan rasa yang awak dah achieve something haritu dan automatically akan rasa lebih semangat nak setelkan kerja-kerja lain. Sekecil-kecil achievement tetap satu achievement. Ramai orang kadang-kadang nak tick pada kerja-kerja major je. Bila tak dapat siapkan ikut plan, mulalah frust. Lepas frust mulalah buka nettflix layan movie dengan alasan nak bertenang. Sudahnya kerja bersusun tak siap, habis tengok movie sambung frust balik. 

Jangan gitu. Raikan sekecil-kecil kejayaan awak selesaikan tugas hari tu. Automatically awak akan lebih termotivasi nak setelkan kerja-kerja lain. 

4. BAHAGI TUGAS SESAMA ISI RUMAH

Ini penting supaya awak tak overwhelmed sorang-sorang. Pada Nuha tak kisahlah title yang dipegang tu suami ke isteri ke, asalkan tinggal dalam rumah yang sama memang patut jaga dan kemas rumah sama-sama. Bila rumah teratur, mood pun jadi lebih baik. 

Mula latih anak untuk urus diri dan barang sendiri sesuai dengan usia mereka. Contohnya; lepas makan latih basuh pinggan cawan sendiri, bangun tidur kemas tempat tidur sendiri, latih anak lipat baju sendiri, kemas bilik sendiri. Anak-anak akan ambil masa untuk cekap buat semua ni. Tak apa, slowly diorang akan pandai buat. 

Macam keluarga kami, Nuha latih lepas makan malam semua orang akan basuh pinggan cawan sendiri. Sorang anak akan sapu dapur, sorang lagi mop lantai dan sorang lagi lap meja makan. Nuha setelkan part bersihkan dapur masak dan periuk apa bagai semua tu. Alhamdulillah, nampak gaya makin cekap masing-masing buat kerja-kerja ni. 

5. BE A HUMAN

Nuha tahu jadi seorang isteri dan ibu yang bekerja bukan satu position yang ringan. List kerja tak pernah yang sikit. 

Bila awak dah commit sehabis baik pada kerja dan tugas-tugas sebagai isteri dan ibu, dah sehabis baik memotivasi dan mendisiplinkan diri tapi masih ada yang culas here and there, that's it. 

Kerja Dari Rumah: 5 Tips Untuk Wanita Bergelar Isteri Dan Ibu
Bekerja dari rumah dengan cabaran yang tersendiri

Please awak jangan salahkan diri sendiri. Nuha manusia, awak pun manusia, kita semua manusia. Berdamai dengan apa yang kita capai dan yang kita tak capai. Kerja memang takkan pernah habis awak. 

Keep it up, selalu ingat yang esok masih ada. Tak payah stress dengan apa yang awak tak capai haritu sebab itu akan tarik lagi banyak energy yang tak baik. Tutup hari awak dengan tenang dan happy. Esok boleh cuba selesaikan kerja mana yang masih pending. 

Jangan lupa untuk awak allocate masa untuk diri sendiri juga. Keluarlah me time, bagi reward pada diri sendiri. You deserve it. 

Sekian tu je 5 personal tips dari Nuha untuk isteri dan ibu yang bekerja dari rumah. Semua ni peringatan untuk diri Nuha juga. Semoga bermanfaat.

#NextlevelBlogging 
#Shakleetriumph2023 
#Shakleethrive2023 
#SetRahmahShaklee2023

Nuha Hayati
Pengedar Shaklee Kuala Selangor
Instagram: nuha.hayati
Tiktok: nuha.hayati
Youtube: Nuha Hayati

Sunday, 9 July 2023

Perbezaan Antara Vivix Shaklee Dan ResV Shaklee

ResV mula berada di pasaran Malaysia sekitar bulan April - Mei 2020 kalau tak silap Nuha. Apa beza Vivix dengan ResV Shaklee? Mana satu yang lebih powerful? Kenapa Shaklee keluarkan ResV kalau Vivix dah memang terbaik? Nuha share sikit perbezaan antara Vivix dan ResV Shaklee dalam entry kali ni. Jom baca.

PERBEZAAN ANTARA VIVIX SHAKLEE DAN RESV SHAKLEE

Ingat lagi Nuha sempat join ResV party pada 8 Mac 2020, beberapa hari je sebelum kerajaan keluarkan arahan PKP1 yang disebabkan oleh Covid19. Memang rezeki kami yang join masa tu sebab itu party yang pertama dan yang terakhir. Party ResV tarikh dan lokasi lain semua terpaksa dibatalkan sebab keadaan semasa yang tak mengizinkan. 

Melalui penyelidikan bertahun-tahun, para saintis Shaklee mendapati polifenol tertentu mungkin mempunyai kesan positif ke atas kesihatan sel. Jadi Shaklee cipta campuran polifenol dari sumber semula jadi yang lebih seimbang dengan kepelbagaian polifenol yang menyerupai polifenol berspektrum luas daripada alam semula jadi. 

Sebagai tambahan kepada polifenol berkuasa dari anggur Muscadine, ResV kini mengandungi polifenol dari delima, ekstrak anggur merah, chebulic myrobalan dan banyak lagi. 
Perbezaan Vivix dan ResV Shaklee
Perbezaan ramuan Vivix dan ResV
Vivix daripada 4 tumbuhan semulajadi manakala ResV daripada 7 tumbuhan semula jadi 

Berdasarkan data daripada kajian ke atas polifenol dan ResVeratrol, Shaklee telah menambahbaik keseimbangan ResVeratrol dan polifenol untuk menghasilkan profil polifenol yang lebih aktif.

Formula ResV 30% Lebih Berkuasa Berbanding Vivix

Spektrum polifenol sudah berubah daripada Vivix dan jumlah polifenol bagi setiap hidangan juga dipertingkatkan. Dalam satu kajian makmal, formulasi ResV menunjukkan 30% lebih berkuasa dalam merencatkan pembentukan protein AGE berbanding Vivix. 

Perbezaan kuasa ini yang dikesan melalui esei AGE berlaku kerana terdapat perubahan pada spektrum polifenol kerana perbandingan saksama dibuat ke atas penghantaran polifenol. Buktinya kini masih dalam ujian.

Perbezaan Bentuk Vivix VS ResV

Vivix diformulasi dalam bentuk cecair manakala ResV dihasilkan dalam bentuk liquid gel. 

Untuk individu yang selalu travel, ResV sangat travel friendy. 

Perbezaan Vivix dan ResV Shaklee
Vivix Shaklee dalam bentuk cecair yang sangat sedap


Perbezaan Vivix dan ResV Shaklee
ResV Shaklee dalam bentuk liquid gel


Masa untuk Ambil Vivix VS Masa untuk Ambil ResV

Ambil Vivix setiap hari, sebaiknya dengan makanan, pada waktu pagi sebagai perlindungan untuk awak menjalani kehidupan seharian dan ambil ResV pada waktu malam sebagai pemulihan ketika tidur bagi menyokong pemulihan badan.

Perbezaan Vivix dan ResV Shaklee
Waktu yang sesuai untuk ambil Vivix dan ResV

Kaedah Penyimpanan Vivix VS ResV

Resv perlu disimpan dalam peti sejuk?
Jawapannya tidak. ResV tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. Sebaiknya simpan dalam suhu di bawah 30⁰C dan terlindung daripada cahaya dan kelembapan untuk mengekalkan kesegaran serta aktiviti polifenol optimum dalam ResV.

Kenapa perlu simpan sejuk Vivix selepas dibuka?
Penyejukan selepas dibuka akan membantu mengekalkan kesegaran, warna dan bahan aktif yang optimum dalam produk.

Jangka Hayat Vivix VS ResV

Vivix mempunyai jangka hayat selama 12 bulan manakala ResV mempunyai jangka hayat yang lebih lama iaitu 24 bulan daripada tarikh pengeluaran.

Dapatkan Set ResV-vix Night & Day Duo Shaklee dengan diskaun 5%, percuma keahlian dan percuma cas penghantaran ke seluruh Malaysia dan dipaketkan dalam kotak ekslusif . Pelan ansuran mudah selama 6 bulan tanpa interest juga disediakan kepada pengguna Kad Kredit Maybank dengan bayaran bulanan serendah RM130.95 sahaja.

Promosi Vivix Shaklee dan ResV Shaklee
Promosi Vivix Shaklee dan ResV Shaklee

Pembayaran Set ResV-vix Night & Day Duo Shaklee RM785.70 boleh dibuat terus ke akaun Nuha seperti di bawah:

Akaun Maybank
154017384668
Nurul Hayati Hanisah

*hubungi Nuha selepas pembayaran dibuat*


Hubungi Nuha sekarang untuk order Set ResV-vix Night & Day Duo, konsultasi Supplement Shaklee yang lain atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

#NextlevelBlogging 
#Shakleetriumph2023 
#Shakleethrive2023 
#SetRahmahShaklee2023

Nuha Hayati
Pengedar Shaklee Kuala Selangor
Instagram: nuha.hayati
Tiktok: nuha.hayati
Youtube: Nuha Hayati


* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau mencegah sebarang penyakit. Sekiranya anda di bawah rawatan perubatan, sila dapatkan nasihat doktor sebelum pengambilan suplemen kesihatan.