Friday, 18 November 2016

Susu Ibu: Keperluan Minum Air Ketika Berpantang

Persoalan yang sering bermain di fikiran ibu terutamanya ibu-ibu baru adalah tentang pengambilan air. Bolehkah ibu berpantang minum air banyak?

Assalamualaikum & hai.

SUSU IBU: KEPERLUAN MINUM AIR KETIKA BERPANTANG

Air sering menjadi topik salah faham antara anak dan menantu. Apabila berpantang ibu mertua sangat-sangat sensitif tentang air.

Bukan setakat ibu mertua, ada kala ibu sendiri pun melarang anak yang berpantang dari minum air secukupnya. Termasuklah ibu Nuha semasa Nuha berpantangkan Ez-Zahra Dahlea dulu. 

Menurut ibu jika minum lebih air boleh sebabkan rahim kembang dan perut buncit. 

Itu belum nenek campur tangan ketika cucu berpantang. Ada cucu terpaksa curi-curi minum air!

Susu Ibu: Keperluan Minum Air Ketika Berpantang

Bagi ibu menyusu, pengambilan antara 8 - 10 gelas air diperlukan bagi memastikan proses penghasilan susu tidak terganggu. Walau bagaimanapun, jumlah 8 - 10 gelas air ini tidak terhad kepada semua ibu. 

Ada ibu memerlukan lebih daripada anggaran ini. 

Selain minum air masak, ibu juga disarankan minum jus buah-buahan yang segar seperti epal, dan sayuran seperti lobak merah.

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu

1 comment:

  1. org dlu2 bagi minum sehari 1 gelas je tu pun sikit2
    tapi zaman skank berbotol botol org minum

    petua org dlu mcm di saintifik kan :)
    bukan semua tak di guna pakai tp mana yg tak betul tu kita alter :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.