Saturday, 1 July 2023

Cara Hilangkan Jeragat Dengan Berkesan

Jeragat punca hilang keyakinan diri dan mungkin menjadi penyebab seseorang perlu ber-make up tebal dengan tujuan nak samarkan penampakkan jeragat tu sendiri. Kalau google, banyak petua untuk pudarkan atau hilangkan jeragat secara alami dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi atau bahan yang ada kat dapur rumah. Nuha yakin ramai prefer petua macam ni. Mudah didapati dan semestinya lebih murah lagi jimat. 

CARA HILANGKAN JERAGAT DENGAN BERKESAN

Cara Hilangkan Jeragat Dengan Berkesan
Jeragat buat seseorang rasa rendah diri.
Ketahui cara hilangkan jeragat dengan berkesan

Sebelum Nuha hidangkan awak dengan cara-cara hilangkan jeragat dengan berkesan, mari kita sama-sama ambil tahu apa punca kejadian jeragat. 

PUNCA JERAGAT

1) Perubahan hormon

Personally Nuha perasan Nuha mula ada jeragat masa mengandungkan Dahlea (anak pertama) masa tu Nuha  baru 26 tahun. Yeee, macam tak boleh brain umur macam tu boleh ada jeragat. 

Perubahan hormon masa mengandung boleh buat seseorang ada jeragat. Tapi katanya normal, lepas bersalin nanti hilang la jeragat tu. 

Untuk Nuha, once jeragat tu dah hinggap, sampai lepas bersalin pun dia tang tu jugak. Tak hilang pun awak. Sadis. 

2) Sinaran UV

Terdedah pada sinaran matahari pun antara punca utama terbentuknya jeragat. Untuk mencegah, make sure awak apply pelindung suria pada waktu siang hari.

Jeragat ni secara semulajadinya tak terbentuk dalam masa yang singkat. Dia akan ambil masa. So penjagaan kulit yang baik especially melindungi kulit dari sinar UVA dan UVB sangat-sangat penting untuk prevent kemunculan jeragat bila usia makin bertambah nanti. 
 
3) Produk Kecantikan Berbahaya

Awak pernah dengar produk timbang kilo? Produk kecantikan yang mengandungi bahan yang berbahaya boleh mengakibatkan lapisan perlindungan kulit terhakis. Sinaran UV terus meresap ke lapisan epidermis lebih cepat dari biasa. Kesannya, risiko terbentuknya jeragat jadi lebih tinggi.


PETUA HILANGKAN JERAGAT

Dulu, Nuha ada juga cuba petua-petua mudah guna bahan apa yang ada kat dapur. Tapi lepas dapat tahu dari Puan Mary, certified skincare consultatant yang sebenarnya kita tak boleh nak apply bahan raw ke muka, Nuha dah tak buat dah. 

Bahan raw yang kita guna tu tak sesuai untuk diapply terus ke muka. Apa yang Nuha faham tak sesuai sebab concentration terlalu tinggi. 
Bila sifu dah kata gitu, Nuha tak buat la. 

1) Gunakan Produk Topikal Yang Tepat

Produk topikal ni ialah produk penjagaan kulit. Maksudnya produk yang kita tepek atas kulit. Untuk jeragat, awak boleh guna produk yang berfungsi untuk menghalang penghasilan melanin berlebihan, mempercepatkan proses pengelupasan, melarutkan zarah kulit mati dan menghentikan pembentukan pigmen.

Hydroquinone, Alfa Hidroksi dan Beta Hidroksi, Retinoid, Asid Salisik (BHA), Niacinamide dan Asid Kojik antara bahan aktif yang bagus untuk merawat dan memudarkan jeragat. 

Ada banyak pilihan produk skin care dengan bahan-bahan aktif yang Nuha sebutkan kat atas. Awak boleh cuba ikut kesesuaian kulit masing-masing.

Apa yang penting, sabar dan konsisten dengan rutin skin care sebab kita tak guna magic untuk hilangkan jeragat ni. Takut juga kan kalau produk-produk bagi kesan instant pada kulit. Orang kata biar lambat asal selamat. Enjoy the process. Gitu!

2) Amalan Pelindung Suria (Sunscreen) 

Pelindung suria atau sunscreen wajib dipakai di waktu siang hari. Pemakaian pelindung suria sebenarnya indirect way untuk mencegah kejadian jeragat dengan lebih teruk lagi. Mana jeragat yang dah ada tu kita rawat dan dalam masa yang sama kita cegah supaya jeragat baru tak naik. 

Tak kisah waktu siang tu mendung ke, hujan lebat sepanjang hari ke, awak tak berjemur bawah matahari ke, ataupun awak langsung tak keluar rumah haritu; hukum pemakaian sunscreen adalah wajib. Asalkan siang hari eloklah pakai je sunscreen walau di mana jua awak berada. 

Untuk sesetengah orang especially yang keluar rumah ataupun orang yang melakukan aktiviti luar, kaedah pemakaian semula sunscreen (reapply sunscreen) adalah perlu untuk make sure kulit sentiasa dilindungi secara optimum dengan sunscreen. 

Ingat lagi dulu masa Nuha umur dalam lingkungan 20-an, dengan kerja outdoor nya, kena pergi site tak kira pagi, tengahari, petang dan seorang Nuha begitu tegar tak guna sunscreen langsung! Bila ingat balik, sayangnya rasa sebab takde awareness pasal pemakaian sunscreen ni dari awal. 

Tapi tak apa, orang kata better late than never kan?

3) Supplement Perlindungan Dari Dalam

Nuha percaya, bila sel-sel dalam badan kita sihat akan menghasilkan tisu-tisu yang sihat. Seterusnya membentuk organ dan sistem yang sihat. Bila kita supply tubuh badan kita dengan nutrisi yang bagus, seimbang, maka akan terhasillah sel-sel yang sihat, tisu, organ dan sistem yang sihat. 

Once semuanya yang ada di dalam badan ni sihat, automatik tempias sihat tu kita akan boleh nampak dari luar. 

So apa nutrisi yang bagus untuk sel yang sihat?

Protein, Vitamin B, Omega 3 antara nutrisi asas yang sangat bagus untuk kulit yang sihat. Untuk perlindungan pula, nutrisi bersifat antioksidan sangat-sangat powerful; Vitamin A, Vitamin C dan Vitamin E. Jangan lupa ambil polifenol sama, powerful anti oxidant. 

Shaklee menawarkan variasi produk yang berkualiti tinggi lagi selamat untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Luaran kita jaga, dalaman kita jaga dengan produk-produk suplemen terbaik Shaklee.

Hubungi Nuha sekarang untuk konsultasi Supplement Shaklee untuk hilangkan jeragat, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

#NextlevelBlogging 
#Shakleetriumph2023 
#Shakleethrive2023 
#SetRahmahShaklee2023

Nuha Hayati
Pengedar Shaklee Kuala Selangor
Instagram: nuha.hayati
Tiktok: nuha.hayati
Youtube: Nuha Hayati 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau mencegah sebarang penyakit. Sekiranya anda di bawah rawatan perubatan, sila dapatkan nasihat doktor sebelum pengambilan suplemen kesihatan. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.