Blog Nuha Hayati

6 Idea Menu Sahur Sihat Lagi Mudah

Memasuki minggu kedua dah umat Islam menjalani ibadah berpuasa Bulan Ramadan. Kalau cerita bab sahur, ada yang prefer sahur yang meriah. Makan makanan berat, ada yang sahur wajib makan nasi, ada yang sahur simple-simple je. Awak sendiri pula macam mana?

3 IDEA MENU SAHUR SIHAT LAGI MUDAH

Nuha personally jenis yang sahur simple. Kalau 30 hari bersahur tu 30 hari tak sahur nasi pun tak apa. Alhamdulillah, Nuha boleh bertahan dengan sahur simple-simple macam makan kurma 3 biji, minum susu segelas, makan roti sikit ke. Then setel dah sahur. Plus sejak 10 tahun lepas Nuha dah mula bersahur dengan Set Puasa Shaklee, Alhamdulillah memang Nuha masih kekal bersahur simple-simple je setiap pagi tapi dapat setiap satu nutrisi yang badan perlukan. 

Entry kalini Nuha nak share beberapa menu sahur sihat lagi memudahkan awak di waktu pagi. 


1) BROCCOLI EGG MUFFIN

Menu Sahur Sihat
Menu sahur sihat yang pertama - broccoli egg muffin
Gambar dari: https://www.dinnerplanner.com

Bahan-bahannya:

Bahan A
Brokoli
Cendawan butang
Lobak merah
Daup sup

Bahan B
Telur
Susu low fat / greek yogurt
Lada sulah
Garam pink
Cili flakes (kalau nak pedas)

Kuantiti Bahan A dan B ikut kesesuaian berapa banyak yang awak nak buat.

Caranya:

Potong kecil semua Bahan A. Masukkan Bahan A yang siap dipotong ke dalam mangkuk muffin. Campurkan semua Bahan B dan kacau hingga sebati. Tuangkan Bahan B ke dalam mangkuk muffin yang ada Bahan A tadi. Bakar menggunakan air fryer pada suhu 200 darjah celcius selama 15 minit.

Resepi asal: Hartini Che Hat


2) MURTABAK AYAM SIHAT

Menu Sahur Sihat
Menu sahur sihat kedua - murtabak ayam versi sihat
Gambar dari: Coach Diet Sihat

Bahan-bahannya:

Daun bawang dan daun sup
Ubi keledek rebus (potong kecil)
Isi ayam yang diperap
Wholemeal wrap
Bawang besar dan bawang putih
Cili padi

Caranya:

Tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi. Selepas naik bau, masukkan perapan isi ayam. Kacau sehingga isi ayam masak, kemudian tambahkan lada putih dan mushroom seasoning sebagai perasa. Masukkan ibu keledek rebus dan daun sup serta daun bawang. Kacau sebati semua tadi dan siap untuk dibalut ke dalam wrap. 

Wrap tu boleh dipanaskan seketika terlebih dahulu untuk dapatkan rasa rangup. 

Resepi asal: Hartini Che Hat


3) NASI GORENG BAYAM

Menu Sahur Sihat
Menu sahur sihat ketiga - nasi goreng bayam
Gambar dari: food.detik.com

Bahan-bahan:

1 mangkuk nasi putih
1 biji cili merah
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Rocksalt secukup rasa
1 sudu besar serbuk paprika
Bayam secukupnya
Minyak zaitun

Caranya: 

Tumbuk cili merah, bawang merah dan bawang putih. Kemudian, tambahkan rocksalt. Gaulkan nasi dengan bahan yang ditumbuk. Panaskan non-stick pan. Masukkan nasi yang telah digaul dan tambahkan serbuk paprika.

Masak nasi sehingga cili hampir masak. Renjiskan sedikit minyak zaitun untuk lembabkan nasi.  Akhir sekali, masukkan bayam dan gaul sebati. Biarkan seketika hingga bayam masak. Tutup api dan hidangkan mengikut kreativiti masing-masing. 



4) AYAM KUKUS CENDAWAN

Menu Sahur Sihat
Menu sahur sihat keempat - ayam kukus cendawan
Bambar dari: apaplan.my

Bahan-bahan:

200 gram isi ayam 
Cendawan tiram secukupnya - hiris
Brokoli secukupnya - potong kecil kecil
4 cm halia - hiris nipis
2 sudu kecil serbuk lada hitam
Secubit rocksalt

Caranya:

Kukus ayam, cendawan tiram, halia bersama lada hitam dan rocksalt terlebih dahulu. Apabila ayam sudah hampir masak, masukkan brokoli. Biarkan brokoli asak sebentar sebelum sedia untuk dihidang bersama segenggam nasi perang.



5) SUSU KURMA HOMEMADE 

Menu Sahur Sihat
Menu sahur sihat kelima - susu kurma home made 
Gambar dari: iluminasi.com

Bahan-bahan:

5 biji kurma
1/2 cawan air masak
1 cawan susu segar

Caranya: 

Buangkan biji kurma terlebih dahulu dan carik-carikkan isi kurma. Rendam dalam 1/2 cawan air masak sehingga kurma kembang. Bila kurma dah kembang boleh blend dengan susu segar. 



6) PROTEIN ESP + CHOCOLATE CINCH SHAKE DENGAN SUSU COKLAT FARM FRESH 


Bahan-bahan:

100 ml susu coklat Farm Fresh 
300 ml air sejuk bertapis
1 scoop protein ESP
1 scoop Chocolate Cinch Shake
Ice (optional)

Caranya terpaling mudah. Campurkan kesemua bahan ke dalam shaker, shake hingga sebati dan sedia untuk dinikmati. 

So, antara 6 menu sahur sihat lagi mudah yang Nuha share ni mana satu yang awak paling tertarik nak cuba dulu? 

Cuba komen di ruangan komen di bawah. 

Hubungi Nuha untuk belian Set Puasa Shaklee, konsultasi Supplement Shaklee yang lain atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

#ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023 #ProjekBlogMega #ProjekDuitRaya #SahurSimpleZatPadu

Nuha Hayati
Pengedar Shaklee Kuala Selangor
Instagram: nuha.hayati
Tiktok: nuha.hayati

1 comment:

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Adbox