Stop salahkan juadan hari raya bila berat badan awak naik semula lepas sebulan berpuasa. Elok-elok berat badan turun cantik je Bulan Ramadan, Syawal dirairi penuh kesyukuran dan penuh kenikmatan dengan pelbagai juadah yang sedap. Ok fine! Perkara lepas jangan dikenang lagi wak. Mari Nuha kongsikan 7 tips kurus dengan cepat selepas raya.
7 TIPS KURUS DENGAN CEPAT SELEPAS RAYA
Syukur kita jadi rakyat Malaysia yang kaya dengan pelbagai makanan-makanan yang sedap. Hari Raya dirai umat Islam penuh kesyukuran. Amalan ziarah-menziarahi masih diteruskan setiap tahun. Waktu musim raya memang mewah dengan pelbagai juadah. Mewah-mewah sampai ramai yang tergelincir dari landasan berat badan ideal, berat badan naik semula lepas habis bulan puasa.
Sebelum awak mula membaca tips-tips kurus dengan cepat yang Nuha nak kongsi ni, suka Nuha ingatkan yang proses kurus ni berbeza setiap individu, menuntut disiplin, kesabaran dan consistency serta komitmen yang tinggi. So awak dah sedia?
Jom!
1. Tetapkan Goal
Bila awak buat keputusan untuk kurus semula dengan cepat selepas raya, first thing first yang awak perlukan adalah setkan goal untuk kurus tu. Berapa kilogram nak cuba turunkan dan dalam masa berapa lama.
Remember, setkan goal dalam keadaan awak tenang dan goal tu wajib jelas dan realistik. Takkan nak turunkan 5kg dalam masa sehari pulak kan.
2. Ambil Makanan Seimbang
Ini top of the top tips yang awak perlu sebenarnya untuk kurus dengan cepat. Berat badan naik disebabkan pemakanan seseorang yang caca marba. Untuk kurus, pemakananlah yang terpaling penting awak perlu jaga selain daripada perkara-perkara lain.
Makan makanan yang seimbang, makanan yang berkhasiat dalam portion yang betul. Tiga ni sangat penting.
Tak berdosa sekali-sekala nak awak nak cheat day. Tak dosa. In fact tak perlu pun untuk awak create hate relationship dengan makanan-makanan yang awak suka. Boleh ambil tapi wajib jaga portion. Orang kata makan buat ghaso-ghaso. Bukan melantak sampai kenyang.
3. Bersenam
Mulakan semula aktiviti bersenam yang sudah lama ditinggalkan. Untuk yang dah lama tak bersenam, awak boleh mula dengan aktiviti fizikal yang mudah dan santai seperti brisk walking.
Jadikan bersenam sebagai rutin tetap awak. Tak perlu tiap-tiap hari pun sebenarnya. Cukup 20 -30 minit setiap satu sesi, 3 kali seminggu.
Bila Nuha sebut rutin, maksudnya awak memang slotkan aktiviti bersenam tu sebagai aktiviti tetap awak. No excuse, tak tunggu ada masa free baru buat dan wajib disiplin sama macam awak disiplin bangun pagi dan bersiap pergi kerja setiap hari.
Senaman yang teratur dan konsisten bukan saja membantu awak kurus cepat, tapi turut meningkatkan kesihatan mental dan fizikal.
4. Minum Cukup Air
Hormon yang membuatkan rasa lapar disebut sebagai hormon ghrelin. Bila awak rasa lapar, kadang-kadang awak sebenarnya bukan lapar makanan tapi awak lapar air.
Bila awak rasa lapar, apa yang awak boleh buat ialah minum air dulu. Lepas minum air tapi masih rasa lapar, ok pergilah cari makanan. Kalau lepas minum air awak dah rasa kenyang, maksudnya awak memang lapar air.
Air putih akan membuatkan awak rasa lebih kenyang dan awak tak terasa nak makan atau mengunyah.
5. Tidur Berkualiti dan Cukup
Bercerita tentang tidur untuk kurus cepat ni sekali dengar macam eh ada kaitan ke? Ye la, tidur je kot. Apa kaitannya dengan kurus?
Memang ada kaitan dan ramai yang tak tahu!
Kurang tidur dan tidur yang tidak berkualiti boleh meningkatkan selera makan dan memberi risiko kepada obesiti.
Tidur yang cukup dan berkualiti membantu seseorang untuk membuat pilihan makanan yang lebih sihat. Jadi, jangan abaikan waktu dan kualiti tidur kalau awak nak kurus dengan cepat.
6. Pengambilan Supplement Secara Bijak
Nuha sarankan juga untuk awak ambil supplement secara bijak sepanjang journey awak untuk kurus dengan cepat selepas raya. Supplement yang diambil tujuannya adalah untuk merapatkan jurang nutrisi dalam badan, untuk meberikan tenaga, membakar lemak dan membantu pembinaan semula otot dan untuk mengekalkan tahap kesihatan badan.
Ada banyak supplement kurus dijual di pasaran. Ada yang harga marhaen, harga premium, ada yang janji kesan bulan dan bintang dan macam-macam lagi.
Sebagai seorang pengguna yang bijak, awak wajib mengkaji terlebih dahulu supplement yang bakal masuk ke dalam badan awak. Bukan apa, awak memang nak kurus dengan cepat. Tapi perlu selidik terlebih dahulu kualiti produk, bahan yang digunakan, dan keselamatan awak sebagai pengguna selepas mengambil supplement tersebut.
Set Kurus Shaklee adalah part of journey awak untuk kurus dengan cepat. Awak boleh baca juga entry Nuha sebelum ni tentang Mudahnya Kurus Sihat Dengan Set Kurus Shaklee.
7. Enjoy The Process
Ramai yang excited dan berkobar-kobar nak kurus semula selepas raya. Sabar awak, berat awak bertambah pun ambil masa kan. Takkan bila nak kurus boleh jadi sekelip mata pula. Kurus ni proses dan proses ni berbeza-beza ikut badan masing-masing dan awak patut enjoy journey awak untuk kurus semula lepas raya.
Perasan tak sebenarnya tips ni semua membawa kita balik kepada fitrah yang sepatutnya. By right kita memang sepatutnya ambil makanan seimbang, kita patut bersenam, cukup rehat, cukup water intake dan ambil supplement secara bijak.
Its ok kalau perkara ni semua terasa janggal pada mulanya. Tapi why not kan, benda baik. Bila kita sihat, inshaAllah situasi terlebih berat badan dan terlebih inci pada badan tu terhapus sama.
Hubungi Nuha sekarang untuk dapatkan Set Kurus Shaklee, konsultasi Supplement Shaklee yang lain atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.
#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#Shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
Nuha Hayati
Pengedar Shaklee Kuala Selangor
FB: Nuha Hayati
Instagram: nuha.hayati
Tiktok: nuha.hayati
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.