Intermittent Fasting ialah kaedah diet atau kaedah turunkan berat badan dengan cara mengawal waktu makan. Biasa kalau sebut pasal diet ramai akan fokus pada pemakanan kan, tapi Intermittent Fasting fokus pada waktu bila awak boleh makan.
To be honest bila orang bercakap pasal Intermittent Fasting, IF Nuha macam tak ada idea. Tak tahu dan tak rasa nak ambil tahu since Nuha belum ada keperluan untuk turunkan berat badan setakat hari ini. Syukur Alhamdulillah.
Apa yang Nuha dengar-dengar pasal Intermittent Fasting ialah puasa pada waktu malam, ada yang buat Intermittent Fasting 12 jam, 14 jam, ada yang 16 jam, dan boleh ambil minuman tanpa kalori semasa ber-Intermittent Fasting. Setakat tu sajalah pengetahuan Nuha pasal Intermittent Fasting ni. Punya kesian haha.
Bila salah seorang daripada circle Nuha dalam Shaklee family, Sharina berjaya turun 18kg dan kawal berat badan dengan kaedah Intermittent Fasting, Nuha of course rasa tempias excitement tu. Siapa tak percaya kalau proven result ada depan mata kan?
Beza kan? |
Bila tanya Sha, ini tips yang Sha kongsi untuk turun berat badan dengan mudah secara Intermittent Fasting;
5 TIPS TURUN BERAT BADAN DENGAN MUDAH SECARA INTERMITTENT FASTING
1. Minum Air Yang Cukup
Air yang cukup sangat penting terutamanya ketika tempoh berpuasa untuk mengelakkan dehidrasi. Minum air yang cukup juga dapat membantu untuk mengelakkan rasa lapar yang melampau semasa melakukan Intermittent Fasting.
2. Lebihkan Pengambilan Protein
Pengambilan protein yang mencukupi semasa Intermittent Fasting dapat membantu memberikan tenaga dan rasa kenyang yang lebih lama. Selain bantu untuk turunkan berat, ia juga bagus untuk kesihatan tulang, kulit dan rambut.
3. Elakkan “OVEREAT”
Setelah ber-Intermittent Fasting selama 16 jam, ia bukanlah alasan untuk kita makan semahunya dalam eating window. Amalkan makanan yang sihat dan ikut konsep suku-suku separuh.
Sharina turun 18kg secara Intermittent Fasting |
4. Elakkan Fast Food
Walupun sudah amalkan Intermittent Fasting, namun sukar untuk kita dapatkan hasil yang terbaik jika kita sering makan fast food atau processed food.
Sebaiknya, makan makanan berkhasiat dan bernutrisi.
5. Enjoy The Journey!
Intermittent Fasting sebenarnya adalah satu gaya hidup, bukan sekadar ingin turunkan berat badan.
Enjoy your journey, ambil masa untuk adapt Intermittent Fasting ini ke dalam gaya hidup kita. InshaAllah, kita akan dapat hidup yang lebih sihat, ceria, dan bahagia.
Last sekali, Sha pesan tips terpaling penting untuk Intermittent Fasting ialah buat saja, tak payah fikir banyak-banyak sangat. Kalau awak baru nak bermula dengan Intermittent Fasting, make sure untuk baca Intermittent Fasting: Tips and Tricks untuk Beginner.
#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriump2023
best nya info Nuha.
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDelete