Friday, 19 August 2016

Susu Ibu: Mastitis - Sakit Ibu Menyusu

Sebelum ni nuha dah kongsi tentang foremilk dan hindmilk merangkumi definisi foremilk dan hindmilk dan penghasilannya, kesan pengambilan foremilk dan hindmilk yang tidak seimbang bagi si comel dan langkah mengatasinya.

Assalamualaikum & hai. 

Topik selepas hindmilk dan foremilk yang akan nuha kongsikan adalah tentang mastitis. Apa itu mastitis?

Mastitis

Mastitis adalah radang payudara yang mungkin (dan kadangkala cepat) menjadi infeksi. 

Ia akan membuatkan ibu berasa seperti dijangkiti selsema atau demam dengan keadaan payudara keras, sakit atau panas dan bengkak di kawasan yang dijangkiti. 


Ini dinamakan "duktus tersumbat" kerana ibu akan terasa benjolan yang disebabkan oleh ketakungan susu dalam duktus payudara.

Tanda-tanda mastitis yang sering berlaku dan serius temasuklah seram sejuk, sakit kepala, suhu badan melebihi 38.5°c dan keletihan melampau. Simptom-simptom ini selalunya disebabkan oleh kongesi tisu di sekitar kawasan jangkitan. 

Kira-kira seorang dalam sepuluh (1:10) orang ibu yang menyusu badan akan mengalami mastitis dan sesetengah ibu yang memberi susu formula kepada si comel juga boleh dijangkiti. 

Walapun ibu mungkin dijangkiti mastitis lebih daripada sekali, jangkitan jarang melibatkan kedua-dua belah payudara pada satu-satu masa. 

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Nuha 
017-4991289
Shaklee id: 1017481
FB: nuha hayati

Friday, 12 August 2016

Susu Ibu: 6 Ciri Bayi Tidak Mendapat Cukup Hindmilk

Rasanya nuha me-reverse topik ni. Hehe. Semalam topik bagaimana memberikan hindmilk yang cukup kepada bayi. 

Assalamualaikum & hai. 

Walaupun tak mengikut turunan topik tapi nuha terusksn jugalah berkongsi tentang topik foremilk dan hindmilk susu ibu. 

6 CIRI BAYI TIDAK MENDAPAT CUKUP HINDMILK

1) Warna najis kehijauan dan adakalanya disertai lendir.

2) Bayi kerap muntah.


3) Bayi asyik hendak menyusu, cerewet dan sentiasa kelihatan lapar.

4) Perut bayi kembung.

5) Berat badan bayi naik perlahan.

6) Bayi kerap buang air besar dari biasa dan selalunya sebaik selepas menyusu.

Kredit: Majalah pama

Walau bagaimanapun kesan daripada pengambilan foremilk dan hindmilk susu ibu tidak seimbang, susu ibu masih menjadi susu terbaik untuk bayi. 

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Nuha
017-4991289
(Sms/ Whatsapp/ Telegram/ SMS/ Call)
FB: nuha hayayi

Thursday, 11 August 2016

Susu Ibu: 5 Cara Bagaimana Untuk Mendapat Foremilk Dan Hindmilk Yang Seimbang

Sebelum ini nuha sudah kongsikan apakah apakah itu foremilk dan hindmilk, apakah fungsi foremilk dan hindmilk, punca foremilk dan hindmilk tidak seimbang dan kesan si comel yang tidak mendapat foremilk dan hindmilk dengan cukup.

Assalamualaikum & hai.

Bagi ibu-ibu dan pembaca yang terlepas topik foremilk dan hindmilk sebelum ini, boleh rujuk di label "breastfeeding tips ". 

Entry kali ini nuha akan kongsikan cara untuk si comel anda mendapat foremilk dan hindmilk yang seimbang.

5 CARA MEMBERIKAN FOREMILK DAN HINDMILK SEIMBANG KEPADA BAYI

Antara cara yang boleh dipraktikkan oleh ibu bagi memastikan si comel mendapat hindmilk secukupnya:

1) Susukan si comel dengan sebelah payudara saja untuk satu sesi penyusuan. Susu yang di payudara lagi sebelah dipam.


2) Ibu yang mengalami milk oversupply (susu ibu terlalu banyak) boleh mengepam secara rutin dan menyusukan si comel di antaranya.

3)Memerah atau mengepam sedikit sebelum menyusukan si comel supaya si comel anda mendapat hindmilk.

4) Mengepam secara konsisten agar lebih kerap payudara dikosongkan - Ini akan mengurangkan tindak balas osmosis yang menjadikan susu lebih cair.

5) Mengambil makanan yang tinggi protein dan serat.

Nuha gemar mengambil protein Shaklee kerana ianya adalah dari sumber soya bukan gmo berkualiti tinggi, bebas kolesterol dan rendah lemak. 

Nuha menyesyorkan ibu menyusu yang inginkan tampil langsing untuk mengamalkan protein Shaklee. 

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp/ telegram)
Shaklee id: 1017481
FB: nuha hayati
Instagram: rakan_penyusuan_susu_ibu

Monday, 8 August 2016

13 Perkara Punca Rezeki

13 PERKARA PUNCA REZEKI 

1. TAQWA - Barang siapa bertaqwa kepada Allah, akan diberi rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka.

2. TAWAKKAL - surah at-Talaq (ayat seribu dinar) jika tawakkal seseorang hamba, Allah cukupkan dia.

3. SOLAT - "kami tidak minta rezeki, kami yang memberi rezeki"

4. SEDEKAH - Allah ganti sehingga 10 kali ganda (kisah Ali r.a dengan unta).

5. ISTIGHFAR - Sesiapa yang melazimi istigfar Allah akan hilangkan kesempitan hidup dan kesusahan.

6. SYUKUR - Kalau syukur Allah akan tambah nikmat, kalau kufur Allah ancam azab pedih.

7. SILATURRAHIM - Menyambung silaturrahim, Insya Allah panjang umur dan murah rezeki.

8. TUNTUT ILMU - Barang siapa menuntut ilmu, Allah tanggung rezeki (kisah imam bukhari)

9. NIKAH - Cari keberkatan rezeki dengan nikah (kisah sahabat mengadu tentang rezeki, Nabi suruh kawin)

10. DAKWAH - Asbab terbesar rezeki. Kisah para nabi.

11. TILAWAH QURAN - Kelebihan surah waqiah, Allah hilangkan kefakiran selamanya.

12. ZIKIR PAGI PETANG - Ingat aku pagi dan petang aku cukupkan keperluan pada hari itu.

13. PEKERJAAN - Berusaha di atas setiap pekerjaan.

Perkara 1 hingga 12 terdapat perintah dan jaminan yang dijanjikan Allah namun perkara ke 13 iaitu ada perintah namun BELUM ADA JAMINAN ALLAH.

Dengan taqwa, tawakkal, solat, sedekah, istighfar, syukur, silaturrahim, ilmu, nikah, dakwah, pembacaan al-Quran, zikir, ADA PERINTAH & JAMINAN REZEKI DARI ALLAH.

Dengan pekerjaan belum tentu ada jaminan rezeki, tidak semestinya berniaga dapat untung, tidak semestinya kerja over time dapat rezeki banyak. Tidak semestinya poket tebal keberkatan ada.

NAMUN BUKAN BERMAKSUD 'TIDAK BEKERJA atau USAHA'.

Di dalam surah al-Jumuah, Allah berfirman bahawa selepas solat, bertebaranlah untuk mencari rezeki kurniaan Allah, namun ada syarat, 

DAN INGATLAH ALLAH BANYAK-BANYAK semoga beruntung (al-Jumuah:10)
dan hati hendaklah sentiasa bersandar dan yakin penuh terhadap Allah. 

Jangan sampai seseorang hanya tertumpu ikhtiarnya kepada pekerjaannya dan mengabaikan asbab rezeki yang utama iaitu perkara 1 hingga 12. 

Wallahualam.

Friday, 5 August 2016

Berkat Janji Yang Ditepati


Bilakah kali terakhir kita berjanji, dan kita menepatinya. Berat dosanya dalam memungkiri janji hatta berjanji dengan seorang anak kecil sekalipun. Salam Jumaat.

Assalamualaikum & hai.

BERKAT JANJI YANG DITEPATI

Suatu hari, Umar al Khattab sedang duduk di bawah pohon kurma berdekatan Masjid Nabawi. Di sekelilingnya, para sahabat sedang asyik membincangkan sesuatu.Tiba-tiba datanglah 3 orang pemuda. Dua pemuda memegang kuat seorang pemuda berpakaian lusuh yang diapit oleh kedua mereka.

Ketika mereka sudah sampai, berhadapan dengan Umar, kedua pemuda yang ternyata adik beradik itu berkata :

"Tegakkanlah keadilan untuk kami, wahai Amirul Mukminin!"

"Qishaslah pembunuh ayah kami sebagai hak atas kejahatan pemuda ini !".

Umar segera bangun dan berkata :
"Bertakwalah kamu kepada Allah, benarkah engkau membunuh ayah mereka, wahai anak muda?"

Pemuda berpakaian lusuh itu menunduk dan dalam nada suaranya yang menyesal ia berkata :
"Benar, wahai Amirul Mukminin."

"Ceritakanlah kepada kami kejadiannya.", ujar Umar.

Pemuda berpakain lusuh itu kemudian memulakan ceritanya :

"Aku datang dari pendalaman yang jauh, kaumku memercayaiku atas suatu urusan muamalah untuk aku selesaikan di kota ini.

Apabila sampainya aku di kota ini, aku ikat untaku pada sebuah pohon kurma lalu aku tinggalkan dia (unta). Begitu pantas, setelah aku kembali, aku sangat terkejut melihat seorang laki-laki tua sedang menyembelih untaku, rupa-rupanya untaku terlepas dan merosakkan kebun yang dimiliki oleh lelaki tua itu. Sungguh, aku jadi sangat marah tidak terkawal waktu itu, segera aku cabut pedangku dan kubunuh ia (lelaki tua tadi). Ternyata ia adalah ayah dari kedua pemuda ini."

"Wahai, Amirul Mukminin, engkau telah mendengar ceritanya, kami boleh mendatangkan saksi untuk itu.", sambung pemuda yang ayahnya terbunuh.

"Tegakkanlah hak Allah keatasnya!" Setimpal dengan yang lain.

Umar terpegun dan bimbang mendengar cerita si pemuda berpakaian lusuh itu.

"Sesungguhnya yang kalian tuntut ini adalah seorang pemuda yang soleh lagi baik budi pekertinya. Dia membunuh ayah kalian hanya kerana khilaf kemarahan sesaat", ujarnya.

"Izinkan aku, meminta dari kalian berdua supaya memaafkannya dan akulah yang akan membayarkan diyat (tebusan) atas kematian ayah kamu", kata Umar.

"Maaf Amirul Mukminin," balas kedua pemuda yang kelihatan masih marah dengan keadaan mata mereka merah menyala,

"Kami sangat menyayangi ayah kami, dan kami tidak akan redha jika korban jiwa belum dibalas dengan korban jiwa juga".

Umar semakin bimbang, di hatinya telah timbul rasa simpati kepada si pemuda berpakaian lusuh yang dinilainya amanah, jujur, dan bertanggungjawab.

Tiba-tiba si pemuda berpakaian lusuh berkata :

"Wahai Amirul Mukminin, tegakkanlah hukum Allah, laksanakanlah hukum qishas keatasku. Aku redha dengan ketentuan Allah", ujarnya dengan tegas.

"Namun, izinkan aku menyelesaikan dahulu urusan kaumku. Berilah aku tangguh selama 3 hari. Aku akan kembali untuk penghukuman qishas".

"Mana boleh begitu?", ujar kedua pemuda yang ayahnya telah terbunuh itu.

"Nak, tidakkah engkau mempunyai kaum kerabat atau kenalan untuk menguruskan urusanmu?", tanya Umar al Khattab.

"Sayangnya tidak ada, wahai Amirul Mukminin".

"Bagaimana dengan pendapatmu jika aku mati membawa hutang tanggungjawab kaumku bersamaku?", pemuda berpakaian lusuh itu sebaliknya bertanya kepada Umar.

"Baiklah, aku akan memberimu waktu tiga hari. Tapi harus ada orang yang mahu menjaminmu, agar kamu dapat kembali untuk menepati janjimu" kata Umar.

"Aku tidak memiliki seorang kerabatpun di sini. Hanya Allah, hanya Allah-lah penjaminku wahai orang-orang yang beriman", katanya dalam nada kesedihan..

Tiba-tiba dari belakang kerumunan orang ramai terdengar suara lantang :
"Jadikan aku penjaminnya, wahai Amirul Mukminin".

Ternyata Salman al-Farisi yang berkata.

"Salman?" Umar mengherdik, kelihatan agak marah.

"Kau belum mengenal pemuda ini, Demi Allah, jangan engkau main-main dengan urusan ini".

"Perkenalanku dengannya samalah dengan perkenalanmu dengannya, yaa, Umar. Dan aku mempercayainya sebagaimana engkau percaya padanya", jawab Salman dengan tenang.

Akhirnya dengan berat hati, Umar mengizinkan Salman menjadi penjamin kepada si pemuda berpakaian lusuh tersebut. Pemuda itu pun segera pergi menguruskan urusannya.

Hari pertama berakhir tanpa ada tanda-tanda kedatangan si pemuda berpakaian lusuh itu. Begitupun juga hari kedua. Orang ramai mulai tertanya-tanya apakah si pemuda tersebut akan kembali. Kerana dengan mudah sahaja si pemuda itu boleh menghilang ke negeri yang jauh jika ia mahu memungkiri janjinya dan waktu dan masa yg ditetapkan.

Hari ketiga pun tiba. Orang ramai mulai meragukan kedatangan si pemuda tersebut, dan mereka mulai khuatir akan nasib Salman, salah seorang sahabat Rasulullah S.A.W. yang paling utama.

Matahari hampir tenggelam, hari mulai berakhir, orang ramai sedang berkumpul untuk menunggu kedatangan si pemuda berpakaian lusuh. Umar berjalan mundar-mandir menampakkan kegelisahannya. Kedua pemuda adik beradik yang menjadi pendakwa kes qishas itu sangat kecewa dengan keengkaran janji si pemuda berpakaian lusuh itu.

Akhirnya tiba waktu jatuhnya hukuman qishas. Salman dengan tenang dan penuh tawakkal berjalan menuju tempat penghukuman. Hadirin mulai teresak-esak menangis, kerana menyaksikan seorang yang hebat seperti Salman akan dikorbankan.

Tiba-tiba di kejauhan ada bayangan seseorang sedang berlari tersengguk-sengguk, sekejap jatuh, sekejap bangun, kemudian jatuh lagi, lalu ia bangun kembali.

”Itu dia!” teriak Umar.
“Dia datang menepati janjinya!”.Masa dan waktunya

Dengan tubuhnya bermandi peluh dan nafas tercungap-cungap, si pemuda itu jatuh di pangkuan Umar.

”Hhuhuh..hh.. maafkan aku.. maafkan.. aku, wahai Amirul Mukminin..” ujarnya dengan susah payah,
“Tidak ku sangka... urusan kaumku... mensiakan... banyak... waktu...”.
”Kupacu... tungganganku... tanpa henti, hingga... ia sampai pada sakaratulmaut di gurun... Terpaksa... aku tinggalkan ia... lalu aku berlari dari sana..”

”Demi Allah”, ujar Umar menenanginya dan memberinya minum,

“Mengapa kau bersusah payah untuk kembali? Padahal kau boleh lari dan menghilang diri?” tanya Umar.

”Aku kembali agar jangan sampai ada yang mengatakan... di kalangan Muslimin...sudah tidak ada lagi pemuda...yang menepati janji...” jawab si pemuda berpakaian lusuh itu sambil tersenyum.

Mata Umar berkaca-kaca, sambil menahan sedihnya, lalu ia bertanya :
“Lalu engkau pula, Salman, mengapa semahu- mahunya engkau bersungguh untuk menjamin orang yang baru sahaja engkau kenal?"

Kemudian Salman menjawab :
"Agar nanti jangan sampai dikatakan, di kalangan Muslimin, sudah tidak ada lagi rasa saling percaya dan mahu menanggung beban saudaranya”.

Hadirin mulai merasa sedih sambil menahan tangisan mereka kerana terharu dengan kejadian itu.

”Allahu Akbar!”, Tiba-tiba sahaja kedua pemuda adik beradik itupun berteriak.

“Saksikanlah wahai kaum Muslimin, bahawa kami telah memaafkan saudara kami itu”.

Semua orang tersentak dan terkejut mendengar kata-kata kedua pemuda tersebut.

“Kamu berdua...” ujar Umar.
“Apakah maksudnya ini? Mengapakah kamu..?” Umar semakin terharu.

Kemudian dua pemuda itu menjawab dengan mengatakan :
”Agar jangan sampai dikatakan nanti, di kalangan Muslimin tidak ada lagi orang yang mahu memberi maaf dan sayang kepada saudaranya”.

”Allahu Akbar!”...terdengar ucapan takbir daripada hadirin.

Pecahlah tangisan bahagia, terharu dan sukacita oleh semua orang.

MasyaAllah..., saya bangga menjadi muslim andainya ada bersama kita pemuda berjiwa satria, muslim yang memuliakan al Islam dengan berbahagi pesan nasihat untuk tetap istiqomah berada di jalan-Nya..
Allahu Akbar…!
 Kisah yg hebat..... Allahu akbar! 😭😭😭

Itulah jiwa insan hasil produk didikan Rasullullah yg semakin hilang . Utk sama2 kita renungkan...SubhanAllah tabarakallah.

Nuha copy dan paste untuk bacaan bersama. Moga bermanfaat.

Thursday, 4 August 2016

Jurnal Kesyukuran 3 Ogos 2016

3 OGOS 2016: JURNAL KESYUKURAN

Alhamdulillah thank you Allah

1. Masih beri pinjam suami, anak-anak, dan parents pada aku

2. Kau bagi kami nikmat kesihatan hari ini

3. Suamiku pulang dari kerja dengan selamat

4. Anak-anakku sangat behave harini

5. Kau beri nikmat masa utk aku pm downlines tanya kabar dan update offer

6. Kau bagi peluang untuk aku makan malam bersama keluarga

7. Kau beri kekuatan untuk aku berkongsi manfaat suplemen Shaklee pada sorang pesakit slipdisk

Terima kasih Allah atas segala nikmat Kau beri hari ini

Foremilk Dan Hindmilk: Antara Penyebab Berlakunya Ketidakseimbangannya

Susu ibu adalah susu terbaik buat bayi seawal kelahirannya dari rahim ibu. Pelbagai info tentang penyusuan susu ibu seperti penghasilan susu ibu, nutrisi untuk ibu menyusu, komposisi susu ibu, makanan penggalak susu ibu (milk booster) dan sebagainya.

Assalamualaikum & hai.

Entry kali ini nuha masih nak berkongsi tentang foremilk dan hindmilk yang terkandung dalam susu ibu. Apakah punca berlakunya penghasilan foremilk dan hindmilk yang tidak seimbang?

SUSU IBU: PUNCA FOREMILK DAN HINDMILK TIDAK SEIMBANG

Antara penyebab berlakunya ketidakseimbangan foremilk dan hindmilk adalah:

1) Ibu terlalu cepat menukar payudara semasa menyusu sehingga bayi tidak sempat mendapat hindmilk.

2) Susu ibu terlalu banyak (oversupply) sehingga bayi tidak sempat mendapat hindmilk kerana perutnya sudah penuh dan ‘muak’.

3) Bayi yang baru mula menghisap sedikit dan tertidur, lalu tidak sempat dapat hindmilk.

Gambar diambil dari www.healthline.com

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Nuha
Rakan Penyusuan Susu Ibu 
017-4991289 (sms/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu
#shakleetrustedagent