Friday, 18 November 2016

Makanan Bayi: Serbuk Bilis Pengganti Garam

Bayi mula diperkenalkan dengan makanan pepejal hanya selepas 6 bulan usianya. Penggunaan garam, gula dan bahan perasa pula tidak digalakkan sebelum bayi mencapai umur dua tahun.

Assalamualaikum & hai.

MAKANAN BAYI: SERBUK BILIS PENGGANTI GARAM

Serbuk bilis adalah salah satu alternatif untuk memberi rasa masin dalam makanan bayi. Nuha kongsikan cara penyediaan serbuk bilis di bawah ini. 

CARA PENYEDIAAN SERBUK BILIS

1) Pertama sekali bersihkan ikan bilis, buang perut dan tulangnya. 

Serbuk Bilis Pengganti Garam dalam Makanan Bayi

2) Cuci bersih dan toskan seketika sebelum disangai.

3) Sangai (goreng tanpa minyak) sehingga air kering. Nuha sangai sehingga ikan bilis masak (garing). 

4) Sejukkan seketika, kemudian kisar halus menggunakan pengisar kering. 

5) Ayak serbuk bilis yang sudah dikisar untuk mendapatkan tekstur yang betul-betul halus. 

6) Ulang langkah kisar-ayak sehingga semua serbuk bilis habis diayak. 

7) Simpan di dalam bekas kedap udara dan disimpan di dalam peti sejuk supaya ia tahan lebih lama. 

8) Untuk penggunaan, ambil sedikit serbuk bilis dengan menggunakan sudu kering untuk elak serbuk bilis cepat rosak. 

Tekstur makanan bayi bergantung pada umur dan bilangan gigi bayi. Makanan yang tidak terlalu halus boleh mula diberikan seiring dengan tumbesaran bayi. 

Gunakan serbuk bilis ini di dalam sup, bubur dan menu-menu bayi yang lain. 

Selamat mencuba ibu-ibu semua. 

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan,  produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatang dengan Shaklee.

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.