Monday, 8 August 2016

13 Perkara Punca Rezeki

13 PERKARA PUNCA REZEKI 

1. TAQWA - Barang siapa bertaqwa kepada Allah, akan diberi rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka.

2. TAWAKKAL - surah at-Talaq (ayat seribu dinar) jika tawakkal seseorang hamba, Allah cukupkan dia.

3. SOLAT - "kami tidak minta rezeki, kami yang memberi rezeki"

4. SEDEKAH - Allah ganti sehingga 10 kali ganda (kisah Ali r.a dengan unta).

5. ISTIGHFAR - Sesiapa yang melazimi istigfar Allah akan hilangkan kesempitan hidup dan kesusahan.

6. SYUKUR - Kalau syukur Allah akan tambah nikmat, kalau kufur Allah ancam azab pedih.

7. SILATURRAHIM - Menyambung silaturrahim, Insya Allah panjang umur dan murah rezeki.

8. TUNTUT ILMU - Barang siapa menuntut ilmu, Allah tanggung rezeki (kisah imam bukhari)

9. NIKAH - Cari keberkatan rezeki dengan nikah (kisah sahabat mengadu tentang rezeki, Nabi suruh kawin)

10. DAKWAH - Asbab terbesar rezeki. Kisah para nabi.

11. TILAWAH QURAN - Kelebihan surah waqiah, Allah hilangkan kefakiran selamanya.

12. ZIKIR PAGI PETANG - Ingat aku pagi dan petang aku cukupkan keperluan pada hari itu.

13. PEKERJAAN - Berusaha di atas setiap pekerjaan.

Perkara 1 hingga 12 terdapat perintah dan jaminan yang dijanjikan Allah namun perkara ke 13 iaitu ada perintah namun BELUM ADA JAMINAN ALLAH.

Dengan taqwa, tawakkal, solat, sedekah, istighfar, syukur, silaturrahim, ilmu, nikah, dakwah, pembacaan al-Quran, zikir, ADA PERINTAH & JAMINAN REZEKI DARI ALLAH.

Dengan pekerjaan belum tentu ada jaminan rezeki, tidak semestinya berniaga dapat untung, tidak semestinya kerja over time dapat rezeki banyak. Tidak semestinya poket tebal keberkatan ada.

NAMUN BUKAN BERMAKSUD 'TIDAK BEKERJA atau USAHA'.

Di dalam surah al-Jumuah, Allah berfirman bahawa selepas solat, bertebaranlah untuk mencari rezeki kurniaan Allah, namun ada syarat, 

DAN INGATLAH ALLAH BANYAK-BANYAK semoga beruntung (al-Jumuah:10)
dan hati hendaklah sentiasa bersandar dan yakin penuh terhadap Allah. 

Jangan sampai seseorang hanya tertumpu ikhtiarnya kepada pekerjaannya dan mengabaikan asbab rezeki yang utama iaitu perkara 1 hingga 12. 

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.