Friday, 26 June 2015

Vitamin C Yang Memadai Daripada Buah?

Tahukah Anda?

Setiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 45-60mg Vitamin C. Buah-buahan akan menghasilkan Vitamin C yang lengkap dlm masa 10 hari selepas buah itu ranum.

Vitamin C yg Memadai dari Buah?
Oleh yang demikian, buah yang tidak ranum mengandungi kandungan Vitamin C yang sedikit. Kandungan Vitamin C pada buah akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan.

Assalamualaikum & hai.

Persoalan yang sering terlintas di fikiran nuha..

Macam mana agaknya nuha nak tahu usia buah yang nuha makan tu. Dah berapa hari agaknya buah-buahan tersebut dipetik? Cukup ke dos vitamin c yang nuha dapat dari buah-buahan untuk memenuhi keperluan badan?

Vitamin C yg Memadai dari Buah?
Baca: 7 Manfaat Utama Vitamin C Shaklee

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee Disember 2014

Baca: Promosi Kolagen beli 3 PERCUMA 1 

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati

Segmen 12 Jam Bloglist #15 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Julai dan Ogos 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 26 Jun 2015, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #15 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 Jun 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Dahsyatnya Doa Sebelum Berbuka Puasa

Tazkirah Ramadhan, bulan yang sentiasa dirindui, dinanti-nanti, bulan yang penuh dengan keberkatan dan peluang melipatgandakan amal ibadah.

Assalamualaikum & hai.

Ada waktu yang mustajab untuk kita berdoa, yang mana doa tidak akan ditolak oleh Allah SWT:
2 WAKTU MUSTAJAB BERDOA SEPANJANG RAMADHAN

1. Menjelang berbuka puasa
2. Menjelang sahur

Tetapi sayangnya ramai umat Islam yang tidak mengetahuinya. Di Mekah dan Madinah, satu jam sebelum azan Maghrib muslimin muslimat menadahkan tangan ke langit dan berdoa untuk kemudahan daripada segala hajat, baik hajat dunia mahupun akhirat. Mereka berdoa dengan syahdu sepenuh keyakinan sehingga menitiskan air mata. 

Ya, berdoa meminta kepada Allah yang Maha Kaya.

Walau bagaimanapun, kebanyakan kaum muslimin kita di sini mensia-siakankan waktu yang sangat mustajab ini dengan aktiviti menyiapkan hidangan berbuka puasa.

Dahsyatnya Doa Sebelum Berbuka Puasa
Dahsyatnya Doa Sebelum Berbuka Puasa
Antara 10 - 15 minit sebelum azan maghrib dengan keadaan berwuduk, berdoalah meminta apa sahaja kerana Allah memberikan jaminan bahawa doa-doa tersebut akan dikabulkan.
Marilah kita bersama-sama memanfaatkan dua waktu ini, bukan hanya demi santapan atau berburu makanan saat menjelang waktu berbuka puasa. Berdoalah untuk diri kita, keluarga kita, orang tua kita, sahabat kita, negara kita, perniagaan kita, kesihatan kita dan sebagainya.

Musuh-musuh Islam tahu betapa hebat umat Muhammad SAW apabila mereka berdoa disaat menjelang berbuka. Kerana itu, mereka melalaikan kita dengan program-program tv dan media pada dua waktu mustajab berdoa ini.

MasyaAllah. Semua info ini menjadi iktibar dan bermanfaat untuk diri nuha sendiri dan semua pembaca muslim blog ini. Selamat berhujung minggu semua.

Baca: Tawaran Vitalea Percuma

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee Jun 2015



Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
IG: hayati_nuha 

Thursday, 25 June 2015

Vitamin Perlu Oleh Seorang Ibu

Anda seorang ibu? Tidak kira ibu hamil atau tidal hamil, ibu menyusukan bayi atau tidak. Ibu bekerja mahupun ibu sebagai suri rumah sepenuh masa.

Assalamualaikum & hai.

Topik ini sudah dikongsikan di akaun Instagram dan Facebook nuha. Hari ini, nuha ingin berkongsi di blog pula.

Baca: RM1.03 Sehari Untuk Kulit Cerah

VITAMIN PERLU OLEH SEORANG IBU

Suami/ ayah adalah ketua untuk setiap institusi kekeluargaan. Walaupun ibu bukan ketua dalam keluarga, tetapi ibu memainkan peranan yang sangat besar dalam menguruskan keluarga.

Baca: Tips Mudah Untuk Mencerahkan Kulit

Jika anda seorang suami atau anak atau anda sendiri seorang ibu yang memegang tanggungjawab menguruskan suami, rumah serta keluarga, dapatkah anda bayangkan andai anda/ isteri/ ibu jatuh sakit?

Bagaimanakah keadaan anda dan kediaman anda?

Vitamin Perlu Oleh Seorang Ibu
Gambar Hiasan (keadaan rumah tidak terurus) - Google
Tidak dinafikan, ada suami/ ayah dan anak yang "pandai" mengemas dan menjaga rumah serta memasak. Namun kelazimannya, kaum hawa yang menguruskan rumah.

Vitamin C Shaklee
Sumber Vitamin C
Salah satu manfaat Vitamin C adalah membantu menguatkan sistem imun tubuh. Ibu sihat, jarang jatuh sakit dan "kuat" dalam melawan jangkitan, InshaAllah

Sebagai bonus tambahan, Vitamin C juga berfungsi untuk mencantikkan kulit.

Baca: 7 Manfaat Utama Sustained Release Vitamin C

Untuk ibu menyusu, ini adalah satu lagi bonus untuk anda..!

Apabila ibu menyusu mengamalkan Vitamin C, khasiatnya akan diperolehi oleh bayi anda juga.

Baca: Fakta Tentang Vitamin C

Ibu sihat, keluarga gembira. InshaAllah. 

Baca: Tawaran Vitalea Percuma

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee Jun 2015



Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
IG: hayati_nuha 

Wednesday, 24 June 2015

Wordless Wednesday: 8 Tips Diet Mudah

8 Tips Diet Mudah Untuk Sahur.


Kredit kepada Kevin Zahri

Tuesday, 23 June 2015

Kebaya

Kebaya anne avantie, kebaya moden, kebaya moden 2015, kebaya moden lengan pendek, kebaya nyonya dan terkini kebaya kimono. Rekaan yang mana satu memenuhi citarasa anda lebaran nanti?

Assalamualaikum & hai.

Kebaya dihasilkan daripada kain kasa yang dipadankan dengan sarung, batik, atau pakaian tradisional yang lain seperti songket dengan motif warna-warni. Kebaya adalah pakaian tradisional yang digayakan oleh wanita Malaysia dan Indonesia.

Menurut Wikipedia, kebaya berasal dari Negara Arab. Orang Arab telah membawa baju kebaya ke Nusantara ratusan tahun yang lalu sebelum ianya tersebar ke Melaka, Jawa, Bali, Sumatera dan Sulawesi.

JENIS-JENIS KEBAYA DI MALAYSIA 

Selain baju kurung, baju kebaya merupakan pakaian alternatif yang dipakai oleh wanita untuk menghadiri majlis-majlis keramaian serta semasa musim perayaan.

Berbeza dengan baju kurung, baju kebaya mempunyai potongan yang terbelah di bahagian hadapan (seperti rekaan jacket) dan dipadankan dengan butang baju atau kerongsang yang menawan serta mempunyai potongan yang mengikut bentuk badan.

Walaupun telah mula dipakai sejak berkurun yang lalu, kini pemakaian kebaya masih lagi relevan dan menjadi pilihan wanita khususnya golongan muda. Untuk anda yang juga gemar memakai kebaya, berikut merupakan beberapa jenis baju kebaya di Malaysia.

KEBAYA RIAU

Kebaya Riau
Kebaya Riau
Kebaya Riau merupakan jenis baju kebaya yang berpotongan labuh. Jenis kebaya ini amat popular di Johor pada suatu ketika dahulu.

KEBAYA NYONYA 

Kebaya Nyonya
Kebaya Nyonya
Rekaan kebaya yang paling popular adalah Kebaya Nyonya. Kebaya jenis ini mula dipakai oleh bangsa Baba Nyonya di Melaka dan pemakaian kebaya ini dipadankan bersama kain batik.

KEBAYA MODEN

Kebaya Moden
Kebaya Moden
Sesuai dengan perkembangan fesyen yang semakin pesat, rekaan kebaya juga turut diinovasi dan lahirlah rekaan kebaya moden ini. Kebaya moden mempunyai potongan yang singkat dan mengikut bentuk badan si pemakai. Ia sering kali menjadi busana para pengantin.

Kebaya Majlis Persandingan Nuha
Kebaya Majlis Persandingan Nuha
Nuha juga memilih untuk memakai kebaya di hari persandingan nuha dan suami 3 tahun lalu. Kami menggunakan khidmat Rumah Kebaya Malaysia.

KEBAYA KIMONO

Kebaya Kimono
Kebaya Kimono
Rekaan kebaya terbaru adalah kebaya kimono yang berpotongan longgar dan lebih sesuai untuk digayakan oleh wanita yang bertudung. Rekaan kebaya kimono ini menyerupai potongan cardigan dan boleh dipakai sebagai "outerwear".

Nuha ada mencuba kebaya kimono seperti ini di salah sebuah butik vendor di Bandar Baru Bangi beberapa minggu lepas. Seperti biasa, suami sebagai pemberi komen yang setia. Katanya nuha kurang sesuai pakai skirt yang bercorak. Lebih cantik berskirt kosong tanpa corak.

Rekaan kebaya manakah yang menambat hati anda?

Monday, 22 June 2015

Aktiviti Hujung Minggu Pertama Ramadhan

Ramai memanfaatkan hujung minggu untuk berehat, mengemas rumah, membeli-belah, memasak juadah berbuka puasa untuk keluarga, pulang ke kampung halaman dan sebagainya.

Assalamualaikum & hai.

Anda dimana Sabtu dan Ahad lepas? Nuha dan keluarga di Melaka, ke kampung nuha. Kami suami isteri telah bersetuju untuk pulang ke rumah emak nuha minggu lepas, dan minggu ini giliran rumah emak suami pula. Syukurlah jarak antara rumah kami dan rumah orang tua kami tidak terlalu jauh.

Baca: Aktiviti Hujung Minggu Sebelum Ramadhan

AKTIVITI HUJUNG MINGGU PERTAMA RAMADHAN

Aktiviti Bulan Ramadhan
Aktiviti Bulan Ramadhan - Google

Kami tiba di Melaka pada petang Sabtu (19 Jun 2015). Dalam perjalanan sebelum tiba di rumah, kami terserempak dengan penjual durian. Boleh tahan murah harganya, RM5 untuk 1 kilogram. Hampir saja suami membeli, tapi tak jadi beli. Huhu.

Tiba di rumah, emak nuha beritahu ada 5 biji durian di dapur pemberian pakcik dan makcik. Mungkin inilah sebabnya kami tidak jadi membeli durian RM5/ kilogram. Ada rezeki yang sudah menanti di rumah rupanya. Kami berbuka puasa dengan juadah "tunjuk" daripada Bazar Ramadhan Duyong.

Lepas terawih, sesi makan durian. Nikmatnya durian. Tambah pula durian percuma. Memang sedap. Little Dahlea untuk pertama kalinya suka makan durian.

Keesokkan harinya (Ahad), sesi membersihkan kipas dan sawang. Suami tolong bersihkan kipas dan sawang, nuha tolong bersihkan lantai yang kotor terkena habuk kipas dan sawang. Kami menggunakan cecair pembersih 1001 kegunaan, Basic H untuk semua kerja-kerja pembersihan ini.

Ternyata Basic H memang membantu menjimatkan tenaga, pencuci (cuma guna 2 titik untuk satu baldi air - kerja mengemop lantai), dan menjimatkan penggunaan air (tidak perlu bilasan kedua).

Baca: Basic H dan Hand Dish Wash Sudah Kembali

Selepas zuhur, kami ke pasaraya membeli bahan-bahan untuk memasak tomyam. Nuha ditugaskan untuk memasak tomyam sebagai juadah berbuka kami. Pertama kali memasak untuk skala yang besar, berdebar-debar juga rasanya.

Berbuka puasa di kampung memang seronok. Jiran-jiran menghantar juadah berbuka masing-masing dan bertukar-tukar juadah. Kami sekali lagi mendapat "durian runtuh". Memang betul-betul durian. 5 biji durian untuk dijamu selepas terawih. Alhamdulillah rezeki.

Apakah aktiviti anda pada hujung minggu lepas?

Baca: Tawaran Vitalea Percuma

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee Jun 2015



Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
IG: hayati_nuha 

Saturday, 20 June 2015

Undangan Untuk Berkolaberasi Bersama Zalora Malaysia

Zalora, gedung membeli-belah atas talian yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Anda pernah membeli-belah di Zalora? Pelbagai pilihan kasut, pakaian, beg dan pelbagai keperluan lelaki dan wanita ditawarkan demi memudahkan urusan anda membeli-belah.

Assalamualaikum & hai.

Secara peribadinya, nuha salah seorang rakyat Malaysia yang gemar mendapatkan produk secara atas talian. Ianya menjimatkan masa, tenaga dan amatlah mudah. Hanya perlu sediakan wang dan data internet sahaja.

UNDANGAN UNTUK BERKOLABERASI BERSAMA ZALORA MALAYSIA

Malam kelmarin nuha tergerak hati untuk menyemak email. Ada satu email daripada Zalora.

"Invitation to collaborate with ZALORA Malaysia"

Invitation to collaborate with ZALORA Malaysia
Invitation to collaborate with ZALORA Malaysia
Anda pernah terima email seperti ini daripada Zalora? Ini pengalaman pertama nuha dan pastinya nuha amat terkejut dan semestinya teruja. Nuha percaya, ramai lagi rakan blogger yang pernah menerima tawaran yang sama seperti ini.

Alhamdulillah, rezeki Ramadhan. Nantikan kolaberasi nuha bersama Zalora Malaysia..!

Baca: Tawaran Vitalea Percuma

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee Jun 2015



Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
IG: hayati_nuha 

Segmen Blogwalking Ramadhan bersama Misya

Segmen Blogwalking Ramadhan bersama Misya. Rakan blogger nuha yang terbaru.

Segmen Blogwalking Ramadhan bersama Misya
Segmen Blogwalking Ramadhan bersama Misya
Mudah sahaja syarat-syarat penyertaan segmen ini. Klik banner di atas untuk menyertainya. Tarikh tutup penyertaan: 3 Julai 2015 jam 12.00 tengah malam.

Selamat berblogwalking.

Friday, 19 June 2015

Kesan Memicit Jerawat dan Langkah Selepas Memicit Jerawat

Cara memicit jerawat, tips memicit jerawat, cara memicit jerawat batu dan kesan memicit jerawat. Anda pernah memicit jerawat sendiri? Nuha pernah dan tidak kerap.

Assalamualaikum & hai.

Kata orang jerawat di wajah jangan dipicit. Bersabar dan bertenang inshaAllah nanti jerawat itu akan pecah dan luka jerawat akan pulih sendiri. Nanti muka tidaklah teruk sangat berkawah-kawah kesan picit-memicit jerawat.

KESAN MEMICIT JERAWAT DAN LANGKAH SELEPAS MEMICIT JERAWAT

Kesan Memicit Jerawat dan Langkah Selepas Memicit Jerawat
Kesan Memicit Jerawat dan Langkah Selepas Memicit Jerawat
Perbuatan memicit jerawat boleh menyebabkan

/ Kesan parut yang teruk pada tempat jerawat
/ Jangkitan kuman pada luka di tempat jerawat
/ Tekstur kulit wajah yang kasar


Malam tadi nuha telah melanggar pantang. Sebutir jerawat telah berjaya dipicit (sebab tu hari ini terus kongsi kisah memicit jerawat dengan semua pembaca). 

LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL SELEPAS MEMICIT JERAWAT

/ Lap luka tempat jerawat dengan tisu/ kain bersih
/ Cuci muka


*Sebelum memicit jerawat pastikan tangan dicuci bersih.

Selain daripada itu, nuha juga mengamalkan pengambilan Vitamin C.

Baca: Vitamin C yang Memadai daripada Buah?

FUNGSI VITAMIN C UNTUK KULIT BERJERAWAT

/ Mengelakkan jangkitan kuman di tempat luka jerawat
/ Membantu luka jerawat cepat pulih
/ Mengawal jerawat, mencantikkan dan mencerahkan kulit


Jadikan Vitamin C sebagai amalan setiap hari. Shaklee dalam rangkaian produk makanan tambahan menyediakan Vitamin C organik yang terbaik untuk anda.

Baca: 7 Manfaat Utama Sustained Release Vitamin C 500mg Shaklee 

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee Jun 2015



Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
IG: hayati_nuha 

Baca: Tawaran Vitalea Percuma

Doa Saat Gelisah Dalam Kesulitan

Salam Jumaat, hari kedua umat Islam berpuasa.

DOA SAAT GELISAH DALAM KESUSAHAN


Bolehlah sama-sama kita mengamalkannya.

Thursday, 18 June 2015

Giveaway Bersama Wayne Harraz

Nuha ingin memberi sokongan kepada segmen rakan blogger yang baru ni.

Giveaway Bersama Wayne Harraz
Giveaway Bersama Wayne Harraz
Klik banner di atas untuk menyertai giveaway ini. Giveaway ini akan tamat pada 30 Jun 2015.

Menyusukan Bayi Dalam Bulan Ramadhan

Tips menyusu bayi buat kali pertama, tips menyusu bayi di tempat awam, tips menyusukan bayi baru lahir, tips menyusu bayi kembar, tips menyusu bayi menggunakan botol, dan tips menyusukan bayi di bulan Ramadhan.

Assalamualaikum & hai.

Ramai antara ibu menyusu mulai risau akan berhadapan dengan kekurangan susu badan di bulan Ramadhan. Lazimnya, ibu diingatkan untuk menjaga pemakanan dan minuman bagi memastikan pengeluaran susu badan cukup mengikut permintaan bayi.

Menyusukan Bayi Dalam Bulan Ramadhan
Menyusukan Bayi Dalam Bulan Ramadhan - Google
PERLUKAH IBU BERPUASA KETIKA MENYUSUKAN ANAK

Wanita yang menyusukan bayi adalah salah satu golongan yang dibenarkan untuk meninggalkan puasa jika berpuasa itu boleh memudaratkan diri atau bayi.

Beberapa perkara yang perlu diambil kira sekiranya ibu menyusu ingin berpuasa adalah seperti usia bayi (bayi menyusu sepenuhnya atau bayi menyusu dan sudah makan makanan lain) dan tahap kesihatan ibu sendiri.

KESAN IBU BERPUASA TERHADAP BAYI

Ibu menyusu yang berpuasa tidak akan memberi kesan bahaya kepada bayi. Ibu masih boleh menghasilkan susu badan walaupun sedang berpuasa. Kekurangan pengambilan kalori tidak akan menjejaskan jumlah susu yang dihasilkan.

Badan ibu menyusu akan membuat penyesuaian dengan mengubah cara ia menggunakan kalori yang ada dalam badan dan membebaskan tenaga dengan lebih baik sebagai tindak balas terhadap kekurangan makanan dan air dalam badan. 

BAHAYA BERPUASA SEMASA MENYUSUKAN BAYI 

Berpuasa semasa menyusukan bayi adalah tidak berbahaya sekiranya ibu sihat dan meminum air yang banyak semasa berbuka puasa dan sahur. Ini kerana menyusukan bayi akan membuatkan ibu berasa sangat dahaga dan memberi risiko dehidrasi. Antara tanda-tanda seorang ibu menyusu mengalami dehidrasi adalah:

/ Berasa sangat dahaga
/ Berasa lemah, lesu dan seperti ingin pitam
/ Air kencing bewarna gelap
/ Ibu menyusu mula mengalami sakit kepala dan lain-lain lagi

Nuha mencadangkan agar ibu menyusu mengamalkan Performance Drink, minuman isotonik semulajadi dengan perasa oren, rendah sodium dan gula. Performance Drink membantu mengekalkan kandungan air dalam badan dan mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk mencegah dehidrasi.

Menyusukan Bayi Dalam Bulan Ramadhan
Performance Drink - Membantu Mengekalkan Kandungan Air dalam Badan
Performance Drink merupakan produk pilihan ramai ibu menyusu yang berpuasa mengurangkan rasa letih dan mengelakkan dehidrasi.

Kaunselor penyusuan badan juga menyarankan ibu menyusu untuk mengambil makanan yang mempunyai indeks glisemik (glycemic index - GI) yang rendah. GI adalah unit pengiraan bagi kesan karbohidrat pada tahap gula dan darah.

Karbohidrat yang terurai dengan cepat semasa penghadaman mempunyai GI yang tinggi manakala karbohidrat yang terurai lebih lambat dan melepaskan glukosa secara beransur-ansur ke dalam darah mempunyai GI yang rendah. Makanan yang rendah GI termasuklah kebanyakan jenis sayur-sayuran dan kekacang.

Baca: Fahami Indeks Glisemik

Shaklee dalam rangkaian makanan tambahan menyediakan ESP (Energizing Soy Protein) yang dihasilkan daripada soya bukan gmo berkualiti tinggi. ESP mengandungi semua asid amino yang diperlukan oleh tubuh bagi mengekalkan tisu-tisu badan yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak mampu dihasilkan oleh badan dengan sendirinya.

Menyusukan Bayi Dalam Bulan Ramadhan
ESP Membantu Ibu Menyusu Bertenaga Lebih Lama
Baca: 7 Manfaat Utama ESP

Kedua-dua produk di atas adalah produk yang disyorkan bukan hanya khusus untuk ibu menyusu, malah disyorkan kepada ibu mengandung, pesakit gastrik, dan individu daripada pelbagai peringkat umur.

Baca: Set Berpuasa Shaklee

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee Jun 2015



Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
IG: hayati_nuha 

Baca: Tawaran Vitalea Percuma

Sumber Asal: www.babycenter.com.my

Wednesday, 17 June 2015

Wordless Wednesday: Waktu Kerja Saya

Waktu kerja nuha adalah ketika little Dahlea tidur. Bekerja dari rumah atau keluar rumah untuk bekerja setiap satunya ada cabaran yang tersendiri. Lakukannya dengan ikhlas dan gembira kerana itu adalah pilihan kita.

Ez-Zahra Dahlea - Personal Assistant nuha yang setia

Tuesday, 16 June 2015

30 Resepi Juadah Berbuka Puasa

Resepi juadah berbuka puasa, resepi ringkas berbuka puasa, juadah berbuka puasa untuk diet, juadah berbuka puasa yang sihat, dan juadah berbuka puasa terbaik.

Assalamualaikum & hai.

Anda masih ingat Mini Giveaway by Nuha yang telah berakhir 7 Jun 2015 yang lalu? Nuha tawarkan hadiah 30 Resepi Juadah Berbuka Puasa sepanjang Ramadhan nanti. Harapan nuha agar memudahkan 5 orang pemenang giveaway ini memasak untuk keluarga tersayang.

Di sini nuha ingin tawarkan kepada anda yang berminat untuk mendapatkan 30 Resepi Juadah Berbuka Puasa dalam bentuk softcopy. Ada yang berminat?

30 Resepi Juadah Berbuka Puasa
30 Resepi Juadah Berbuka Puasa - Gambar Hiasan - Google
30 RESEPI JUADAH BERBUKA PUASA

Mudah sahaja caranya.Tinggalkan alamat email anda di ruang komen dan nuha akan emailkan kepada anda 30 Resepi Juadah Berbuka Puasa. Anda boleh cetak dan guna sebagai panduan memasak juadah berbuka puasa nanti. Senang kan?

Baca: Tawaran Vitalea Percuma

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee Jun 2015



Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
IG: hayati_nuha 

Monday, 15 June 2015

RM1.03 Sehari Untuk Kulit Cerah

Kulit cerah dan gebu, kulit cerah alami, kulit cerah dari dalam, kulit cerah seluruh badan, rahsia kulit cerah berseri, rahsia kulit cerah artis, dan rahsia kulit cerah, dan kulit cerah dengan Shaklee. Ramai yang mahukan kulit yang cerah terutamanya kaum wanita. 

Assalamualaikum & hai.

Kulit yang cerah boleh menambah keyakinan diri, atau kelihatan lebih cantik dan menawan? Tetapi ramai orang putih yang mahukan kulit yang sedikit gelap (tanned). Selera dan kegemaran individu berbeza. 


Modal Serendah RM1.03 Sehari Untuk Kulit Cerah
Modal Serendah RM1.03 Sehari Untuk Kulit Cerah
Untuk anda yang inginkan kulit tubuh yang cerah berseri, ini adalah beberapa panduan yang boleh anda gunakan dalam memilih produk kecantikan.

PANDUAN MEMILIH PRODUK KECANTIKAN

1) Teliti dan kaji setiap kandungan dalam produk
2) Pastikan produk mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
3) Pastikan produk berasaskan bahan alami (semulajadi)
4) Lihat harganya

Ramai wanita yang terliur dengan produk pencerah yang menawarkan harga yang murah, apalagi jika produk tersebut dapat mencerahkan kulit dalam masa yang singkat. Anda harus berhati-hati kerana kemungkinan besar produk tersebut boleh membahayakan kesihatan dan tekstur kulit anda.

Adalah lebih baik jika anda laburkan duit dengan membeli produk yang sedikit mahal, tetapi kesihatan dan kulit anda tetap terjaga. Nuha yakin pengguna-pengguna bijak lebih mementingkan kesihatan berbanding kecantikan.

Walau bagaimanapun, anda masih boleh memiliki kulit yang cerah dan cantik dengan bermodalkan RM1.03 sehari dengan produk yang selamat, mendapat kelulusan KKM dan pastinya berasaskan bahan-bahan organik. 


RM1.03 SETIAP HARI UNTUK KULIT CERAH

Cerahkan kulit anda hanya dengan mengamalkan Vitamin C. Sesetengah individu lebih cenderung untuk menggunakan produk luaran. Namun, tahukah anda bahawa penggunaan produk dalaman akan memberikan anda kecantikan daripada dalam (inner beauty).

RM1.03 Sehari Untuk Kulit Cerah
RM1.03 Sehari Untuk Kulit Cerah

Disamping mendapat kulit yang cerah berseri, individu yang mengamalkan Vitamin C juga akan mendapat 6 manfaat lain (kecantikan dan kesihatan). Pelaburan RM1.03 setiap hari adalah sangat berbaloi kerana anda bukan membelanjakan RM1.03 untuk satu tujuan, tetapi anda melabur untuk 7 manfaat.


Tahniah nuha ucapkan kepada anda yang mengambil peluang merebut promosi Sustained Release Vitamin C yang sedang berlangsung sekarang hingga 30 Jun ini. Anda akan sihat dan cantik menjelang Syawal nanti, inshaAllah.

Baca: Tawaran Vitalea Percuma

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee Jun 2015



Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
IG: hayati_nuha 

Sunday, 14 June 2015

Aktiviti Hujung Minggu Sebelum Ramadhan

Pastinya umat Islam seluruh dunia tak sabar-sabar menanti Ramadhan. Bulan yang diwajibkan berpuasa bagi semua umat Islam yg memenuhi syarat wajib puasa.

Assalamualaikum & hai.

Nuha yakin ramai yang mengambil peluang hujung minggu terakhir ini untuk pelbagai aktiviti agar dapat mengurangkan aktiviti di bulan Ramadhan dan dapat fokus untuk memperbanyakkan amal ibadah kepadaNya.

Ada yang membeli-belah persiapan Aidilfitri buat diri dan keluarga, membersihkan rumah, membeli bahan-bahan untuk membuat kuih raya, menyediakan barang basah untuk memasak juadah berbuka puasa dan sebagainya. Tak kurang juga yang baru pulang dari membawa keluarga bercuti sebelum sesi persekolahan baru yang akan bermula esok.

AKTIVITI MENJELANG RAMADHAN

Nuha dan suami mengambil peluang hari ini untuk mengemas rumah. Bersihkan sawang, kipas, tandas, tukar langsir, sapu dan mop lantai. Aktiviti membakar sedikit kalori. Hihi.

Gosok Jangan Tak Gosok - Gambar Hiasan - Google
Kami gunakan cecair 1001 kegunaan, Basic H dalam kerja-kerja pembersihan. Kerja menjadi semakin mudah dan menjimatkan masa dan tenaga.

Mop Lantai Tak Perlu Bilas
Biasanya operasi mengemas rumah berskala besar ini dilakukan menjelang Syawal. Tapi kali ini kami buat sebelum Ramadhan. Makin tak sabar kami nak sambut Ramadhan, inshaAllah.

Baca: Tawaran Vitalea Percuma

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee Jun 2015



Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
IG: hayati_nuha 

Simple Giveaway From Bintulu With Love

Segmen giveaway rakan blogger di pagi hari minggu. Mari sertai bersama.

Simple Giveaway From Bintulu With Love
Simple Giveaway From Bintulu With Love
Klik banner untuk menyertai giveaway ini.

Saturday, 13 June 2015

3rd Giveaway Sulaman Lace Heaven

Jum sama-sama meriahkan segmen giveaway ini. Support sesama rakan blogger. Menambah kenalan dan mengeratkan silaturrahim,menambah follower dan pageview dan pastinya peluang untuk memenangi hadiah yang ditawarkan..!

Assalamualaikum & hai.

3rd Giveaway Sulaman Lace Heaven
3rd Giveaway Sulaman Lace Heaven
Nuha tag rakan blogger Izura. Klik banner untuk menyertai giveaway ini.

Tarikh tutup penyertaan: 25 Jun 2015 jam 8 malam. Selamat ber-giveaway..!

Anak Semakin Membesar Ibu Makin Muda

Sering kita dengar ahli keluarga mahupun kawan-kawan saudara-mara menegur, "eh besar dah anak awak..! cepat je rasanya".

Assalamualaikum & hai.

Apabila mendengar ayat seperti ini, rasanya semua orang gembira. Baik yang berkata begitu mahupun si ibu. Pantasnya masa berlalu membesarkan si manja kita.

Little Dahlea kami
Dan... pastinya menjadikan kita SEMAKIN MATANG DAN TUA.

Dahulu bujang.. kemudian berkahwin. Dulu isteri.. sekarang bertambah pangkat menjadi ibu pula.

Dahulu kulit wajah tegang, sekarang dah muncul garis-garis halus. Dulu tak kenal apa itu jeragat, sekarang jeragat mula menghuni atas lapisan kulit. Dahulu banyak masa membelek tubuh, sekarang banyak komitmen yang lebih penting selain memanjakan tubuh badan. Keutamaan diberi kepada keluarga. Itulah tanggungjawab.

Diri sendiri jatuh entah nombor berapa.

Lalu apakah tindakan anda (ibu) dalam menjaga kecantikan dan rupa paras?

PETUA AWET MUDA

Baca: Petua Melambatkan Proses Penuaan

Petua Awet Muda
Khasiat dan kebaikan Vivix ini menjadikan Vivix produk anti penuaan yang sangat mampu dimiliki berbanding produk anti penuaan yang lain.

Petua Awet Muda
YES Healthy Young Living
Pek YES Healthy Young Living menawarkan potongan harga 5% dengan pembelian 2 botol Vivix serta pelbagai ganjaran dan tawaran menarik lain yang menanti anda. 

Baca: Tawaran Vitalea Percuma

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee Jun 2015



Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
IG: hayati_nuha 

Friday, 12 June 2015

Bila Anda Akan Mengandung?

Mengandung, mimpi mengandung, mengandung luar rahim, tanda-tanda mengandung, mengandung anggur, tanda-tanda mengandung minggu pertama, mengandung lima minggu, mengandung kembar, baju ibu mengandung dan lain-lain lagi carian yang berkaitan dengan mengandung.

Assalamualaikum & hai.

Kelmarin nuha bagi cadangan kepada seorang wanita yang ingin hamil. Bekas rakan sekerja nuha yang sudah lebih 4 tahun berkahwin namun masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.

Nuha cadangkan puan tersebut untuk mengamalkan Gla Complex dan Set Mengandung Lengkap.

Baca: 11 Manfaat Utama Gla Complex

Kenapa Set Mengandung Lengkap?

Sebab Set Mengandung Lengkap adalah alternatif yang menyediakan nutrisi lengkap kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

Tetapi mengapa wanita belum mengandung mengamalkan Set Mengandung?

Amalan pemakanan tambahan (supplement) adalah untuk kesihatan tubuh badan. Dengan mengamalkan Set Mengandung Lengkap, ianya adalah persediaan untuk badan yang sihat dan sesuai untuk mengandung. Apabila badan cukup nutrisi, sihat dan sesuai untuk mengandung, maka peluang untuk mengandung akan lebih tinggi.

Badan sihat, hormon teratur, (ovum) telur yang dihasilkan inshaAllah normal dan sihat sempurna. Mudah-mudahan apabila badan sihat dan bersedia, Allah izinkan wanita tersebut untuk mengandung.

Anda tahu bilakah masanya anda akan mengandung?

Pastinya tidak. Jadi persediaan untuk mengandung itu mesti dibuat untuk menjadikan bakal ibu mengandung memenuhi kriteria sebagai seorang ibu mengandung.

Allah maha mengetahui. Allah tidak memberi seseorang wanita itu mengandung andai wanita tersebut belum bersedia (sihat fizikal dan mental, emosi yang stabil dan sebagainya).

Diskaun 5% Set Mengandung Shaklee
Diskaun 5% Set Mengandung Shaklee
YES Pack (Set Mengandung Lengkap) dengan 5% diskaun. Inilah Set Mengandung Lengkap yang bekas rakan sekerja nuha mula amalkan bermula semalam. Mohon rakan blogger turut sama mendoakan bekas rakan sekerja nuha dimurahkan rezeki kesihatan dan rezeki ingin mendapat cahaya mata, inshaAllah.

Baca: Tawaran Vitalea Percuma

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee Jun 2015



Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
IG: hayati_nuha 

Penghulu Segala Hari: Kenali Allah

Assalamualaikum & Salam Jumaat penuh berkat.

Penghulu Segala Hari: Kenali Allah
Penghulu Segala Hari: Kenali Allah

Thursday, 11 June 2015

Susu Ibu Pulihkan Sakit Mata

Apakah penawar untuk sakit mata? Antara tanda-tanda awal sakit mata adalah mata yang kemerahan, mata seakan-akan berair, anda sering ingin menggosok-gosok mata (gatal) dan tahi mata yang lebih banyak daripada biasa.

Assalamualaikum & hai.

Banyak hari nuha berhutang entry dengan pembaca-pembaca blog ini. Hari ini nuha nak berkongsi cerita tentang sakit mata.

SUSU IBU PULIHKAN SAKIT MATA

Awal bulan Jun, nuha dan keluarga ke Pasir Gudang, Johor atas tujuan menghantar salah seorang adik suami (Hanisah) yang melanjutkan pelajaran di UiTM Pasir Gudang.

Susu Ibu Pulihkan Sakit Mata
Susu Ibu Pulihkan Sakit Mata - Google
Malam kedua di sana, adik bongsu suami (Syahirah) dijangkiti sakit mata. Mungkin disebabkan sedikit panik dengan perubahan warna mata yang kemerahan dan rasa tidak sedap badan, Syahirah kelihatan lemah dan tidak bermaya.

Nuha berikan Syahirah sebiji Sustained Release Vitamin C untuk ditelan. Mudah-mudahan imun badannya bertambah dan melawan virus yang menjangkiti matanya.

Baca: 7 Manfaat Utama Sustained Release Vitamin C

Pernah dengar petua orang tua "Titiskan Susu Ibu Pada Mata yang Sakit"..? Nuha memang pernah dengar tapi belum ada pengalaman berbuat demikian samada untuk diri sendiri mahupun kepada orang lain. Malam tersebut, nuha perahkan sedikit susu badan ke dalam cawan untuk dititiskan ke dalam mata Syahirah.

Ibu mertua yang titiskan susu badan nuha ke mata Syahirah. Macam letak eye more. Nuha jadi pemerhati saja. Huhu.

Keesokan harinya mata Syahirah telah sembuh dan tidak lagi merah. Alhamdulillah, sembuh dengan izinNya berikhtiarkan Sustained Release Vitamin C dan susu ibu.

Nuha mengamalkan Sustained Release Vitamin C, B Complex dan Alfalfa Complex sepanjang tempoh travel. Jadi susu badan nuha juga mengandungi kesemua khasiat supplement yang nuha amalkan.

Istimewa bulan ini, promosi Sustained Release Vitamin C untuk anda :)

Baca: Tawaran Vitalea Percuma

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee Jun 2015



Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
IG: hayati_nuha 

Monday, 8 June 2015

5 Pemenang Mini Giveaway by Nuha

Sekarang nuha akan umumkan 5 pemenang Mini Giveaway by Nuha. Anda boleh semak 45 peserta giveaway ini di sini.

Assalamualaikum & hai.

Seperti yang dijanjikan, berikut adalah 5 PEMENANG BERTUAH MINI GIVEAWAY by NUHA.

25 - Nadratul Syazwana
http://loveyoucontest.blogspot.com/2015/06/mini-giveaway-by-nuha.html

9 - Haffizul Iskandar
http://ceritaejoy.blogspot.com/2015/06/mini-giveaway-by-nuha.html

32 - Nam@along
http://nam-comel.blogspot.com/2015/06/mini-giveaway-by-nuha.html

16 - Cik Mimie
http://norshamimi.blogspot.com/2015/06/mini-giveaway-by-nuha.html

38 - Mastura Aziz
http://strawberrysgurls.blogspot.com/2015/06/mini-giveaway-by-nuha.html

Tahniah nuha ucapkan kepada semua pemenang segmen ini. Kepada Nadratul Syazwana, Haffizul Iskandar, Nam@along, Cik Mimie dan Mastura Aziz, nuha mohon kerjasama anda berlima untuk PM nuha di 017-4991289 (sms/ whatsapp) butiran anda (nama, alamat dan nombor telefon) untuk tujuan penghantaran hadiah.

Terima kasih sekali lagi ikhlas daripada hati nuha kepada semua rakan blogger yang sudi meluangkan masa untuk menyertai giveaway ini.

5 Pemenang Mini Giveaway by Nuha
5 Pemenang Mini Giveaway by Nuha
Baca: Tawaran Vitalea Percuma

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee Jun 2015



Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
IG: hayati_nuha 

45 Peserta Mini Giveaway by Nuha

Seperti yang dijanjikan, berikut adalah senarai nama peserta Mini Giveaway by Nuha. Nombor diberi berdasarkan giliran anda dalam menulis komen/ meninggalkan link penyertaan di entry giveaway ini.

Assalamualaikum & hai.

SENARAI NAMA PESERTA MINI GIVEAWAY BY NUHA

1. Nor Nazliana
http://adna2029.blogspot.com/2015/06/mini-giveaway-by-nuha.html

2. Ms. Kejupenyet
http://akukaudansesuatu.blogspot.com/2015/06/mini-giveaway-by-nuha.html

3. Nana Liena
http://ilhamdatangdarihati.blogspot.com/2015/06/mini-giveaway-by-nuha.html

4. Mama Niza
http://www.mamaniza.com/2015/06/mini-giveaway-by-nuha.html

5. Shahida Dzulkafli
http://kasihkuamani.blogspot.com/2015/06/mini-giveaway-by-nuha.html

6. AinAthirah Anuar
http://theathra.blogspot.com/2015/06/mini-giveaway-by-nuha.htm

7. Fariza Rahman
http://thesoutheastasiangirl.blogspot.com/2015/06/mini-giveaway-by-nuha.html

8. Murniwati Awang
http://murnialysa.blogspot.com/2015/06/mini-giveaway-by-nuha.html

9. Haffizul Iskandar
http://ceritaejoy.blogspot.com/2015/06/mini-giveaway-by-nuha.html

10. Ayu Zan
http://www.ayuzan.com/2015/05/mini-giveaway-by-nuha.html

11. IbuNoey
http://ibunoey.blogspot.com/2015/06/mini-giveaway-by-nuha.html

12. Nur Raihanah
http://bajuwarnacoklat.blogspot.com/2015/05/mini-giveaway-by-nuha.html

13. Nieyl
http://seindahcerita.blogspot.com/2015/06/mini-giveaway-by-nuha.html

14. Izzeyda
http://izzeyda.blogspot.com/2015/06/mini-giveaway-by-nuha.html

15. Faridatul Akmal
http://fakmal0.blogspot.com/2015/05/mini-giveaway-by-nuha.html

16. Cik Mimie
http://norshamimi.blogspot.com/2015/06/mini-giveaway-by-nuha.html

17. Marziah Zakaria
http://olahbersama.blogspot.com/2015/06/mini-giveaway-by-nuha.html

18. Cik Yaya
http://stnrsyfh.blogspot.com/2015/06/mini-giveaway-by-nuha.html

19. Fadzi Razak
http://projekabc.blogspot.com/2015/06/mini-giveaway-by-nuha.html

20. Cik Karmila
http://narumihuda.blogspot.com/2015/06/mini-giveaway-by-nuha.html  

21. Ain Nadia
http://ainnadia2.blogspot.com/2015/06/mini-giveaway-by-nuha.html

22. Azifah Yazid
http://belongtomee.blogspot.com/2015/06/mini-giveaway-by-nuha.html

23. Zai Zamree
http://storymoryluahanku.blogspot.com/2015/06/mini-giveaway-by-nuha.html

24. Cik Ash
http://cikash.blogspot.com/2015/06/mini-giveaway-by-nuha.html

25. Nadratul Syazwana
http://loveyoucontest.blogspot.com/2015/06/mini-giveaway-by-nuha.html

26. Rayzoro18
http://eilyasara.blogspot.com/2015/06/mini-giveaway-by-nuha.html

27. AnnaAliahA'sri
http://k-pophitsz.blogspot.com/2015/06/mini-giveaway-by-nuha.html

28. Iam Elysha
http://thewafflelysha.blogspot.com/2015/06/mini-giveaway-by-nuha.html  

29. Nurulhuda Abu Hassan
http://cikhudahassan.blogspot.com/2015/06/mini-giveaway-by-nuha.html

30. Kiera Rashid
http://dewqracintakita.blogspot.com/2015/06/mini-giveaway-by-nuha.html

31. Eira Aikawa
http://eiraaikawa.blogspot.com/2015/06/mini-giveaway-by-nuha.html

32. Nam@along
http://nam-comel.blogspot.com/2015/06/mini-giveaway-by-nuha.html

33. Najiah Shaharain
http://www.jiakreatifelt.com/2015/06/mini-giveaway-by-nuha.html

34. Amer Amirah
http://amirahamer.blogspot.com/2015/06/mini-giveaway-by-nuha.html

35. Deanna Morni
http://kameqdeanna.blogspot.com/2015/06/mini-giveaway-by-nuha.html

36. Cik Siti
http://www.ciksiti.com/2015/06/mini-giveaway-by-nuha.html

37. Syuhada Salleh
http://www.syuhadasalleh.my/2015/06/mini-giveaway-by-nuha.html

38. Mastura Aziz
http://strawberrysgurls.blogspot.com/2015/06/mini-giveaway-by-nuha.html

39. Sakura 8554
http://riverstonegirl.blogspot.com/2015/06/mini-giveaway-by-nuha.html

40. Mimi Rheem
http://mimirheem.blogspot.com/2015/06/mini-giveaway-by-nuha.html

41. Yangbaik
http://yangbaik.blogspot.com/2015/06/mini-giveaway-by-nuha.html

42. Sha Purplegirl
http://shapurplegirl.blogspot.com/2015/06/mini-giveaway-by-nuha.html

43. Aiham Rahman
http://ketelabi.blogspot.com/2015/06/mini-giveaway-by-nuha.html

44. Yana Siti
http://almiraalwani.blogspot.com/2015/06/mini-giveaway-by-nuha.html

45. Natra Ismail
http://carismerahloveisyou.blogspot.com/2015/06/mini-giveaway-by-nuha.html?m=1

Alhamdulillah. Penyertaan yang di luar jangkaan nuha. Terima kasih sekali lagi kerana menyokong segmen anjuran nuha. 

Semenang akan dipilih secara rawak. Stay tune..!

Baca: Tawaran Vitalea Percuma

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee Jun 2015



Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
IG: hayati_nuha