Saturday, 12 October 2019

5 Organ Detox dan Fungsi

Dalam keadaan normal dan sihat tubuh kita akan terus melakukan proses detox bagi memastikan ianya kekal bersih. Tubuh kita sebenarnya berkeupayaan melakukan proses detox dengan sendirinya dengan 5 organ yang mempunyai fungsi detox yang berlainan.

5 ORGAN DETOX DAN FUNGSI-FUNGSINYA

Fungsi Organ Detox
5 Organ Detox dan Fungsinya
Gambar dari: draxe.com

Badan kita telah dilengkapkan dengan organ yang membantu untuk proses detox. Organ-organ ini termasuklah hati, usus (termasuk kolon), buah pinggang, paru-paru, dan juga kulit.

Baca: 3 Gaya Hidup Sihat dengan Jom Detox Jutawan

Organ-organ ini berfungsi dalam membersihkan tubuh badan kita atau menyahtoksin bagi memastikan kita kekal sihat. Malahan kulit kita menyah toksin melalui peluh.

PARU-PARU
Paru-paru berfungsi dalam membuang pelbagai jenis gas seperti gas karbon dioksida dari saluran darah.

KULIT
Kulit kita melakukan detox melalui kelenjar peluh.

BUAH PINGGANG
Buah pinggang membuang sisa dan air dari darah dalam bentuk air kencing yang kemudiannya dikeluarkan dari tubuh melalui pundi kencing.

SISTEM PENGHADAMAN
Usus memainkan peranan penting dalam menghantar bahan buangan keluar daripada badan dengan setiap pergerakan usus.

HATI
Hati meneutralkan bahan pencemar yang boleh mencetuskan pelbagai masalah kesihatan.

Buah pinggang dan hati adalah dua orang paling organ yang sangat penting kepada proses detox.

Baca: Kenapa Perlu Detox Jika Nak Kurus?

DETOX MEMBANTU TUBUH KEKAL CERGAS

Jadi sekiranya tubuh badan kita membersihkan dirinya sendiri, mengapa kita masih perlu berdetox?

Hampir semua orang sebenarnya perlu beri lebih "kasih sayang" kepada organ-organ detox dari semasa ke semasa. Kehidupan harian kita selalu bagi petunjuk yang tubuh badan kita sebenarnya memerlukan sokongan tambahan kepada kitar detox semulajadi badan.

Contohnya, kalau kita sering rasa kurang bertenaga, sakit kepala, mengalami pertambahan berat badan secara mendadak, kerap sembelit dan sukar mendapat tidur yang berkualiti, sebenarnya badan kita cuba untuk bagitahu yang ia memerlukan sokongan tambahan.

Dengan sokongan nutrisi yang baik, tenaga sistem tubuh kita akan menjadi lebih kuat untuk mendapatkan semula tenaga dan kecergasan, memperbaiki kekuatan mental dan kekal fokus serta menurunkan berat badan agar kelihatan lebih baik, sihat dan segar!

Ibaratkan diri kita seperti kereta, di mana ia memerlukan minyak untuk kekal bergerak. Tapi, sehebat mana pun kereta itu lambat laun ia tetap akan mengalami kerosakan. Untuk mengekalkan prestasi kereta pada peringkat optimum, ia perlu diservis dan dibersihkan serta diganti minyak hitam dan tayarnya.

Tanpa bantuan tambahan, badan kita berkemungkinan besar akan dipenuhi toksin dan kesihatan kita akan turut terjejas.

Semakin lama toksin terkumpul dalam tubuh, semakin tinggi kebarangkalian ia akan melumpuhkan organ dan memudaratkan fungsi tubuh kita. Detox bererti kita mengurangkan beban toksik yang terkumpul di dalam badan dan mengekalkan prestasi organ detox di dalam badan.

“Solusi Menyeluruh Detoks Shaklee” boleh diambil setiap hari sebagai supplemen pemakanan yang berzat dan ia juga membantu dalam menangani sisa toksik berlebihan di dalam tubuh. Mulakan langkah hidup sihat dengan Program Jom Detox Jutawan. 

Group Jutawan menawarkan Program Jom Detox untuk awak sertai dan rasai sendiri pengalaman berdetox dan pengalaman ibarat memiliki tubuh badan yang baru. Kami menyediakan program detox sepanjang 17 hari. Dalam masa 17 hari ini, awak akan menerima bimbingan intensif daripada Coach Detox berpengalaman, himpunan resepi detox yang sangat sedap lagi berkhasiat, teknik melakukan senama mudah, info berkaitan detox dari semasa ke semasa sepanjang program, dan semestinya yuran Coach Detox serendah RM20 sahaja!

Bacaan lanjut: Kelebihan Program Jom Detox Jutawan

Terkini! Kami sudah membuka pendaftaran Program Jom Detox Jutawan 17.0 yang akan bermula 15 Oktober 2019. Hubungi Nuha segera untuk mendaftar program ini. Nuha pasti inilah program yang awak cari-cari selama ini sebagai langkah pertama kearah gaya hidup yang lebih baik.

Program Jom Detox Jutawan
Program Jom Detox Jutawan 17.0 akan bermula 15 Oktober 2019

Nuha
Pengedar Shaklee Sejak 2013
Contact: 017-4991289
FB: Nuha Hayati
IG: nuha.hayati

1 comment:

  1. Terima kasih kerana berkongsi..memang kita perlu buat detox sekali sekala

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.