Monday, 22 June 2015

Aktiviti Hujung Minggu Pertama Ramadhan

Ramai memanfaatkan hujung minggu untuk berehat, mengemas rumah, membeli-belah, memasak juadah berbuka puasa untuk keluarga, pulang ke kampung halaman dan sebagainya.

Assalamualaikum & hai.

Anda dimana Sabtu dan Ahad lepas? Nuha dan keluarga di Melaka, ke kampung nuha. Kami suami isteri telah bersetuju untuk pulang ke rumah emak nuha minggu lepas, dan minggu ini giliran rumah emak suami pula. Syukurlah jarak antara rumah kami dan rumah orang tua kami tidak terlalu jauh.

Baca: Aktiviti Hujung Minggu Sebelum Ramadhan

AKTIVITI HUJUNG MINGGU PERTAMA RAMADHAN

Aktiviti Bulan Ramadhan
Aktiviti Bulan Ramadhan - Google

Kami tiba di Melaka pada petang Sabtu (19 Jun 2015). Dalam perjalanan sebelum tiba di rumah, kami terserempak dengan penjual durian. Boleh tahan murah harganya, RM5 untuk 1 kilogram. Hampir saja suami membeli, tapi tak jadi beli. Huhu.

Tiba di rumah, emak nuha beritahu ada 5 biji durian di dapur pemberian pakcik dan makcik. Mungkin inilah sebabnya kami tidak jadi membeli durian RM5/ kilogram. Ada rezeki yang sudah menanti di rumah rupanya. Kami berbuka puasa dengan juadah "tunjuk" daripada Bazar Ramadhan Duyong.

Lepas terawih, sesi makan durian. Nikmatnya durian. Tambah pula durian percuma. Memang sedap. Little Dahlea untuk pertama kalinya suka makan durian.

Keesokkan harinya (Ahad), sesi membersihkan kipas dan sawang. Suami tolong bersihkan kipas dan sawang, nuha tolong bersihkan lantai yang kotor terkena habuk kipas dan sawang. Kami menggunakan cecair pembersih 1001 kegunaan, Basic H untuk semua kerja-kerja pembersihan ini.

Ternyata Basic H memang membantu menjimatkan tenaga, pencuci (cuma guna 2 titik untuk satu baldi air - kerja mengemop lantai), dan menjimatkan penggunaan air (tidak perlu bilasan kedua).

Baca: Basic H dan Hand Dish Wash Sudah Kembali

Selepas zuhur, kami ke pasaraya membeli bahan-bahan untuk memasak tomyam. Nuha ditugaskan untuk memasak tomyam sebagai juadah berbuka kami. Pertama kali memasak untuk skala yang besar, berdebar-debar juga rasanya.

Berbuka puasa di kampung memang seronok. Jiran-jiran menghantar juadah berbuka masing-masing dan bertukar-tukar juadah. Kami sekali lagi mendapat "durian runtuh". Memang betul-betul durian. 5 biji durian untuk dijamu selepas terawih. Alhamdulillah rezeki.

Apakah aktiviti anda pada hujung minggu lepas?

Baca: Tawaran Vitalea Percuma

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee Jun 2015



Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
IG: hayati_nuha 

2 comments:

  1. saya pun last weekend balik umah mak. next week balik rumah mak suami pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan sama pula plan kita dhiera :)

      Delete

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.