Tuesday, 23 June 2015

Kebaya

Kebaya anne avantie, kebaya moden, kebaya moden 2015, kebaya moden lengan pendek, kebaya nyonya dan terkini kebaya kimono. Rekaan yang mana satu memenuhi citarasa anda lebaran nanti?

Assalamualaikum & hai.

Kebaya dihasilkan daripada kain kasa yang dipadankan dengan sarung, batik, atau pakaian tradisional yang lain seperti songket dengan motif warna-warni. Kebaya adalah pakaian tradisional yang digayakan oleh wanita Malaysia dan Indonesia.

Menurut Wikipedia, kebaya berasal dari Negara Arab. Orang Arab telah membawa baju kebaya ke Nusantara ratusan tahun yang lalu sebelum ianya tersebar ke Melaka, Jawa, Bali, Sumatera dan Sulawesi.

JENIS-JENIS KEBAYA DI MALAYSIA 

Selain baju kurung, baju kebaya merupakan pakaian alternatif yang dipakai oleh wanita untuk menghadiri majlis-majlis keramaian serta semasa musim perayaan.

Berbeza dengan baju kurung, baju kebaya mempunyai potongan yang terbelah di bahagian hadapan (seperti rekaan jacket) dan dipadankan dengan butang baju atau kerongsang yang menawan serta mempunyai potongan yang mengikut bentuk badan.

Walaupun telah mula dipakai sejak berkurun yang lalu, kini pemakaian kebaya masih lagi relevan dan menjadi pilihan wanita khususnya golongan muda. Untuk anda yang juga gemar memakai kebaya, berikut merupakan beberapa jenis baju kebaya di Malaysia.

KEBAYA RIAU

Kebaya Riau
Kebaya Riau
Kebaya Riau merupakan jenis baju kebaya yang berpotongan labuh. Jenis kebaya ini amat popular di Johor pada suatu ketika dahulu.

KEBAYA NYONYA 

Kebaya Nyonya
Kebaya Nyonya
Rekaan kebaya yang paling popular adalah Kebaya Nyonya. Kebaya jenis ini mula dipakai oleh bangsa Baba Nyonya di Melaka dan pemakaian kebaya ini dipadankan bersama kain batik.

KEBAYA MODEN

Kebaya Moden
Kebaya Moden
Sesuai dengan perkembangan fesyen yang semakin pesat, rekaan kebaya juga turut diinovasi dan lahirlah rekaan kebaya moden ini. Kebaya moden mempunyai potongan yang singkat dan mengikut bentuk badan si pemakai. Ia sering kali menjadi busana para pengantin.

Kebaya Majlis Persandingan Nuha
Kebaya Majlis Persandingan Nuha
Nuha juga memilih untuk memakai kebaya di hari persandingan nuha dan suami 3 tahun lalu. Kami menggunakan khidmat Rumah Kebaya Malaysia.

KEBAYA KIMONO

Kebaya Kimono
Kebaya Kimono
Rekaan kebaya terbaru adalah kebaya kimono yang berpotongan longgar dan lebih sesuai untuk digayakan oleh wanita yang bertudung. Rekaan kebaya kimono ini menyerupai potongan cardigan dan boleh dipakai sebagai "outerwear".

Nuha ada mencuba kebaya kimono seperti ini di salah sebuah butik vendor di Bandar Baru Bangi beberapa minggu lepas. Seperti biasa, suami sebagai pemberi komen yang setia. Katanya nuha kurang sesuai pakai skirt yang bercorak. Lebih cantik berskirt kosong tanpa corak.

Rekaan kebaya manakah yang menambat hati anda?

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.