Friday, 11 October 2019

Bekerja tapi nak buat bisnes? Boleh ke?

Sebenarnya ramai yang belum tahu bahawa orang yang bekerja masih boleh buat bisnes kalau kena dengan gayanya. Ada juga sesetengah kumpulan kecil orang bujang contohnya buat bisnes bagi mengisi masa lapang yang terluang. Semuanya boleh asalkan ada kemahuan dan rajin berusaha. Mentor Nuha dalam Bisnes Shaklee telah membuktikan bahawa individu yang bekerja boleh dan mampu untuk buat bisnes. Ya, boleh!

BEKERJA TAPI NAK BUAT BISNES? MEMANG BOLEH!

Sebelum ini Nuha ada kongsikan kisah tentang mentor Nuha dalam Bisnes Shaklee, iaitu Master Sharifah Farina binti Syed Abu Bakar. Beliau dahulunya bekerja di salah sebuah syarikat GLC di Malaysia sebelum membuat keputusan untuk berhenti kerja dan fokus sepenuhnya kepada keluarga dan Bisnes Shaklee.


Beliau telah membuktikan bahawa seseorang itu boleh buat bisnes dan berjaya dalam bisnes walaupun bekerja. 

Rahsianya adalah pada kemahuan. Kalau kita nak kan sesuatu, mesti kita sanggup buat apa saja. 

Nuha ambil contoh Master Sharifah Farina yang dahulunya seorang wanita bekerjaya, sudah berkahwin dan mempunyai anak. Macam mana nak buat bisnes dengan rutin harian yang semestinya sudah padat dan sendat? Nuha akan kongsikan tip bagaimana orang bekerja tapi masih boleh buat bisnes.

7 TIP MANTAP INDIVIDU BEKERJA DAN BUAT BISNES

Kelebihan Bisnes Shaklee
Wanita Bekerja Masih Boleh Buat Bisnes
Gambar dari: rayhigdon.com

1) PILIH BISNES ONLINE
Pada Nuha bisnes online adalah pilihan terbaik untuk golongan yang bekerja. Tentunya bisnes online lebih mudah, fleksibel, tak perlu tapak kedai, tak perlu turun buka dan tutup kedai. Bisnes online terbaik memandangkan segalanya boleh dibuat hanya dihujung jari.

Apa yang lebih best dengan bisnes Shaklee walaupun awak hanya inginkan pendapatan tambahan dengannya, syarikat menyediakan banyak kelebihan antaranya penyata bonus. Buat bisnes online secara part-time pula tu siap ada penyata bonus!

Laku di mata pegawai-pegawai bank dan ramai telah lulus pinjaman rumah dan kereta menggunakan penyata bonus Shaklee.

Baca: 7 Kelebihan Buar Bisnes Shaklee Berbanding Bisnes Lain 

2) KURANGKAN MASA BERLIBUR
Nuha jamin setiap orang walau sesibuk mana pun rutin harian tetap akan ada masa untuk berlibur. Cuci mata di shopping mall semasa rehat tengahari, main game online semasa tersangkut dalam kesesakan jalan raya waktu pagi dan petang, layan gosip artis dan menonton Drama Korea lewat malam.

Betul, tak salah untuk kita ambil sedikit masa untuk me time, tapi kalau betul-betul nak buat bisnes haruslah dikurangkan sedikit me time tu dan diubah kepada aktiviti bisnes. 

Masa yang digunakan dengan baik boleh memberi pulangan duit! 

3) RANCANG AKTIVITI HARIAN
Sebagai seorang yang sedia kala sibuk dengan kerja hakiki dari Isnin hingga Jumaat dari pagi hingga ke petang, balik kerja sibuk pula dengan tugasan di rumah yang tidak pernah habis, dan tentunya suami dan anak-anak yang menjadi keutamaan. Jadi macam mana pula nak selitkan aktiviti bisnes?

Rahsianya adalah dengan merancang aktiviti harian. Nuha faham kita semua memang setiap hari sangat sibuk. Jadi rancang aktiviti harian adalah jalan terbaik untuk kita menjadi lebih produktif dengan rutin wajib dan rutin tambahan menguruskan bisnes.

Apabila kita merancang, kita sudah pun mula melakukan tugasan itu. Tidak merancang boleh dianggap sebagai kita merancang untuk tidak buat apa-apa. 

4) TENTUKAN PRIORITI
Semua tugasan penting, semua tugasan perlu diselesaikan. Dengan menentukan prioriti terhadap tugasan harian yang ada, semua rutin akan nampak lebih tersusun dan dapat diselesaikan satu persatu mengikut keutamaan yang telah ditetapkan.

Menentukan prioriti adalah tentang mana buat dulu, mana buat kemudian. Bukan semuanya perlu dibuat dalam masa satu hari.

5) DAILY TO-DO-LIST
Merancang aktiviti harian dan menentukan prioriti akan menjadi lebih mantap dengan adanya daily to-do-list. Orang yang sibuk setiap hari sewarnya merancang aktiviti harian dan ada to-do-list. Dengan daily to-do-list, semua tugasan akan lebih teratur dan akan dapat diselesaikan mengikut yang disenaraikan untuk hari tersebut.

Tiada lagi rutin follow the flow dan tiada lagi stres tak tentu pasal disebabkan banyak rutin tidak dapat diselesaikan dalam hari yang sama.

6) METULIS IMPIAN
Setiap daripada kita tentunya ada impian dalam hidup. Tahu tak dengan menulis impian, kita sebenarnya sudah selangkah ke arah mencapai impian tersebut.

Impian yang ditulis semestinya lebih jelas daripada impian yang hanya ada di dalam kepala. Kata insan hebat, impian yang tidak ditulis hanyalah sebuah angan-angan kosong.

Impian yang ditulis akan memandu seseorang untuk bergerak ke arahnya. Sebagai manusia biasa, ada ketikanya kita akan mengalami rasa down dan putus asa. Impian-impian yang ditulis ini berperanan besar dalam memastikan seseorang kekal fokus dan mengembalikan semangat untuk terus bangkit berjuang mencapainya.

Begitulah hebatnya kuasa menulis impian.

Baca: 4 Kisah Kejayaanku Dalam Shaklee

7) BERGAUL DENGAN ORANG YANG PRODUKTIF
Kalau kita bergaul dengan geng-geng bawang, tentu kita juga akan menjadi salah seorang daripada ahli bawang aktif. Untuk menjadi produktif dengan tugasan harian dan ditambah dengan aktiviti bisnes, mulakan berkenal-kenalan dengan insan-insan hebat yang produktif terutamanya geng bisnes agar kita dapat tempiasnya sekali dan terdorong untuk menjadi orang yang lebih produktif.

Baca: 4 Sebab Best Awak Mesti Join #TeamJutawan

Kepada yang berminat untuk menjana pendapatan dan memulakan Bisnes Shaklee secara online bersama Nuha, awak boleh hubungi Nuha segera untuk memulakannya.

Nuha
Pengedar Shaklee Sejak 2013
Contact: 017-4991289 
FB: Nuha Hayati
IG: nuha.hayati

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.