Blog Nuha Hayati

diet mengikut jenis darah

hye ladies. let me share something about a secret of diet! actually nuha dapat forward email from my colleague. maklumla, nuha baru conduct blood donation campaign baru-baru ni :)



Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan.
Lektin adalah protein yang terdapat pada makanan, khususnya tumbuhan kekacang.

Setiap protein makanan yang diserap tubuh, hanya sesuai dengan jenis darah tertentu.
Setiap individu memiliki tindakbalas yang berbeza terhadap makanan berdasarkan jenis darah yang dimiliki.
Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A, B, AB, dan O.


Menu diet yang dicadangkan untuk golongan Darah 'A'

Sarapan: Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam: Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba



Menu diet yang dicadangkan untuk golongan Darah 'B'

Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam: Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba



Menu diet yang dicadangkan untuk golongan Darah 'AB'

Sarapan: Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek: Yogurt
Makan Tengahari: Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam: Omelet dan salad buah serta kopi



Menu diet yang dicadangkan untuk golongan Darah 'O'

Sarapan: Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek: Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek: Sepotong kuih
Makan Malam: Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba





sebenarnya email yang nuha terima agak panjang berjela. sesiapa yang nak entry penuh boleh email nuha ye.
>sekian<
***you + me = us***


muka sangat riang padahal tak derma darah pon

2 comments:

  1. nuhaaaaa....rebit dah beranak belum?hehehehe

    ReplyDelete
  2. ehehe..blom lagi dear. we never check her pregnancy tapi rase macam dia keguguran. omg, tunggu dulu keh!

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Adbox