Blog Nuha Hayati

7 Sebab Shaklee Bisnes Online Terbaik Malaysia 2023

Bisnes online bukanlah trend baru tahun 2023. In fact ramai yang menjadikan bisnes online sebagai income utama. Tahun 2023 rakyat Malaysia lebih cenderung untuk membeli-belah dan mencari perkhidmatan secara online berbanding keluar rumah survey dari satu kedai ke kedai yang lain. Jadinya peniaga yang masih belum masuk ke dunia bisnes online boleh dikira sebagai tertinggal kereta api. 

7 SEBAB SHAKLEE BISNES ONLINE TERBAIK MALAYSIA 2023

Banyak kelebihan bisnes Shaklee yang Nuha nampak sepanjang lebih 10 tahun Nuha dengan Shaklee. Alhamdulillah dah 1 dekad journey Nuha dengan bisnes Shaklee, kalau bisnes ni banyak kekurangannya tak mungkin Nuha akan bertahan sebegini lama. Tak mungkin beratus ribu Pengedar Shaklee lain sama-sama bertahan buat bisnes Shaklee secara online. Harini Nuha akan kongsi 7 sebab Shaklee Bisnes Online Terbaik Malaysia 2023.

Bisnes Online Terbaik Malaysia 2023
Bisnes Online Terbaik Malaysia 2023

1) PRODUK SHAKLEE SANGAT BAGUS

Nuha yakin semua peniaga mesti nak jual produk bagus. Shaklee ada produk-produk hebat yang selamat, terbukti dan berkesan.

PRODUK SHAKLEE SELAMAT

Bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk-produk Shaklee dipilih secara teliti untuk memenuhi standard yang tinggi bagi menjamin semua produk Shaklee selamat.

TERBUKTI
Para saintis Shaklee sentiasa mencari bahan dan ramuan tulen dan mujawab dari alam semula jadi, membuat semakan terbitan saintifik dan melakukan kajian mereka sendiri untuk mengesahkan keberkesanan sesuatu bahan.

BERKESAN
Keberkesanan produk Shaklee telah dibuktikan melalui Kajian Suplemen Pemakanan Shaklee - satu kajian penanda aras yang telah menunjukkan bahawa mereka yang mengambil supplement Shaklee memiliki kesihatan yang jauh lebih baik berbanding mereka yang mengambil multivitamin jenama lain atau tidak mengambil apa-apa suplemen.

Dengan produk-produk yang syarikat sediakan, kami para pengedarnya tak perlu pening kepala nak buat R&D bagai. Produk terbaik sudah tersedia, kami cuma pasarkan dan berkongsi kebaikan produk-produk Shaklee kepada orang ramai.

2) POTENSI PELANGGAN REPEAT ORDER SANGAT TINGGI

Selain produk penjagaan diri, kecantikan dan penjagaan rumah, Shaklee menawarkan banyak produk supplement kesihatan. Pengguna makan supplement setiap hari sama macam makanan-makanan lain. Sampai masa supplement akan habis.

Dengan manfaat kesihatan yang pengguna dapat hasil pengambilan produk-produk Shaklee, potensi customer repeat order adalah sangat tinggi. 

3) GANJARAN BISNES YANG MEMUKAU

Shaklee menawarkan ganjaran tunai (cash) dalam pelbagai kategori tidak termasuk untung runcit. Semua pengedar Shaklee berpeluang untuk menikmati Personal Bonus, Net Personal Bonus, Leadership Bonus dan Coordinator Bonus.

Selain cash bonus, ada lagi insentif kereta dan trip percutian percuma untuk mereka yang layak. Alhamdulillah, Allah dah lorongkan Nuha dengan pilihan yang sangat tepat iaitu memilih untuk buat Bisnes Shaklee. Segala peluang dan ganjaran sudah tersedia cuma perlu rajin-rajin berusaha dengan sabar dan solat sahaja.

Bisnes Online Terbaik Malaysia 2023
Bisnes Online Terbaik Malaysia 2023 hanya perlukan handphone saja

Nuha percaya semua bucket list Nuha bakal tercapai melalui Bisnes Shaklee, InshaAllah. Awak ada bucket list sendiri kan, jom hit satu persatu bucket list awak bersama Shaklee!

4) BOLEH RUN BISNES SHAKLEE DI MANA-MANA

Bisnes Shaklee boleh dilakukan di mana sahaja Nuha berada. Balik kampung bisnes masih on, pergi bercuti atau kemana-mana tetap boleh kendalikan bisnes seperti biasa sebab Shaklee dah sediakan sistem online yang lengkap bagi memudahkan kami semua.

Semua urusan order boleh dibuat bila-bila masa dan di mana-mana asalkan Nuha bersama dengan rangkaian internet. Mudah sangat!

5) GAJI ONTIME TAK PERNAH LEWAT

Pernah Nuha tanya pada seorang kawan "kenapa awak dah tak buat bisnes XX tu?". Jawapannya sebab syarikat ada masalah nak bayar komisyen agent. Allah.

Bila kita dah letak usaha dan kita tahu yang kita akan dapat ganjaran hasil titik peluh tu, tentu lah kita mengharap dan nak kan hak kita tu.

Alhamdulillah sepanjang 10 tahun Bisnes Shaklee ni belum pernah walau sehari syarikat masukkan bonus lambat dari 15 hari bulan. Lebih awal dari yang sepatutnya adalah. 

Kadang-kadang 13 hari bulan dah masuk bonus bulan lepas dalam akaun. Syukur sangat sebab buat bisnes dengan syarikat yang mantap macam ni. 

6) BISNES SHAKLEE ADA PENYATA BONUS

Ini satu kelebihan besar yang Shaklee tawarkan sebab bukan semua bisnes ada "slip gaji". Biasanya orang berniaga ni takkan ada slip gaji sebab dialah majikan, dialah pekerja.

Kalau ada urusan yang perlukan slip gaji, perlu dapatkan pengesahan pendapatan daripada individu tertentu. Tapi dengan Shaklee tak perlu susah-susah macam tu dah sebab syarikat ada sediakan penyata bonus.

Dengan penyata bonus ini, ramai pengedar Shaklee berjaya lulus untuk buat pinjaman beli rumah, kereta dan lain-lain. 

Bukan biasa-biasa kan Bisnes Shaklee ni? 

7) BISNES SECARA BERJEMAAH, BUKAN SOLOPRENEUR

Buat bisnes ada cabarannya yang tersendiri. Dengan bisnes Shaklee, segala masam masim dan pahit cabaran bisnes Nuha tak tanggung sendirian. 

Masalah sebesar mana pun, kalau dapat dikongsi dengan individu yang sehaluan dan memahami pun dah rasa lega sangat. 

Nuha sentiasa ada mentor bisnes sebagai rujukan dan tempat untuk luah perasaan, minta pendapat, mengadu nasib dan cabaran bisnes. Alhamdulillah, berada bawah Team Jutawan banyak membantu Nuha untuk dapat info-info pemasaran terkini, update terkini produk dan tak tertinggal juga motivation support. Orang kata completely perfect la.  

Nuha juga ada Organisasi Bisnes Shaklee sendiri iaitu Team Excellenters. Sama macam Team Jutawan buat, Nuha apply perkara yang sama kepada ahli yang mendaftar di bawah organisasi Nuha.

Sebenarnya ada banyak lagi sebab Shaklee bisnes online terbaik Malaysia yang Nuha nak share. InshaAllah Nuha share kat entry lain ye. Apa yang Nuha yakin dan pasti, semua orang bila ambil keputusan untuk libatkan diri dengan bisnes online, semestinya nakkan bisnes boleh bagi keuntungan, bisnes yang mudah, yang flexible, bisnes jual produk yang bagus.
 

Semua tu ada dengan Shaklee. 

Hubungi Nuha untuk pertanyaan lanjut tentang kelebihan bisnes Shaklee dan sertai Team Excellenters bersama-sama Nuha.

#NextlevelBlogging #Shakleetriump2023 #Shakleethrive2023 #SetRahmahShaklee2023

Nuha Hayati
Pengedar Shaklee Kuala Selangor
Instagram: nuha.hayati
Tiktok: nuha.hayati

2 comments:

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Adbox