Sebelum ini nuha sudah kongsikan apakah apakah itu foremilk dan hindmilk, apakah fungsi foremilk dan hindmilk, punca foremilk dan hindmilk tidak seimbang dan kesan si comel yang tidak mendapat foremilk dan hindmilk dengan cukup.
Assalamualaikum & hai.
Bagi ibu-ibu dan pembaca yang terlepas topik foremilk dan hindmilk sebelum ini, boleh rujuk di label "breastfeeding tips ".
Entry kali ini nuha akan kongsikan cara untuk si comel anda mendapat foremilk dan hindmilk yang seimbang.
5 CARA MEMBERIKAN FOREMILK DAN HINDMILK SEIMBANG KEPADA BAYI
Antara cara yang boleh dipraktikkan oleh ibu bagi memastikan si comel mendapat hindmilk secukupnya:
1) Susukan si comel dengan sebelah payudara saja untuk satu sesi penyusuan. Susu yang di payudara lagi sebelah dipam.
2) Ibu yang mengalami milk oversupply (susu ibu terlalu banyak) boleh mengepam secara rutin dan menyusukan si comel di antaranya.
3)Memerah atau mengepam sedikit sebelum menyusukan si comel supaya si comel anda mendapat hindmilk.
4) Mengepam secara konsisten agar lebih kerap payudara dikosongkan - Ini akan mengurangkan tindak balas osmosis yang menjadikan susu lebih cair.
5) Mengambil makanan yang tinggi protein dan serat.
Nuha gemar mengambil protein Shaklee kerana ianya adalah dari sumber soya bukan gmo berkualiti tinggi, bebas kolesterol dan rendah lemak.
Nuha menyesyorkan ibu menyusu yang inginkan tampil langsing untuk mengamalkan protein Shaklee.
Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.
Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp/ telegram)
Shaklee id: 1017481
FB: nuha hayati
Instagram: rakan_penyusuan_susu_ibu
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.