assalamualaikum... :)
apa aktiviti hujung minggu anda yang lalu?
nuha sibuk dengan kelas dan pindah rumah baru. sangat letih tapi >.<
mesti ramai b2b pergi pameran pengantin last weekend kan?
nuha teringin nak pergi. tak pernah pergi pameran pengantin yang besar-besar.
nuha pernah pergi pameran pengantin Bangi je. ye la.. PKNS Bangi tu kecil je, so vendor pon tak seramai vendor pameran pengantin lain yang dahsyat-dahsyat. tapi, sempat juga jumpa Kak Sitti Nur dari Rumah Kebaya Malaysia. hu..comel je Kak Sitti
ok tujuan nuha ke pameran pengantin Bangi ialah untuk mencari vendor majlis bertandang nanti. nuha pilih vendor yang tawarkan pakej yang sesuai dengan budget. ukur baju di badan sendiri la katakan.
kalau ikutkan perancangan, kami memang nak cari vendor area Gombak, Batu Caves sana. tapi disebabkan kami ada masalah masa, nuha decide untuk cari vendor di kawasan Bangi memandangkan vendor tersebut mengenakan bayaran pengangkutan sebanyak RM200 <-- masih dalam budget.
nuha sempat request untuk bergambar dengan owner butik tersebut
:)
abaikan inner biru, baju kurung cotton hijau murah dan shawl hitam itu |
nuha dapat free kelas make up. sukeeee.......
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.