Wednesday, 21 June 2023

Kesan Ambil Polifenol: Tak Ambil Tak Mati Pun Tapi Kalau Ambil Ini Penangannya

Ingat lagi ayat ni yang Nuha dengar masa masuk kelas Vivix dan ResV baru-baru ni. Siapa tak ambil polifenol dia tak mati, tapi siapa amalkan polifenol kesan dia sangat superb. Jom baca extra sikit pasal polifenol. 

KESAN PENGAMBILAN POLIFENOL: TAK AMBIL TAK MATI PUN TAPI KALAU AMBIL KESANNYA LUAR BIASA


APA ITU POLIFENOL?

Polifenol adalah sejenis anti oksidan yang kuat. Ia dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan secara semulajadi. Fungsi polifenol kepada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan tu sendiri adalah untuk memberi warna pada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan.

Contohnya buah anggur warna ungu, buah oren warna jingga dan epal warna merah. Semua ni disebabkan oleh polifenol. Polifenol bagi warna yang cantik kepada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan dan dengan tujuan melindungi mereka daripada penyakit dan jangkitan kuman. 

Kajian menunjukkan polifenol semulajadi dari tumbuh-tumbuhan ini dapat memberikan manfaat kepada kesihatan badan. 

Polifenol melindungi dan memperbaiki DNA dalam sel badan kita, dapat membantu dalam merangsang potensi sel, dan melambatkan pembentukan AGE protein.

Advance Glycation End Products (AGEs) akan terbentuk apabila gula dalam badan kita bertindak balas dengan dengan lemak atau protein. AGE Protein adalah salah satu faktor utama yang mencetuskan penyakit kronik seperti diabetis dan kanser. 

Disamping itu, polifenol juga menyokong untuk meningkatkan tenaga sellular dengan menyokong proses perbaharui sel badan. 

Manfaat lain polifenol seperti menggalakkan kesihatan telomere (bahagian hujung DNA bagi sel badan kita).

Kajian menunjukkan bahawa orang yang mempunyai jangka hayat yang panjang, mereka selalunya mempunyai telomere dalam sel yang sangat panjang berbanding individu yang sakit atau individu yang terlibat dengan pengambilan ubat-ubatan untuk jangka masa panjang.


FUNGSI POLIFENOL KEPADA TUBUH BADAN

1) Menyokong Paras Gula dalam Darah yang Sihat

Vivix dan ResV Shaklee
Manfaat Polifenol dalam Menyokong Gula dalam Darah (Gambar: FB Shaklee Malaysia)

Kajian menunjukkan polifenol dari tumbuh-tumbuhan menyokong paras gula dalam darah dengan cara seperti berikut:

Polifenol menyokong dalam mengawal penyerapan glukos selepas pengambilan makanan. Ia dapat meningkatkan sensetiviti insulin supaya insulin dapat menukarkan glukos kepada tenaga dalam masa yang lebih singkat. 

Polifenol menyokong dalam merangsang rembesan penghasilan insulin dengan lebih awal. Maknanya, sebelum awak makan, insulin dah bersedia dalam badan. Sebaik saja makanan diambil, gula dalam darah stabil dan tidak akan naik dengan mendadak. 

Ia juga memperbaiki penguraian insulin untuk memastikan paras gula yang sihat. 


2) Menyokong Kesihatan Kulit

Polifenol membantu dalam melindungi kulit dari kerosakan UV, mengurangkan penuaan pramatang dan pembentukan kedutan. 

Apabila polifenol melindungi kulit kita daripada kerosakkan sinaran UV, secara automatik tanda-tanda penuaan seperti pigmentasi, garisan halus dan kulit kusam akan berkurang. 

Bagi individu yang suka sun bath (berjemur dibawah pancaran matahari), kulit diorang ni biasanya banyak pigmentasi dan garis halus disebabkan oleh UV yang merosakan struktur kulit.

Polifenol juga menyokong penghasilan kolagen. Sinaran UV akan masuk ke dalam struktur kulit. Bahagian kedua kulit, iaitu dermis sangat penting kerana ia diperkaya dengan elastin dan kolagen. 

Vivix dan ResV Shaklee
Polifenol dalam Menyokong Kesihatan Kulit (Gambar: FB Shaklee Malaysia)


Kedua-dua ini sangat membantu dalam menyokong kulit supaya kulit kita tegang. Sinaran UV akan masuk terus hingga ke lapisan dermis dan selalunya akan merosakkan lapisan kolagen dan elastin. 

Amalan pengambilan polifenol akan menjaga sel kulit dari sinaran UV. Secara automatik kulit akan kaya dengan kolagen yang baru, menjadikan kulit nampak muda, berseri dan halus. 


3) Menyokong Kesihatan Jantung

Banyak kajian saintifik menunjukkan polifenol boleh meningkatkan kesihatan jantung yang mana polifenol dapat mengurangkan keradangan pada salur darah. 

Vivix dan ResV Shaklee
Polifenol dalam Menyokong Kesihatan Jantung (Gambar: FB Shaklee Malaysia)

Selalunya masalah kesihatan seperti strok dan serangan jantung adalah disebabkan oleh keradangan di saluran darah.

Polifenol membantu untuk menggalakkan lapisan salur darah yang sihat, menggalakkan tekanan darah yang sihat dengan mengekalkan keanjalan salur darah. Apabila salur darah mempunyai keanjalan yang bagus, ia dapat mengawal tekanan darah kita dengan lebih baik.


Vivix dan ResV Shaklee
Manfaat Polifenol kepada Kesihatan Jantung (Gambar: FB Shaklee Malaysia)

Polifenol juga menyokong dalam mengekalkan kadar pembekuan platelet yang sihat. Sekiranya pembekuan platelet tidak normal, ia akan menyumbat dan mengganggu peredaran darah dan boleh mengakibatkan masalah seperti strok dan serangan jantung.

Ternyata ciptaan Allah yang dipanggil polifenol ni sangat bermanfaat kepada kesihatan tubuh badan. 


BAHAN SEMULAJADI YANG DAPAT MEMBERIKAN CAMPURAN POLIFENOL YANG BERMANFAAT KEPADA BADAN

Anggur Muscadine, Polygonum Cuspidatum, lobak ungu dan Elderberi Eropah - Campuran 4 bahan ini memberikan campuran polifenol yang sangat berkuasa. Mengikut kajian, 4 jenis tumbuhan ini adalah kunci untuk mengaktifkan jangka hayat yang lebih panjang dengan cara melambatkan penuaan sel dalam badan kita. 

Rangkaian produk penjagaan kesihatan Shaklee menawarkan produk dengan kandungan polifenol iaitu Vivix dan ResV yang mempunyai campuran 4 dan lebih bahan semulajadi.
Vivix dan ResV Shaklee
Vivix dan ResV Shaklee dengan kandungan tinggi polifenol


Nuha share link video seorang wanita 69 tahun yang sihat dan aktif bertenaga siap mampu tamatkan larian 2km. Beliau mengamalkan vitamins Shaklee antaranya Vivix dan ResV.  


Promosi Vivix dan ResV Shaklee
Promosi Vivix dan ResV Shaklee


Hubungi Nuha sekarang untuk order Vivix dan ResV, konsultasi Supplement Shaklee yang lain atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

#NextlevelBlogging #Shakleetriumph2023 #Shakleethrive2023 #SetRahmahShaklee2023

Nuha Hayati
Pengedar Shaklee Kuala Selangor
Instagram: nuha.hayati
Tiktok: nuha.hayati
Youtube: Nuha Hayati


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau mencegah sebarang penyakit. Sekiranya anda di bawah rawatan perubatan, sila dapatkan nasihat doktor sebelum pengambilan suplemen kesihatan. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.