Sunday, 30 November 2014

Testimoni Omega Guard untuk Pelajar

Omega 3 ternyata memberi manfaat kepada minda terutamanya kepada golongan kanak-kanak dan pelajar. Sebab tu parents kita bagi makan minyak ikan waktu kecil dulu.

Assalamualaikum & hai.

Even dah kerja pun mak nuha masih suruk amalkan pengambilan makanan tambahan omega 3. 

Sempena hari penutup promosi Omega Guard ni, nuha nak share testimoni drpd seorang pelajar yg mengamalkan Omega Guard.

Baca: Promosi Omega Guard

Testimoni Omega Guard
Testimoni Omega Guard (sambungan)

Tengok tu.. bukan 1 je manfaat yg diperolehi. Banyak..


Untuk anda yg mementingkan kecantikan.. anda tentu berminat utk membaca entry ini:


Ketahui manfaat minyak ikan utk kesihatan di entry INI.

Hubungi nuha utk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati

Wednesday, 26 November 2014

Tips Tanak Nasi

Sukatan air yg betul penting dlm memastikan nasi masak dengan sempurna (tak lembik/ mentah).

Assalamualaikum & hai.

Harini kita ke dapur pula. Sukatan air memang penting dalam sesi menanak nasi. Nampak mudah tapi memang mudah dgn cara berikut:

Air hanya perlu disukat menggunakan ruas jari. Guna ruas jari?

Yes. Lepas dah cuci beras 2 - 3 kali, isi air. Letakkan jari telunjuk atau hantu di atas permukaan beras. Isi air sehingga mencecah ruas pertama jari anda dan ia menandakan sukatan airnya sudah mencukupi. InshaAllah, nasi akan masak dengan sempurna.

Sumber: tms-mestory.blogspot.com

Alternatively, boleh guna cawan. Kalau beras 1 cawan, air yg diperlukan ialah 1¼ cawan yg sama. Kalau tanak nasi yang banyak, kaedah sukatan cawan lebih praktikal.

Artikel Penuh: Teknik Tanak Nasi

Honestly nuha pun masih tak handal lagi dlm acara tanak nasi. Dulu bujang guna periuk kecil. Lebih mudah and confident sukat air.

Bila dah tukar status, saiz periuk pun tukar jugak. Mula2 dulu memang kekok. Selalu terlembik sebab lebih air. Sekarang makin pandai.. guna tips di atas :)

Sama juga macam bisnes. Dulu nuha tak reti nak berniaga. Lagi2 nak berniaga supplementary products. Bukan boleh sebarangan. Tapi sama macam acara tanak nasi tadi..

Praktis.. praktis dan terus praktis. Lengkapi diri dgn ilmu dan teknik yg betul. Tak rugi mencuba. Kita tak tahu potensi diri sampai la kita cuba sendiri sesuatu bidang tu.

Setuju?

Hubungi nuha utk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Omega Guard

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati

Tuesday, 25 November 2014

Omega 3 dan Kecantikan

Omega 3 membantu anda utk menurunkan berat badan, menyihatkan jantung, sendi, dan bagus utk otak. Omega 3 juga bermanfaat dalam membantu wanita yg mengidamkan kulit yg cantik. 


Assalamualaikum & hai.

Sebelum ni nuha dah share pasal Omega 3 dalam Membantu Menurunkan Berat Badan.

Harini nuha nak cerita pulak fungsi omega 3 utk mencantikkan kulit. Ladies mesti suka topik ni kan :)

Sumber: timeslive.co.za

Omega 3 mampu mengembalikan tekstur kulit. Apabila perjalanan darah lancar...kulit lebih licin, kelihatan lebih muda, berseri kemerahan dan tak pucat. Asid lemak omega 3 juga mampu utk memperbaiki tekstur kulit, dimana ia menghalang pelepasan enzim yg boleh memusnahkan kolagen.

EPA membantu mengawal kadar penghasilan minyak pada kulit, memastikan dan mengawal  kelembapan kulit kita supaya kulit tidak kering dan mengelupas.

So.. mana nak dapat omega 3 ni? Badan kita tak boleh hasilkan omega 3 sendiri. Kita memang perlu dapatkan omega 3 dari sumber makanan. Banyakkan makan ikan salmon. Sumber makanan yg kaya dengan omega 3.

Alternatively, Shaklee menawarkan supplement yg kaya dengan omega 3. Its Omega Guard.


Hubungi nuha utk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Omega Guard

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati

Monday, 24 November 2014

Rahsia Inai Merah Di Jari Pengantin

Sambungan entry INI. Nuha nak share rahsia bukan lagi rahsia pasal inai merah menyala.


Assalamualaikum & hai.



Merah mengalahkan pengantin!


Ni hasil dlm masa 2 jam je k. Merah menawan kan? Hehe. 2 je bahan yg nuha guna. Air paip dan daun inai. Rahsianya ialah..


Guna Daun Inai Muda


Yes.. daun inai muda. SIL nuha yg ajar. At first nuha tak caya. Ingat konsep buah kelapa. Makin tua makin pekat santannya. Ceh.


Last 2 years waktu nuha kawin nuha main hentam je. Mix daun inai muda & tua. Hasilnya.. tak pekat. Jenuh pakai semalaman.


Last 2 weeks adik nuha kawin..kami (nuha & adik) try guna daun inai muda. Petik di pokok yg sama. Memang most of the daun yg kitorang petik semua yg pucuk2. Tu la hasilnya.. merah mak ngah!


Next time nuha share tips memproses a.k.a tumbuk daun inai.


Daun inai muda lebih banyak getah drpd daun inai tua?

Sunday, 23 November 2014

Omega Mencegah Pembuluh Darah Tersumbat

Banyak manfaat Omega yg kebanyakan kita tak tahu. Omega bagus dalam membantu anda kurus, cantik, utk sendi, otak dll. 

Baca: Omega Guard untuk Kurus

Assalamualaikum & hai.. 

First bila dengar, nuha pun fikir Omega ni hanya utk minda je. Sebab.. parents bagi makan scott emulsion waktu kecik dulu. Hihi.

Harini nuha nak cerita..

Bagaimana Omega Membantu dalam Mencegah Pembuluh Darah Tersumbat.
Badan kita ada 2 jenis kolesterol. HDL (kolesterol baik) dan LDL (kolesterol jahat).

Baca:  Lemak Jahat vs Lemak Baik

LDL mengandungi lebih banyak lemak drpd HDL. LDL yg tinggi boleh menyebabkan penempelan kolesterol di dinding pembuluh darah. 



Sumber: www.livingpaleo.com

HDL pula mempunyai kandungan lemak yg lebih sedikit dan mempunyai kepadatan tinggi. HDL membantu membersihkan lebihan kolesterol drpd dinding pembuluh darah dan mengangkutnya kembali ke hati.


Sumber: termlifeinsuranceinc.com

Asid lemak Omega 3 mencegah terjadinya pengumpulan darah yang mengakibatkan penyumbatan pembuluh darah. Dengan mencegah penyumbatan pembuluh darah, ini akan dapat mengelakkan kita drpd risiko serangan jantung dan strok. 

Salah satu hidangan yg kaya dengan omega 3 adalah ikan salmon. Anda boleh amalkan menu ikan salmon dlm diet harian. Sebagai alternatif.. anda boleh amalkan Omega Guard

Baca: Kelebihan Omega Guard Shaklee

Anda juga mungkin ingin tahu.. 

Manfaat Minyak Ikan untuk Kesihatan

Hubungi nuha utk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Omega Guard

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati

Saturday, 22 November 2014

Jadual Waktu Sistem Badan Manusia


Kenali dan fahami jadual waktu sistem badan anda. 

Assalamualaikum & hai..

Nuha nak share sedikit info yg nuha dapat dari sideline nuha. Menarik utk kita tahu tentang tubuh yg kitalah yg menjadi tuannya. :)

3:00 am – 5:00 am 
Paru-paru – Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozon di udara. Ini akan memberi satu sumber tenaga yang baru jika mengamal latihan pernafasan, yoga serta bertakafur. Mereka yang mempunyai asma tidak patut tidur waktu ini dan boleh merasai kesukaran bernafas. 

5:00 am – 7:00 am 
Usus Besar - Mereka yang bangun tidur pada waktu ini tidak akan menghadapi masalah sembelit. Jika membuang air besar dan mandi dengan air sejuk diselesaikan dalam waktu ini, masalah kegugupan boleh dihindarkan. 

7:00 am – 9:00 am 
Perut - Sarapan patut diambil dalam tempoh masa ini. 

9:00 am – 11:00 am 
Limpa – Tidak minum dan makan waktu ini walaupun setitik air. Jika makan pada waktu ini akan mengakibatkan suhu badan meningkat, menambahkan keletihan dan mengurangkan tahap pencernaan. Ini lebih terserlah pada pengidap diabetes yang akan merasa kegigilan dan mengantuk. 

11:00 am – 1:00 pm 
Jantung – Hanya air sahaja yang diambil pada ketika ini. Tidak sepatutnya melakukan kerja berat atau tidur di masa ini. Jika tidak lebih karbon dioksida akan bercampur dengan oksigen. Ini akan meningkat kemungkinan terkena serangan jantung, lumpuh atau kesakitan badan. Kebiasaannya pihak hospital akan lebih berjaga-jaga pada waktu ini kerana pesakit jantung dan diabetes berkemungkinan diserang sakit jantung berbanding pada waktu lain. 

1:00 pm – 3:00 pm 
Usus kecil – Makan tengahari pada waktu ini. Selepas itu duduk tutup mata untuk rehat selama 5 minit. Elakkan dari tertidur. 

Sumber: www.sciencekids.co.nz

3:00 pm – 5:00 pm 
Pundi Kencing – Sesuai untuk mengambil minuman seperti jus buah atau teh.

5:00 pm – 7:00 pm 
Buah Pinggang – Ini adalah masa untuk bersantai dan rehat dari kerja harian. Jika tidak akan memudaratkan ginjal dan jangkitan salur kencing. 

7:00 pm – 9:00 pm 
Dinding Jantung – Makan malam patut diambil pada waktu ini. Jika tidak akan menimbulkan getaran atau sakit di dada. 

9:00 pm – 11:00 pm 
Ini adalah masa untuk mengembalikan semula tenaga organ-organ yang bekerja sejak pagi. Oleh itu sebaiknya waktu ini seseorang itu hendaklah baring dan bersedia untuk tidur. Elakkan dari membaca buku, menonton tv atau bekerja. 

11:00 pm – 1:00 am 
Hempedu – Waktu tidur. Jika masih berjaga akan menyebabkan badan kekurangan tenaga untuk bekerja di hari esoknya. 

1:00 am – 3:00 am 
Hati – Waktu tidur lena. Jika tidak akan memberi kesan kepada penglihatan dan badan lesu. 

Itulah ringkasan jadual waktu badan manusia. Menarik kan? Dah tahu ni boleh la praktis utk lebih menyayangi dan menghargai tubuh badan kita. 

Hubungi nuha utk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Omega Guard

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati



Friday, 21 November 2014

Omega Guard untuk Kurus

Heboh diperkatakan bulan November ni bulan borong Omega Guard. Golongan yg memborong ni termasuklah individu2 yg dalam proses utk menurunkan berat badan.

Assalamualaikum & hai..

Sebenarnya nuha draft macam2 topik utk dikongsi. Tapi memandangkan promosi hangat Omega Guard dah tinggal beberapa hari boleh kira dengan jari dah, so nuha up dulu topik Omega Guard. 

Ramai yg ingat Omega ni hanya utk minda saja. Rupa-rupanya masih ramai yg tak tahu..

Omega 3 mampu mengurangkan berat badan.

Gambar dari www.onegreenplanet.org

Sebelum nuha cerita details macam mana Omega 3 mampu mengurangkan berat badan, kita check dulu kandungan yg ada dalam Omega Guard Shaklee.

Omega Guard dihasilkan daripada minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuklah EPA, DHA, ALA dan lain-lain. Satu sajian Omega Guard membekalkan 990mg asid-lemak omega 3 EPA dan DHA.

Baca: Kelebihan Omega Guard

Macamana komponen EPA & DHA ni membantu dalam menurunkan kolesterol?

Asid lemak omega 3 meningkatkan tahap kolesterol HDL dan menurunkan tahap kolesterol LDL.

HDL - Koleterol baik
LDL - Kolesterol jahat

Persoalannya..

Macam mana asid lemak omega 3 menurunkan tahap kolesterol LDL? 

Dengan meningkatkan paras hormon leptin dalam tubuh. Hormon leptin adalah hormon yg mengawal rasa lapar (rasa nak makan). Dengan peningkatan paras leptin, selera makan akan berkurang.

Leptin juga mengawal hormon yg dikeluarkan oleh tiriod. Tiriod yg dilepaskan ke dalam aliran darah dapat membantu meningkatkan metabolism badan kita. Setiap sel dalam tubuh badan kita bergantung kepada hormon tiroid utk mengawal metabolism badan. Maka..

Apabila metabolism badan meningkat, lebih mudah berat badan diturunkan.

Gambar dari nutritionwonderland.com

Dengen mengamalkan mengambilan omega 3, badan akan bertindak balas dgn lebih lancar terhadap hormon leptin. Apabila metabolisn badan meningkat, pembakaran lemak juga turut meningkat.

Baca: Manfaat Minyak Ikan untuk Kesihatan

Hubungi nuha utk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Omega Guard

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati

Thursday, 20 November 2014

Inai Homemade Yg Selamat

Ini bukan inai yg guna chemical tau. Pure & fresh daun inai dari pokok dan air paip saja.

Teaser dulu..


Pakai 2 jam je
Sebagai seorang ibu yg comel kepada seorang anak yg comel, of course nuha tak banyak masa nak tepek inai kt jari lama2. Little dahlea mesti nak menyusu ye tak.



Nanti nuha share tips okeh. Stay tune!

3 Tips Utk. Maintain Pengeluaran Susu Ibu

Breastfeeding amat mudah dan sangat seronok.. Satu nikmat yg Allah beri khas utk ibu2 yg melahirkan.

Namun.. mudahnya breastfeeding perlu disokong dgn ilmu. Tanpa ilmu tentang penyusuan susu ibu.. belilah semua pun keperluan & gadget utk breastfeed. Hatta breast pump paling mahal dalam dunia pun... bazir je jika tidak disertai dgn ilmu tentang penyusuan susu ibu. 

So entry ni nuha nk share..

3 Tips Ringkas Cara utk. Maintain Pengeluaran Susu Ibu 

1) Jaga Demand agar Supply Terjaga

Ini yg paling asas. Sebab penghasilan susu badan sangat dipengaruhi oleh permintaan bayi anda.

Nuha bagi satu analogi. Seorang peniaga yg nak untung. Dah tentu peniaga tersebut perlu menjual utk dapatkan keuntungan dari perniagaannya. Adalah tidak masuk akal kalau peniaga tersebut tak jual apa2 tiba2 dilimpahi keuntungan yg melimpah2.

Sama dgn breastfeeding. Baby perlu demand susu banyak2 baru pengeluaran susu akan banyak. Macam mana nak demand susu banyak2?

Gambar dari thefunnyshapedwoman.blogspot.com

Kerapkan breastfeed si manja anda.

2) Amalan Power Pump

Power pump adalah salah satu latihan utk create demand (demand: susu). Sangat afdal exercise power pump ni dilakukan di waktu tengah malam sebab waktu ni badan kita dah relax, tenang.. baby pun dah tidur dan hormon prolaktin ibu tengah tinggi.

Gambar dari oliverandtara.com


InshaAllah nuha akan share teknik power pump in future.

3) Jaga Pemakanan Ibu.

Senang je tips ketiga ni. Tapi.. ramai ibu2 tak perasan yg mereka abaikan diet sebagai seorang ibu menyusu. Jaga pemakanan ni tak semestinya perlu disertai dgn pengambilan makanan tambahan.

Tidak semestinya. Kalau ibu dapat nutrisi yg cukup dan sepenuhnya dari diet harian, ibu tersebut tak perlu amalkan makanan tambahan.

Banyakkan pengambilan cecair (air). Susu ibu adalah dalam bentuk cecair. Macam mana nak hasilkan susu yg banyak kalau ibu sendiri tak ambil (minum) air dengan banyak?

Kata kuncinya di sini ialah ibu menyusu wajib cukup nutrisi & cecair.

Baca: Tips: 5 + 1 Ekor Ikan & Ibu Menyusu  

Hubungi nuha utk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati

Wednesday, 19 November 2014

diy: Sirih Junjung

Sirih dan majlis tunang & kawin memang sinonim. Macam irama & lagu.

Assalamualaikum & hai..

Harini nak menyembang pasal sirih sikit sebelum share sirih yg nuha & adik diy utk majlis adik lelaki nuha minggu lepas.

Sirih Junjung VS Tepak Sirih.

Gambar dari blog.shajaratul.com

Ni contoh sirih junjung


Gambar dari checklistkahwin.blogspot.com

Ni pulak tepak sirih. Ada yg lagi oldskool bekas baldu segi empat tepat warna merah. Penah tengok?

Apa bezanya? Masih dijunjung ke sirih zaman sekarang ni? Ade orang bagi tepak sirih lagi ke sekarang ni?

Mungkin ada generasi harini yg tak pernah tahu pun ape tu tepak sirih. Mungkin sebab sekarang dah ada macam2 design gubahan sirih.

Golongan yg makan sirih? Mungkin makin tak ada. Sirih.. sekadar adat di majlis2 begini. 

Our diy sirih version macam ni.

so simple.
Senang yg amat. Guna pemegang hand bouquet.. cucuk2 roses dan bunga putih tu tatau nama ape tah.. tepi2 tu cucukkan daun sirih yg dilekat pada lidi. Siap tak sampai sejam.

Siapa yg follow blog nuha dari zaman bujang dulu mesti kenal nuha memang suka kerja2 diy ni. Just bila dah berfamily masa tu limited sikit.

Okbye.

p/s: Promo Omega Guard beli 6 free 1/ twinpack Omega Guard dengan 5% diskaun. Special: November 2014 sahaja!



Tuesday, 11 November 2014

Tips: 5 + 1 Ekor Ikan & Ibu Menyusu

Ikan adalah salah satu sumber protein yg kita boleh dapat drpd diet harian. Bagi ibu menyusu, protein penting dalam membantu ibu 'menghasilkan' susu ibu berkualiti tinggi.

Protein dalam susu ibu memainkan peranan penting dalam memudahkan penghadaman dan penyerapan nutrien lain dalam tubuh bayi.

Assalamualaikum & hai.

Teringat waktu nuha struggle nak breastfeed little dahlea dulu. Nuha ke klinik desa (suka klinik desa sebab Jururawat Masyarakat (JM) lebih mesra dan prihatin) utk dapatkan khidmat nasihat dan 'belajar' cara susukan little dahlea dengan betul.

So antara soalan yg diajukan kepada nuha is.. Berapa ekor ikan awak makan dalam sehari?

Nuha jawab 2 ekor. Lunch sekor dinner sekor. Kadang2 je sehari 3 ekor. Then JM tu cakap..

"Mane cukup ikan 2-3 ekor je sehari. Macam mana susu nak banyak kalau mak tak makan banyak. Menyusu anak ni.. tak boleh nak diet diet tau. Awak tak cukup makan susu pun kuranglah. Cair je susu".. 

Sumber: ummiainulainacomey.blogspot.com

Tapi haritu JM tu kata susu nuha pekat. Wink wink.. suka!

Nuha takde amek hati pun dengan kata2 JM tu. Ye lah. Kita 'budak' baru nak belajar kan. Dengar je ape cikgu nak cakap. Lepas tu JM ajar posisi yg betul utk breastfeed little dahlea.

Well dulu nuha kan ade problem little dahlea tak reti nak latch on, inverted nipple, nipple confusion.. macam2!

Ok fine.. Balik rumah nuha bagitau husband nurse suruh makan 6 ekor ikan sehari. Omakkk!! Banyaknya kate husband nuha. huhu. Lagipun masa tu little dahlea memang ade masalah nak tidur waktu siang.

Tak tidur siang. So nuha memang tak dapat nak ke dapur utk masak. Nak goreng ikan pun tak sempat. Sungguh!

Tapi Alhamdulillah.. masa tu nuha dah dipertemukan dengan ESP. ESP ni la yg banyak membantu nuha yg tak sempat nak masak & makan. Bayangkan.. dari pagi nuha just makan oat.. ESP.. kadang2 roti.. lunch pun sama. Ni je la menu nuha waktu siang sampai la husband nuha balik kerja.

Baca:  Energizing Soy Protein (ESP)

Malam baru jumpa nasi. Husband tolong masak atau tapaukan makanan. Nuha memang really rely on ESP & oat all day long utk kekal bertenaga & kenyang. Disamping pengambilan air masak yg banyak. ESP memang banyak membantu dengan izinNya.

Syukur Alhamdulillah. So walaupun nuha tak dapat commit utk makan 6 ekor ikan sehari, nuha dah replace dengan ESP!

Baca: ESP & Ibu Menyusu

Hubungi nuha utk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati

Monday, 10 November 2014

Testimoni Omega Guard Untuk Anak Asthma

Omega-3 memang terbukti berkesan dalam mencegah dan mengurangkan asthma.

Assalamualaikum & hai. 

Harini nuha nak share 1 testimoni Omega Guard daripada customer nuha sendiri.
Alhamdulillah dengan izin Allah. Nuha tau anak customer ni memang selalu check in check out hospital. Tapi tak sangka mamanya yg prihatin ni feed her baby boy dengan Omega Guard.

Asalnya customer nuha ni beli Omega Guard utk beliau sendiri consume memandangkan dia tengah pregnant. Rupanya dia share makan dengan anak dia. 

Suddenly customer ni update good news ni pada nuha. Seronok tak terkata la nuha.
Testimoni Omega Guard untuk Anak Asthma

Testimoni Omega Guard untuk Anak Asthma

DHA dalam Omega Guard sangat bagus dalam pembentukan otak, mata dan sistem saraf tunjang bayi dalam kandungan. 

Omega Guard Makanan Tambahan Seisi Keluarga.

Suami boleh ambil utk kempiskan perut yg semakin kehadapan tu, isteri mengandung boleh ambil utk manfaat bersama anak dalam kandungan, parents boleh ambil utk kawal kolesterol & sendi, juga anak2 yg belajar atau yg akan menduduki peperiksaan.

Pendek kata memang sesuai sangat dengan promo Omega Guard bulan ni. Percaya tak ramai yg grab promo ni. Sebab promo Omega Guard ni datang setahun sekali saja tau. 

Promo Ape tu?

Hubungi nuha utk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati

Sunday, 9 November 2014

7 SEBAB PERLU KAYA DAN BERJAYA

Kaya & berjaya pasti jadi impian semua kan. Nuha sendiri ada impian utk jadi golongan yg kaya dan berjaya.

Assalamualaikum & hai.. Mungkin ramai yg dah baca forward message ni. Nuha pun dapat dari kawan di whatsapp.

7 Sebab Kenapa Perlu Kaya dan Berjaya 

1. Bila ibu bapa anda masih belum MAMPU menunaikan Rukun Islam ke-5 iaitu Menunaikan Haji, siapakah yang akan membantu menunaikan hajat & impian mereka? 

Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak ade duit"

2. Bila ibu bapa anda perlukan duit untuk meneruskan sisa2 kehidupan mereka, untuk makan sesuap nasi, seteguk air, siapa yang akan menanggung mereka? 

Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak cukup makan."

3. Bila ibu bapa anda sakit, siapa yang akan uruskan bil2 klinik, hospital & kos perubatan mereka?

Adakah kita hanya perlu pejamkan mata dan pekakkan telinga? Mereka tidak pernah meminta2 dari kita kerana mereka sangat memahami keadaan kita tetapi kita memahami kah keadaan mereka.

Tergamakkah kita berkata,"aku ada banyak hutang nak kena bayar bulan ni."

4. Bila ibu bapa anda bersedih kesunyian, tiada anak2 datang menjenguk... siapa yang akan pulang menjenguk mereka sedangkan anda asyik sibuk memberi alasan "SIBUK". 

Kesunyian ibubapa kita dapatkah kita rasai? Mereka hanya perlukan kita beberapa ketika sahaja sebab mereka sudah merasai tak lama lagi mereka akan berhijrah ke alam kubur yang jauh lebih sunyi.

Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tapi tak dapat cuti."

Sumber: google
 
5. Bila ibu bapa anda ditaqdirkan meninggal dunia, siapakah yang berada disisinya dan menguruskan jenazahnya? 

Perhatikan wajah ibu/bapa kita buat kali terakhir sebelum kain kapan menutup wajah mereka adakah wajahnya berada dalam keceriaan atau kesedihan.

Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tengok mak/bapak aku masa dia sakit tempohari tapi masa tu aku tengah sibuk sangat."

6. Bila ibu bapa anda sudah tidak mampu menguruskan diri mereka akibat keuzuran, mampukah anda uruskan? 

Ibu bapa kita tidak pernah mengeluh ketika mereka membesarkan kita. Mereka akan lakukan yang terbaik untuk memastikan kita mendapat yang terbaik. Biarpun mereka terpaksa berkorban, bertungkus-lumus, bergolok-bergadai tetapi bila tiba giliran kita dapatkah kita lakukan apa yang seharusnya kita lakukan demi SEORANG ibu/ayah?

Benarlah, ibu/bapa boleh menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang anak belum pasti boleh menjaga seorang ibu/ayah.

Tergamakkah kita berkata,"aku sibuk, biarlah adik-beradik aku yang lain uruskan."

7. Bila ibu bapa anda meminta duit untuk membeli sesuatu yang mereka hajatkan, bolehkah anda berikan tanpa sebarang alasan? 

Ketahuilah.... walau apa pun kita lakukan untuk ibubapa kita, kita masih belum mampu membalas jasa mereka kerana setitik air susu ibu... setitik keringat ayah.... apakah nilainya pada kita?

Lupakah kita bagaimana ibu bapa kita membesarkan kita? Boleh kita bayangkan bersama2?....

Sedarlah wahai sahabat2 semua.. berkhidmatlah untuk kedua ibu bapa kita sementara mereka masih hidup.... sedarlah berapa hari lagi kita dapat melihat dan bersama ibu bapa kita kerana pengorbanan mereka sangat sangat besar pada kita... Buktikan!!!

Biarpun 100 orang, 1,000 orang, 10,000 orang nak tengok kita gagal TETAPI ada 2 ORANG YANG BENAR2 NAK TENGOK KITA BERJAYA IAITU IBU BAPA KITA. Tunjukkanlah kejayaan sebelum mereka menghembuskan nafas dan menutup mata.

Buktikan pada mereka bahawa zuriat yang mereka lahirkan ini adalah zuriat yang sangat HEBAT! MAKA MARILAH KITA MENILAI DIRI SENDIRI....

Terkesan dengan kata2 di atas. Nuha bukan nak buat cubaan utk point ke siapa2. Sekadar peringatan utk diri sendiri juga. Semoga kita semua terus gigih berusaha utk jadi kaya dan berjaya demi bahagia dan membahagiakan ibu bapa kita, inshaAllah.

Selamat berhujung minggu. 

Saturday, 8 November 2014

7 Strategi Melunaskan Hutang


Cerita pasal hutang takkan habis selagi masih berhutang. Betol tak. Tapi tak mustahil utk kita bebas dari hutang sebelum 'sampai waktunya' kan?

Assalamualaikum & hai.. 
Nuha ade impian utk jadi insan bebas hutang dalam masa 5 tahun ni. Kawan2 tolong doakan ye..

So harini nuha nak share lagi. Sambungan dari entry 3 + 1 Prinsip Asas Mengurus Kewangan.

7 Strategi Melunaskan Hutang

1) Jangan buat hutang lagi.
2) Langsaikan hutang yg interestnya paling tinggi dulu.
3) Buka dana “full-settlement” hutang.
4) Gunakan duit “durian runtuh” seperti bonus untuk melangsaikan hutang.
5) Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam dana “full-settlement” hutang.
6) Bila sudah selesai satu hutang, simpan ansuran bulanan seterusnya ke dalam dana “full-settlement” hutang.
7) Bayar hutang secara automatik.
Article ni pun nuha amek daripada penulisan Fathuri Salehuddin dari Buku Mini Mudahnya Menjemput Rezeki. Thats why pendek2. 


Hubungi nuha untuk pertanyaan dan pesanan sebarang produk Shaklee. Promosi November 2014: Omega Guard - beli 6 percuma 1 / twin pack.

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati  

Friday, 7 November 2014

3 + 1 Prinsip Asas Urus Kewangan

Entry dipetik daripada penulisan Fathuri Salehuddin dari Buku Mini Mudahnya Menjemput Rezeki.

Assalamualaikum & hai.. Salam Jumaat. 

Entry ni tak bermaksud apa2. Nuha sekadar nak berkongsi apa yg nuha baca. Semoga nuha & anda semua dapat jadi pengurus kewangan yg paling hebat atas dunia buat diri sendiri. hihi

3 + 1 Prinsip Asas Urus Kewangan


Prinsip 1:
Beli sesuatu secara tunai. Jika belum mampu sabarlah dan terus menyimpan.

Prinsip 2:
Hidup di bawah kemampuan bukan mengikut kemampuan. Kalau pendapatan RM1000, belanja pun RM1000. Bila pendapatan bertambah menjadi RM10000 perbalanjaan pun jadi RM10000. Ini namanya hidup ikut kemampuan. Gaya hidup begini umpama berada di tebing ‘gaung hutang’ yg dalam. Sangat merbahaya. So, hidup di bawah kemampuan & berbelanjalah mengikut keperluan bukan kehendak. Barulah ada balance untuk disimpan.

*Self reminder*

Prinsip 3:
Mulakan tabiat menyimpan walaupun sedikit. Apa pun perlukan lahitan. Same goes to menyimpan. Jika rasa berat menyimpan setiap bulan, menabunglah setiap hari. Mulakan dengan menabung RM2 sehari. Hujung bulan nanti dapatlah simpan RM60. Bila dah biasa, nak simpan RM200 sehari pun rasa biasa je. Kalau RM60 sebulan, setahun dah jadi RM720. Kalau RM200 sehari, setahun dah dapat simpan RM72000. Kalau 10 tahun? Semua orang boleh menyimpan. Its not about the amount, tapi soal tabiat. Tabiat menyimpan ni adalah tabiat orang-orang yg berduit.

Nak tergolong dalam golongan yg banyak duit? 

Mari mula menyimpan mulai hari ini!

Prinsip 4:
Bina pendapatan kedua. Ini kata-kata dari blog yg dibaca oleh Fathuri Salehuddin;

“Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan skim-skim ‘bisnes’. Anggap gaji itu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpan hasil bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih dari 50%. Duit hasil bisnes memang terbukti mempercepatkan kami bebas dari hutang, Alhamdulillah”


Sumber asal: www.mohdzulkifli.com 
Tel: 019-3368009   

Oklah.. stop kat sini dulu. Next, inshaAllah nuha akan share..

7 Strategi Melunaskan Hutang.

Selamat berhujung minggu semua. :)

Hubungi nuha untuk pertanyaan dan pesanan sebarang produk Shaklee. Promosi November 2014: Omega Guard - beli 6 percuma 1 / twin pack.

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati