Blog Nuha Hayati

Komposisi Dalam Susu Ibu

Assalamualaikum.
Hai semua apa khabar? Semoga sihat2 selalu.. inshaAllah.

Selalu betul kita geng mommies dan mommies to be sedia maklum yg susu ibu adalah susu terbaik buat anak. Tapi tak ramai yg tahu secara terperinci apa sebenarnya yg terkandung dalam susu ibu sampai diangkat martabatnya sebagai susu terbaik. Meh berkongi info. Sumber dari: American Pregnancy Association. 


Gambar hiasan

Susu ibu mampu melindungi baby kita daripada jangkitan dan merendahkan kadar mendapat masalah kesihatan seperti diabetis, obesiti dan asma pada masa akan datang.

Susu ibu adalah sumber nutrisi terbaik buat baby yg baru lahir. Banyak komponen dalam susu ibu membantu dalam melindungi baby daripada jangkitan dan penyakit. Protein dalam susu ibu lebih mudah dihadam daripada protein dalam susu formula atau susu lembu. Kalsium dan zat besi dalam susu ibu juga lebih mudah diserap.

Komponen Dalam Susu Ibu:

1) Protein

Susu ibu mengandungi dua jenis protein iaitu whey dan kasein. Lebih kurang 60% adalah whey, manakala 40% lagi adalah kasein. Protein yg seimbang membolehkan penghadaman yg cepat dan mudah. Susu formula mengandungi peratusan casein yg lebih tinggi, menyebabkan baby lebih sukar utk menghadamnya. Empat protein spesifik yg terkandung dalam susu ibu adalah lactoferrin, lisozim, Sekritori IgA dan faktor bifidus.

2) Lemak

Susu ibu juga mengandungi lemak yg diperlukan utk kesihatan baby. Ianya perlu utk pembentukan otak, penyerapan vitamin-vitamin larut lemak dan sebagai sumber utama kalori. Rantaian asid lemak yg panjang diperlukan utk pembentukan otak, retina dan sistem saraf baby.

3) Vitamin

Kandungan dan jenis-jenis vitamin yg terkandung dalam susu ibu adalah sangat berkait rapat dengan vitamin yg diambil oleh si ibu. Sebab tu lah sangat penting bagi mama-mama sekalian utk mendapatkan pemakanan yg mencukupi, termasuklah vitamin. Vitamin larut lemak termasuklah vitamin A, D, E dan K adalah penting untuk kesihatan baby. Vitamin larut air seperti vitamin C, riboflavin, niasin dan asid pantotenik juga sangat penting.

4) Karbohidrat

Laktos adalah sumber karbohidrat utama dalam susu ibu. Ia mengandungi lebih kira-kira 40% daripada jumlah kalori yg dibekalkan oleh susu ibu. Laktos membantu untuk mengurangkan jumlah bakteria tidak sihat dalam perut dimana ia memperbaiki serapan kalsium, fosforus dan magnesium. Ia membantu untuk melawan penyakit dan meningkatkan pertumbuhan bakteria sihat dalam perut baby. 

Ok sekian dulu. Jumpa next entry esok, inshaAllah.

Hubungi nuha utk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Adbox