Friday, 18 October 2019

Projek Susu 6.0: Bengkel Penjagaan Postnatal dan Penyusuan

PROJEK SUSU REBORN 6.0: BENGKEL PENJAGAAN POSTNATAL DAN PENYUSUAN

Tajuk: Penjagaan Postnatal & Penyusuan

Projek Susu
Bengkel Penjagaan Postnatal dan Penyusuan Anjuran Projek Susu


Penceramah : Norhafizah Ishak & Amalina Mohayidin (Terapi, Bidan & Kaunselor Laktasi Bertauliah)

dan Puan Siti Sarah, Nutritionist daripada Shaklee.

Istimewa bengkel kali ini peserta-peserta akan dapat perkongsian daripada Puan Nor Zaila (Detox Coach) tentang pemakanan sihat.

Tarikh: 1 December 2019
Masa: 9 am - 1 pm
Tempat: Level 3, Dr Forest C Shaklee Seminar Room, Sunway Geo Tower, Bandar Sunway.

Antara topik menarik akan dikupas termasuklah perbincangan tentang

* Persediaan berpantang
* Nutrisi semasa berpantang
* Cabaran penyusuan
* Persediaan kembali bekerja
* Pengurusan EBM

Istimewa kepada peserta-peserta bengkel kali ini akan menerima sehelai baju menyusu tajaan Lactancia! Hubungi Nuha sekarang untuk pertanyaan lanjut dan mendaftar bengkel ini.

Nuha
Pengedar Shaklee Sejak 2013
Contact: 017-4991289
FB: Nuha Hayati
IG: nuha.hayati

*Entri ini telah disalin ke blog penyusuan Nuha di susubonda.wordpress.com

Thursday, 17 October 2019

Apa Perbezaan Shaklee Nutriferon VS Shaklee Vitamin C

Rupanya masih ramai yang confuse dengan fungsi Nutriferon dan Vitamin C Shaklee. Mari baca entri ni sampai habis Nuha akan rungkaikan persoalan ini. 

APA BEZA SHAKLEE NUTRIFERON DAN SHAKLEE VITAMIN C? 

Soalan:
Kalau dah makan Vitamin C Shaklee, perlu ambil Nutriferon lagi ke?

Soalan:
Kalau ambil Nutriferon, Vitamin C tak perlu ambil dah kan? Sebab dah power kan?

Natural Interferon
Nutriferon dihasilkan daripada gabungan 4 tumbuhan semulajadi

Mari tengok perbezaan dua produk hebat ni guna analogi. 

Dalam sistem imuniti kita, ada sel-sel darah putih. Mereka ni ibarat askar. Bila kita makan Vitamin C, ibarat kita beri makan pada askar-askar itu. Sebab Vitamin C ni sejenis nutrien yang larut dalam air. Maka kita perlu ambil pada kadar yang tetap iaitu setiap hari 

Cukup vitamin C, askar-askar itu akan jadi sado-sado belaka. Kuat. 

Jadi kenapa kita perlu ambil Nutriferon pula? 

Dalam kem askar, setiap batalion tu ada komader kan? Samalah dengan sistem imuniti. Komander tak pegang senapang pergi bunuh musuh. Tapi komander yang kena peka, kena berjaga-jaga dan jadi penggera pada askar-askar. 

Sel imuniti adalah askar. 
Interferon adalah komander. 

Ada askar yang sado-sado semua. Tapi kalau tak ada komander, siapa nak gerakkan batalion askar tu bila kena berperang? Musuh dah masuk, komander tak tiup wisel. Tak bagi signal untuk askar-askar bertindak. Naya je kan? 

Nutriferon Shaklee
Interferon Sebagai Komander dalam Batalion

Silap-silap habis semua askar pun kena kepung.

Bila kita makan Nutriferon, bahan-bahan semulajadi dalam Nutriferon akan membantu badan kita menghasilkan interferon. Cukup interferon, cukuplah komander untuk menjaga setiap batalion askar di setiap kem.

Nutriferon Shaklee
Interferon Perisai Semula Jadi Badan

Jadi sekarang boleh faham tak tugas-tugas rasmi Shaklee Vitamin C dan Shaklee Nutriferon. Setiap satunya ada fungsi tersendiri yang sama-sama penting.

Hubungi Nuha untuk konsultasi kesihatan dan Produk Shaklee, atau jika berminat untuk me jana pendapatan bersama Shaklee. 

Nuha
Pengedar Shaklee Sejak 2013
Contact: 017-4991289
FB: Nuha Hayati
IG: nuha.hayati

Monday, 14 October 2019

Saya Berjaya Turunkan Berat Sebanyak 3.6kg Dan 11.5inci Dalam Masa 9 Hari

Menurunkan berat badan dan kekal kurus pada berat badan ideal bukanlah suatu yang mustahil kalau kena dengan ilmu dan gayanya. Program Jom Detox Jutawan menjanjikan penurunan berat badan yang sebenar dan bukan cakap-cakap kosong.

Program Jom Detox Jutawan
Jom Detox Jutawan Program Penurunan Berat Badan Sebenar

Kami sudah mempunyai rekod seramai 36 orang peserta Program Jom Detox Jutawan yang berjaya turun berat sebanyak 10kg dan ke atas dalam masa 17 hari dan jumlah berat badan yang berjaya diturunkan melebihi 3000kg, iaitu 3 tan! Awak boleh dapatkan bacaan lanjut tentang 11 Perbezaan Program Jom Detox Jutawan Berbanding Program Kurus lain.

Baca juga: 5 Testimoni Bukti Kejayaan Program Jom Detox Jutawan

Dalam entri ini Nuha akan berkongsi pengalaman Mentor Bisnes Shaklee Nuha iaitu Master Sharifah Farina sebagai salah seorang peserta Program Jom Detox Jutawan batch 16.0 yang telah bermula pada 1 Oktober 2019 lepas.


MENTOR BISNES SAYA BERJAYA TURUN BERAT SEBANYAK 3.6KG DAN PENGURANGAN INCI BADAN SEBANYAK 11.5 INCI DENGAN PROGRAM JOM DETOX JUTAWAN 16.0

Mesra dengan panggilan Master Farina, beliau berumur 42 tahun dengan berat sebelum berdetox 64.9kg dan tinggi 160cm. Fokus utama beliau berdetox dengan Program Jom Detox Jutawan adalah untuk menurunkan berat badan, mengempiskan perut dan untuk mendapatkan tubuh yang lebih fit.

Master Farina sukakan makanan manis macam kek, donut, aiskrim, makanan-makanan masin, kopi 3 dalam 1 ataupun ditambah dengan susu pekat.

Beliau berazam untuk mengurangkan pengambilan gula dan mengamalkan tabiat pemakanan yang lebih baik selepas tamat program detox.

Baca: Detox untuk Kurus Tapi Hakikatnya Dapat Lebih Lagi

Program Jom Detox Jutawan
Master Farina hilang 2.5kg pada hari ketiga detox

Seisi keluarga menerima dengan baik rancangan Master Farina untuk berdetox. Suami awal-awal lagi dah bersedia kalau-kalau ada berlaku swing mood semasa beliau berdetox tapi alhamdulillah perkara tu tidak berlaku.

Anak-anak hairan tengok Umi mereka makan sayur je di awal-awak hari detox. Mereka pun nak rasa sekali.

Inilah yang bagusnya apabila perkara yang baik dibawa masuk ke dalam keluarga. Pendedahan awal anak-anak kepada pemakanan sihat dan berkhasiat penting untuk memandu mereka ke arah gaya hidup yang sepatutnya.

Baca: 3 Gaya Hidup Sihat dengan Jom Detox Jutawan

Program Jom Detox Jutawan
Menu Detox Hari Kedua - Sup Sayur

Antara pengalaman berdetox tak dapat dilupakan apabila saya mengalami sakit kepala yang sangat teruk di hari pertama dan kedua berdetox. Kalau dulu bila diserang sakit kepala tangan akan laju je capai panadol, tapi sekarang tak lagi sebab dah makin faham apa yang sedang berlaku kepada tubuh badan yang sedang "dibersihkan". Jadi apa yang saya buat ialah bertahan dengan tindak balas badan ni. 

Ada juga saya terjaga waktu tengah malam sebab lapar. Tapi saya bersabar dan bertahan je. Demi mendapatkan "tubuh badan baru" yang pastinya lebih hebat! 

Saya rasa tak percaya bila naik atas penimbang berat dah mula turun walaupun masa tu baru fasa predetox. Tak mula detox pun lagi!

Pertama kali saya menikmati salad sayur-sayuran dengan dressing salad buatan sendiri daripada resepi sihat yang dikongsikan oleh Coach Detox. 

Program Jom Detox Jutawan
Menu Detox Hari Ketiga Master Farina

Ini pengalaman pertama saya berdetox secara berkumpulan dengan Program Jom Detox Jutawan. Program ni sangat meriah dan saya rasa seronok dapat berkongsi update terkini tentang penurunan berat badan dan menyaksikan sendiri kawan-kawan detox yang sama-sama sedang mengalami penurunan berat. Memang best!

Hari ini hari ke 14 Program Jom Detox Jutawan 16.0. Ada tiga hari lagi sebelum tamat program, para peserta sedang mengikuti fasa Post-Detox. Dalam beberapa hari ni peserta-peserta didedahkan dengan topik-topik kesihatan dan pemakanan sihat seperti amalan eat clean, keperluan untuk melakukan detox secara berkala dan peluang penyertaan semula program detox bagi alumni program ini.

Baca: Bagaimana Nak Join Program #JomDetoxJutawan

Jom Detox Jutawan
Gambar Sisi Master Farina Pada Hari Pertama dan Hari ke-14
Program Jom Detox Jutawan 

Kepada yang berminat untuk mengetahui lanjut tentang Program Jom Detox Jutawan dan ingin menyertainya, awak boleh menghubungi Nuha di nombor telefon yang tertera.

Nuha
Pengedar Shaklee Sejak 2013
Contact: 017-4991289
FB: Nuha Hayati
IG: nuha.hayati

Sunday, 13 October 2019

7 Kelebihan Buat Bisnes Shaklee Berbanding Bisnes Lain

Banyak kelebihan bisnes Shaklee yang Nuha nampak sepanjang lebih 6 tahun Nuha bersama dengan Shaklee. Alhamdulillah lebih daripada separuh dekad dengan bisnes Shaklee, kalau bisnes Shaklee banyak kekurangannya tak mungkin Nuha akan bertahan sebegini lama dengan bisnes ini. Harini Nuha akan kongsikan kelebihan buat Bisnes Shaklee yang memaksa Nuha masih teguh bertahan hingga kini.

7 Kelebihan Buat Bisnes Shaklee Berbanding Bisnes Lain
7 Kelebihan Buat Bisnes Shaklee Berbanding Bisnes Lain
Gambar dari: salesforce.com

7 KELEBIHAN BUAT BISNES SHAKLEE BERBANDING BISNES LAIN

Dalam entri ini Nuha tak akan memburuk-burukkan bisnes lain sebab pada Nuha setiap bisnes ada kekuatan dan kelebihan masing-masing. Nuha pun tak pernah cuba buat bisnes lain selain Bisnes Shaklee ni. Nah Nuha kongsikan 7 kelebihan buat Bisnes Shaklee berbanding bisnes lain.

1) KEKUATAN BISNES SHAKLEE PADA PRODUKNYA

Sebagai peniaga, kita mesti nak jual produk yang terbaik. Shaklee ada produk-produk hebat yang selamat, terbukti dan berkesan.

PRODUK SHAKLEE SELAMAT
Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk-produk Shaklee dipilih secara teliti untuk memenuhi standard yang tinggi bagi menjamin bahawa semua produk Shaklee adalah selamat.

TERBUKTI
Para saintis Shaklee sentiasa mencari bahan dan ramuan tulen dan mujawab dari alam semula jadi, membuat semakan terbitan saintifik dan melakukan kajian mereka sendiri untuk mengesahkan keberkesanan sesuatu bahan.

BERKESAN
Keberkesanan produk Shaklee telah dibuktikan melalui Kajian Suplemen Pemakanan Shaklee - satu kajian penanda aras yang telah menunjukkan bahawa mereka yang mengambil suplemen Shaklee memiliki kesihatan yang jauh lebih baik berbanding mereka yang mengambil multivitamin jenama lain atau tidak mengambil apa-apa suplemen.

Dengan produk yang syarikat sediakan, kami para pengedarnya tak perlu pening kepala nak buat R&D bagai. Produk terbaik sudah tersedia, kami cuma pasarkan dan berkongsi kebaikan produk-produk Shaklee kepada orang ramai.

Baca: 7 Sebab Kenapa Suri Rumah Wajib Buat Bisnes

2) POTENSI PELANGGAN REPEAT ORDER SANGAT TINGGI

Selain produk penjagaan diri, kecantikan dan penjagaan rumah, Shaklee menawarkan banyak produk pemakanan sihat. Pengguna mengamalkan suplemen-suplemen setiap hari. Sama seperti makanan-makanan lain, sampai masa suplemen akan habis.

Dengan manfaat kesihatan yang diperolehi daripada pengambilan produk-produk suplemen Shaklee, potensi pelanggan-pelanggan untuk sentiasa repeat order adalah sangat tinggi.

3) GANJARAN BISNES YANG MEMUKAU

Shaklee menawarkan ganjaran tunai (cash) dalam pelbagai kategori tidak termasuk untung runcit. Semua pengedar Shaklee berpeluang untuk menikmati Personal Bonus, Net Personal Bonus, Leadership Bonus dan Coordinator Bonus.

Baca: 3C Janjikan Bisnes Shaklee Luar Biasa

Selain cash bonus, ada lagi insentif kereta dan trip percutian percuma untuk mereka yang layak. Alhamdulillah, Allah dah lorongkan Nuha dengan pilihan yang sangat tepat iaitu memilih untuk buat Bisnes Shaklee. Segala peluang dan ganjaran sudah tersedia cuma perlu rajin-rajin berusaha dengan sabar dan solat sahaja.

Nuha percaya semua bucket list Nuha bakal tercapai melalui Bisnes Shaklee, InshaAllah. Awak ada bucket list sendiri kan, jom hit satu persatu bucket list awak bersama Shaklee!

Baca: Rahsia Capai Bucket List dengan Incentive Trip Shaklee

4) BISNES SHAKLEE DI MANA-MANA

Bisnes Shaklee boleh dilakukan di mana sahaja Nuha berada. Balik kampung bisnes masih on, pergi kemana-mana tetap boleh kendalikan bisnes seperti biasa sebab Shaklee dah sediakan sistem online yang lengkap bagi memudahkan kami semua.

Semua urusan buat pesanan boleh dibuat bila-bila masa selagi Nuha bersama dengan rangkaian internet. Mudah sangat!

5) GAJI ONTIME TAK PERNAH LEWAT

Pernah Nuha tanya pada seorang kawan "kenapa awak dah tak buat bisnes XX tu?". Jawapannya sebab syarikat ada masalah nak bayar komisyen. Allah.

Bila kita dah letak usaha dan kita tahu yang kita akan dapat ganjaran hasil titik peluh tu, tentu lah kita mengharap dan nak kan hak kita tu.

Baca: Nak Buat Side Income RM2000 Sebulan?

Alhamdulillah sepanjang 6 tahun Bisnes Shaklee ni belum pernah walau sehari syarikat masukkan bonus lambat dari 15 hari bulan. Lebih awal dari yang sepatutnya adalah. 

Kadang-kadang 13 hari bulan dah masuk bonus bulan lepas dalam akaun. Syukur sangat sebab buat bisnes dengan syarikat yang mantap macam ni. 

6) BISNES SHAKLEE ADA PENYATA BONUS

Ini satu kelebihan besar yang Shaklee tawarkan sebab bukan semua bisnes ada "slip gaji". Biasanya orang berniaga ni takkan ada slip gaji sebab dialah majikan, dialah pekerja.

Kalau ada urusan yang perlukan slip gaji, perlu dapatkan pengesahan pendapatan daripada individu tertentu. Tapi dengan Shaklee tak perlu susah-susah macam tu dah sebab syarikat ada sediakan penyata bonus

Dengan penyata bonus ini, ramai pengedar Shaklee berjaya lulus untuk buat pinjaman beli rumah, kereta dan lain-lain. 

Bukan biasa-biasa kan Bisnes Shaklee ni? 

7) TIDAK BERSEORANGAN, BISNES SECARA BERKUMPULAN

Buat bisnes ada cabarannya yang tersendiri. Dengan bisnes Shaklee, segala masam masim dan pahit cabaran bisnes Nuha tak tanggung sendirian. 

Masalah sebesar mana pun, kalau dapat dikongsi dengan individu yang sehaluan dan memahami pun dah rasa lega sangat. 

Nuha sentiasa ada mentor bisnes sebagai rujukan dan tempat untuk mengadu cabaran bisnes. Alhamdulillah, berada di bawah #TeamJutawan banyak membantu Nuha untuk dapat info-info pemasaran terkini, Produk-produk dan sokongan motivasi sesama ahli kumpulan. 

Nuha juga ada Organisasi Bisnes Shaklee sendiri iaitu Team Excellenters. Sama macam #TeamJutawan buat, Nuha aplikasikan perkara yang sama kepada downline-downline Nuha.

Baca: 4 Sebab Best Awak Mesti Join #TeamJutawan

Tulah dia 7 kelebihan buat Bisnes Shaklee yang Nuha dah rasa. Sebenarnya ada banyak lagi kelebihan buat Bisnes Shaklee yang Nuha nak kongsi. InshaAllah di entri lain. Hubungi Nuha untuk pertanyaan lanjut tentang kelebihan bisnes Shaklee ini dan sertai Team Excellenters bersama-sama Nuha.

Nuha
Pengedar Shaklee Sejak 2013
Contact: 017-4991289 
FB: Nuha Hayati
IG: nuha.hayati

Saturday, 12 October 2019

5 Organ Detox dan Fungsi

Dalam keadaan normal dan sihat tubuh kita akan terus melakukan proses detox bagi memastikan ianya kekal bersih. Tubuh kita sebenarnya berkeupayaan melakukan proses detox dengan sendirinya dengan 5 organ yang mempunyai fungsi detox yang berlainan.

5 ORGAN DETOX DAN FUNGSI-FUNGSINYA

Fungsi Organ Detox
5 Organ Detox dan Fungsinya
Gambar dari: draxe.com

Badan kita telah dilengkapkan dengan organ yang membantu untuk proses detox. Organ-organ ini termasuklah hati, usus (termasuk kolon), buah pinggang, paru-paru, dan juga kulit.

Baca: 3 Gaya Hidup Sihat dengan Jom Detox Jutawan

Organ-organ ini berfungsi dalam membersihkan tubuh badan kita atau menyahtoksin bagi memastikan kita kekal sihat. Malahan kulit kita menyah toksin melalui peluh.

PARU-PARU
Paru-paru berfungsi dalam membuang pelbagai jenis gas seperti gas karbon dioksida dari saluran darah.

KULIT
Kulit kita melakukan detox melalui kelenjar peluh.

BUAH PINGGANG
Buah pinggang membuang sisa dan air dari darah dalam bentuk air kencing yang kemudiannya dikeluarkan dari tubuh melalui pundi kencing.

SISTEM PENGHADAMAN
Usus memainkan peranan penting dalam menghantar bahan buangan keluar daripada badan dengan setiap pergerakan usus.

HATI
Hati meneutralkan bahan pencemar yang boleh mencetuskan pelbagai masalah kesihatan.

Buah pinggang dan hati adalah dua orang paling organ yang sangat penting kepada proses detox.

Baca: Kenapa Perlu Detox Jika Nak Kurus?

DETOX MEMBANTU TUBUH KEKAL CERGAS

Jadi sekiranya tubuh badan kita membersihkan dirinya sendiri, mengapa kita masih perlu berdetox?

Hampir semua orang sebenarnya perlu beri lebih "kasih sayang" kepada organ-organ detox dari semasa ke semasa. Kehidupan harian kita selalu bagi petunjuk yang tubuh badan kita sebenarnya memerlukan sokongan tambahan kepada kitar detox semulajadi badan.

Contohnya, kalau kita sering rasa kurang bertenaga, sakit kepala, mengalami pertambahan berat badan secara mendadak, kerap sembelit dan sukar mendapat tidur yang berkualiti, sebenarnya badan kita cuba untuk bagitahu yang ia memerlukan sokongan tambahan.

Dengan sokongan nutrisi yang baik, tenaga sistem tubuh kita akan menjadi lebih kuat untuk mendapatkan semula tenaga dan kecergasan, memperbaiki kekuatan mental dan kekal fokus serta menurunkan berat badan agar kelihatan lebih baik, sihat dan segar!

Ibaratkan diri kita seperti kereta, di mana ia memerlukan minyak untuk kekal bergerak. Tapi, sehebat mana pun kereta itu lambat laun ia tetap akan mengalami kerosakan. Untuk mengekalkan prestasi kereta pada peringkat optimum, ia perlu diservis dan dibersihkan serta diganti minyak hitam dan tayarnya.

Tanpa bantuan tambahan, badan kita berkemungkinan besar akan dipenuhi toksin dan kesihatan kita akan turut terjejas.

Semakin lama toksin terkumpul dalam tubuh, semakin tinggi kebarangkalian ia akan melumpuhkan organ dan memudaratkan fungsi tubuh kita. Detox bererti kita mengurangkan beban toksik yang terkumpul di dalam badan dan mengekalkan prestasi organ detox di dalam badan.

“Solusi Menyeluruh Detoks Shaklee” boleh diambil setiap hari sebagai supplemen pemakanan yang berzat dan ia juga membantu dalam menangani sisa toksik berlebihan di dalam tubuh. Mulakan langkah hidup sihat dengan Program Jom Detox Jutawan. 

Group Jutawan menawarkan Program Jom Detox untuk awak sertai dan rasai sendiri pengalaman berdetox dan pengalaman ibarat memiliki tubuh badan yang baru. Kami menyediakan program detox sepanjang 17 hari. Dalam masa 17 hari ini, awak akan menerima bimbingan intensif daripada Coach Detox berpengalaman, himpunan resepi detox yang sangat sedap lagi berkhasiat, teknik melakukan senama mudah, info berkaitan detox dari semasa ke semasa sepanjang program, dan semestinya yuran Coach Detox serendah RM20 sahaja!

Bacaan lanjut: Kelebihan Program Jom Detox Jutawan

Terkini! Kami sudah membuka pendaftaran Program Jom Detox Jutawan 17.0 yang akan bermula 15 Oktober 2019. Hubungi Nuha segera untuk mendaftar program ini. Nuha pasti inilah program yang awak cari-cari selama ini sebagai langkah pertama kearah gaya hidup yang lebih baik.

Program Jom Detox Jutawan
Program Jom Detox Jutawan 17.0 akan bermula 15 Oktober 2019

Nuha
Pengedar Shaklee Sejak 2013
Contact: 017-4991289
FB: Nuha Hayati
IG: nuha.hayati

Friday, 11 October 2019

Bekerja tapi nak buat bisnes? Boleh ke?

Sebenarnya ramai yang belum tahu bahawa orang yang bekerja masih boleh buat bisnes kalau kena dengan gayanya. Ada juga sesetengah kumpulan kecil orang bujang contohnya buat bisnes bagi mengisi masa lapang yang terluang. Semuanya boleh asalkan ada kemahuan dan rajin berusaha. Mentor Nuha dalam Bisnes Shaklee telah membuktikan bahawa individu yang bekerja boleh dan mampu untuk buat bisnes. Ya, boleh!

BEKERJA TAPI NAK BUAT BISNES? MEMANG BOLEH!

Sebelum ini Nuha ada kongsikan kisah tentang mentor Nuha dalam Bisnes Shaklee, iaitu Master Sharifah Farina binti Syed Abu Bakar. Beliau dahulunya bekerja di salah sebuah syarikat GLC di Malaysia sebelum membuat keputusan untuk berhenti kerja dan fokus sepenuhnya kepada keluarga dan Bisnes Shaklee.


Beliau telah membuktikan bahawa seseorang itu boleh buat bisnes dan berjaya dalam bisnes walaupun bekerja. 

Rahsianya adalah pada kemahuan. Kalau kita nak kan sesuatu, mesti kita sanggup buat apa saja. 

Nuha ambil contoh Master Sharifah Farina yang dahulunya seorang wanita bekerjaya, sudah berkahwin dan mempunyai anak. Macam mana nak buat bisnes dengan rutin harian yang semestinya sudah padat dan sendat? Nuha akan kongsikan tip bagaimana orang bekerja tapi masih boleh buat bisnes.

7 TIP MANTAP INDIVIDU BEKERJA DAN BUAT BISNES

Kelebihan Bisnes Shaklee
Wanita Bekerja Masih Boleh Buat Bisnes
Gambar dari: rayhigdon.com

1) PILIH BISNES ONLINE
Pada Nuha bisnes online adalah pilihan terbaik untuk golongan yang bekerja. Tentunya bisnes online lebih mudah, fleksibel, tak perlu tapak kedai, tak perlu turun buka dan tutup kedai. Bisnes online terbaik memandangkan segalanya boleh dibuat hanya dihujung jari.

Apa yang lebih best dengan bisnes Shaklee walaupun awak hanya inginkan pendapatan tambahan dengannya, syarikat menyediakan banyak kelebihan antaranya penyata bonus. Buat bisnes online secara part-time pula tu siap ada penyata bonus!

Laku di mata pegawai-pegawai bank dan ramai telah lulus pinjaman rumah dan kereta menggunakan penyata bonus Shaklee.

Baca: 7 Kelebihan Buar Bisnes Shaklee Berbanding Bisnes Lain 

2) KURANGKAN MASA BERLIBUR
Nuha jamin setiap orang walau sesibuk mana pun rutin harian tetap akan ada masa untuk berlibur. Cuci mata di shopping mall semasa rehat tengahari, main game online semasa tersangkut dalam kesesakan jalan raya waktu pagi dan petang, layan gosip artis dan menonton Drama Korea lewat malam.

Betul, tak salah untuk kita ambil sedikit masa untuk me time, tapi kalau betul-betul nak buat bisnes haruslah dikurangkan sedikit me time tu dan diubah kepada aktiviti bisnes. 

Masa yang digunakan dengan baik boleh memberi pulangan duit! 

3) RANCANG AKTIVITI HARIAN
Sebagai seorang yang sedia kala sibuk dengan kerja hakiki dari Isnin hingga Jumaat dari pagi hingga ke petang, balik kerja sibuk pula dengan tugasan di rumah yang tidak pernah habis, dan tentunya suami dan anak-anak yang menjadi keutamaan. Jadi macam mana pula nak selitkan aktiviti bisnes?

Rahsianya adalah dengan merancang aktiviti harian. Nuha faham kita semua memang setiap hari sangat sibuk. Jadi rancang aktiviti harian adalah jalan terbaik untuk kita menjadi lebih produktif dengan rutin wajib dan rutin tambahan menguruskan bisnes.

Apabila kita merancang, kita sudah pun mula melakukan tugasan itu. Tidak merancang boleh dianggap sebagai kita merancang untuk tidak buat apa-apa. 

4) TENTUKAN PRIORITI
Semua tugasan penting, semua tugasan perlu diselesaikan. Dengan menentukan prioriti terhadap tugasan harian yang ada, semua rutin akan nampak lebih tersusun dan dapat diselesaikan satu persatu mengikut keutamaan yang telah ditetapkan.

Menentukan prioriti adalah tentang mana buat dulu, mana buat kemudian. Bukan semuanya perlu dibuat dalam masa satu hari.

5) DAILY TO-DO-LIST
Merancang aktiviti harian dan menentukan prioriti akan menjadi lebih mantap dengan adanya daily to-do-list. Orang yang sibuk setiap hari sewarnya merancang aktiviti harian dan ada to-do-list. Dengan daily to-do-list, semua tugasan akan lebih teratur dan akan dapat diselesaikan mengikut yang disenaraikan untuk hari tersebut.

Tiada lagi rutin follow the flow dan tiada lagi stres tak tentu pasal disebabkan banyak rutin tidak dapat diselesaikan dalam hari yang sama.

6) METULIS IMPIAN
Setiap daripada kita tentunya ada impian dalam hidup. Tahu tak dengan menulis impian, kita sebenarnya sudah selangkah ke arah mencapai impian tersebut.

Impian yang ditulis semestinya lebih jelas daripada impian yang hanya ada di dalam kepala. Kata insan hebat, impian yang tidak ditulis hanyalah sebuah angan-angan kosong.

Impian yang ditulis akan memandu seseorang untuk bergerak ke arahnya. Sebagai manusia biasa, ada ketikanya kita akan mengalami rasa down dan putus asa. Impian-impian yang ditulis ini berperanan besar dalam memastikan seseorang kekal fokus dan mengembalikan semangat untuk terus bangkit berjuang mencapainya.

Begitulah hebatnya kuasa menulis impian.

Baca: 4 Kisah Kejayaanku Dalam Shaklee

7) BERGAUL DENGAN ORANG YANG PRODUKTIF
Kalau kita bergaul dengan geng-geng bawang, tentu kita juga akan menjadi salah seorang daripada ahli bawang aktif. Untuk menjadi produktif dengan tugasan harian dan ditambah dengan aktiviti bisnes, mulakan berkenal-kenalan dengan insan-insan hebat yang produktif terutamanya geng bisnes agar kita dapat tempiasnya sekali dan terdorong untuk menjadi orang yang lebih produktif.

Baca: 4 Sebab Best Awak Mesti Join #TeamJutawan

Kepada yang berminat untuk menjana pendapatan dan memulakan Bisnes Shaklee secara online bersama Nuha, awak boleh hubungi Nuha segera untuk memulakannya.

Nuha
Pengedar Shaklee Sejak 2013
Contact: 017-4991289 
FB: Nuha Hayati
IG: nuha.hayati

Thursday, 10 October 2019

Kegemukan Punca Sakit Kronik

Menurut Pakar Perubatan, Dr. Nurhalina Azly Minhat, obesiti ialah keadaan apabila berat melebihi BMI 30 (Indeks Jisim Tubuh) (Formula Kiraan BMI = berat (kg)/tinggi (m) x tinggi(m). Jika seorang itu mempunyai BMI melebihi 30, risiko untuk mendapat penyakit kronik akan meningkat. Antara penyakit-penyakit kroniknya ialah serangan jantung, angin ahmar, tekanan darah tinggi, sakit lutut dan sendi, penyakit gout, kolesterol tinggi, kerosakan hati serta penyakit metabolik seperti kencing manis.

KEGEMUKAN PUNCA SAKIT KRONIK

Program Jom Detox Jutawan
Gemuk Punca Sakit Kronik
Gambar dari: hishandsclinic.org

Apabila berat badan bertambah, lemak di dalam badan terkumpul bukan sahaja di bawah kulit namun di bahagian luar organ seperti jantung dan usus yang dikenali sebagai lemak visceral.

Lemak visceral menyebabkan risiko serangan jantung. 

Paras kolesterol yang tinggi di dalam darah boleh menyebabkan saluran darah ke jantung dan otak tersumbat yang akhirnya menyebabkan serangan jantung dan angin ahmar.

Lemak yang berlebihan juga boleh menyebabkan kerosakan hati (fatty liver) di mana hati dipenuhi dengan lemak dan liver cirrhosis iaitu hati yang keras dan tidak berfungsi. Hati merupakan organ kumuh bagi lemak. Apabila berat semakin bertambah, sendi-sendi utama seperti lutut tidak dapat menampung berat badan dan mula mengalami sakit lutut.

Obesiti yang berpunca daripada pemakanan yang tidak seimbang dan tiada senaman menyebabkan hormon endokrin yang tidak stabil.

Selepas makan makanan berkarbohidrat tinggi, paras gula meningkat secara mendadak. Organ pankreas akan mengeluarkan hormon insulin dengan banyak untuk mengawal gula dalam darah. Hormon insulin berfungsi memindahkan gula yang beredar di dalam darah ke dalam sel. Namun demikian, jika paras insulin sentiasa tinggi, badan akan mengalami insulin resistance iaitu suatu keadaan di mana insulin tidak dapat berfungsi dengan baik untuk menyimpan gula seterusnya meningkatkan paras gula dalam darah dikenali sebagai diabetis atau penyakit kencing manis.

5 CARA MENCEGAH OBESITI

1) Elakkan makan berlebihan serta mengambil makanan bergula dan berkanji seperti nasi putih, roti, tepung dan mi. Pilihlah beras basmati, beras perang dan roti serat tinggi. Lebihkan protein seperti dada ayam, daging tanpa lemak dan ikan. Lebihkan sayuran dan buah-buahan seperti epal, oren, jambu batu, limau bali dan berri. Pilih makanan yang mengandungi indeks glisemik rendah.

2) Kurangkan penggunaan minyak sewaktu memasak. Gunakan kaedah stim, bakar atau rebus sewaktu memasak.

3) Tukarlah gula kepada stevia iaitu sejenis daun yang rasanya manis.

4) Bersenam lebih kurang 10 - 30 minit dengan kekerapan selang sehari.

5) Berpuasa 2 kali seminggu membantu mengekalkan berat badan dan merehatkan usus seketika.

Sumber dari: Portal Rasmi Hospital Lahad Datu

Seseorang yang sudah mengamalkan pemakanan dan gaya hidup tidak sihat untuk jangka masa yang lama tentunya akan mengalami kejutan yang sangat teruk jika secara tiba-tiba terpaksa merubah corak pemakanan, makanan kegemaran dan tambahan aktiviti fizikal yang memenatkan dan menyakitkan badan.

Tapi jika sekecil-kecil perubahan tidak dimulakan daripada sekarang, apalah nasib tubuh badan kita 5 - 10 tahun akan datang?

Bagi awak yang terlibat dengan masalah kegemukan dan obesiti, Nuha cadangkan awak untuk mulakan langkah mudah dengan menyertai Program Jom Detox Jutawan. Detox adalah ibarat kita melakukan servis "overhaul" kereta. Bayangkan kereta mewah berprestasi tinggi, sangat laju menyusur di jalan raya. Sehebat mana pun kereta tersebut jika tidak diservis dengan baik ia akan meragam juga akhirnya.

Program anjuran #TeamJutawan ini melibatkan proses 17 hari mengeluarkan toksin daripada badan dan menyalurkan semula zat-zat padu kedalam tubuh badan. Dalam masa 17 hari ini, para peserta akan dibantu dan dipantau oleh coach detox yang berpengalaman, menu sihat detox dan senarai barang dapur semuanya diberikan kepada para peserta.

Peserta-peserta Program Jom Detox Jutawan juga akan diajar dengan teknik-teknik senaman mudah yang boleh dilakukan sendiri di rumah masing-masing. Program ni sangat santai dan menyeronokkan sebab aktiviti detox dilakukan secara beramai-ramai. Awak tidak akan terasa seperti diseksa sepanjang mengikuti program. 

Baca: 7 Manfaat Detox dan Kelebihan Program Jom Detox Jutawan

Kami mempunya rekod yang mantap dalam membantu 36 individu untuk menurunkan 10 kilogram berat badan secara sihat dan selamat.

Turun 10kg Dengan Program Jom Detox Jutawan
Turun 10kg Dengan Program Jom Detox Jutawan

Baca: 5 Testimoni Bukti Kejayaan Program Jom Detox Jutawan

Untuk makluman, pengambilan Program Jom Detox Jutawan 16.0 sudah dibuka. Program akan bermula pada 15 Oktober ini. Kepada yang berminat untuk mulakan langkah baru untuk badan yang lebih sihat, awak boleh hubungi Nuha untuk pendaftaran segera.

Nuha
Pengedar Shaklee Sejak 2013
Contact: 017-4991289
FB: Nuha Hayati
IG: nuha.hayati

Wednesday, 9 October 2019

7 Sebab Kenapa Suri Rumah Wajib Buat Bisnes

Sebagai salah seorang yang bergelar suri rumah sepenuh masa dan ibu yang bekerja dari rumah (Work At Home Mother - WAHM) sejak 6 tahun lepas, Nuha sangat menyokong supaya semua para suri rumah wajib buat bisnes. Tak perlu pandang bisnes terlampau jauh kedepan pasal modal ribu-ribu, lokasi bisnes. Ikut kata Simon Sinek "Dream big. Start small. But most of all, start".

7 SEBAB KENAPA SURI RUMAH WAJIB BUAT BISNES

1) JADI WANITA YANG LEBIH PRODUKTIF

Ada suri rumah rasa seronok uruskan keluarga dan anak-anak di rumah, ada juga yang balik-balik mengadu dia bosan sangat duduk rumah. Mengadap anak-anak, mengadap baju-baju, periuk belanga je hari-hari. Paling dahsyat pun pegang telefon layan media sosial tengok resepi-resepi viral untuk dicuba.

Suri Rumah Wajib Buat Bisnes
Gambar dari: momprepares.com

Apa kata puan-puan beri sedikit komitmen setiap hari untuk bisnes pula. Paling mudah bisnes online saja. Cuba 2 jam sehari setiap hari. Nanti puan-puan akan nampak hari awak semua makin padat dengan aktiviti. Takdelah rasa bosan duduk di rumah. Lebih-lebih lagi 2 jam yang diperuntukkan tu dapat beri pulangan duit. Bestnya!

2) PUNYA INCOME TAMBAHAN

Duduk rumah kalau ada income tambahan seronok kan? Banyak perkara kita boleh buat dengan income tambahan tu. Boleh ajak suami dan anak-anak berjalan balik kampung lebih kerap, hujung-hujung minggu pergi staycation ke. Bonding seisi keluarga.

Jangan terkejut ada ramai suri rumah buat bisnes mampu hulur duit pada mak ayah kat kampung hasil titik peluh bisnes. Nikmatnya.

3) SIMPANAN

Jom mulakan semula amalan menyimpan duit macam zaman kita bekerja dulu. Siapa kata suri rumah tak boleh buat simpanan kan. Simpan di Tabung Haji, ASB, ataupun tabung di rumah saja.

Boleh buat tabung set periuk idaman contohnya. Label siap-siap bekas tabung tu "Tabung Periuk Vantage" contohnya. 

4) GANJARAN KEPADA DIRI

Ganjaran untuk diri sendiri atau "self reward" ni Nuha tak cerita banyak pun semua tahu dah. Sebagai seorang wanita walaupun suri rumah terutamanya yang sepenuh masa berada di rumah, keinginan nak berhias bercantik-cantik sekali sekala tu tetap ada.

Apa salahnya 4 tahun sekali beri reward beg tangan berjenama kat diri sendiri. Boleh senyum sorang-sorang walaupun sekadar diri sendiri yang beri hadiah.

Suri rumah pun ada keinginan nak melaram juga. Jangan halang keinginan itu. 

Jadi mana nak dapatkan peruntukkan untuk beli hadiah best-best ni?

Dengan bisnes lah awak. Kalau kita sendiri mampu lakukannya tak perlu tunggu suami hadiahkan dah. Boleh beli hadiah best ikut selera dan budget sendiri. Takde dah bila berjalan kat mall terpandang barang yang kita suka, kita pegang lepas tu letak balik. Ada duit sendiri boleh je beli apa yang kita mahu.

5)BISNES SALAH SATU CARA BERSOSIAL

Bersosial kat sini tidak bermaksud berfoya-foya melanggar batas seorang isteri. Selain setiap hari bergaul dengan anak-anak je, apa kata tambah rangkaian bersosial dengan orang luar juga melalui bisnes.

Nuha akui sejak menjalankan bisnes Shaklee secara atas talian (online) ni, kenalan Nuha makin bertambah. Kita berbisnes bukan sekadar urusan jual beli semata-mata, tapi lebih daripada itu. Ukhwah.

Pelanggan menjadi kawan. Tambah lagi kenalan di kalangan rakan bisnes Shaklee. Nuha dapat berkenalan dan bercampur dengan orang-orang yang positif dan produktif.

6)BANTU EKONOMI KELUARGA

Bisnes juga boleh jadi salah satu cara untuk suri rumah bantu meningkatkan ekonomi keluarga. Jangan pandang bisnes mesti nak kena untung juta-juta. Kita tak tahu dengan income RM200 hasil bisnes online dapat menampung belanja dapur sebuah keluarga.

Belajar mulakan bisnes secara kecil-kecilan. Usaha tanpa jemu dan berdoalah. Hasilnya menanti dihadapan.

Nuha suka ajak suri rumah buat sama-sama Bisnes Shaklee macam Nuha. Selain sangat mudah dan fleksibel, modal permulaan juga rendah. Semua suri rumah boleh mulakan Bisnes Shaklee bila-bila masa saja, Nuha bersedia tolong guide awak dari mula sampai awak boleh uruskan bisnes sendiri.

7) SUNNAH NABI

Allah dah kata 9 daripada 10 punca rezeki datang daripada berniaga. Berniaga juga salah satu sunnah Nabi yang bila kita buat, kita dapat pahala. Duit dapat, pahala pun dapat. Jom kita sama-sama lakukan sunnah nabi yang ini.

Hubungi Nuha sekarang kepada yang berminat nak mulakan bisnes Shaklee sama macam Nuha. Dream big. Start small. But most of all, start. Awak mampu lakukannya.

Nuha
Pengedar Shaklee Sejak 2013
Contact: 017-4991289
FB: Nuha Hayati
IG: nuha.hayati

Tuesday, 8 October 2019

16 Perkara Tak Best Bila Badan Gemuk

Kalau dulu badan bersaiz besar atau gemuk boleh menjadikan keyakinan diri seseorang merundum jatuh, tapi hari ini saiz badan tidak semestinya merendahkan keyakinanseseorang. Walaupun hari ini, golongan berbadan besar sudah dianggap normal dan awesome bagi sesetengah pihak, tapi masih ada banyak benda tak best apabila berbadan gemuk.

17 PERKARA TAK BEST BILA BADAN GEMUK

Detox Shaklee
Apa yang Tak Best Bila Badan Gemuk
Gambar dari: slingingthebull.com
1- KESUKARAN BERNAFAS
Ramai orang yang memiliki berat badan berlebihan mengalami kesukaran untuk bernafas. lebihan lemak menyekat pengembangan sangkar tulang rusuk dan meninggalkan ruang yang kecil untuk diafragma bergerak ke bawah seperti yang sepatutnya. Di samping itu, paru-paru terpaksa menyediakan ruang tambahan untuk menyimpan lemak dan mengurangkan proses pertukaran oksigen.

Kesukaran untuk bernafas menghadkan aktiviti harian seseorang yang berbadan gemuk. Sedangkan mendaki beberapa anak tangga pun dah termengah-mengah, takkan nak berlari di balapan pula.

2- BERJALAN MEMERLUKAN USAHA YANG LEBIH
Kebanyakan orang yang berbadan besar terpaksa menghadkan pergerakkan. Kegemukkan menuntut pinggul, lutut dan kaki untuk menanggung beban yang berlebihan. Sesetengah pakar menyatakan bahawa obesiti menjadi salah satu punca kepada osteoarthritis.

3- CABARAN BESAR MENGIKAT TALI KASUT
Individu dengan lebihan berat badan perlu berjuang dengan banyak perkara asas seperti mengikat tali kasut ataupun memotong kuku. Dengan menurunkan beberapa kilogram berat badan secara berperingkat boleh memudahkan banyak rutin harian seseorang yang berbadan besar.

Baca:

4- PENYAKIT JANTUNG ADALAH PENYAKIT BIASA
Keadaan fizikal dengan berat badan berlebihan menyebabkan risiko penyumbatan, kesesakkan dan halangan berlaku dalam salur darah. Lebihan lemak memberi tekanan kepada jantung, paru-paru, dan organ dalaman lain serta memusnahkan tenaga dan kualiti hidup seseorang dalam banyak cara.

Malah orang yang berlebihan berat badan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat serangan jantung dan strok.

5- CENDERUNG KEPADA KEMATIAN AWAL
Orang yang memiliki berat badan berlebihan lebih cenderung kepada risiko kematian awal disebabkan penyakit-penyakit yang hinggap di badan.

Tidak dinafikan bahawa ada banyak juga kes kematian melibatkan orang yang tidak berbadan gemuk, tetapi banyak kes boleh kita tengok melibatkan kemation awal seseorang disebabkan penyakit yang ditanggung akibat daripada lebihan berat badan.

Baca: 7 Masalah Kesihatan Selesai dengan Detox

6- KUALITI HIDUP YANG TERUK
Kehidupan dengan rutin yang termengah-mengah di depan bilik menunggu doktor bukanlah suatu yang menarik dalam hidup. Perubatan moden, pil-pil tekanan darah, ubat kolesterol, memasukkan stent, implan perentak jantung, transplantasi organ, penggantian sendi, dan segala jenis rawatan untuk memanjangkan hayat bukanlah suatu kisah yang diinginkan dalam hidup.

Obesiti mengurangkan gaya hidup manusia dengan pelbagai cara yang akhirnya membawa kesedihan dan kemurungan yang akhirnya makanan tidak berkhasiat menjadi "penawarnya", yang akan lebih memburukkan lagi keadaan.

7- SELALU SAKIT BELAKANG
Sebilangan besar orang berbadan gemuk mengalami sakit belakang yang teruk. Berat berlebihan menekan bahagian belakang lebih banyak daripada yang sepatutnya untuk mengekalkan pergerakkan dengan kurang rasa sakit.

Pakar perubatan yang sering berhadapan dengan pesakit sakit belakang selalunya akan memberi saranan supaya pesakit menurunkan berat badan dan menguatkan otot perut.

Baca: Kenapa Perlu Detox Jika Nak Kurus

8- KEMURUNGAN
Berat badan yang berlebihan menjadi penghalang seseorang daripada melakukan banyak benda. Kemurungan adalah suatu yang rumit, sebahagiannya boleh terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan kimia dalam badan, merasakan diri tidak menarik, terasing daripada bersosial, tiada keinginan untuk mencari pasangan hidup dan banyak lagi faktor-faktor lain.

9- KEGEMUKAN MENGHAMPIRKAN DIRI KEPADA KENCING MANIS
Obesiti dan kurang bersenam menyumbang secara langsung kepada keadaan ini. Risiko ini dapat dikurangkan dengan mengurangkan berat badan.

10- BANYAK BAJU TAK MUAT!
Menjadi gemuk menyukarkan seseorang untuk mendapatkan pakaian yang menjadi idaman walaupun sudah banyak pakaian "plus size" dijual di pasaran. Langkah terbaik adalah dengan mengakui banyak pakaian dah tak muat untuk dipakai dan mengambil langkah segera untuk mendapatkan kembali saiz badan asal.

Baca: Detox Untuk Kurus Tapi Hakikatnya Dapat Lebih Lagi

11- KESUKARAN MENCARI PASANGAN
Walaupun isu ni agak sensetif, tapi hakikatnya ramai juga orang tidak akan mempertimbangkan untuk memilih pasangan yang obesiti.

12- HILANG RASA HORMAT
Hilang rasa hormat pada diri sendiri dan gagal untuk menghormati orang lain. apabila penampilan fizikal berbeza daripada kebanyakan orang lain, mencari dan berkawan akan menjadi sukar. Rendah keyakinan diri boleh menyebabkan orang lain menghindari individu gemuk dan keadaan ini boleh menyebabkan kemurungan.

13- CABARAN UNTUK MENDAPAT KERJA
Terdapat majikan yang menolak calon berbadan besar untuk bekerja di syarikatnya. Mereka beranggapan orang yang berbadan besar pergerakan dan kerjanya perlahan dan akan cepat letih.

Nampak macam tak patut je kan. Tapi itulah hakikatnya bahawa terdapat segelintir majikan yang memilih pekerja yang mereka yakin boleh bergerak pantas dan akan melakukan kerja dengan cepat.

14- TEMPAT DUDUK DALAM KERETA, TEATER DAN KAPAL TERBANG SEMPIT
Pernah duduk di sebelah orang berbadan besar dalam kapal terbang? Orang berbadan besar akan mengambil lebih banyak ruang penumpang lain bagi memuatkan badan mereka.

15- DAGU BERLAPIS DAN KULIT MENGGELEBEH
Kedua-dua keadaan ini dapat dilupuskan dengan melakukan pengurangan berat badan. Sering kali berlaku, orang yang berbadan besar mempunyai dagu berlapis dan kulit menggelebeh dengan perut tergantung di bawah tali pinggang.

16- PELUH DAN MASALAH BAU BADAN
Walaupun bukan semua orang berbadan besar mempunyai bau badan, tapi kebanyakan orang bersaiz besar ada bau badan. Kulit yang berlipat-lipat menghadkan pengaliran udara dan menyebabkan perpeluhan yang menyebabkan timbulnya bau badan yang tidak menyenangkan.

Nuha percaya mungkin ada segelintir individu yang berbadan besar kurang bersetuju dengan 16 perkara di atas, tapi menerima dan terus menerima perkara sebegini adalah lebih baik untuk kebaikan golongan ini. Niat Nuha berkongsi di sini semoga yang membacanya termotivasi untuk menyemak kembali tabiat pemakanan dan senaman.

Petikan asal: slingingthebull.com

Mengurangkan berat badan tidaklah seteruk yang disangka. Ia berkaitan dengan perubahan gaya hidup menyeluruh ke arah yang lebih baik. Baca di sini 3 Gaya Hidup Sihat Dengan Jom Detox Jutawan.

Nuha
Pengedar Shaklee Sejak 2013
Contact: 017-4991289 
FB: Nuha Hayati
IG: nuha.hayati

Monday, 7 October 2019

Big Why Saya Buat Bisnes Shaklee

Semua orang ada sebab tersendiri bila melibatkan sesatu keputusan dan tindakan dalam hidup terutamanya keputusan yang beri impak besar. Ramai orang hebat-hebat panggil sebagai Big Why.

BIG WHY SAYA BUAT BISNES SHAKLEE

Secara jujurnya Nuha tak pernah rancang untuk buat bisnes Shaklee. Merancang untuk buat bisnes tu ada, tapi bukan bisnes Shaklee. Nuha pernah tolong kawan jual tudung masa mengandungkan anak pertama dulu. Kemudian ada juga seorang kawan lama ajak buat bisnes jual bengkung yang memerlukan Nuha untuk buat pinjaman peribadi mencecah RM20 000.

Tengok macam mudah dan wow sangat, tapi bila melibatkan pertambahan hutang awal-awal lagi Nuha dah tolak dengan cara baik.

Lepas bersalin Nuha ditakdirkan ada masalah penyusuan. Nuha dipertemukan dengan Shaklee atas sebab masalah penyusuan. Alhamdulillah produk-produk Shaklee banyak membantu menyelesaikan masalah Nuha dalam penyusuan.

Baca: Kesihatan Saya Lebih Baik Dengan Shaklee

Nuha kembali menjadi job hunter lepas masalah penyusuan Nuha setel. Beberapa kali Nuha pergi interview kerja, setiap kali pergi interview Nuha minta tolong ibu saudara suami tolong jagakan anak.

Walaupun interview kerja tak makan masa seharian, tapi sepanjang tempoh beberapa jam tu Nuha asyik teringatkan anak. Terbayangkan muka dia, bau dia, suara dia. Sampai satu hari sebelum pergi interview Nuha dapat kemalangan kecil melibatkan kerosakkan pada bahagian kereta. 

Nuha terfikir adakah ini petanda untuk Nuha tidak keluar rumah bekerja?

Ditambah lagi dengan rasa paranoid bila Nuha tinggalkan anak di bawah jagaan orang lain menjadikan Nuha lebih berat hati untuk kembali ke dunia pekerjaan. Pada masa yang sama Nuha dah mula teruja dengan #ShakleeEffects Nuha dan mula berkongsi pengalaman Nuha mengamalkan produk-produk Shaklee pada kawan-kawan. Sedar tak sedar Nuha dah mula dapat income daripada Shaklee!

Bila Nuha mula kaji secara serius peluang pendapatan yang Shaklee tawarkan, Nuha makin bersemangat nak pulun habis-habisan dengan Shaklee. Ini peluang yang Allah beri untuk Nuha tak berenggang dengan anak-anak.

Baca: Rahsia Capai Bucket List Dengan Incentive Trip Shaklee

Secara jujurnya, anak-anak adalah big why Nuha buat bisnes Shaklee.

Walaupun dunia bisnes ni ada pasang-surutnya, tapi alhamdulillah Nuha masih di sini dan masih setia dengan Shaklee. Sungguh Nuha rasa lebih selesa bila anak-anak ada di bawah jagaan Nuha sepenuhnya walaupun Nuha akui Nuha ibu yang serba kekurangan dan setiap hari masih lagi bertatih untuk menjadi ibu yang lebih baik.

Nuha sangat kagum dengan wanita bergelar ibu yang begitu hebat menguruskan emosi berjauhan dengan anak-anak dibawah jagaan orang lain. Allahu Nuha tidak sekuat itu.

Kelebihan Bisnes Shaklee
Big Why Nuha Buat Bisnes Shaklee

Dengan anak-anak sebagai Big Why, InshaAllah selagi diizinkan Allah Nuha akan terus gigih mencari rezeki melalui Shaklee. Semoga niat suci Nuha ini Allah lapangkan seluas-luasnya rezeki Nuha melalui bisnes Shaklee.

Baca: 4 Kisah Kejayaanku Dalam Shaklee

Orang bisnes ni banyak main emosi. Bukan setiap masa kami di atas, bukan setiap masa juga semangat berkobar-kobar. Sampai saat Nuha rasa jatuh paling bawah, Big Why inilah yang memandu Nuha untuk bangkit. Anak-anak. 

Semua yang membaca entri ni Nuha minta doakan Nuha terus dilimpahkan dengan rezeki Shaklee yang berkat. Kepada semua wanita bergelar ibu yang berada dalam situasi yang sama seperti Nuha dan masih tercari-cari aktiviti jana pendapatan dari rumah sahaja, bisnes Shaklee memang terbaik. Awak boleh baca insentif-insentif yang Shaklee tawarkan di entri 3C Janjikan Bisnes Shaklee Luar Biasa.

Hubungi Nuha sekarang untuk awak mulakan langkah pertama jana pendapatan dengan Shaklee. InshaAllah dengan pengalaman 6 tahun bersama bisnes Shaklee, Nuha akan bimbing awak semuanya tentang bisnes Shaklee from zero and become a hero. 

Nuha
Pengedar Shaklee Sejak 2013
Contact: 017-4991289
FB: Nuha Hayati
IG: nuha.hayati

Sunday, 6 October 2019

Malaysia Negara Paling Gemuk di Asia

Tak hairan kalau negara kita menang juara sebagai negara paling gemuk di Asia. Tengok saja mana-mana kita pergi kiri kanan kita dikelilingi dengan makanan yang sedap-sedap. Ini hakikat yang tidak dapat dibanggakan sebaliknya sangat menakutkan. Kita redha dengan fakta ini atau nak lakukan sesuatu?

MALAYSIA NEGARA PALING GEMUK DI ASIA

Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengajak rakyat Malaysia meluangkan lebih banyak masa secara berterusan untuk menjalani gaya hidup sihat khususnya bersenam.

Malaysia Negara Paling Gemuk Asia Tenggara
Berbanggakah Kita Dalam Merangkul Gelaran Juara Negara Paling Gemuk Asia Tenggara?
Gambar dari: nutrilite.com.my

Katanya, gaya hidup sihat adalah langkah pencegahan terbaik penyakit tidak berjangkit (NCD) yang kian meningkat di Malaysia.

Berat badan berlebihan dan obesiti merupakan faktor risiko utama yang sering dikaitkan dengan penyakit kronik seperti diabetes dan penyakit kardiovaskular.

Statistik yang diperoleh melalui Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada 2015 menunjukkan bahawa Malaysia telah menjadi sebuah negara obes, di mana seorang dalam dua orang dewasa mempunyai berat badan berlebihan atau obes.

Ini sekaligus menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara paling gemuk di Asia, dengan jangkaan populasi yang berlebihan berat badan sebanyak 33 peratus dan obesiti sebanyak 18 peratus, katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Karnival Food-Fit-Fun sempena Bulan Pemakanan Malaysia di IOI City Mall, Putrajaya.

Malaysia Negara Paling Gemuk
Dr Dzulkefly Semasa Perasmian Karnival Food Fit Fun
Gambar dari: sinarharian.com.my

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/24891/SISIPAN/Sinar-Aktif/Isu-obesiti-Malaysia
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Baca: 3 Gaya Hidup Sihat dengan Jom Detox Jutawan

Semestinya negara kita sangat unik dengan penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum. Lain kaum lain makanannya. Orang Melayu boleh makan roti canai, Kaum Cina boleh menikmati nasi lemak. Itu baru makanan tempatan. Restoran-restoran francais antarabangsa pun tidak kurang banyaknya. Pilih saja nak makan yang mana satu.

Tak hairan kan kenapa Malaysia digelar syurga makanan. 

Sebenarnya makanan tak salah. Betul, ada makanan yang berkhasiat ada juga makanan yang tidak berkhasiat, tapi yang menjadi kesalahan adalah pada tuan badan yang memilih untuk makan makanan tidak berkhasiat, tinggi kalori, tinggi lemak, tinggi gula, tinggi pewarna, pengawet dan segala macam perasa tiruan berbanding makanan-makanan sihat.

Sudahlah corak pemakanannya begitu, ditambah pula dengan budaya makan lewat malam. Mana yang dah berkeluarga tu angkut sekali anak-anak kecil keluar makan lewat malam. Rutin seharian sangat padat menyebabkan kekangan masa untuk melakukan aktiviti fizikal.

Punca utama kepada pelbagai penyakit adalah disebabkan pemakanan. Ramai antara kita tahu akan kesannya apabila corak pemakanan diabaikan namun sejauh mana kita mahu dan sanggup merubah diet kita kepada yang lebih baik untuk mendapat kesihatan yang lebih baik.

Dengan kesedaran yang ada, Shaklee Malaysia telah memulakan kempen Jom Detox sebagai salah satu langkah untuk "melahirkan semula tubuh badan yang lebih sihat". 

Detox bererti kita mengurangkan beban toksik yang terkumpul di dalam badan dan mengekalkan prestasi organ detox dalam badan.

Pemakanan adalah salah satu daripada lima saluran utama toksin yang perlu diberi perhatian. Makanan yang diproses mengandungi bahan pengawet, perasa dan pewarna tiruan dan racun biasanya terdapat di dalam hidangan harian kita dan ini mendedahkan kita kepada bahan kimia dan toksin.

Baca: Kenapa Semua Orang Perlu Detox

Sekarang ni Nuha nak ajak kita semua untuk sama-sama mulakan langkah ke arah gaya hidup yang lebih baik dengan menyertai Program Jom Detox Jutawan. Kalau kita sebagai tuan badan tak jaga kebajikan badan mulai sekarang, siapa lagi yang kita nak harapkan. Bila lagi nak mula berjaga-jaga?

Baca: 7 Masalah Kesihatan Selesai dengan Detox


Mencegah sentiasa lebih baik daripada mengubati.
Hubungi Nuha sekarang untuk mengetahui lanjut tentang detox dan daftar penyertaan Program Jom Detox Jutawan.

Nuha
Pengedar Shaklee Sejak 2013
Contact: 017-4991289
FB: Nuha Hayati
IG: nuha.hayati

Saturday, 5 October 2019

Kesihatan Saya Lebih Baik Dengan Shaklee

Shaklee menawarkan pelbagai rangkaian produk seperti produk-produk kesihatan, penjagaan diri dan kecantikan serta penjagaan rumah. Di Shaklee kami percaya bahawa alam semula jadi mengandungi 1001 rahsia untuk kehidupan yang lebih lama, sihat dan produktif.

KESIHATAN SAYA LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE

Alhamdulillah syukur dalam usia 32 tahun ini Nuha masih direzekikan dengan kesihatan yang baik. Walaupun 10 tahun lepas Nuha sihat walaupun tanpa mengamalkan suplemen, tapi Nuha yang sekarang berbesa dengan Nuha 10 tahun lepas.

Kesihatan Lebih Baik dengan Shaklee
Lebih Ramai Gemarkan Junk Food Berbanding Real Food
Gambar dari: Shutterstock
Nuha jenis suka makan dan semestinya Nuha sukakan makanan-makanan yang sedap, makanan segera, dan semestinya makanan viral. Pantang dengar ada makanan viral baru mesti nak cuba juga. Kita semua tahu makanan sedap di tekak ni secara amnya rendah khasiat, tinggi gula, tinggi pengawet, dan bahan perasa tiruannya.

Lepas Nuha kenal Shaklee, Nuha dapat lebih banyak ilmu tentang pemakanan, nutrisi dan kesihatan. Sekurang-kurangnya dengan Shaklee Nuha lebih peka dengan apa yang masuk ke tubuh badan Nuha. Tak jadi macam dulu lagi dah, makan je ikut sedap tekak.

Baca: Aku yang Dulu Bukanlah yang Sekarang

Bila kita ada ilmu, sekurang-kurangnya kita tahu mana yang terbaik dan mana yang boleh bawa mudarat. Selebihnya Nuha boleh timbang-timbangkan antara nak makan dengan tidak, atau makan pada kadar yang berpada-pada.

Bermula dengan suplemen untuk penyusuan badan, Nuha lebih peka dengan kesihatan badan dan nutrisi. Nuha percaya dengan tambahan suplemen dalam diet harian, kita mampu untuk dapat kesihatan yang lebih baik.

SUPLEMEN UNTUK IBU MENYUSU

Nuha kongsikan antara suplemen Shaklee yang Nuha amalkan semasa menyusui anak-anak.

1- VITALEA IRON FORMULA
Vitalea membantu membekalkan nutrien lengkap yang badan Nuha perlukan dan buat badan Nuha rasa lebih cergas dan bertenaga. Vitalea sangat membantu Nuha untuk mendapatkan zat yang Nuha tidak dapat daripada diet harian. Maklumlah kaum ibu ni sentiasa sibuk sampai terabaikan keperluan diri sendiri.

2- B COMPLEX
B Complex mengandungi 8 jenis vitamin b yang membantu dalam memberi stamina dan tenaga kepada Nuha untuk kekal bertenaga sepanajng hari dalam menguruskan keluarga dan bisnes. Khasiat dalam B Complex juga memeliharan sistem saraf dan membantu dalam mengurangkan stres.

Stres boleh memberi gangguan kepada pengeluaran susu ibu.

Satu lagi yang Nuha suka tentang B Complex ni sebab ianya membantu menukarkan kalori kepada tenaga untuk mengelakkan Nuha daripada menjadi gemuk. Ramai ibu menyusu takut gemuk sebab makan banyak kan?

Sekarang awak dah tahu kan rahsia Nuha kekal berat badan.

3- SUSTAINED RELEASE VITAMIN C PLUS
Ia direka khas untuk memastikan Nuha mendapat bekalan Vitamin C sekurang-kurangnya 100mg setiap jam selama 5 jam. Vitamin C membantu dalam menguatkan pertahanan badan Nuha, dan secara tidak langsung khasiat ini akan dinikmati bersama oleh anak-anak Nuha.

Selain itu, Vitamin C juga adalah rahsia kesihatan dan kecantikan kulit Nuha. Alamak, banyak rahsia Nuha dah terbongkar ni!

Tak apa, benda baik kita kena kongsi. Biar semua orang dapat rasa manfaat yang sama macam yang Nuha dah rasa dengan pengambilan produk-produk Shaklee.

4- ESP MIXED SOY PROTEIN ISOLATE POWDER WITH VANILLA FLAVOUR
Protein adalah komponen utama susu ibu selepas air. ESP merupakan sumber protein tumbuhan (soya bukan GMO) yang diperlukan dalam penghasilan hormon badan yang mana penyusuan badan sangat berkait rapat dengan hormon prolaktin dan oksitosin.

Kekurangan pengambilan protein boleh menyebabkan ibu mengalami kekurang penghasilan susu badan. Alhamdulillah, dengan mengamalkan ESP, Nuha berjaya menyusukan dua orang anak Nuha sehingga usia mereka 2 tahun tanpa masalah susu kurang.

Baca: Suplemen untuk Ibu Menyusu

5- OSTEMATRIX
Osteatrix adalah pil kalsium yang dilengkapi dengan Vitamin D dan Magnesium, antara komponen utama dalam susu ibu selain protein. ia juga membantu Nuha untuk mendapat rehat yang berkualiti disamping membantu melegakan otot saraf serta mengelakkan tekanan.

Masalah gigi rosak dan sakit-sakit tulang antara simptom kepada kesan kekurangan kalsium di kalangan ibu menyusu.

Dengan kesedaran daripada berShaklee, Nuha dapat corakkan gaya pemakanan keluarga Nuha kepada yang lebih baik. Umum sedia maklum anak-anak yang sedang membesar memerlukan nutrisi dan zat yang padu bagi menyokong tumbesaran mereka.

6- ALFALFA COMPLEX
Alfalfa merupakan galactagoguedan membantu utnuk menggalakkan penghasilan lebih banyak susu ibu.

Selain milk booster, nutrien padat dalam Alfalfa Complex juga membantu dalam isu-isu kesihatan wanita seperti keputihan, merapatkan kembali keintiman dan merupakan agen detox yang membantu menyahkan toksin dari badan.

Dapat kesihatan yang baik itu satu nikmat. Walaupun Nuha masih belum mengamalkan sepenuhnya 3 gaya hidup sihat yang Shaklee anjurkan, sekurang-kurangnya sekarang Nuha lebih cakna tentang pemakanan, nutrisi dan Nuha lebih cakna tentang keperluan nutrisi keluarga dan anak-anak.

Baca: Ada Apa Dengan Shaklee?

Jom kita sama-sama mulakan gaya hidup lebih sihat mulai hari ini dengan Shaklee. Di Shaklee, syarikat bukan hanya menyediakan produk-produk kesihatan berkualiti premium, malah kami dapat banyak info tentang kesihatan dan nutrisi.

Nuha
Pengedar Shaklee Sejak 2013
Contact: 017-4991289
FB: Nuha Hayati
IG: nuha.hayati

Friday, 4 October 2019

Kenapa Semua Orang Perlu Detox?

Terdapat banyak toksin wujud di dalam persekitaran kita. Ia hadir secara semula jadi daripada kandungan bahan kimia. Udara yang kita sedut, air yang kita teguk, peralatan dan perkakas yang kita guna tiap-tiap hari, tempat yang kita selalu berada. Antara sedar atau tidak kita dikelilingi dengan unsur bukan semula jadi atau unsur racun.

Secara tidak sedar, toksin-toksin ini menjadikan tubuh kita sebagai perumah dan kemudiannya merubah cara ia berfungsi kepada yang lebih teruk lagi. Pencemaran dan kesannya seringkali dikaitkan dengan pelbagai masalah dalam perubatan, malah meningkatkan risiko serangan pelbagai jenis penyakit.

SEMUA ORANG PERLU DETOX SEBAB KITA HIDUP DI DALAM DUNIA BERACUN

Kenapa Semua Orang Perlu Detox?
Semua Orang Perlu Detox
Gambar dari: pngio.com

DETOKSIFIKASI ATAU DETOX

Seringkali kita dengar perbincangan tentang detoksifikasi atau detox, atau terbaca berita tentangnya. Tapi apakah maksud sebenar di sebalik perkataan ini?

Bayangkan detoksifikasi sebagai pembersihan tubuh agar kita nampak dan rasa lebih hebat.

Apabila kita berdetox, kita sebenarnya membuang racun dan kesemua yang tidak baik daripada sistem tubuh badan kita. 

Toksin ini terkumpul di dalam sistem tubuh badan kita setiap kali kita bernafas, makan dan minum malah ia terkumpul lebih pantas dari tempoh pembuangan yang dilakukan oleh tubuh badan manusia.

Baca: 7 Masalah Kesihatan Selesai dengan Detox

5 SALURAN UTAMA TOKSIN YANG PERLU DIBERIKAN PERHATIAN

1- PEMAKANAN
Makanan yang diproses mengandungi bahan pengawet, perasa dan pewarna tiruan dan racun biasanya terdapat di dalam hidangan harian kita dan ini mendedahkan kita kepada bahan kimia dan toksin.

2- UDARA
Pencemaran udara yang sering terjadi seperti jerebu meningkatkan lagi risiko rakyat Malaysia diserang penyakit seperti semput, jangkitan pada saluran pernafasan, fungsi paru-paru menjadi terhad dan juga kegatalan pada mata dan kulit.

Baca: Kelebihan Program Jom Detox Jutawan

3- AIR
Hujan asid, sisa daripada pencemaran tanah dan pelupusan sisa buangan secara besar-besaran telah mencemarkan air kita. Air paip biasa berkemungkinan mengandungi bahan kimia dan juga besi yang merbahaya dan mampu memberi kesan kepada kesihatan seperti tumbesaran terbantut, dan kerosakan pada organ dalaman.

Jom Detox Jutawan
Pengambilan Air Tercemar Punca Pelbagai Penyakit
Gambar dari: dlpng.com

4- TUBUH BADAN KITA
Setiap hari tubuh badan kita juga menghasilkan toksin. Seiring dengan fungsinya untuk menghasilkan tenaga untuk melakukan kerja harian atau senaman serta aktiviti lain turut mengeluarkan toksin. Tekanan dan bebanan ini mengakibatkan tubuh badan manusia menghasilkan toksin dengan sendirinya.

5- GAYA HIDUP
Ada juga toksin yang kita sendiri pilih!
Rokok, alkohol berlebihan dan pemakanan yang tidak seimbang adalah antara pilihan salah yang telah kita pilih dan menyebabkan toksin menjadi lebih banyak daripada yang sedia ada.

Baca: Bagaimana Nak Join Program #JomDetoxJutawan

DETOX MEMBANTU TUBUH KEKAL CERGAS

Jadi, sekiranya tubuh kita membersihkan dirinya sendiri, mengapa kita perlu detox?

Awak perlu tahu dengan sokongan nutrisi yang baik, tenaga sistem tubuh kita akan menjadi lebih kuat untuk mendapatkan semula tenaga dan kecergasan, memparbaiki kekuatan mental untuk kekal fokus dan menurunkan berat badan agar nampak lebih baik, sihat dan segar!

Bayangkan diri kita seperti kereta dimana ia memerlukan minyak untuk kekal bergerak. Namun sehebat mana pun kereta itu, lambat laun ia tetap mengalami kerosakan. Untuk mengekalkan prestasi kereta itu pada peringkat yang optimum, ia perlu diservis dan dibersihkan serta diganti minyak hitam dan tayarnya.

Baca: 3 Gaya Hidup Sihat dengan Jom Detox Jutawan

Tanpa bantuan tambahan, badan kita mungkin akan dipenuhi toksin dan kesihatan akan turut terjejas. Semakin lama toksin terkumpul dalam tubuh, semakin tinggi kebarangkalian ia akan melumpuhkan organ dan memudaratkan fungsi tubuh.

Detox bererti kita mengurangkan beban toksik yang terkumpul di dalam badan dan mengekalkan prestasi organ detox dalam badan.

Artikel asal: www.shaklee.com.my

Sekarang kita dah makin jelas tentang detox, toksin dan keperluan untuk melakukan detox. Kita takkan pernah terlambat untuk ambil langkah baru bagi melahirkan tubuh badan baru yang diidam-idamkan.

Program Jom Detox Jutawan 17.0
Daftar Program Jom Detox Jutawan 17.0 sekarang!

Pendaftaran Program Jom Detox Jutawan ambilan ke 17.0 sudah dibuka. Hubungi Nuha sekarang untuk menyertai program detox terbaik ini.

Nuha
Pengedar Shaklee Sejak 2013
Contact: 017-4991289
FB: Nuha Hayati
IG: nuha.hayati