Thursday, 22 June 2023

3 Amalan Gaya Hidup Sihat Yang Wajib Diamalkan

Nuha percaya kesedaran tentang tanggungjawab menjaga kesihatan tubuh badan akan meningkat seiring dengan pertambahan usia. Umur makin banyak, makin risau. Makin cakna tentang kesihatan. Setuju tak dengan statement ni? Meh Nuha kongsikan 3 amalan gaya hidup sihat yang boleh diamalkan untuk kesihatan yang optimum, inshaAllah dengan izinNya jua.


3 AMALAN GAYA HIDUP SIHAT UNTUK KESIHATAN OPTIMUM

Sebenarnya tak payah tunggu usia cecah 4 siri 5 siri baru mula nak ambil berat kesihatan badan. Mencegah itu sentiasa lebih baik daripada mengubati. Kalau kita dah cegah tapi masih dihinggap penyakit, at least kita dah usaha, tak ada sesalan di kemudian hari. Kesihatan badan suatu nikmat dan amanah. Jadi kita wajib jaga elok-elok. Kalau diri sendiri tak cakna, siapa lagi nak diharapkan untuk jaga tubuh badan kita ni.

Amalan Gaya Hidup Sihat
Kesihatan yang baik dari gaya hidup yang sihat


Kesihatan yang baik adalah perkara yang paling berharga di dunia. Di Shaklee, kami adalah penyokong tegar gaya hidup sihat yang merangkumi pemakanan yang sihat, senaman secara berkala dan pengambilan suplemen secara bijak.


1) MAKAN SIHAT

Pemakanan yang sihat termasuklah pemilihan pemakanan yang seimbang merangkumi buah-buahan, sayur-sayuran, gandum dan produk tenusu rendah atau bebas lemak.


2) SENAMAN DAN KEKALKAN BERAT BADAN OPTIMUM

Lakukan aktiviti fizikal secara teratur sebagai komponen utama dalam pengurusan kesihatan.

Bersenam penting untuk menggalakkan kesihatan keseluruhan dan kesejahteraan serta mengurangkan risiko kepada penyakit-penyakit kronik.


Amalan Gaya Hidup Sihat
Rutinkan bersenam secara berkala

Dengan rutin harian yang pack, Nuha sangat yakin nak slot in masa untuk bersenam tu sangatlah mencabar. Tapi tak mustahil dan busy tak boleh dijadikan alasan untuk tak bersenam. Start small, mulakan dengan 1 sesi bersenam yang ringkas. Jadikan sesi tu tetap setiap minggu. Slowly tambah lagi 2 sesi dan cuba maintain. 

Bersenam akan jadi lagi fun bila berteman. Carilah geng yang sama-sama nak bersenam. 


3) PENGAMBILAN MAKANAN TAMBAHAN SECARA BIJAK 

Pengambilan multivitamin atau suplemen mineral yang komprehensif dan seimbang dengan sekurang-kurangnya 450mg kalsium dan vitamin D adalah pilihan yang tepat.

Pastikan awak mengambil sumber protein yang cukup setiap hari. Protein merupakan blok asas dalam pembinaan tubun badan, untuk kekal bertenaga dan kulit yang sihat.

Cuba untuk tingkatkan mengambilan asid lemak Omega 3, EPA dan DHA. Nutrisi-nutrisi ini sangat berkait dengan pengurangan risiko penyakit jantung dan menyokong menambah baik keradangan dan tindak balas metabolik.

Nutrisi anti oksidan pula membantu dalam memelihara sel daripada serangan penuaan. Jadi, pastikan awak mempertimbangkan nutrisi yang kaya dengan fungsi anti oksidan seperti vitamin C dan E, polifenol serta beta karotin.


Pastikan juga pengambilan vitamin B penting termasuklah asid folikvitamin B6 dan B12 untuk menyokong perlindungan DNA dan menyokong penuaan yang sihat.

Akhir sekali penekanan kepada nutrisi probiotik dalam menyokong pencernaan yang sihat dan fungsi imun.

Amalan Gaya Hidup Sihat
Amalkan suplemen secara bijak

Buat sedikit bacaan sebelum awak pilih sesuatu jenama suplemen atau makanan tambahan. Nuha suka dan amal rangkaian suplemen keluaran Shaklee. Produk-produk Shaklee adalah natural, telah diuji secara klinikal tentang keselamatan dan keberkesanan produk sebelum dijual di pasaran. Nuha ada kongsikan sebelum ni 5 Sebab Kenapa Shaklee Supplements Terbaik di Malaysia.  

Hubungi Nuha sekarang untuk konsultasi dan belian suplemen, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

#NextlevelBlogging #Shakleetriumph2023 #Shakleethrive2023 #SetRahmahShaklee2023

Nuha Hayati
Pengedar Shaklee Kuala Selangor
Instagram: nuha.hayati
Tiktok: nuha.hayati
Youtube: Nuha Hayati

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.