Sunday, 25 December 2016

Merry Christmas

Nuha ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Natal kepada semua teman dan pembaca yang menganut Agama Kristian. 

Sumber dari Google

Merry Christmas and a Happy New Year. 

Dapatkan Shaklee Collagen Powder pada harga istimewa untuk dihadiahkan kepada insan-insan tersayang.

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: Nuha Hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu

Saturday, 24 December 2016

Resepi Ayam Masak Merah

Lauk ayam apa yang anda paling suka? Ayam goreng kunyit, ayam masak black pepper, tomyam ayam, ayam kicap, gulai lemak cili padi ayam, ayam masak merah, ayam panggang ataupun lain-lain resepi ayam. 

RESEPI AYAM MASAK MERAH

Resepi ayam masak merah

Kali ini Nuha nak berkongsi resepi mudah, ayam masak merah (hidangan 3 - 4 orang).

Bahan-bahannya:

1/2 ekor ayam
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
4 sudu cili boh
4 sudu sos cili
1 biji tomato

Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara-caranya:

1) Lumurkan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng menggunakan api perlahan sehingga ayam masak. Tak perlu goreng sampai garing.

2) Ketepikan ayam yang telah digoreng. Kurangkan minyak hingga cukup untuk menumis sahaja.

3) Tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dikisar hingga naik bau (Nuha hiris je tak kisar sebab malas). 

4) Masukkan cili boh dan kacau hingga sedikit garing.

5) Masukkan sos cili dan kacau rata. 

6) Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Perasakan dengan sedikit garam. 

Nuha tambahkan potongan tomato untuk dapat sedikit rasa masam. 

Selamat mencuba!

Alang-alang berkongsi resepi tentang ayam ni, Nuha ada soalan. 

Berapa banyak ayam (purata dalam kuantiti ekor) yang anda dan keluarga biasa makan dalam tempoh sebulan?

Menurut Puan Sarah, salah seorang Nutritionist Shaklee, adalah memadai untuk setiap keluarga mengambil secara maksimum 2 ekor ayam sebulan. Selebihnya lebih elok sumber protein itu diambil dari ikan-ikan dan makanan lain.

Ini kerana ayam yang dijual dipasaran (selain ayam kampung dan organik) adalah ayam GMO.

Ayam-ayam ini telah diubah genetiknya dan mengandungi kandungan hormon yang boleh memudaratkan tubuh badan kita jika diambil secara berlebihan terutamanya untuk jangka masa panjang. 

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: Nuha Hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu

Thursday, 22 December 2016

Doa Banyakkan Susu Ibu

Ramai Ibu yang mencuba pelbagai cara untuk memperbanyak susu. Namun jangan sesekali lupa untuk berdoa dan meminta kepada yang Maha Memberi rezeki.

DOA BANYAKKAN SUSU IBU

Susu ibu adalah rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah SWT untuk si comel kita. Mohon dan minta dariNya untuk dikayakan rezeki menyusukan si comel. 

Doa banyakkan susu ibu

InsyaAllah doa dari hati ibu yang ikhlas pasti didengariNya.

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuaan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: Nuha Hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu

Wednesday, 21 December 2016

Gangguan Bekalan Air: Bekalan Air Bersih Yang Mesra Poket

Boleh dikatakan hampir setiap rumah ada satu unit penapis air. Paling tip top penapis air yang siap sambungan terus dari paip air, lengkap dengan pilihan air panas, air suhu bilik mahupun air sejuk.

TIP BAGAIMANA MENDAPAT BEKALAN AIR BERTAPIS KETIKA GANGGUAN BEKALAN AIR 

Tapi musim gangguan bekalan air ni, air paip kering, penapis air pun kering sama. 

Tip bekalan air bersih ketika gangguan bekalan air

Terpaksa shopping air di supermarket. Bukan kehendak, tapi keperluan. 

Kan bagus kalau ada penapis air yang tip top, mudah alih, ringan dan menyenangkan?

Sememangnya ada!

Portable jug untuk tapis air. Get Clean Water Pitcher nama diberi. Khas dan istimewa dari Shaklee.

SHAKLEE GET CLEAN WATER PITCHER

Masukkan air, tunggu sekejap sementara air ditapis, dan sedia untuk diminum!

Ianya ringkas, ringan, mudah alih, servis sendiri sahaja (tak perlu khidmat juruteknik) dan semestinya pada harga yang mesra pengguna. 

Paling best jug penapis ini dilengkapi dengan meter hidup (life meter) untuk sukat berapa banyak air yang sudah lalu di penapis. Hanya perlu tukar sendiri selepas setiap 80 gallon air. 

Jadi pengguna tidak akan ragu-ragu atau tertanya-tanya bilakah tempoh yang sesuai untuk menukar penapis yang baru. 

Pelaburan berbaloi untuk gangguan bekalan air sekarang dan persediaan di masa akan datang.

Hubungi Nuha untuk info lanjut tentang Get Clean Water Pitcher ini dan belian. 

Seperti biasa, hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Nuha
017-4991289 (call/  whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu

Tuesday, 20 December 2016

Wanita: Menopause Fasa Penting Seorang Wanita

Menopause adalah satu fasa penting dalam kehidupan seorang wanita. Fasa ini banyak terjadi perubahan yang bersifat fisiologi. 

MENOPAUSE FASA PENTING SEORANG WANITA

Perubahan hormon yang terjadi pada fasa ini melibatkan pelbagai sistem dan organ. Sistem kardiovaskular merupakan salah satu sistem yang mengalami perubahan di antara begitu banyak sistem pada wanita menopause.

Menopause fasa penting seorang wanita

Perubahan hormon pada wanita menopause membawa kepada peningkatan tekanan darah.

Tekanan darah pada wanita yang belum mengalami menopause perlu dijaga agar tetap dalam batas normal dengan menjaga pola makanan sihat.

Nutriferon mampu membantu kesihatan wanita menjadi lebih baik di mana ia mengurangkan gejala-gejala seperti hipertensi, tekanan darah tinggi, kitaran darah dalam tubuh dan masalah-masalah lain berkaitan menopause.

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.  

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: Nuha Hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu

Monday, 19 December 2016

Vitamin Yang Tidak Boleh Di Ambil Oleh Ibu Mengandung

Walaupun suplemen itu fungsinya sebagai pelengkap nutrisi, namun bukan semua jenis suplemen boleh diambil oleh semua golongan. Beberapa produk Shaklee tidak sesuai untuk di amalkan oleh ibu mengandung.
 
VITAMIN SHAKLEE YANG TIDAK BOLEH DIAMBIL OLEH IBU MENGANDUNG

Vitamin Shaklee yang tidak boleh diambil oleh ibu mengandung
Sumber gambar: Google

Antara vitamin-vitamin yang ibu mengandung perlu elakkan adalah:

1) Alfalfa complex
2) DTX complex
3) Collagen powder
4) Garlic Complex
5) Herblax
6) Lecithin
7) Caratomax
8) Nutriferon
9) Vitamin E complex
10) GLA complex
11) Vivix


MENGAPA TIDAK BOLEH UNTUK IBU MENGANDUNG? 

Suplemen yang disenaraikan di atas adalah bersifat antioksidan yang tinggi seperti Vitamin E, Caratomax, GLA dan Nutriferon. 

Ada juga yang bersifat panas seperti Garlic Complex, Peppermint Ginger, Alfalfa Complex dan Vivix.

Suplemen-suplemen ini adalah tidak digalakkan untuk ibu-ibu mengandung bagi mengelakkan daripada memberi kesan yang kurang baik terhadap kandungan. Walau bagaimanapun, jika ada keperluan untuk mengambil, ibu perlu merujuk dan mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

APAKAH SUPLEMEN YANG SESUAI BAGI IBU MENGANDUNG?

Ringkasnya:

ESP: Protein soya untuk membekalkan tenaga kepada ibu dan membantu dalam pembentukan sel. Soya bukan GMO ini sangat bagus dan rasanya juga sedap.

Ramai juga ibu memberitahu kulit si comel jadi halus dan gebu bila ESP diamalkan ketika mengandung.

B Complex: Kandungan asid folik penting untuk perkembangan saraf, sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang-tulang bayi. 

Vitamin C: Penting untuk imunisasi dan penjagaan kulit. Perubahan hormon ketika mengandung mungkin ada ibu-ibu mengandung mengalami kulit berjerawat, kulit kusam dan sebagainya.

Walapun vitamin ini juga bersifat antioksidan, tetapi kadar antioksidannya tidak setinggi Vitamin E dan A dan selamat untuk diamalkan oleh ibu-ibu mengandung.

Vita-Lea with iron formula: 
Mengandungi semua kandungan vitamin dalam jumlah yang kecil. Diformulasikan bersama iron untuk membantu pembentukan hemoglobin dalam darah.

Bagi ibu-ibu yang mengalami masalah Hb rendah, sangatlah digalakkan pengambilan Vitalea ini.

OsteMatrix: Mengandungi kalsium, Magnesium dan Vitamin D. Kalsium sangat penting untuk ibu mengandung kerana ketika mengandung, kalsium diserap oleh bayi. Kerana itulah badan sering kejang, ibu mengalami simpul biawak, gigi rosak dan lain-lain lagi.

Yang paling penting semasa bersalin dan meneran bayi keluar kerana memerlukan sepenuh tenaga dan kudrat sehingga memberi kesan kepada tulang-tulang dan urat-urat ibu. Oleh itu, pastikan kalsium diambil untuk mengelakkan dari tulang cepat reput.

OmegaGuard: Suplemen ini biasa diamalkan pada trimester 2 dan 3 bagi perkembangan otak bayi.

6 suplemen ini adalah sangat lengkap mengikut keperluan ibu mengandung. 

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: Nuha Hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu

Thursday, 15 December 2016

Susu Ibu: 6 Tip Sokongan Padu Seorang Suami

Suami tempat si isteri bermanja, dambakan perhatian dan bantuan. Selari dengan gelaran ketua keluarga yang diberikan, suami harus bijak dan peka dengan apa yang berlaku dalam rumahtangga.

Dalam proses penyusuan. Sokongan dan perhatian dari suami sangat memainkan peranan. 

SUAMI, BANTULAH ISTERIMU!


6 Tip suami sokong penyusuan susu ibu

Sebagai isteri, sangat bahagia jika suami dapat:

1) Sama-sama bantu menguruskan anak. Sebagai bapa baru mungkin kekok untuk melayan anak. Tapi suami boleh tanyakan pada isteri apa yang boleh abang bantu. Ia dah cukup buat hati si isteri berbunga bahagia.

2) Suami yang tidak cerewet. Sebagai ibu yang bekerja dan menyusukan. Ia memang sangat mencabar. Mahu uruskan urusan pejabat, urusan anak-anak, urusan susu, urusan rumahtangga.

Adalah membahagiakan jika suami faham situasi isteri dan tidak cerewet dengan hal remeh temeh.

3) Suami turut sama menggali ilmu penyusuan. Sekarang terlalu banyak blog yang bercerita tentang penyusuan. Suami juga boleh turut sama dalam kelas-kelas laktasi yang diadakan.

4) Beri bantuan kewangan. Belikan pam yang berkualiti untuk proses penyusuan si comel. Sekurang-kurangnya sebagai tanda terima kasih kepada si isteri atas pengorbanan mengandung dan melahirkan si comel.

Sentiasa ada apabila isteri memerlukan. Bukan bermakna isteri mahu berkepit 24 jam dengan suami. Tapi sebagai "sandaran" pada isteri apabila menghadapi masalah dalam penyusuan. 

5) Manjakan isteri. Tidak dinafikan, isteri yang menyusu tanpa mengambil sebarang supplement sangat meletihkan. Sebagai suami yang perkasa, anda boleh mengurut badan isteri yang keletihan semasa mengepam atau menyusu. 

Boleh juga hadiahkan isteri minuman tenaga seperti Energizing Soy Protein untuk pastikan si isteri kekal bertenaga dan ceria.

6) Hargai isteri. Peranan isteri sangat besar dalam rumahtangga. Suram isteri maka suramlah seisi rumah. Hargai mereka. Tidak salah seorang suami yang dikatakan sebagai tulang rusuk wanita ini menghargai insan yang sanggup berkorban bentuk badan mengandungkan si comel. 

Mungkin sebagai suami pada awalnya rasa sukar atau rasa tip di atas sebagai remeh. Namun percayalah ianya sangat membantu si ibu dalam proses menyusukan si manja. 

Ibu bahagia si comel kenyang gembira.

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu

Wednesday, 14 December 2016

Susu Ibu: Bagaimana Susu Ibu Terhasil?

Hebat sungguh ciptaan Allah. Diciptakan hanya wanita yang mampu mengandung, melahirkan serta menyusui bayi. Nuha sendiri diawal-awal bergelar ibu tertanya-tanya bagaimana susu ibu terhasil. 

BAGAIMANA SUSU IBU TERHASIL?

Bagaimana Susu Ibu Terhasil?

ALVEOLI

Ini adalah tempat di mana susu badan dihasilkan. Alveoli merupakan kelompok-kelompok kantung kecil seakan-akan buah anggur di dalam payudara ibu. Alveoli dikelilingi oleh otot-otot kecil yang menekannya untuk mengeluarkan susu masuk ke dalam duktul.

DUKTUL

Duktul ialah salur-salur kecil yang menyalirkan susu daripada alveoli ke dalam duktus susu utama.

DUKTUS SUSU

Ini adalah jaringan rumit salur-salur kecil yang membawa susu daripada duktul dan alveoli terus kepada si comel ibu. 

Bayangkan duktus susu ibu sebagai penyedut-penyedut minuman kecil yang kesemua hujungnya terletak di puting ibu dan menyalirkan susu ke dalam mulut si comel. 

Duktus ini membesar dan jumlahnya bertambah semasa ibu hamil. Ibu mungkin mempunyai kira-kira sembilan duktus dalam setiap payudara menjelang masa ibu mula menyusukan si comel. 

Hubungi Nuha untuk konsultasi pengusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: Nuha Hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu

Wordless Wednesday: Ini Rabu!

Sumber: GeniusQuotes.net

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: Nuha Hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu

Friday, 9 December 2016

Doa Nabi Yunus

Saat diri resah gelisah dan gundah gulana dalamkesulitan, Allah sebaik-baik tempat mengadu. 

DOA NABI YUNUS

Doa Nabi Yunus

Doa ini juga banyak diamalkan oleh wanita yang sedang dalam kesakitan ketika proses melahirkan bayi. 

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: Nuha Hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu

Thursday, 8 December 2016

6 Tip Menyusui Bayi Untuk Ibu Bekerja

Penyusuan bagi ibu yang bekerja memang agak mencabar. Ramai ibu bekerja dalam dilema mahu menyusukan bayi mereka. 

6 TIP MENYUSUI BAYI UNTUK IBU BEKERJA

Mari Nuha kongsikan 6 tip penyusuan untuk menjayakan misi penyusuan bagi ibu yang bekerja.

6 Tip Menyusui Bayi Untuk Ibu Bekerja

6. Sediakan stok susu ibu sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum bekerja. 

5. Rancang masa dan tempat yang sesuai dan selesa untuk mengepam di pejabat.

4. Beritahu majikan ibu akan ambil sedikit masa untuk mengepam ketika berada di pejabat.

3. Berfikiran positif dan katakan "Aku Boleh".

2. Keluarkan sedikit modal untuk membeli pam yang sesuai digunakan sewaktu bekerja.

1. Carilah ilmu penyusuan dan kumpulan sokongan penyusuan terutama vagi ibu bekerja.

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pedapatan dengan Shaklee.

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: Nuha Hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu

Wednesday, 7 December 2016

Wordless Wednesday: Dos Asid Folik Sebelum Hamil, Ketika Hamil, dan Ketika Menyusui Bayi

Dos asid folik sebelum hamil, ketika hamil, dan ketika menyusui bayi

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu

Sunday, 4 December 2016

Susu Ibu: Konsep Demand And Supply

Demand And Supply ialah Konsep Permintaan dan Bekalan. The more demand, the more milk will be supplied. 

SUSU IBU: DEMAND AND SUPPLY

Analoginya kilang susu ibu adalah seperti kilang roti keju. Semakin banyak permintaan roti keju, semakin banyak roti keju yang akan dibuat di kilang tersebut.

Konsep demand dan supply susu ibu

Semakin kerap payudara kita dirangsang (bayi menyusu, payudara dipam atau diperah), semakin banyaklah susu akan dihasilkan.

Ketahuilah bahawa susu yang dihasilkan oleh badan ibu itu cukup untuk bayi.

Yang utama dalam konsep ini ialah

"BERAPA BANYAK SUSU YANG BAYI PERLUKAN"

dan bukan

"BERAPA BANYAK SUSU YANG IBU ADA"

Ketahuilah bahawa payudara ibu sentiasa menghasilkan susu selagi si manja memerlukannya.

Ibu demand kan ESP? Nuha boleh supply untuk ibu. 

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu

Saturday, 3 December 2016

Kekal Sihat Sewaktu Bercuti

Kempen #ShakleeImmunity masih diteruskan. Bulan ini, (Disember 2016) Shaklee telah mengaturkan ceramah kesihatan dengan topik kekal sihat sewaktu bercuti. 

KEKAL SIHAT SEWAKTU BERCUTI

Kekal Sihat Sewaktu Bercuti - Kawasan Utara

Kekal Sihat Sewaktu Bercuti - Pantai Timur


Kekal Sihat Sewaktu Bercuti - Lembah Klang

Kekal Sihat Sewaktu Bercuti - Timur Malaysia

Rujuk tarikh dan kawasan berhampiran anda. Ceramah ini adalah percuma dan terbuka kepada umum. Jemput hadir ya. 

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017482
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu

Friday, 2 December 2016

3 Produk Bantu Tambah Berat Badan Secara Sihat

Bagaimana untuk menambah berat badan secara sihat samada untuk lelaki atau wanita? Ada sesetengah individu lebih fokus untuk mencari tip menambah nafsu makan. 

Awas, jangan kerana hanya mahukan nafsu makan bertambah dan makan apa saja makanan tanpa had. Kelak boleh mengundang situasi lain pula. 

3 PRODUK BANTU TAMBAH BERAT BADAN SECARA SIHAT

 3 Produk bantu tambah berat badan secara sihat

Apa yang penting dalam usaha menaikkan berat badan adalah badan seseorang mendapat nutrisi yang lengkap pada kadar yang tepat. 

Nuha kongsikan 3 produk yang boleh membantu dalam menambah berat badan secara sihat. 

1) Meal Shakes

Meal Shakes - Bantu tambah berat badan secara sihat

Meal Shakes membekalkan 35% atau lebih nilai harian, mengandungi 19 vitamin dan mineral penting. Meal Shakes membekalkan kalori yang diperlukan badan bersama dengan serat dan vitamin serta mineral.

Ianya sumber makanan segera yang kaya kalsium, fiber dan protein.

2) Vitalea

Vitalea - Bantu tambah berat badan secara sihat

Vitalea membekalkan 23 jenis vitamin penting bersama iron (penting dalam pembentukan sel darah merah). 
Vitalea memenuhi keperluan zat harian tubuh akibat amalan diet yang tidak seimbang.

Selepas semua zat dalam badan cukup, barulah sistem badan dapat berfungsi pada tahap yang optima.

Selain daripada itu, Vitalea membantu mencantikkan kulit, kuku, rambut secara dalaman. Ia juga mengurangkan risiko mengidap penyakit tiroid.

Di samping itu, ia membantu memberi badan yang sihat dan bertenaga.

3) B Complex

B Complex - Bantu tambah berat badan secara sihat

B Complex mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting. Vitamin B1, B2 dan Niacine yang terkandung di dalam B Complex ini berfungsi memelihara nafsu makan yang sihat.

Kekurangan vitamin ini akan menyebabkan selera makan terganggu dan menurun.

Di samping itu, antara kelebihan lain vitamin B Complex adalah ianya dapat mengawal kadar metabolisme badan, dan mempertingkat kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu

Jangan Terlalu Memandang Bintang Di Langit

Surah Al-Ikhlas, "Jangan terlalu memandang bintang di langit hingga kita terlupa rumput di bumi". 

5 KEBERKATAN SURAH AL-IKHLAS

1. Ketika Memulakan Kerja

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

2. Sebelum Masuk Ke Rumah

Sebelum masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali). Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca Bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut.

Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

3. Ketika Sakit

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.

Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby.

4. Khatam Al-Quran

Rasulullah S.A.W pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya:

Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyyidina Ummar bersuara kepada Saiyyidina Ali bahawa Saiyyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan
membaca 10 juzuk Kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.

5. Pahala Membacanya

Berkata Ibnu Abbas R.A. bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah S.A.W) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.

Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:

Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Keberkatan Surah Al-Ikhlas

Sabda Rasulullah S.A.W lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahad itu tertulis di sayap malaikat Jibrail A.S, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail A.S, Lamyalid Walam Yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail A.S, Walam Yakullahu Kufuwan Ahad tertulis pada sayap malaikat Israfil A.S.

Tulisan di atas Nuha Copy dan Paste daripada group Whatsapp. Salam Jumaat penuh keberkatan. 

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu

Thursday, 1 December 2016

Promosi Disember Dan Istimewa Akhir Tahun!

Selamat datang Disember 2016. Bulan akhir untuk tahun 2016. Shaklee bawakan promosi istimewa kepada semua. 

PROMOSI DISEMBER DAN ISTIMEWA AKHIR TAHUN

Vitalea for Children

1) Vitalea for Children - Beli 4 pada Harga 3 Botol


Collagen Powder

2) Collagen Powder - Beli 7 pada Harga 6 Kotak


Collagen Powder Twin Pack

3) Collagen Powder Twin Pack - Beli 2, diskaun 5%


Caratomax

4) Istimewa Akhir Tahun - Caratomax Beli 1 Percuma 1 Botol

Dengan pembelian produk Shaklee bernilai minimum 150 uv dalam satu resit.


Multi-Stack Dispenser

5) Multi-Stack Dispenser RM13.78 Sahaja

Dengan setiap pembelian produk Shaklee bernilai 150 uv dalam 1 resit. 

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu

Wednesday, 30 November 2016

12 Cara Menghasilkan Susu Ibu Yang Berkualiti

Susu ibu memang tidak dinafikan lagi kehebatannya. Ternyata susu ibu adalah susu terbaik buat si comel. Namun itu tidak bermakna ibu boleh ambil enteng sahaja. 

12 TIP SUSU IBU BERKUALITI TINGGI

Untuk memastikan susu yang terhasil dijamin berkualiti, ibu haruslah 

Bagaimana menghasilkan susu ibu berkualiti tinggi

1) Sentiasa dalam keadaan sihat, tenang, relax dan tidak stres. Tubuh yang kurang sihat, fikiran yang terganggu dan bercelaru serta stress boleh mengganggu pengeluaran susu ibu.

2) Tidak mengeruhkan keadaan dengan sesiapa hanya kerana ibu mampu susukan bayi dan memandang ibu yang tidak boleh menyusukan bayi sebagai satu kesalahan besar. Sentiasa bersyukur dengan rezeki susu ibu yang Allah beri. 

3) Sentiasa aktif dan kekal cerdas. Apabila ibu aktif dan cerdas, badan akan lebih cergas dan bertenaga.

4) Punya hubungan baik dengan semua orang terutama suami. Apabila hubungan ibu baik, mood ibu pun baik. Ingat, pengeluaran susu ibu bergantung kepada hormon ibu. 

5) Nikmati kebahagian berumahtangga bersama cahaya mata dengan lebih baik dan gembira. Lalui detik suka duka, gembira, sedih, sayang dan marah membesarkan si comel dengan rasa syukur kerana ramai lagi wanita yang ingin menjadi ibu namun masih belum mendapat peluang. 

6) Tabah menghadapi ujian. Teruskan melangkah dan mohon pertolongan dariNya. Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya yang terbaik.

7) Tetap kekal cantik dan menawan supaya yakin diri dan gembira dengan diri ibu.  

8) Jaga pemakanan. Kebanyakan ibu menyusu makan ikut sempat sahaja asalkan perut kenyang. Ibu perlu menitikberatkan kualiti susu yang ibu berikan kepada si comel, bukan mengejar kuantiti semata-mata. 

Nutrisi dalam susu ibu juga perlu diambil berat. 

9) Cari waktu rehat. Gunakan masa yang ada sebaik mungkin. Dapatkan sokongan dan bantuan dari suami. Bekerjasama sebagai satu pasukan itu lebih indah.

10) Jangan hanya fokus kepada makanan yang banyakkan susu. Tetapi pastikan ibu makan secara seimbang.

11) Ambil makanan tambahan untuk pastikan ibu dapat cukup nutrien untuk menghasilkan susu yang berkualiti. 

12) Jangan abaikan kebajikan diri sendiri. Utamakan diri, inshaAllah keluarga ibu juga akan terjaga.

Nuha suka dan praktis utamakan diri sendiri dulu kemudian baru anak-anak. 

Pada Nuha, kalau Nuha selesa atau gembira, inshaAllah Nuha dapat berikan yang terbaik untuk keluarga. 

Kata pepatah Inggeris, "a happy family is a happy mom". 

Susu ibu merupakan makanan terbaik bayi. Tetapi untuk pastikan si comel mendapat nutrien dan zat yang cukup dari susu ibu, ibu harus pastikan tubuh ibu mendapat diet yang seimbang.

Set penyusuan Shaklee memberikan nutrient lengkap untuk ibu menyusu bagi memastikan ibu kekal sihat, cergas dan jelita.

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

Monday, 28 November 2016

10 Sebab Bayi Menolak Susu Ibu

Banyak sebab yang memungkinkan si comel menolak susu ibu. Mungkin pada ibu sebab-sebab bayi menolak susu ibu terlalu remeh atau tidak masuk akal tetapi ia memberi kesan yang besar pada si comel.

10 SEBAB BAYI TOLAK SUSU IBU

Terdapat beberapa sebab bayi menolak penyusuan susu ibu dan yang paling biasa ialah: 

10 Sebab Bayi Tolak Susu Ibu

1- Bayi tidak melekap dengan betul dan isi puting yang masuk ke dalam mulutnya tidak cukup untuk membolehkan dia menyusu dengan efektif. Adalah baik jika ibu mendapatkan nasihat daripada kaunselor penyusuan untuk mengatasi masalah ini.

2- Sakit mulut disebabkan oleh pertumbuhan gigi, lepuh sejuk (cold sores) atau jangkitan (seperti jangkitan kandida).

3- Ini merupakan reaksi bayi disebabkan jeritan yang ibu keluarkan apabila bayi menggigit payudara ibu.

4- Bayi mempunyai jangkitan telinga yang menyebabkan tekanan atau kesakitan semasa menyusu.

5- Selsema atau hidung tersumbat yang menyukarkan bayi bernafas semasa menyusu.

6- Terlalu kerap menambah susu formula, menyebabkan pengurangan bekalan susu badan.

7- Terlalu banyak gangguan, bunyi bising atau terhenti ketika menyusu.

8- Ibu terlalu kerap tidak mengendahkan bayi apabila dia menangis sebab mahu menyusu. Bayi pun pandai merajuk. 

9- Rutin bayi telah terganggu antaranya disebabkan ibu berpindah rumah atau ibu kembali bekerja.

10- Bayi berpisah dari ibu untuk jangka masa panjang yang luar biasa.

ESP adalah pilihan ramai ibu menyusu dan memberikan rasa susu yang enak kepada bayi serta membolehkan bayi tidur lena selepas penyusuan.

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan bersama Shaklee. 

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu

Sunday, 27 November 2016

Vivix: Testimoni Luka Ceaser Cepat Baik

Berpantang selepas bersalin adalah detk kritikal oleh seorang wanita terutama bagi wanita yang pertama kali melalui detik ini.

Maklumlah dengan badan yang masih letih dan lemah, luka bersalin yang perlu dijaga dengan baik, si comel yang perlu diberi perhatian dan perlu disusui. 

Nuha kongsikan pengalaman salah seorang ibu yang memilih untuk mengamalkan Vivix semasa tempoh berpantang.

VIVIX: TESTIMONI LUKA CEASER CEPAT BAIK

"Yani dan kawan-kawan memilih vivix sewaktu berpantang. Mula jatuh cinta waktu melahirkan anak ke-2 secara ceaser. Seminggu dah mampu bergerak aktif untuk majlis akikah dan luka hanya tinggal segaris sekarang. Takde kulit yang timbul (keloid)."

Testimoni berpantang dengan Vivix

Mengapa Vivix menjadi pilihan mereka?

Vivix mengandungi resveratrol. Dalam ujian klinikal, Vivix telah didapati berkesan 10 kali ganda lebih daripada resveratrol sahaja. 

Disebabkan itu, proses penyembuhan luka akan lebih cepat dengan Vivix (dengan izin Allah).

*Kajian mendapati, resveratrol (antioksida) membantu dalam mempercepatkan proses penyembuhan luka jika diambil selepas menjalani pembedahan atau diambil oleh mereka yang mengalami apa-apa jenis luka (American Journal of Physiology)*

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu

Friday, 25 November 2016

Nenek Kembali Kepada Penciptanya

Sihat lawannya sakit, hidup lawannya mati. Semua yang hidup pasti akan mati. 

Nenek Nuha (sebelah ayah) telah kembali ke rahmatullah semalam (25 November 2016). 

Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin. 

Alfatihah. 

Thursday, 24 November 2016

Susu Ibu: 5 Fakta ESP Untuk Ibu Menyusu

Susu ibu yang berkualiti sangat penting dalam memastikan ibu menyalurkan nutrisi terbaik kepada bayi. Nuha yakin setiap ibu mahukan yang terbaik buat si comel, susu yang berkualiti dan meriah. 

5 FAKTA ESP UNTUK IBU MENYUSU

ESP Bantu Bayi Cepat Kenyang

1) ESP mengandungi protein yang merupakan salah satu komponen utama dalam susu ibu. 

2) ESP membantu proses penghasilan susu ibu dan bantu memekatkan susu ibu agar bayi cepat kenyang walaupun minum dalam kuantiti sedikit.

3) ESP atau nama panjangnya Energizing Soy Protein merupakan serbuk soya perasa vanila yang mengandungi protein.

4) ESP ni merupakan protein yang bebas lemak dan kolesterol. Tak seperti sumber-sumber protein yang lain.

5) ESP bukan susu. Ia boleh dibancuh dengan apa sahaja air kegemaran anda. Jadi kalau anda bukan penggemar susu, ESP masih boleh masuk senarai minuman kegemaran. 

Nuha sudah jatuh hati dengan ESP sejak 3 tahun lalu kerana ESP banyak membantu Nuha lebih bertenaga, sihat dan cergas serta tampil menawan sepanjang menyusui Ez-Zahra Dalea. 

Hari ini, Nuha masih bercinta dengan ESP dalam perjalanan menyusui Luthfi Aduqa. 

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu


20 Step Income 4 Angka

Dengan keadaan ekonomi sekarang, Nuha nampak semakin ramai ahli keluarga dan kawan-kawan yang sudah memberanikan diri untuk menceburi dunia perniagaan sebagai pendapatan sampingan. Ada yang berniaga makanan, servis, tudung dan selendang, pakaian, aksessori dan macam-macam lagi. 

Nuha masih setia berniaga Shaklee. Alhamdulillah. 

20 STEP INCOME 4 ANGKA

Ini adalah projek terbaru kelolaan pemimpin perniagaan (business leader - BL) dalam organisasi Shaklee yang Nuha sertai. 

20 Step Income 4 Angka

Kami dikumpulkan dalam 1 kumpulan whatsapp khas untuk ahli-ahli yang mahukan pendapatan minimum 4 angka bersama Shaklee. 

Dalam kumpulan ini, kami diajar tentang 20 langkah untuk menjana income minimum 4 angka bersama Shaklee secara atas talian (online). 

Selain 20 langkah ini, bimbingan dan pemantauan prestasi juga turut dibuat bagi memastikan ilmu yang diterima dipraktikkan dan nampak "hasilnya".

Alhamdulillah, projek ini telah banyak membantu meningkatkan jualan peribadi dan mengembangkan organisasi Nuha. 

7 ORANG BERTUAH

Nuha dengan berbesar hati ingin memanjangkan ilmu yang Nuha perolehi daripada Projek 20 Step Income 4 Angka ini ekslusif kepada 7 orang bertuah yang serius memerlukan ilmu dan bimbingan untuk menjana pendapatan tambahan 4 angka bersama Shaklee. 

Hubungi Nuha segera untuk maklumat lanjut dan merebut peluang terhad ini. 

Nuha
017-4991289 (call/whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu

Wednesday, 23 November 2016

Susu Ibu: Benarkah Bayi Menyusu Badan Akan Menarik Kalsium Ibunya?

Wanita dan kalsium memang tidak dapat dipisahkan terutama bagi wanita yang pernah hamil dan menyusukan bayi. Tidak hairanlah mengapa kaum hawa lebih berpotensi untuk mendapat osteoporosis.

Assalamualaikum & hai.

IBU MENYUSU WAJIB CUKUP KALSIUM

Tahukah ibu, pengambilan harian kalsium yang dicadangkan untuk ibu-ibu menyusu adalah 1,300 miligram sehari.

Ibu menyusu wajib cukup kalsium

Membaca label pemakanan boleh membantu memastikan anda mendapat kalsium yang cukup. Sebagai contoh, satu cawan susu atau yogurt mengandungi 300 miligram kalsium.

Walaupun makanan tenusu adalah sumber yang baik, anda tidak semestinya perlu minum susu untuk menghasilkan susu.

Ramai ibu-ibu memilih Ostematrix Shaklee untuk mendapatkan bekalan kalsium dan magnesium yang cukup sepanjang proses menyusui bayi.

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu

Shaklee: Bonus Yang Syarikat Tawarkan

Peluang menjana pendapatan bersama Shaklee sentiasa terbuka kepada sesiapa yang mahukan pendapatan secara sampingan mahupun secara sepenuh masa.

BONUS YANG SHAKLEE TAWARKAN

Syarikat Shaklee menawarkan 2 bentuk insentif kepada semua Pengedar Bebas Shaklee (Shaklee Independent Distributor - SID); wang tunai (RM) dan trip.


Bonus yang Shaklee Tawarkan

Berikut adalah bonus-bonus yang Shaklee tawarkan:

1) PB - Personal Bonus (Bonus Peribadi)

PB ini diberikan berdasarkan kepada prestasi SID untuk bulan tersebut. Prestasi yang dimaksudkan adalah daripada segi jualan peribadi SID tersebut.

Semakin banyak jualan, makin tinggi PB akan diterima.

2) NPB - Net Personal Bonus
NPB adalah bonus yang diberikan berdasarkan prestasi kumpulan pada setiap bulan.

3) LB - Leadership Bonus (Bonus Kepimpinan)

Bonus ini ditawarkan kepada SID yang bergelar pemimpin perniagaan (Business Leader - BL). Shaklee menawarkan LB hingga ke level 6 dalam sesuatu kumpulan.

LB1 - Leadership Bonus 1
LB2 - Leadership Bonus 2
LB3 - Leadership Bonus 3
LB4 - Leadership Bonus 4
LB5 - Leadership Bonus 5
LB6 - Leadership Bonus 6

4) CAR - Car Subsidy Program (Bonus Kereta)

Bonus ini juga ditawarkan kepada pemimpin perniagaan yang layak. Walaupun insentif ini namanya Bonus Kereta, tetapi tetap diberikan dalam bentuk wang tunai.

Penerima insentif CAR bebas guna wang tunai yang diterima untuk tujuan apa pun. Bayar rumah, hadiah kepada ibu ayah, yuran sekolah anak dan tak terkecuali guna untuk membeli-belah mahupun untuk disimpan.

5) CIB - Coordinator Incentive Bonus (Bonus Insentif Coordinator)

Bonus ini diberikan kepada pemimpin perniagaan berpangkat koordinator yang efektif pada pangkatnya.

6) KIB - Key Coordinator Incentive Bonus (Bonus Insentif Key Coordinator)

Bonus ini diberikan kepada pemimpin perniagaan yang berpangkat Key Coordinator yang efektif pada pangkatnya.

7) MIB - Master Coordinator Incentive Bonus (Bonus Insentif Master Coordinator)

Bonus ini diberi kepada pemimpin perniagaan berpangkat Master Coordinator yang efektif pangkat Master Coordinator pada bulan tersebut.

8) Trip percutian dalam dan luar negara

Trip ini terbuka kepada semua pemimpin perniagaan yang memenuhi syarat kelayakan.

Trip yang ditawarkan bertaraf 6 bintang dan 100% tajaan syarikat.

Selain tawaran melancong, pilihan ziarah dan umrah juga ditawarkan kepada penganut Islam.

Jadi inilah serba ringkas 8 bonus yang Shaklee tawarkan. Semuanya dalam bentuk wang tunai (kecuali trip) dimasukkan terus ke akaun bank SID.

Hubungi Nuha untuk info lanjut tentang peluang penjana pendapatan bersama Shaklee, insentif yang Shaklee tawarkan dan mendaftar keahlian Shaklee.

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu

Saat Kecewa Dengan Prestasi Diri

‎‏Apabila kecewa dengan prestasi diri, jangan sesekali mencela diri dengan kata-kata negatif, anggap diri kurang berguna, mengutuk diri sebagai bodoh, sial dan sebagainya, kerana Nabi bersabda bahawa Malaikat mendoakan kata-kata kita. 

SAAT KECEWA DENGAN PRESTASI DIRI

Setiap orang pasti melalui keadaan sukar dalam hidup. Di saat kecewa dan sedih, jangan sesekali mencemuh diri sendiri. 

Cukuplah berdoa kepada Allah SWT agar menambahkan prestasi, kualiti diri kita dan bukanlah menghina diri dengan kata-kata kutukan terhadap diri.

Itu bukan ciri rendah diri yang baik.

‎لَا تَدْعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ إِلَّا بِخَيْرٍ فَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ يُؤَمِّنُونَ عَلَى مَا تَقُولُونَ 

‎‏Ertinya : Janganlah kamu mendoakan dirimu kecuali dengan baik kerana sesungguhnya Malaikat meng 'ameen' kan apa yang kamu katakan. (Sohih Muslim).

Sumber Google image
Keep calm and pray to Allah

Baginda Nabi turut mengajar kita pada setiap kali ditimpa musibah atau sesuatu yang tidak diingini supaya berdoa:

‎اللهم أجرني في مصيبتي واخلف لي خيرا منها 

Ertinya : Ya Allah, ganjarilah daku pada musibah yang menimpaku ini dan gantikan ia dengan yang lebih baik darinya.

Kredit: Dr Zaharuddin Abd Rahman

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan _penyusuan_susu_ibu

Wordless Wednesday: Saiz Perut Bayi Anda


Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu

Tuesday, 22 November 2016

Kak Nad: Servis Urutan Selepas Bersalin Kuala Lumpur, Shah Alam, Sungai Buloh, Rawang, Puncak Alam, Kuala Selangor Dan Tanjung Karang

Kak Nad menawarkan servis urutan selepas bersalin bagi kawasan Kuala Lumpur, Shah Alam, Sungai Buloh, Rawang, Puncak Alam, Kuala Selangor, dan Tanjung Karang. 

Urutan selepas bersalin amat penting bagi melancarkan perjalanan darah, mengelakkan daripada bentan, membantu memulihkan urat yang kembang semasa mengandung, mengecutkan rahim, dan membuang angin. 

Assalamualaikum & hai. 

SERVIS URUTAN SELEPAS BERSALIN BAGI KAWASAN KUALA LUMPUR, SHAH ALAM, SUNGAI BULOH, RAWANG, PUNCAK ALAM, KUALA SELANGOR DAN TANJUNG KARANG

Berikut adalah pakej rawatan berpantang yang disediakan oleh Kak Nad: 

Pakej A


Pakej B


Pakej C dan Urutan Mengandung

Hubungi Kak Nad untuk maklumat lanjut dan membuat temu janji urutan selepas bersalin. 

Kak Nad
013-394 5339

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu

Warkah Buat Suami

Bakhtiar Fitri Hj Abdul Hamid: Aku Membesarkan Seorang Khalifah (AMSK)

WARKAH BUAT SUAMI
Bersama Ustaz Bakhtiar Fitri (UBF)

SUAMI
Binalah ketenangan dalam rumahtangga kerana ketenangan satu keberkatan.

SUAMI
Saat kamu meminta isteri mentaatimu, pastikan kamu benar-benar mentaati Allah.

SUAMI
Ketika kamu meminta kasih dan sayang, berilah dahulu kasih buat isterimu & sayang buat anakmu.

SUAMI
Isterimu sangat mengharapkan pimpinanmu. Mohonlah bantuan Allah untuk memimpin. Pasti kamu bahagia.

SUAMI
Bantulah isterimu menjadi wanita yang solehah. Bantulah isterimu mentaatimu. Supaya isterimu boleh masuk syurga daripada mana-mana pintu yang dia ingini.

SUAMI
Bertegaslah tentang aurat dan ibadah isterimu. Kerana kealpaanmu menyebabkan kamu juga diheret sama ke lembah kecelakaan.

SUAMI
Isterimu adalah satu daripada laluan syurgamu. Amanahlah mendidiknya supaya kamu melintasi titian sirot sepantas kilat.

SUAMI
Betapa berertinya isterimu saat kamu sakit. Tetapi kenapa bukan ketika kamu sihat.

SUAMI
Ketiadaanmu di rumah adalah kebimbangan isterimu. Dia bertanya bukan kerana dia cemburu tetapi kerana kasihnya kepadamu.

SUAMI
Kebahagiaan isterimu apabila kamu menyentuhnya dengan kasih dan sayang, menciumnya dengan kasih dan sayang serta berkata-kata dengannya dengan penuh kasih dan sayang.

SUAMI
Kata Saidina Umar R.A, jadilah seperti anak kecil ketika bersama dengan isteri dan anakmu. Santuni mereka seperti mana engkau mahu disayangi.

SUAMI
Bersabarlah dengan dugaan keluarga. Bijak dan hikmahlah menyelesaikan masalah. Jangan panjangkan perselisihanmu dengan isterimu. Kerana kemarahanmu menyebabkan isterimu hilang redha Tuhanmu.

SUAMI
Letakkan tanganmu pada wajah isterimu. Berikan masa untuk menatap wajahnya. Takut-takut inilah malam terakhir kamu bersamanya.

SUAMI
Urus dan pimpinlah isterimu dengan agama. Kerana dengannya kamu akan bahagia. 

WAHAI SUAMI
Moga perjalanan akhirmu diiiringi dengan doa dan kasih isterimu. 

Nuha copy dan paste buat bacaan semua terutama lelaki yang berstatus suami. Moga kita sama-sama mendapat sedikit manfaat dari perkongsian ini. 

InshaAllah.

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu

Monday, 21 November 2016

Mesti Baca: Khas Untuk Wanita Sahaja!

Indahnya dilahirkan sebagai wanita. Dikurniakan kekuatan yang luar biasa. Diberikan nikmat untuk membawa satu nyawa bersama. Dikurniakan rahim untuk melahirkan keturunan. Dan dikurniakan hati yang lembut dan halus untuk menyayangi.

Begitulah wanita.

Assalamualaikum & hai. 

Wanita adalah satu makhluk ciptaan Allah yang melalui pelbagai fasa dalam kehidupan. Fasa ini juga menyebabkan hormon di dalam badan mereka berubah.

Bukan sekadar hormon, malah bentuk badan juga turut berubah mengikut perjalanan kehidupan seseorang wanita itu. Oleh itu adalah sangat wajar bagi seorang wanita untuk menjaga kesihatan diri mereka agar dapat terus berbakti kepada keluarga dengan ceria.

"Take care of your body. It's the only place you have to live." -Jim Rohn-

WANITA: DIRIMU BEGITU BERHARGA

Antara saranan suplemen yang terbaik untuk wanita dari satu fasa ke fasa adalah:

REMAJA ATAU WANITA MUDA

1) Masalah kulit, jerawat dan sebagainya – Vitamin C, Vitamin E dan B Complex 

2) Masalah haid – Gla Complex dan Ostematrix

3) Masalah tekanan (stress) – B Complex, Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix

4) Sindrom Pra-Haid (PMS) - Vitamin C, Vitamin E

5) Masalah keputihan – Alfalfa Complex

PENGANTIN BARU

1) Untuk keserian wajah – Vitamin C, Vitamin E dan Energizing Soy protein (ESP)

2) Untuk masalah kewanitaan - Alfalfa Complex dan Vitamin E

3) Untuk kesuburan dan keharmonian rumah tangga – Alfalfa Complex, Vitamin E dan Gla Complex

IBU HAMIL

1) Untuk trimester 1 - B Complex, Vita-Lea, Vitamin C dan Ostemetrix

2) Untuk trimester 2 dan 3 - B Complex, Vita-Lea, Vitamin C, Omega Guard dan Ostemetrix

IBU DALAM PANTANG

Untuk penjagaan sepanjang pantang - Zinc Complex, Vitamin C, B Complex, Vita-lea dan Gla Complex

IBU MENYUSUKAN ANAK

Untuk tenaga dan penyusuan - B Complex, Vitamin C, Vita-Lea, Alfalfa Complex dan Energizing Soy Protein (ESP)

WARGA EMAS

1) Mencegah Osteoperosis - Ostematrix, Zinc Complex, B Complex

2) Menghadapi menopaus - B Complex, Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix dan Gla Complex

PENUAAN

Antioksida - Vivix

Sebagai wanita yang dianggap sebagai nadi di dalam rumah tangga, anda harus sentiasa sihat demi yang tersayang. Agar dapat terus menumpukan perhatian dan mencurahkan seluruh kasih sayang kepada ahli keluarga.

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingun menambah pendapatan dengan Shaklee. 

Nuha 
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram
Shaklee ID: 1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu‬

Susu Ibu: 3 Posisi Tepat Menyusukan Bayi

Posisi menyusui bayi yang betul, samada bayi baru lahir, bayi kembar atau bayi pramatang sekalipun, kedudukan ibu dan bayi adalah faktor penting penyumbang kepada kelangsungan penyusuan susu ibu.

Assalamualaikum & hai. 

3 POSISI TEPAT MENYUSUKAN BAYI

Posisi menyusu yang betul berikan rasa selesa pada ibu dan bayi. 

Tubuh bayi haruslah rapat ke ibu dan mukanya bertemu dengan payudara ibu. Mulutnya haruslah berhampiran dengan puting dan kepala, leher dan belakangnya perlu dalam keadaan lurus. 

Belakang badan ibu juga perlu tegak, jangan membongkok. Gunakan bantal untuk bersandar jika perlu.

Posisi tepat menyusukan bayi

1. POSISI DAKAPAN

Posisi klasik dan menjadi kegemaran kebanyakan ibu. Ia membolehkan perut bayi dan perut ibu bertemu supaya ibu tidak perlu memusingkan kepala untuk menyusu. Kepala bayi berehat dalam dakapan ibu. 

Sokong belakang badan dan punggung bayi. Lengan bayi perlu berada di bahagian sisinya.

2. POSISI "FOOTBALL HOLD"

Posisi ini sesuai jika ibu baru pulih daripada pembedahan ‘Cesarean’, memiliki payudara yang besar, menyusukan bayi pramatang atau bayi yang kecil saiznya atau menyusukan anak kembar pada waktu yang serentak.

Sokong kepala bayi dengan tangan. Gunakan bantal untuk menyokong belakang badan Ibu.

3. POSISI BERBARING

Posisi ini sesuai apabila anda dan bayi rasa letih. Jika anda baru pulih daripada pembedahan ‘Cesarean’, ini mungkin satu-satunya posisi yang boleh anda cuba pada beberapa hari pertama. 

Sokong kepala anda dengan lengan. 
Sokong bayi anda dengan lengan atas.

Posisi menyusu penting dalam menjayakan proses penyusuan. Bagi memastikan ibu selesa dan bayi juga tenang dalam dakapan ibu.

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu

Saturday, 19 November 2016

Bengkel Nutrisi Shaklee Melaka 2016

Syarikat Shaklee menyediakan pelbagai program untuk para pengedar dan kepada orang awam seperti Bengkel Kesihatan dan Kesedaran yang diadakan setiap bulan di kawasan-kawasan tertentu.

Assalamualaikum & hai. 

BENGKEL NUTRISI SHAKLEE 13 NOVEMBER 2016 - MELAKA

Akhirnya setelah tiga tahun bergelar pengedar bebas Shaklee, Nuha berjaga mengambil peluang untuk menghadirkan diri ke Bengkel Nutrisi anjuran Shaklee. 

Bengkel ini dianjurkan khas untuk semua pengedar bebas Shaklee sahaja dan tiketnya adalah terhad. Nuha hampir saja terlepas peluang ini. Mujur leader Nuha dapat tolong belikan tiket di saat akhir. 

Banyak ilmu pentang produk dan tip baru yang Nuha dapat daripada bengkel ini walaupun sudah tiga tahun bersama Shaklee. Ringkasnya badan kita memerlukan nutrisi yang lengkap untuk terus berfungsi dengan sempurna.

Malangnya makanan yang kita makan setiap hari tidak membekalkan nutrisi lengkap pada kadar yang diperlukan tubuh. Ditambah pula dengan keadaan bumi yang semakin tercemar, gaya hidup yang penuh tekanan dan kesibukkan hidup menjadikan kita lebih terdedah kepada pelbagai penyakit. 

Di akhir program, semua peserta diberi sijil penyertaan sebagai tanda telah menghadiri bengkel nutrisi ini. 

Bengkel Nutrisi Shaklee Melaka 2016

Di bengkel nutrisi ini Nuha telah mengambil bahagian untuk berkongsi pengalaman menggunakan produk Shakee. Sebagai perhargaan, Nuha dapat sebotol Sustained Release Vitamin C. Seronok sangat.

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.  

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu

Friday, 18 November 2016

Makanan Bayi: Serbuk Bilis Pengganti Garam

Bayi mula diperkenalkan dengan makanan pepejal hanya selepas 6 bulan usianya. Penggunaan garam, gula dan bahan perasa pula tidak digalakkan sebelum bayi mencapai umur dua tahun.

Assalamualaikum & hai.

MAKANAN BAYI: SERBUK BILIS PENGGANTI GARAM

Serbuk bilis adalah salah satu alternatif untuk memberi rasa masin dalam makanan bayi. Nuha kongsikan cara penyediaan serbuk bilis di bawah ini. 

CARA PENYEDIAAN SERBUK BILIS

1) Pertama sekali bersihkan ikan bilis, buang perut dan tulangnya. 

Serbuk Bilis Pengganti Garam dalam Makanan Bayi

2) Cuci bersih dan toskan seketika sebelum disangai.

3) Sangai (goreng tanpa minyak) sehingga air kering. Nuha sangai sehingga ikan bilis masak (garing). 

4) Sejukkan seketika, kemudian kisar halus menggunakan pengisar kering. 

5) Ayak serbuk bilis yang sudah dikisar untuk mendapatkan tekstur yang betul-betul halus. 

6) Ulang langkah kisar-ayak sehingga semua serbuk bilis habis diayak. 

7) Simpan di dalam bekas kedap udara dan disimpan di dalam peti sejuk supaya ia tahan lebih lama. 

8) Untuk penggunaan, ambil sedikit serbuk bilis dengan menggunakan sudu kering untuk elak serbuk bilis cepat rosak. 

Tekstur makanan bayi bergantung pada umur dan bilangan gigi bayi. Makanan yang tidak terlalu halus boleh mula diberikan seiring dengan tumbesaran bayi. 

Gunakan serbuk bilis ini di dalam sup, bubur dan menu-menu bayi yang lain. 

Selamat mencuba ibu-ibu semua. 

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan,  produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatang dengan Shaklee.

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu


Susu Ibu: Keperluan Minum Air Ketika Berpantang

Persoalan yang sering bermain di fikiran ibu terutamanya ibu-ibu baru adalah tentang pengambilan air. Bolehkah ibu berpantang minum air banyak?

Assalamualaikum & hai.

SUSU IBU: KEPERLUAN MINUM AIR KETIKA BERPANTANG

Air sering menjadi topik salah faham antara anak dan menantu. Apabila berpantang ibu mertua sangat-sangat sensitif tentang air.

Bukan setakat ibu mertua, ada kala ibu sendiri pun melarang anak yang berpantang dari minum air secukupnya. Termasuklah ibu Nuha semasa Nuha berpantangkan Ez-Zahra Dahlea dulu. 

Menurut ibu jika minum lebih air boleh sebabkan rahim kembang dan perut buncit. 

Itu belum nenek campur tangan ketika cucu berpantang. Ada cucu terpaksa curi-curi minum air!

Susu Ibu: Keperluan Minum Air Ketika Berpantang

Bagi ibu menyusu, pengambilan antara 8 - 10 gelas air diperlukan bagi memastikan proses penghasilan susu tidak terganggu. Walau bagaimanapun, jumlah 8 - 10 gelas air ini tidak terhad kepada semua ibu. 

Ada ibu memerlukan lebih daripada anggaran ini. 

Selain minum air masak, ibu juga disarankan minum jus buah-buahan yang segar seperti epal, dan sayuran seperti lobak merah.

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu

4 Jenis Rezeki

Rezeki bukan hanya didatangkan dalam bentuk wang sahaja. Kesihatan, ketenangan fikiran, ilham, bakat, ahli keluarga, kelapangan masa dan lain-lain semua itu juga rezeki yang kita wajib syukuri. 

Assalamualaikum & hai. 

Salam Jumaat penuh keberkatan. 

4 JENIS REZEKI

Tahukah anda rezeki ada 4 jenis?

1) Rezeki yang Allah dah jamin semua dapat. - Surah Hud ayat 6 -

2) Rezeki yang diberi Allah mengikut kadar usahanya. - Surah al-Najm ayat 39 -

3) Rezeki yang Allah tambah jika kita bersyukur. - Surah Ibrahim ayat 7 -

4) Rezeki yang datang secara tidak disangka bagi orang yang bertawakal. - Surah Al-Thalaq ayat 2 & 3 -

Nuha doakan semua yang membaca entri ini dimewahkan olehNya dengan rezeki yang berkat. Amin.

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: nuha hayati

Thursday, 17 November 2016

Cyst Kecut Dengan Gla Complex Dan Vivix

Antara faktor yang menyebabkan seseorang itu mempunyai cyst adalah hormon yang tidak stabil, diet pemakanan yang tidak seimbang dan stress.

Assalamualaikum & hai. 

CYST KECUT DENGAN GLA COMPLEX DAN VIVIX

Malam ini Nuha ingin berkongsi satu lagi testimoni. Kali ini tentang cyst. Alhamdulillah, dengan pengambilan Gla Complex dan Vivix secara konsisten cyst telah mengecut. 

Testimoni Cyst Kecut dengan Gla Complex dan Vivix

Secara ringkasnya, Gla Complex berperanan dalam menstabilkan hormon dan Vivix berfungsi untuk melindungi sel daripada sebarang kerosakan dan membaiki sel yang rosak hingga ke peringkat DNA. 

Apa pun, semuanya kesembuhan datangnya dari Allah jua. Kita hanya berusaha dan bertawakal. 

Hubungi Nuha untuk konsultasi produk Shaklee, penyusuan susu ibu dan kesihatan, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu

Wednesday, 16 November 2016

Tip Bisnes: Perkongsian Kejayaan Neelofa

Mengaku sajalah Nuha salah seorang peminat Neelofa. Meletup-letup Neelofa dan Fattah Amin dalam Drama Suri Hati Mr. Pilot. Walaupun dah lebih seminggu drama tersebut tamat, bahangnya masih belum reda. 

Assalamualaikum & hai. 

Neelofa dilahirkan dalam keluarga yang memang mempunyai DNA berniaga. Dari nenek moyang dan ibunya memang minat berniaga. 

PERKONGSIAN KEJAYAAN NEELOFA

Neelofa biasa membantu ibunya berniaga. Malah Neelofa pun mencuba bermacam-macam perniagaan seperti perniagaan kasut, jubah Neelofa dan contact lens sebelum meletop dengan tudung instant shawl.

PERJALANAN PERNIAGAAN NEELOFAR HIJAB

- Menubuhkan Neelofar pada tahun 2014.
- Menjalankan perniagaan 100% secara atas talian pada masa itu.
- Permulaan jualan, beliau hanya membuat 200 helai sahaja.
- Selepas mendapat sambutan, barulah mereka mula membuat jualan di bazar-bazar dan di expo-expo.

- Beliau mempunyai 800 agen yang berdaftar tetapi hanya 400 sahaja yang aktif. Sekarang telah membuat sistem yang lebih ketat untuk mencari agen yang berkualiti. 
- Apabila bertekad membuat bisnes beliau mahu fokus dan langsung tidak berlakon selama 3 tahun. Hanya memenuhi jemputan pengacaraan sahaja.

- Beliau menggunakan Bahasa Inggeris di website sehingga dapat jualan dari 37 buah negara. Jualan dari luar negara pada tahun lepas ialah 6 juta.
- Jualan dalam negara pada tahun lepas 50 juta.

- Hanya menjual 2 jenis hijab iaitu Instant Hijab dan Semi Instant Hijab. 
- Selepas 3 tahun tidak berlakon, beliau rasa perlu kembali membuat marketing melalui lakonan. Jadi beliau berjumpa Micheal Ang.

- Kebetulan Micheal Ang kata ada satu naskah dan setuju Neelofa jadi heroin drama tersebut iaitu Suri Hati Mr Pilot. 
- Selepas tahu sinopsis drama tersebut, beliau balik ke pejabat dan memanggil designer untuk mereka 3 jenis tudung yang mewakili 

(a) Warda semasa bujang 
(b) Warda selepas berkahwin 
(c) Warda selepas dapat anak 

- Ternyata percaturan beliau berjaya apabila jualan tudung warda meletop-letop sepanjang cerita Suri Hati Mr Pilot.

Neelofa dan Fattah Amin dalam Drama Suri Hati Mr. Pilot

PESANAN NEELOFA

Pesanan Neelofa kepada yang baru nak menceburi dunia bisnes

(a) Mesti tahu brand identiti yang ingin ditonjolkan. Logo, warna (beliau menetapkan tudung neelofar hanya menggunakan warna-warna pastel) cara copywriting (tentukan corak bahasa dari hari 1).

(b) Kena tahu siapa target market produk kita. 

(c) Pastikan produk kita berkualiti. Invest dalam photoshoot. Gambar mesti cantik.

(d) Gunakan pemasaran yang murah. Beliau mulakan dengan teknik marketing kos rendah. Hanya di FB dan Instagram.

(e) Pos banyak kali dalam sehari. Guna gambar yang berbeza-beza.

f) Bagi detail bagi setiap collection.
   
g) Beri info yang bermanfaat kepada pelanggan.
   
h) Membuat marketing dengan cara yang berbeza (terlalu banyak org buat tutorial, video dan sebagainya- tahun ini beliau buat marketing untuk koleksi hari raya secara drama ringkas bersiri) Mesti kreatif!

i) Manfaatkan sepenuhnya media sosial. 

Banyak input yang diperolehi daripada perkongsian Neelofa. Beliau memang berusaha keras untuk menjadikan bisnesnya seperti hari ini.

Nuha copy dan kongsikan disini untuk pembacaan anda. Semoga kita sama-sama beroleh manfaat daripada pengkongsian kisah kejayaan Neelofa ini. InshaAllah.

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481

Istimewa Lecithin Untuk Ibu Menyusu

Anda dah tahu manfaat Lecithin selain membantu dalam mengawal berat badan?

Assalamualaikum & hai.

MANFAAT LECITHIN UNTUK IBU MENYUSU

Manfaat Lecithin untuk Ibu Menyusu
Sumber: FB Shaklee Malaysia

Antara manfaat Lecithin kepada ibu menyusu adalah: 

1) Membantu mengurangkan risiko duktus susu tersumbat

2) Melegakan bengkak susu

3) Melembapkan kulit

4) Membantu mengatasi masalah mudah lupa selepas bersalin

5) Melegakan sembelit

6) Membantu menurunkan berat badan selepas bersalin

7) Membantu perkembangan otak bayi

Kini anda berpeluang untuk memiliki sebotol Lecithin percuma dengan setiap pembelian tiga botol Lecithin. Ini adalah tawaran masa terhad sahaja. 

Hubungi Nuha sekarang untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu

Saya Ingin Bantu Ibu Menyusu

Pengalaman hampir kecundang menyusukan Ez-Zahra Dahlea banyak memaksa Nuha untuk mencari gali ilmu tentang penyusuan susu ibu. Kekerapan untuk menyusukan bayi, kekerapan mengepam susu, pemakanan, pemikiran (mind set), emosi, gaya hidup dan tidak dilupakan pergantungan pada yang maha pemberi rezeki susu ibu itu. 

Assalamualaikum & hai.

SAYA INGIN BANTU IBU MENYUSU

Alhamdulillah, setelah belajar dari kesilapan lalu, hari ini Nuha lebih yakin untuk meneruskan misi penyusuan susu ibu kepada Luthfi Aduqa pula.

Ditambah dengan ilmu tentang nutrisi hasil dari cari gali ilmu sebagai pengedar bebas Shaklee selama tiga tahun, Nuha dengan berbesar hati ingin membantu ibu-ibu yang sedang berjuang menyusukan si manja. 

Ibu menyusui dan bayi susu ibu
Sumber: Google

Sebenarnya menyusukan si manja bukan hanya sekadar memastikan kuantiti susu ibu cukup bagi memenuhi keperluan si manja, tetapi juga untuk memastikan ibu memberikan si manja dengan susu ibu yang berkualiti dan bernutrisi tinggi di samping melengkapkan badan ibu dengan nutrisi yang ibu sendiri perlukan.

Kesihatan, kekuatan fizikal, emosi dan mood ibu sangat mempengaruhi penghasilan susu badan. Di sini pengambilan suplemen sangat membantu ibu. 

Alhamdulillah, Nuha sudah merasai kesan positif pengambilan suplemen Shaklee dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Jadi Nuha ingin berkongsi dan membantu lebih ramai ibu untuk mendapat manfaat yang sama.

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu

Wordless Wednesday: Great Things And Great Way



If you cannot do great things, do small things in a great way. 

-Napoleon Hill-

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu

Tuesday, 15 November 2016

Makanan Bayi: Puri Sawi Jepun

Selepas berjaya memperkenalkan beberapa jenis puri sayuran dan buah-buahan seperti puri keledek, puri kentang, puri epal, puri labu, puri bunga kubis, puri betik, puri kacang buncis, dan puri brokoli, hari ini nuha perkenalkan kepada Luthfi Aduqa dengan menu baru iaitu puri sawi jepun.

Assalamualaikum & hai. 

MAKANAN BAYI: PURI SAWI JEPUN

Cara penyediaannya sama seperti penyediaan puri-puri lain. Pertama sekali cuci bersih sawi jepun dan potong kecil sawi tersebut.

Makanan Bayi: Puri Sawi Jepun

Kukus selama 3 - 4 minit. Kemudian dibiarkan sejuk seketika sebelum dikisar halus. 

Makanan Bayi: Puri Sawi Jepun

Hari ini nuha perkenalkan puri sawi jepun ini bersama homemade cerelac dan serbuk bilis.

Makanan Bayi: Puri Sawi Jepun

Tahukah anda hampir 50% nutrisi dalam makanan musnah akibat haba daripada proses memasak. 

Sebagai alternatif, Nuha dan keluarga sudah mula mengamalkan pengambilan suplemen Shaklee untuk mencukupkan keperluan nutrisi yang diperlukan tubuh badan.

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu