Tuesday, 24 March 2015

Biz Card

Sebenarnya dah agak lama nuha merancang nak tempah biz card. Akhirnya.. terlaksana juga perancangan. Kebetulan ada promosi.

Assalamualaikum & hai.

Ramai pengguna setia mahupun mereka yang baru pertama kali ingin mencuba produk Shaklee akan mengambil peluang membeli/ mencuba produk semasa tempoh promosi.

Baca: Promosi Shaklee Mac 2015

Nuha juga tidak terkecuali untuk mengambil peluang promosi yang dianjurkan oleh Rekeneka dalam Promosi: February 2015. 

Bagaimana promosi Rekeneka ni membantu nuha berjimat?

Beli 2 set dan PERCUMA 1 set.

Setiap 1 set ada 300 keping kad. Harganya?

RM110 SAHAJA.

Baca: 6 Perbezaan Energizing Soy Protein Shaklee Berbanding Jenama Lain

Lebih menarik lagi.. boleh tempah untuk 3 nama dan design yang berbeza, dan percuma kos penghantaran ke seluruh semenanjung Malaysia walaupun dengan alamat yang berbeza.

Hebat kan promosi ni?

Jadi nuha gunakan promosi yang Rekeneka tawarkan ni untuk berkongsi tempahan biz card dengan ahli keluarga Shaklee yang lain (anak, cucu, mak, nenek).

Jadi setiap seorang dari kami hanya memperuntukkan RM37 untuk 300 keping biz card.  


Spesifikasi kad: Artcard 250gsm, Matte Laminate, Full Color Printing, 2 Side.

Walaupun nuha ambil masa agak lama untuk pilih design yang paling digemari (rambang mata jadinya), Rekaneka berjaya melakukan penghantaran biz card ni sebelum cuti Tahun Baru Cina.

Baca: Jenama Supplement Terbaik

Nuha berpuas hati dengan kualiti biz card yang nuha tempah. Servis dan layanan terhadap pelanggan pun baik. Nuha bagi 4 1/2 bintang daripada 5 bintang.

Selain biz card, Rekeneka juga menawarkan servis tempahan booklet, bookmark, biz-document, computer form, envelope, folder, letterhead, flyer, brochure, poster, menu dan lain-lain.

FB Page: Rekaneka.com
Email: info.mykhalish@gmail.com
Tel: 012-621 8175/ 016-323 3745

Hubungi nuha utk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati

Monday, 23 March 2015

Terbang Ke Qatar

Ada seorang pelanggan nuha merangkap kawan satu kursus sarjana dulu dah terbang ke Qatar atas urusan kerja.

Assalamualaikum & hai.

Negara Qatar atau dalam bahasa Arab Dawlat Qatar adalah sebuah negara Timur Tengah yang terletak di timur laut Semenanjung Tanah Arab. Selain Qatar yang berada di Semenanjung Arab, negara jirannya ialah Bahrain, Kuwait, Oman, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Yaman.

Baca: Selamat Mengerjakan Ibadah Umrah

Qatar
Baca: Kenali Qatar

Qatar - Google Image
Dibawa terbang bersama ialah multivitamin pertama dunia, semestinya Vitalea Iron Formula dan B Complex.

Baca: 19 Fakta Nutrisi dalam Vitalea

Nuha doakan semoga En. Mezlan diberi kesihatan yang baik sepanjang 2 tahun di sana. Amin...

Hubungi nuha utk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee Mac 2015

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati

Sunday, 22 March 2015

4 Manfaat Utama Peppermint-Ginger Plus

Produk Shaklee adalah terbukti selamat, berkesan dan mesra alam. Peppermint Ginger Plus adalah kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur dan dihasilkan di bawah prosedur standard dengan melalui penggunaan teknologi sains yang terkini.

Assalamualaikum & hai.

Peppermint Ginger Plus telah diuji secara klinikal sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman.


Baca: 6 Fungsi Bagaimana Vitalea Membantu Anda Kurus

4 MANFAAT UTAMA PEPPERMINT GINGER PLUS

1) PUDINA
Melegakan otot perut, ia mempunyai kesan penenang. Membantu dalam penghadaman, mabuk laut/ darat, membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih hulu hati dan cirit birit. Selain itu, ia melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul daripada rawatan kemoterapi.

4 Manfaat Utama Peppermint Ginger Plus Shaklee
Daun Pudina - Google Image
Pudina merangsang mengeluarkan peluh, oleh itu ia menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selsema. Perasaan sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan tetap fokus.

Baca: Petua Melambatkan Proses Penuaan

2) HALIA
Masyarakat Cina telah menggunakan halia lebih daripada 2 ribu tahun. Halia merangsang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan. Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung dan selepas melahirkan anak (semasa berpantang).

4 Manfaat Utama Peppermint-Ginger Plus
Halia - Google Image

Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan pesakit wanita. Penyelidik di Switzerland mendapati halia adalah berkesan sebagai remedi lain seperti merawat mabuk laut.

Laporan penyelidikan awal telah merumuskan bahawa halia adalah berkesan dalam merawat/ mencegah masalah kesakitan ketika dalam perjalanan/ pengembaraan.

3) POKOK ADAS (FENNAL)

4 Manfaat Utama Peppermint-Ginger Plus
Fennal - Google Image
Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala flu. Ia juga dapat membantu dalam masalah alergi pada saluran usus.

4) CEKUR MANIS (ANISE)
Digunakan oleh orang-orang Mesir purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak.

4 Manfaat Utama Peppermint-Ginger Plus
Cekur Manis - Google Image
Ia merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa, melegakan haba di musim panas dan lembap, memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut.

CADANGAN PENGAMBILAN PEPPERMINT GINGER PLUS:

Membantu penghadaman: 3 biji selepas makan

Mencuci usus dan perut: Larutkan 3 biji Peppermint Ginger Plus dan 10 biji Alfalfa Complex di dalam air panas suam untuk diminum

Baca: 7 Manfaat Utama Alfalfa Complex

Merawat sakit atau masalah gastrik, nausea, batuk: 3 - 5 biji dilarutkan dalam air panas menjadi teh herba

Kelegaan tekak, batuk, sendawa: Hisap 2 biji

Hubungi nuha utk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee Mac 2015

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati


Saturday, 21 March 2015

Resepi Ayam Kukus Sedap lagi Berkhasiat Versi Nuha

Resepi ayam kukus cina, resepi ayam kukus sos tiram, resepi ayam kukus berempah, resepi ayam kukus cendawan, resepi ayam kukus madu, resepi ayam kukus halia, resepi ayam kukus herba dan pelbagai lagi variasi resepi ayam kukus.

Assalamualaikum & hai.

Baca: Resepi Ais Krim Buah Straberi

Harini nuha nak share resepi ayam kukus mudah versi nuha. Tak tahu nak bagi nama apa sebab nuha ada guna sos tiram, halia pun ada, cendawan pun ada. So nama resepi ni ada nama nuha sebab suka-suka nuha nak letak bahan apa.

RESEPI AYAM KUKUS VERSI NUHA

BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN (hidangan untuk 2-3 orang dewasa):

1) 4 - 5 Ketul ayam (dicuci bersih)
2) 1 Hirisan tebal halia (ketuk)
3) 1 Batang serai (ketuk)
4) 1 Labu bawang besar (potong bulat)
5) 3 - 4 Ulas bawang putih (ketuk)
6) 3 - 4 Sudu sos tiram
7) 4 - 5 Biji limau kecil (kasturi ke namanya - perah dan ambil jus)
8) 2 Helai daun limau
9) 1 Biji kentang (kupas kulit dan potong 8)
10) Lobak merak (hiris)
11) Cendawan tiram
13) Brokoli
14) Sawi Jepun
15) Bunga kubis
16) 2 Biji cili padi (lenyek jika mahu pedas)
17) Secubit garam
18) Sedikit air

Baca: Variasi Menu BBQ

CARA-CARANYA:

Senang saja walau bahan-bahan nampak banyak.

1) Campurkan sos tiram, sedikit air, perahan jus limau dan secubit garam. Kacau rata.

2) Masukkan ayam dan gaul rata. Boleh biarkan seketika sementara nak bersihkan dan potong sayur-sayuran.

3) Masukkan Serai, bawang putih, halia, bawang besar, kentang, lobak merah dan sayur sayur yang ambil masa untuk empuk.

Resepi Ayam Kukus Versi Nuha
4) Kukuskan campuran ayam dan sayur-sayuran tadi selama 15 minit.

5)Apabila ayam dah masak, tambahkan cendawan, cili dan sayur-sayuran lembut yang lain, sambung kukus selama 5 minit.

Tara....

Resepi Ayam Kukus Versi Nuha

Ayam Kukus Versi Nuha dah sedia untuk dimakan. Makan panas-panas memang sedap!

* Masa mengukus adalah bergantung kepada kuantiti dan saiz ayam
* Boleh tukar sayur-sayuran yang nuha guna mengikut kesukaan anda
* Boleh tukar ayam kepada ikan siakap atau kerapu atau apa-apa sumber protein kegemaran anda

Selamat mencuba!

Baca: Resepi Kuih Bakar Versi Nuha

Hubungi nuha utk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee Mac 2015

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati

Friday, 20 March 2015

5 Elemen Pengurusan Harta Secara Islam

Pengurusan harta tanah, harta pusaka, harta modal, harta pusaka amanah raya dan lain-lain. Seorang muslim harus didorong agar bersungguh-sungguh dalam melaksanakan pengurusan hartanya secara Islam.

Assalamualaikum & hai.


5 ELEMEN PENGURUSAN HARTA SECARA ISLAM

1) MENCARI HARTA
Islam menggalakkan umatnya berusaha mencari rezeki yang halal, dibenarkan oleh syarak dan tidak hanya pasrah pada qadak dan qadar.

Baca: Doa Murah Rezeki

5 Elemen Pengurusan Harta Secara Islam
5 Elemen Pengurusan Harta Secara Islam - Google image

2) PENGUMPULAN DAN PENGEMBANGAN HARTA
Adalah tidak wajar andai harta disimpan begitu saja tanpa dilabur atau diniagakan. Mengumpul dan mengembangkan harta boleh dilakukan melalui aktiviti perdagangan, perniagaan dan pelaburan yang diharuskan dalam Islam.

3) PERLINDUNGAN HARTA
Selain mempunyai simpanan dan harta yang mencukupi, harus diingat bahawa diri dan harta juga mesti dijaga daripada musibah dan perkara yang tidak diingini.

Baca: 5 Ciri Utama dalam Mengurus Rezeki dengan Baik

4) PENGAGIHAN HARTA
Islam memperuntukkan beberapa kaedah untuk pengagihan harta sebelum atau selepas mati. Antaranya ialah wakaf, waiat, hibah dan pelbagai lagi.

5) PENYUCIAN HARTA
Sebagai muslim, kita tidak harus sewenang-wenangnya membelanjakan atau menggunakan harta mengikut kehendak dan hawa nafsu. Ini kerana setiap harta kita ada hak orang lain untuk diagihkan sebagai amal jariah seperti zakat, sedekah dan sebagainya.

Sumber: Majalah Iman Bil:36

Baca: Jum Lambatkan Penuaan Pada Tahap Sellular

Hubungi nuha utk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee Mac 2015

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati

Thursday, 19 March 2015

Selamat Mengerjakan Ibadah Umrah

Umrah ialah Haji kecil, ia diambil dari perkataan al-I'timar yang bermaksud ziarah. Salah seorang pelanggan nuha sedang berada di Tanah Suci mengerjakan umrah.

Assalamualaikum & hai.

Baca: Cara Mengerjakan Ibadah Umrah

Selamat Mengerjakan Ibadah Umrah
Selamat Mengerjakan Ibadah Umrah - Google Image

Pelanggan nuha sorang ni memang pengguna setia Vitamin C Shaklee. Vitamin C sangat bagus untuk meningkatkan sistem imun, memerangi kanser, dan mencantikkan kulit.

Baca: 7 Manfaat Utama Sustained Release Vitamin C 500mg Shaklee

Promosi bulan lepas, beliau ambil peluang untuk cuba Vitalea pula. Vitalea bermanfaat dalam melengkapi nutrisi tubuh, penambah tenaga segera dan manfaat-manfaat lain. Vitalea merupakan multivitamin pertama dicipta di dunia dan menjangkau usia 100 tahun!

Baca: 6 Fungsi Bagaimana Vitalea Membantu Anda Kurus


Cik Siti, Cik nuha doakan cik siti sihat walafiat sepanjang berada di sana dan semoga dipermudahkan untuk cik siti melakukan ibadah umrah.

Hubungi nuha utk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee Mac 2015

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati

Wednesday, 18 March 2015

9 Kepentingan Untuk Menyusu Bayi Dengan Kerap Supaya Bayi Mendapat Cukup Susu

Penyusuan susu ibu, susu terbaik untuk bayi anda. Pelbagai ilmu tentang penyusuan susu ibu seperti teknik penyusuan susu ibu yang betul, cara pengendalian susu ibu, cara penyimpanan susu ibu, kebaikan susu ibu kepada ibu dan bayi, bagaimana untuk memperbanyakkan susu ibu dan ilmu-ilmu lain berkaitan dengan susu ibu.

Assalamualaikum & hai.

Dunia penyusuan susu ibu memang indah. Tersangat indah tak tergambar dengan kata-kata. Namun tanpa ilmu dan kekuatan kedua-dua watak utama (ibu dan bayi), penyusuan susu ibu mungkin akan terhenti separuh jalan. 

9 KEPENTINGAN UNTUK IBU MENYUSUKAN BAYI DENGAN KERAP

Penyusuan yang kerap perlu agar bayi mendapat susu secukupnya seperti yang diperlukan.

1) Berikan bayi anda penyusuan dengan kerap, sekurang-kurangnya 8 hingga 12 kali sehari, termasuk penyusuan di waktu malam, bukannya mengikut jam.
Penyusuan mengikut permintaan bayi. Ibu perlu tahu semakin kerap bayi anda meminta susu, makin banyak susu akan dihasilkan. 

Baca: 8 Kepentingan Penyusuan dengan Kerap

2) Perah (pam) susu selepas menyusukan bayi sekiranya masih ada susu.
Ini penting bagi memastikan payudara ibu betol-betol kosong supaya otak menghantar signal kepada badan untuk menghasilkan lebih banyak susu buat si kecil anda.

Pam Susu Selepas Menyusukan Bayi
Pam Susu Selepas Menyusukan Bayi - Google Image

3) Pastikan ibu mendapat makanan dan minuman berkhasiat serta rehat yang mencukupi.
Sangat penting bagi menjamin penghasilan susu badan yang secukupnya buat bayi. Ibu yang tidak mengambil atau menjaga pemakanan yang seimbang dan berkhasiat disarankan untuk mengamalkan pemakanan tambahan bagi melengkapi keperluan nutrisi seorang ibu menyusu.

Baca: 5 + 1 Ekor Ikan dan Ibu Menyusu

4) Jika ibu bekerja, beri penyusuan sebelum pergi bekerja pada waktu pagi dan sebaik sahaja ibu kembali ke rumah pada waktu petang.
Nuha yakin ramai ibu bekerja mengamalkannya. Lagipun seharian tak bertemu, si kecil pun dah rindu dengan mama masing-masing.

5) Jika boleh, gunakan double pump untuk memerah susu kerana ia menjimatkan masa dan menggalakkan penghasilan prolaktin.
Prolaktin adalah hormon yang paling penting dalam penghasilan dan pengeluaran susu ibu. 

Baca: 3 Tips Untuk Maintain Pengeluaran Susu Ibu

6) Semasa menyusukan bayi anda pada satu payudara, gunakan pam untuk memerah susu pada satu lagi payudara. 
Cara ini pun nuha kerap galakkan pelanggan-pelanggan nuha untuk amalkan. Tandem Nursing namanya. Nuha sendiri amalkan tandem nursing ni waktu nak tingkatkan pengeluaran susu dulu.


Image result for tandem nursing
Tandem Nursing - Google Image

7) Perah/ pam susu di tempat kerja.
Untuk ibu-ibu bekerja, dicadangkan agar ibu mengepam susu di tempat kerja sekurang-kurangnya 3 jam sekali untuk mengosongkan payudara ibu dan permintaan terhadap pengeluaran susu sentiasa ada. Ibu boleh mengamalkan jadual pam susu mengikut sifir 3.






Jadual Pam Susu di Tempat Kerja
Jadual Pam Susu di Tempat Kerja - Google Image
8) Susukan bayi anda secara terus dari payudara pada hari tidak bekerja.
Selain lebih mudah dan cepat, menyusu secara terus juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara ibu dan bayi.

9) Susukan bayi anda di waktu malam.
Penyusuan pada waktu malam adalah sangat bagus kerana hormon prolaktin adalah tinggi pada waktu malam. 

Hubungi nuha utk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee Mac 2015

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati

Tuesday, 17 March 2015

Resepi Ais Krim Buah Straberi

Ahad lepas, sebelum kami sekeluarga ke kenduri kahwin kawan nuha di Putrajaya, nuha sempat buat ais krim buah straberi. Senang sangat caranya. Ibu-ibu memang wajib cuba tau!

Assalamualaikum & hai.

Bayangkan. Janji nak gerak pergi kenduri pukul 12 tengahari. Pukul 11.20 pagi nuha mula kumpulkan bahan dan buat ais krim buah straberi ni.

RESEPI AIS KRIM BUAH STRABERI

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

1) Straberi 3 - 4 biji (potong kecil)
2) Jus oren atau jus yang anda suka
3) Meal Shakes
4) Bekas acuan ais krim

Baca: Meal Shakes


Nuha guna Sunquick Tropical. Memang saja nak guna jus yang warna terang baru naik warna straberi tu. Nuha bancuh sunquick tu agak pekat dan tambah sedikit madu untuk dapat rasa manis.

Anda nak guna gula perang atau kurma kisar pon boleh untuk dapat rasa manis selain daripada guna gula pasir.

Lepas tu tambahkan 1 sudu Meal Shakes ke dalam bancuhan sunquick.

Masukkan potongan buah straberi ke dalam acuan aiskrim, tuangkan jus.. dan siap untuk dibekukan.


Senang sangat kan. Boleh siap dalam masa 5 minit saja.

Baca: Home Made Ais Krim Bernutrisi

Hubungi nuha utk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee Mac 2015

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati 

Monday, 16 March 2015

Indeks Glisemik

Indeks glisemik menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah.

Assalamualaikum & hai.

Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik (G.I) yang tertinggi manakala karbohidrat dengan G.I yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda.


Sumber Karbohidrat
Contoh Sumber Karbohidrat - Google Image
Baca: Fahami Indeks Glisemik

ANDA NAK KURUS?

Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amat penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangka masa panjang.

Sebab tu nuha suka nasihatkan pelanggan-pelanggan nuha yang nak turunkan dan kawal berat badan supaya limitkan pengambilan makanan atau minuman berkarbohidrat dan bergula.

Sumber Karbohidrat
Sumber Karbohidrat - google image
Banyak amalkan pengambilan protein, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Baca: Kepentingan Protein

Tahukah Anda?

Sesetengah protein soya diproses dengan menggunakan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan saja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan semasa dalam pemprosesan.

Baca: 7 Manfaat Utama ESP

Energizing Soy Protein (ESP) dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavones genistein dan daidzein yang kritikal demi membekalkan keseluruhan kebaikan soya kepada pengguna. 

Baca: 6 Perbezaan Energizing Soy Protein Shaklee Berbanding Jenama Lain

Hubungi nuha utk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee Mac 2015

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati

Sunday, 15 March 2015

6 Perbezaan Energizing Soy Protein Shaklee Berbanding Jenama Lain

Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protein berasaskan kacang soya. Hakikatnya, pengasingan protein yang pertama ini dicipta oleh Dr. Shaklee pada awal 70an.

6 Perbezaan Energizing Soy Protein Shaklee Berbanding Jenama Lain
6 Perbezaan Energizing Soy Protein Shaklee Berbanding Jenama Lain - google image
Assalamualaikum & hai.

Selamat berhujung minggu. Harini inshaAllah nuha sekeluarga akan ke Putrajaya menghadiri majlis perkahwinan kawan sekolah. Seperti biasa, entry ini adalah entry yang telah dijadualkan. 

6 Perbezaan Energizing Soy Protein Shaklee Berbanding Jenama Lain
Wajah ESP Zaman Dulu-dulu - google image

Untuk pengetahuan, banyak ujian klinikal telah membuktikan bahawa Dr. Shaklee telah lama mengetahui bahawa protein soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul.

Baca: ESP oh! ESP

6 PERBEZAAN ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) SHAKLEE BERBANDING JENAMA LAIN

1) ESP diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan.

2) Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi "non-GMO" (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah.

6 Perbezaan Energizing Soy Protein Shaklee Berbanding Jenama Lain
6 Perbezaan Energizing Soy Protein Shaklee Berbanding Jenama Lain - google image

3) Setiap 850g (satu canister ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

Baca: 7 Manfaat Utama ESP 

4) ESP dari Shaklee merupakan satu-satunya produk dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.

Baca: Apa itu Asid Amino

5) ESP mengandungi kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai untuk pengidap kencing manis.

Baca: Fahami Indeks Glisemik

6) Satu hidangan ESP bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh badan manusia. 

6 Perbezaan Energizing Soy Protein Shaklee Berbanding Jenama Lain
6 Perbezaan Energizing Soy Protein Shaklee Berbanding Jenama Lain - google image

Baca: Promosi Shaklee Mac 2015

Hubungi nuha utk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati

Saturday, 14 March 2015

Kepentingan Protein

Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia.

Assalamualaikum & hai.

Ketika anda membaca entry ini, nuha sedang menghadiri kelas bersama mentor bisnes. Kelas minimum sebulan sekali. Tak terbeban dengan jadual harian. Nuha dah sediakan entry ini untuk bacaan anda semua. 

Protein juga merangsang fungsi psikologi. Maka, setiap organ kita memerlukan protein.

RISIKO KEKURANGAN PROTEIN

Kekurangan protein boleh menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon, dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kepada kematian.

MashaAllah..

Kepentingan Protein
Kepentingan Protein - google image

Sebenarnya ramai antara kita tak sedar yang mereka kurang peka dengan keperluan nutrisi tubuh. Kita semua makan. Tapi apa yang kita makan, kualiti makanan yang kita makan. Adakah kita ambil kira semua nutrisi yang badan kita perlu.

Adakah makan sekadar untuk kenyang atau ambil pemakanan seimbang yang bersesuaian dengan keperluan tubuh?

Rangkaian produk Shaklee menawarkan makanan tambahan protein soya berkualiti tinggi iaitu Energizing Soy Protein (ESP), yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program.

Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

Baca: ESP oh! ESP

Hubungi nuha utk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee Mac 2015

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati

Friday, 13 March 2015

Saya Mengandung Lagi!

Kehamilan adalah detik-detik yang sangat mengujakan. Lebih-lebih lagi kepada pasangan yang baru pertama kali bakal bergelar mama-papa.

Assalamualaikum & hai.

Okey. Bukan nuha yang mengandung lagi.

Saya Mengandung lagi!
Saya Mengandung lagi! - google image
Beberapa hari lepas waktu nuha baru keluar pejabat pos selesai urusan penghantaran pesanan pelanggan, nuha dapat satu panggilan dari salah seorang pelanggan.

Beliau maklumkan yang dirinya disahkan positif mengandung anak kedua. Seronok nuha dengar. Rasa nak menangis pulak waktu tu. Nangis gembira untuk pelanggan.

Pelanggan nuha menyuarakan kerisauannya tentang jarak tempoh bersalin anak pertama dengan kandungan baru tak sampai setahun. Si kecil belum genap setahun. Masih menyusu badan. Sudah nak jadi kakak.

Lagi merisaukan hati pelanggan nuha kerana kelahiran pertama dulu dilakukan secara pembedahan. Risau luka pembedahan belum betul-betul sembuh.

Saya Mengandung Lagi!
Saya Mengandung Lagi! - google image
InshaAllah semuanya baik-baik saja. Nuha pesan supaya beliau jaga pemakanan supaya cukup nutrisi untuk diri sendiri, bayi dalam kandungan dan bayi yang disusukan.

Rezeki Allah nak bagi.. nuha ucap tahniah kat Sofie dan berdoa supaya kandungan kedua ni sihat serta Allah permudahkan segala urusan mengandung dan bersalin nanti. Qaseh nak jadi kakak. Comel...

Saya Mengandung Lagi!
Saya Mengandung Lagi! - google image

Pelanggan nuha ni amalkan Vitamin C untuk kuatkan imun beliau dan anak, Vitalea sebagai pelengkap nutrisi (beliau kurang makan sayur) dan ESP untuk tambah susu badan. Pelanggan nuha tanya, boleh ke makan semua suplemen ni waktu mengandung?

Nuha jawab boleh. Vitalea penting untuk pembentukan sel darah merah yang akan bawa oksigen kepada kandungan.

Baca: Vita-lea Iron Formula

Vitamin C untuk bantu penghasilan kolagen tubuh serta menguatkan sistem imun tubuh.

Baca: 7 Manfaat Utama Sustained Release Vitamin C 500mg Shaklee

ESP untuk bantu perkembangan bayi dan bagi tenaga kepada ibu sepanjang tempoh kehamilan.

Baca: ESP dan Ibu Mengandung

Hubungi nuha utk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee Mac 2015

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati

Allah Beri Yang Terbaik

Bila terdetik mempersoalkan kenapa Allah tak bagi apa yang kita inginkan, cepat-cepat istighfar.

Assalamualaikum & hai.


Allah dah siap sedia nak bagi yang lebih baik daripada apa yang kita mahu.

Salam Jumaat.

Thursday, 12 March 2015

Apa itu Asid Amino?

Apa itu asid amino, apa itu asid laktik, apa itu asid borik, apa itu asid sitrik, apa itu asid urik, apa itu asid folik, apa itu asid askorbik dan apa pula asid hidroklorik?

Assalamualaikum & hai.

Harini nuha nak share tentang asid amino.

APA ITU ASID AMINO?

Protin terdiri daripada 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protin yang berbeza mengikut kepada keperluan protin dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia.

Terdapat asid amino tertentu yang dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh kita. Ini dikenali sebagai

ASID AMINO TAK PERLU.

Manakala asid amino yang tidak boleh dihasikan oleh tubuh badan kita dikenali sebagai

ASID AMINO PERLU.

Asid amino perlu harus diperolehi dari sumber pemakanan.

9 Asid Amino Perlu
9 Asid Amino Perlu - google image
Shaklee dalam rangkaian produk makanan tambahan menyediakan kesemua asid amino perlu tersebut dalam produk ESP (Energizing Soy Protein).

9 Asid Amino Perlu
9 Asid Amino Perlu dalam ESP - google image

Baca: 7 Manfaat Utama ESP

"Saya dah ambil nutrisi lengkap setiap hari, tak perlu makanan tambahan." 

Makanan yang kita ambil setiap hari memang mengandungi zat dan nutrisi yang kita perlukan. Namun, proses penyediaan makanan itu sendiri kebiasaannya akan mengurangkan nutrisi dalam makanan.

Sebagai contoh; Protin. Proses penyediaan makanan kebiasaannya menggunakan haba yang tinggi dan protin akan musnah pada suhu tinggi.

Jadi adalah perlu untuk kita menyokong nutrisi harian kita dengan makanan tambahan.

Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali sebagai Identity Preserved Program (IPP). Ia memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik (bebas gmo), daripada benih sehingga kepada pengeluarannya.

Baca: Promosi Shaklee Mac 2015

Hubungi nuha utk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati