Blog Nuha Hayati

"Terima Kasih Bright Mukmin", - Ez-Zahra Dahlea

Tahun lepas waktu-waktu macam ni Nuha dan suami mula survey tadika untuk Dahlea. Ya, kami nak masukkan Dahlea ke tadika pada usianya 4 tahun. Jarak antara rumah - sekolah, yuran pendaftaran dan yuran bulanan, cas overtime, jumlah tenaga pengajar dan jumlah pelajar, ruang dan kawasan di tadika dan kebersihan antara poin-poin yang kami ambil kira sebelum kami daftarkan Dahlea di Tadika Bright Bukmin Bukit Mahkota.

"TERIMA KASIH BRIGHT MUKMIN", - EZ-ZAHRA DAHLEA

5 Januari 2017 - 26 Ogos 2017 dah jadi sejarah dalam hidup Dahlea. Tempat pertama yang dijejaki dalam permulaan dunia persekolahan seorang Ez-Zahra Dahlea. Tak cukup setahun pun sekolah di Bright Mukmin sebab kami sekeluarga berpindah ke Kuala Selangor.

Dari umur 2 tahun dia dah mula cakap nak pergi sekolah, nak pergi sekolah bila dengar sepupu-sepupu bercerita hal sekolah.

Dahlea & classmates di Majlis Sambutan Hari Raya

Jadi Nuha dan suami sepakat nak hantarkan Dahlea ke tadika pada usianya 4 tahun untuk bagi ruang Dahlea asah skil sosial, latih untuk dia jadi lebih berdisiplin dan teratur.

Salah satu aktiviti di sekolah

Hasil asuhan dan didikan lebih kurang 7 bulan (tolak cuti sekolah) di Bright Mukmin, perubahan ketara yang kami nampak ialah Dahlea dah makin pandai bermain. Bila balik kampung jumpa sepupu-sepupu, Dahlea dah pandai kongsi mainan. Lebih baik dari sebelum pergi ke sekolah. Semua dia nak main sendiri sorang-sorang, taknak share.

Kalau bermain dengan sepupu, mesti ada yang menangis sebab Dahlea rampas mainan dan tak mahu kongsi mainan.

Daripada segi akademik, Dahlea dah kenal A - Z dengan lebih baik, kenal nombor 1 - 20, dah boleh pegang pensel dan menulis sendiri, kenal bentuk, warna, hafal doa-doa, surah-surah ringkas dan bacaan dalam solat.

Dahlea dan geng besties. 

Walau belum cemerlang macam anak orang lain tapi kalau semua ni kami sebagai parents yang ajar sendiri di rumah, belum tentu kami dapat duduk dan ajar sendiri setiap hari dengan kesabahan yang amat tinggi.

Lawatan sekolah

Sumber gambar: FB Bright Mukmin Bukit Mahkota

Untuk makluman, pendaftaran untuk kemasukan pelajar sesi 2018 sudah dibuka. Anda boleh hubungi nombor telefon yang tertera untuk maklumat lanjut.

Hubungi nombor tertera untuk maklumat lanjut

Akhir kata, Nuha dan suami nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua tenaga pengajar di Bright Mukmin Bukit Mahkota atas segala kasih sayang, didikan dan asuhan yang Dahlea dah terima sepanjang 7 bulan di Bright Mukmin. Mohon dihalalkan segalanya dan semoga Allah saja yang membalas jasa baik anda semua.

Dahlea sayang Teachers dan kawan-kawan Bright Mukmin Bukit Mahkota batch 2017!

Semoga Allah izinkan kita untuk berjumpa lagi.

Kepada parents yang sedang survey tadika untuk si permata hati, anda boleh jadikan poin-poin yang Nuha sebutkan di atas tadi sebagai panduan. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Adbox