Community Bisnes Shaklee best sebab community ni community yang membina keyakinan diri Nuha, community yang positive, banyak aktiviti berkumpulan dibuat bersama-sama, mewah dengan ilmu, community yang sangat supportive, yang ada variety age range dan kepakaran, community yang selalu mengajak membina networking dengan Sang Pencipta dan community tempat membina ukhwah.
9 SEBAB KENAPA COMMUNITY BISNES SHAKLEE BEST?
1) COMMUNITY MEMBINA KEYAKINAN DIRI
Hampir 10 tahun berada dalam community bisnes Shaklee, alhamdulillah Nuha rasa community bisnes Shaklee sangat best. 10 tahun bergelar seorang suri rumah berbisnes Shaklee, alhamdulillah tak pernah Nuha rasa rendah diri dengan kerjaya Nuha. Community Bisnes Shaklee banyak memupuk Nuha untuk membina keyakinan diri.
Mana yang kenal Nuha, dulu Nuha bukan seorang yang berani bercakap. Orang kata apa? Introvert ya? Nak bergambar OOTD pun tak reti, rasa malu, apatah lagi nak rekod video, nak keluar suara bercakap depan camera. Tapi apa kaitan introvert dengan Community Bisnes Shaklee Best?
Berada dalam Community Bisnes Shaklee banyak membantu Nuha membina keyakinan diri.
Kalau nak wangi, berkawanlah dengan saudagar minyak wangi. Kalau nak kaya, berkawan dengan orang kaya.
Waktu ni kami join fun run |
Nuha dan Presint Shaklee Malaysia di I Am Shaklee Brand Ambassador Workshop |
Alhamdulillah, sehingga ke harini ini, Nuha dapat belajar terlalu banyak ilmu dari Community Bisnes Shaklee.
Percaya tak, di saat kawan baik sendiri tak percaya dengan kemampuan Nuha buat sesuatu, Community Bisnes Shaklee sentiasa support dan yakinkan yang Nuha pasti boleh.
Community Bisnes Shaklee sangat best sebab balance dengan pelbagai range umur. Ada yang sebaya, ada yang lebih muda, ada yang lebih senior dari Nuha. Complete.
Tapi Community Bisnes Shaklee selalu ingatkan sesama sendiri tentang hubungan dengan Sang Pencipta. MashaAllah.
Tanggapan suri rumah tepu tak ada kawan tu terlalu jauh dari reality bila berada dangan Community Bisnes Shaklee.
Nuha yakin tahun 2023 ni masih ada lagi pandangan skeptikal terhadap kerjaya sebagai suri rumah. Masih ada lagi yang memandang rendah pada suri rumah. No wonder ramai je suri rumah yang rasa diri kecil, tak mampu, tak layak, rasa rendah diri. Sedih.
Suri rumah pun satu profession yang patut dibanggakan, apatah lagi suri rumah yang mampu buat duit dari rumah. Nuha bangga jadi seorang suri rumah dan dengan Shaklee Nuha seorang suri rumah yang ada pendapatan sendiri dan yakin dengan diri sendiri.
2) POSITIVE CIRCLE
Awak biasa dengar pepatah ni?
Kalau nak positive vibes selalu ada dengan kita, tempatkanlah diri kita di kalangan mereka yang positive.
Salah satu sebab terbesar Nuha masih setia dengan Bisnes Shaklee adalah sebab circle nya yang positive.
Personally, kalau nak berdiri sendiri dan kekal positive setiap masa tu memang agak challenging bagi Nuha. Circle yang positive dalam Community Bisnes Shaklee banyak membantu Nuha untuk belajar jadi lebih positive, maintain positive, sentiasa lebih bersangka baik dengan Allah, bersangka baik dengan manusia.
Positive Circle dalam Community Bisnes Shaklee ni pada Nuha satu nikmat dari Allah sebenarnya.
3) BANYAK AKTIVITI BERKUMPULAN
Nuha banyak dengar pandangan skeptikal tentang kehidupan seorang suri rumah: membosankan, tak ada apa nak buat, setiap hari mengadap benda yang sama, tak ada kawan, tak jumpa orang, tepu!
Sebenarnya pandangan-pandangan ni semua berlawanan sungguh dengan apa yang Nuha rasa sebab Nuha berada dalam Community Bisnes Shaklee yang best. Alhamdulillah.
Community Bisnes Shaklee best sebab aktif dengan aktiviti secara berkumpulan. Macam-macam aktiviti la kami buat sama-sama. Selawat sama-sama setiap pagi di Zoom Meeting Room, sesi live bersama pakar nutrisi, join fun run sama-sama, picnic sama-sama sambil borak-borak dan brainstorm idea, eh macam-macam lagi lah aktiviti best Community Bisnes Shaklee buat.
4) COMMUNITY MEWAH DENGAN ILMU
Alhamdulillah, nikmat berada dalam Community Bisnes Shaklee yang best, sarat dan padat dengan perkongsian ilmu. Bukan kata ilmu produk yang kami jual saja, ilmu kesihatan, ilmu nutrisi, ilmu marketing, ilmu bisnes, ilmu agama pun tak kurang juga.
Ada sesi percuma, ada juga sesi yang berbayar. Sebelum Covid 19 wujud, kebanyakan program ataupun seminar dibuat secara bersemuka. Face to face. Bila Covid 19 hebat melanda dunia, ini tak menghentikan program perkongsian ilmu yang biasa kami join. Boleh kata semua program dibuat secara online waktu tu. Conference tahunan untuk leader pun Shaklee anjurkan secara virtual.
5) SUPPORTIVE
Support system especially dalam dunia bisnes memang sangat penting. Bukan senang kan kita nak ada support system yang kuat. Biasanya tempat meluah perasaan dan tempat minta sokongan semestinya dari kalangan ahli keluarga dan kawan terdekat, betul tak? Tapi, Community Bisnes Shaklee sangat best sebab sangat supportive!
Dengan izin Allah.
6) PELBAGAI RANGE UMUR
Macam mana range umur yang pelbagai boleh jadikan Community Bisnes Shaklee ni best?
Dulu Nuha selalu fikir yang bila Nuha umur sekian-sekian, Nuha hanya perlu bergaul dengan orang yang range umur lebih kurang Nuha je. Ala-ala sekufu la kononnya. Tapi mindset yang macam tu sebenarnya belum tepat!
Berapa pun umur kita, the best is kita bercampur dengan pelbagai range umur. Bercampur dengan yang lebih muda untuk idea yang fresh, kreatif, berani dan bercampur dengan yang lebih senior usianya sebagai rujukan dan tempat untuk dapatkan pandangan. Kan yang senior dah terlebih dulu makan garam dari kita?
7) COMMUNITY RAMAI PAKAR
Nuha yakin untuk berada dalam Community Bisnes Shaklee ni sebab community ni ada ramai pakar seperti doktor, saintis, pakar pemakanan dan lain-lain lagi. Jadi kami bukan sekadar belajar ilmu tentang produk semata-mata, tapi kami terdedah juga dengan ilmu-ilmu kesihatan yang dikongsi dari pakar.
8) COMMUNITY MEMBINA NETWORKING KEPADA SANG PENCIPTA
Honestly, Nuha pernah terfikir nak stop daripada Bisnes Shaklee. Tapi sebab Community Bisnes Shaklee ni best, selalu berpesan-pesan untuk menjaga networking bukan hanya pada manusia, tapi jaga networking dengan Allah.
Part ni yang tak terjangkau dek akal Nuha masa awal-awal join Community Bisnes Shaklee ni dulu. Kalau bab solat, bab agama bab kerohanian ni biasanya ahli keluarga je yang akan ambil berat. Ahli keluarga je biasa yang tegur dan ingatkan.
Master Norita antara yang selalu berkongsi doa, amalan dan selalu ingatkan tentang networking dengan Allah. Nuha bersyukur sangat sebab ada dalam Community Bisnes Shaklee best ni.
9) UKHWAH DENGAN KAWAN BARU
Nuha masih ada kawan. In fact bertambah-tambah kawan baru daripada Community Bisnes Shaklee. Mestilah best bila ada kawan baru. Ukhwah yang terjalin di kalangan Community Bisnes Shaklee sangat best, sangat kuat. Boleh rasa keikhlasan dalam relation tu. Bukan berkawan semata-mata sebab bisnes.
Personally Nuha sayang dengan Bisnes Shaklee Nuha, Nuha sayang dengan Community Bisnes Shaklee. Macam Nuha cakap awal-awal tadi, Community Bisnes Shaklee ni satu nikmat untuk Nuha. Syukur Alhamdulillah.
Kalau awak baca entry ni sampai ke sini dan terasa nak join Community Bisnes Shaklee kami, kehadiran awak sangat dialu-alukan. Hubungi Nuha sekarang ya.
#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
Nuha Hayati
Pengedar Shaklee Kuala Selangor
FB: Nuha Hayati
Instagram: nuha.hayati
Tiktok: nuha.hayati
Ada gambar kita lah, akak pun sayang Nuha n nak tengok u grow jauh lebih hebat
ReplyDeleteMashaAllah. Thank you kak sudi singgah sini. InshaAllah, thank you sebab masih setia menghulur tangan setiap masa
Delete