Friday, 28 April 2023

Hari Raya Dengan Shaklee

Alhamdulillah, tahun ni Allah rezekikan kami sekeluarga beraya di kampung halaman Nuha di Melaka. Banyak lesson learnt, kenangan baru dicipta dan hari raya kami semestinya lebih lengkap bersama Shaklee. 

HARI RAYA DENGAN SHAKLEE

Hari Raya dengan Shaklee
Hari raya tahun ni turn Dahlea pilih warna baju raya
Kami join crowd warna charcoal


Raya di kampung Nuha kat Melaka ada extra meriah sikit sebab rumah mak Nuha kat atas bukit. So kami memang dapat tengok orang main bunga api dari banyak kawasan. Senang kata banyak bunga api free show. 

Hari Raya dengan Shaklee
Bunga api. Sangat cantik

Plus tahun ni kami jadi tuan rumah untuk Majlis Bacaan Yasin, Tahlil Arwah dan berbuka Puasa tahunan keluarga besar mak Nuha. Berkumpullah semua pakcik makcik, sepupu-sepapat, anak-anak saudara dan cucu-cucu semua pada iftar terakhir Ramadan tahun ni. 

Hari Raya dengan Shaklee
Sedara-mara belah mak yang beraya kat Melaka tahun ni

Meriah la jadinya. Belum pagi raya dah ada bermacam juadah untuk disantap. Potluck masing-masing bawa makanan. Lepas maghrib sambung makan sambil bersembang. Dah tu sambung dengan aktiviti main bunga api. 

Hari Raya dengan Shaklee
Iftar terakhir untuk Ramadan 1444H
Sambal tumis udang tu Nuha yang masak. Ok bye

Hari raya memang penat. Sebenarnya episod penat tu mula pada penghujung Ramadan bila masing-masing dah mula busy dengan persiapan raya, kemas rumah, packing baju dan barang-barang keperluan nak balik kampung. Nuha paling bercinta part nak pilih dan lipat baju masuk beg. Mana nak fikir baju raya nak match satu family lagi. Fening la fening haha. 

Semestinya Nuha tak lupa nak pack sekali bekalan vitamin untuk dibawa balik ke kampung. Vitamin untuk kami sekeluarga makan dan vitamin yang customer kat kampung order. Sempat suami Nuha tolong layankan request isteri dia minta tolong singgah Shaklee Home Office shopping vitamin sehari sebelum kami gerak balik kampung. 

Hari Raya dengan Shaklee
Thank you awak jadi personal shopper saya

Customer kat kampung pun tak lepaskan peluang untuk grab Set Vitamin Rahmah Shaklee. Mana boleh terlepas offer murah gila ni. 

Adik ipar Nuha siap-siap order vitamin Hero Kiddo untuk anak tersayang. Bukan apa, persediaan untuk badan lebih kuat. Raya kan jumpa ramai sedara-mara, dengan cuaca tak menentu lagi. Kita yang dewasa ni pun kalau tak kena gaya boleh tumbang, inikan pula anak kecil.

Hari Raya dengan Shaklee
Vitamin yang bagus penting untuk bantu boost immune badan seisi keluarga. 


Andai kata jatuh sakit pun, inshaAllah recovery period tu lebih cepat. 

Selain suplemen untuk boost immune badan, meh Nuha share sikit suplemen Shaklee yang bagus untuk awak maintain berat badan di musim hari raya ni. Tak nak gemuk kan? 

SUPLEMEN MAINTAIN KURUS DI AIDILFITRI

Hari Raya Dengan Shaklee
Tak boleh tinggal suplemen hari raya ni

1) Minyak Ikan Omega 3 : OMEGA GUARD

Omega 3 sangat membantu dalam pembakaran lemak dengan pantas selepas awak makan rendang, lodeh dan makanan-makanan berminyak yang lain. Plus, Omega-3 mengawal tahap lemak terkumpul yang sihat daripada makanan yang kita makan setiap hari. 

Harga Omega Guard: RM142.50 (90 kapsul)

2) Lecithin

Lecithin sangat terkenal sebagai "fat emulsifier", iaitu menguraikan lemak menjadi molekul-molekul kecil untuk penghadaman. Lecithin banyak digunakan dalam diet yang sihat untuk menggalakkan pengurangan berat badan. 

Ia membantu dalam mempercepatkan pemecahan lemak, membantu keseluruhan proses dan seterusnya meningkatkan metabolisme badan. 

Lechitin ditukarkan menjadi asetilkolina yang diperlukan untuk mengekalkan tubuh yang sihat dan menggalakkan penggunaan lemak sebagai tenaga. 

Harga Lecithin: RM66.25 (180 softgels)

3) Herblax

Herblax membantu melancarkan “pembuangan” selepas awak makan pelbagai juadah raya. Kandungan Herblax termasuk daun senna merangsang pergerakan usus untuk melancarkan proses perkumuhan semula jadi tubuh. 

Waktu raya kan makan macam-macam, minum air berwarna-warni. Kekurangan pengambilan serat dan air memang mengundang sembelit yang teruk. 

Harga Herblax: RM63.75 (120 tablet)

3 suplemen basic yang awak tak boleh miss langsung waktu hari raya ni. Kalau awak nakkan result yang lebih powerful, consider dan ambil Set Kurus Shaklee. InshaAllah, lebih senang nak maintain berat badan ideal in a healthy way. 

Mari baca juga entry sideline Nuha, Ruqayyah tentang pengalaman Hari Raya dengan Shaklee beliau. 

Hubungi Nuha sekarang untuk dapatkan suplemen-suplemen Shaklee atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

#NextlevelBlogging #Shakleetriumph2023 #Shakleethrive2023 #SetRahmahShaklee2023

Nuha Hayati
Pengedar Shaklee Kuala Selangor
Instagram: nuha.hayati
Tiktok: nuha.hayati


* Produk-poduk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday, 25 April 2023

Unlock Bucket List Dengan Insentif Shaklee Malaysia

Insentif yang Shaklee Malaysia tawarkan kepada semua sememangnya bukan cerita bulan bintang kosong. It is real. Insentif yang betul-betul wujud dan ditawarkan kepada individu-individu yang layak. Nuha tak pernah tak excited bila dengar pasal insentif dari Shaklee Malaysia nak nak part trip melancong percuma. Ok jom Nuha share apa yang best Shaklee offer untuk kita semua. 

INSENTIF SHAKLEE MALAYSIA

Ada 2 program anjuran Shaklee Malaysia yang sedang berlangsung sekarang ni. Conference Points Consistency Program dan Field Incentive Program. Kedua-dua program ini align to each other. Nuha cerita pasal Field Incentive Program dulu ya. Program yang menawarkan tambahan cash sebanyak RM600 kepada yang layak. 

Field Incentive Program FY2024 (April - Jun 2023)

Bermula April hingga Jun 2023, Shaklee mengadakan Field Incentive Program (FIP) yang mana ini adalah Supervisor Monthly Challenge yang Shaklee Independent Distributor (SID) dan Business Leader Supervisor/ Senior Supervisor boleh fight dari bulan April hingga Jun 2023.   

Kenapa Shaklee adakan program ni untuk SID dan business leader?

Shaklee Malaysia nak pastikan SID membina bisnes dengan konsisten dan bertahan lama di kalangan business leader yang baru naik rank Supervisor dan Senior Supervisor. 

Selain tu Shaklee nak bantu upline bisnes leader untuk rebuild bisnes masing-masing dan effective di appointed rank, rebuild leader Supervisor and Senior Supervisor dengan lebih kukuh dan buat comeback kepada bisnes Shaklee. 

Untuk FIP terbuka kepada 3 kategori: kategori pertama untuk non bisnes leader, kategori kedua untuk Business Leader Supervisor dan Senior Supervisor yang tidak effective dari Bulan January hingga Mac 2023 dan kategori ketiga untuk Business Leader Supervisor dan Senior Supervisor yang ada effective dari Bulan January hingga Mac 2023. 

Shaklee Malaysia akan reward extra cash sebanyak RM600 kepada semua qualifier lepas make sure individu yang layak tu memenuhi syarat yang ditetapkan dan follow semua PnR company. Maksudnya qualifier menjalankan bisnes dan menjual dengan etika yang betul sebagai seorang SID. 

Pada Nuha ini satu peluang yang sangat menarik. Cash RM600 tu banyak dan sangat membantu untuk kita tak kisahlah untuk yang bergelar suri rumah ataupun yang ada pekerjaan hakiki. Siapa tiba-tiba nak bagi RM600 macam tu je kan. 

RM600 tu reward kepada downline. Apa pula yang upline boleh dapat apabila lahirkan business leader baru? 

Jangan lupa Conference Points Consistency Program yang bermula dari Mac - May 2023. Untuk upline, awak akan dapat extra points untuk conference points.

Tapi takkan buat bisnes Shaklee dapat insentif RM600 je? Tadi kata insentif Shaklee gempak-gempak. Takkan gempak setakat RM600 je?

Bukan awak. Bukan sekadar RM600 je yang awak boleh dapat. RM600 tu cuma spark spark tambahan je Shaklee Malaysia nak bagi. Insentif tambahan saja. Awak ada infinity opportunity yang Shaklee tawarkan. 

INSENTIF SHAKLEE MALAYSIA - 3C

1. CASH

Ini fitrah, bila sebut pasal bisnes kita akan fikir pasal untung. Paling biasa kita tahu ialah untung runcit. Untung yang kita dapat hasil daripada penjualan produk. Kita dapatkan produk dengan harga A, kemudian kita boleh jual dengan harga B. Jadi kita dapat untung runcit daripada perbezaan harga B dengan harga A.

Tapi!

Dengan bisnes Shaklee, awak boleh dapat lebih daripada untung runcit. Awak ada peluang untuk dapat

PERSONAL BONUS
Personal Bonus untuk ganjaran jualan peribadi SID. Awak buat belian produk untuk kegunaan sendiri pun ada peluang untuk dapat Personal Bonus. Memang interesting. Sudahlah dapat untung runcit, dapat lagi bonus atas pencapaian jualan peribadi. 

NET PERSONAL BONUS
Tak cukup dengan jualan peribadi, awak buat jualan secara berkumpulan, awak dapat bonus atas pencapaian jualan kumpulan. Insentif ni kita panggil sebagai Net Pesonal Bonus. Makin ramai buat bisnes sama-sama dengan awak, bawah team awak, peluang untuk dapat Net Personal Bonus yang lebih banyak adalah lebih tinggi. 

LEADERSHIP BONUS
Untuk SID yang sudah melepasi syarat menjadi pemimpin perniagaan (business leader) dan melahirkan pula business leaders di bawah kumpulan awak, awak berpeluang untuk terima bonus istimewa sebagai seorang leader. 

COORDINATOR BONUS
Buat business leader yang berpangkat Coordinator dan ke atas, awak berpeluang untuk dapat insentif istimewa Coordinator. Semua bonus yang Nuha sebutkan ni akan diberi dalam bentuk tunai (cash).

2. CAR

C kedua adalah Car. Program subsidi kereta yang Shaklee tawarkan ini ekslusif untuk pengedar Shaklee yang dah rank up sebagai business leader. Uniknya program ni daripada syarikat-syarikat multi level lain, program ini menawarkan subsidi kereta dalam bentuk tunai (cash).

Ya dalam bentuk tunai dan yang paling penting, tunai yang diterima boleh digunakan untuk tujuan lain dan tidak terhad untuk tujuan pembayaran kenderaan semata-mata. 

Awak boleh gunakan insentif Shaklee yang ini untuk bayar ansuran rumah, belanja barang dapur, bagi mak ayah, beli emas, simpan dalam Tabung Haji atau nak guna untuk pergi melancong pun boleh sangat.

3. CONVENTION

Ganjaran C terakhir tentunya convention. Ganjaran pakej pelancongan dalam dan luar negara serta seluruh dunia bertaraf 5 bintang secara percuma! Tawaran ini terbuka kepada semua business leader yang berjaya melepasi syarat yang telah ditetapkan oleh Shaklee. Business Leader yang layak juga ada option untuk bawa family join sekali trip percuma yang Shaklee hadiahkan. 

Insentif Shaklee Malaysia
Insentif Shaklee Malaysia - Reward melancong percuma tajaan Shaklee

Berbalik sekejap pada Field Incentive Program (FIP) yang Nuha tulis awal-awal tadi. Apabila awak entitle untuk dapat extra reward RM600 insentif Shaklee tu, tak mustahil sebelah kaki awak dah pun berada dalam trip percuma Shaklee. 

3C yang Shaklee tawarkan memang sangat wow! Macam Nuha tulis kat atas tadi, Shaklee offer infinity opportunity pada semua. Terlalu banyak yang Nuha dan kita semua boleh dapat dengan Shaklee tak kira sebagai main income ataupun extra income. 

Bisnes Shaklee ni sebenarnya adalah tentang kita sebagai boss kepada bisnes kita sendiri. You are your own boss. Kita sendiri yang tentukan berapa pendapatan kita boleh dapat dengan Shaklee, masa bila nak allocate untuk bisnes Shaklee, jadual kerja macam mana, hari kerja, hari cuti. 

Semua tu bergantung pada kita sendiri dan yang paling penting sekali tak mustahil boleh dapat income lebih daripada gaji kerja hakiki bila buat bisnes Shaklee. Paling penting kena consistent dan perlu buat betul-betul. Hakikatnya bisnes Shaklee ni sangat mudah. 

Perkara basic yang semua SID tak boleh tinggalkan adalah 3S. Sponsoring, Selling, dan Servicing. Aktiviti bisnes tersebut yang akan pastikan awak punya bisnes sentiasa berkembang. 

So let's thrive together. Sama-sama kita lakukan yang terbaik. Percayalah sekecil-kecil perkara dan usaha yang kita lakukan sekarang akan lead to big result, akan membuahkan hasil. Tugas kita untuk usaha dan perlu sentiasa consistent tanpa kenal erti lelah. Yakinlah yang Allah memandang setiap usaha hambaNya. 

Tak tahu macam mana nak mula Bisnes Shaklee?

Mari Nuha tolong. Nuha bimbing daripada A sampai Z sampai awak boleh uruskan bisnes Shaklee awak sendiri. Kita buat bisnes Shaklee ni sama-sama sampai jadi, sampai kita sama-sama dapat insentif 3C yang Shaklee janji ni, awak dapat extra RM600 dari 
Field Incentive Program (FIP) dan kesemua insentif Shaklee lain yang akan datang. Dengan modal permulaan RM35 saja, awak dah boleh mulakan bisnes Shaklee sekarang.  

Kalau awak mendaftar di bawah Nuha, awak akan jadi sebahagian daripada keluarga Team Excellenters. Nuha dan team akan support dan bimbing awak jana income melalui bisnes Shaklee. Alhamdulillah, Nuha dah jadi Shaklee Business Leader sejak tahun 2014. InshaAllah, dengan ilmu dan pengalaman yang ada, Nuha akan pandu Pengedar Shaklee dibawah organisasi Nuha yang berminat untuk berbisnes sampai berjaya.

Kalau awak sememangnya sudah mendaftar sebagai pengedar Shaklee dan berminat untuk ada income melalui Shaklee, awak boleh refer pada upline awak ya.

Hubungi Nuha untuk pertanyaan lanjut tentang kelebihan bisnes Shaklee dan sertai Team Excellenters bersama-sama Nuha sekarang. 

#NextlevelBlogging #Shakleetriump2023 #Shakleethrive2023 #SetRahmahShaklee2023

Nuha Hayati
Pengedar Shaklee Kuala Selangor
Instagram: nuha.hayati
Tiktok: nuha.hayati

Friday, 14 April 2023

Cara Berkesan Atasi Sembelit Ketika Puasa Dan Hari Raya

Memasuki 1/3 akhir Ramadan ni, macam-macam dah la rasa tak selesa. Ramai yang alami sembelit, angin, perut sebu. Bukan kata tak selesa saja tapi bagi kesan pada kita nak beribadah juga. Mari Nuha share apa option yang awak ada untuk atasi isu sembelit dengan berkesan. InshaAllah. 

CARA BERKESAN ATASI SEMBELIT KETIKA PUASA DAN HARI RAYA

Cara Berkesan Atasi Sembelit Ketika Puasa Dan Hari Raya
Cara Berkesan Atasi Sembelit Ketika Puasa Dan Hari Raya

Sebenarnya ada sesuatu yang berlaku dalam sistem penghadaman (perut) yang menyebabkan gejala seperti sembelit, angin, sebu tu dirasai oleh seseorang. Lagipun cuaca sangat panas sekarang ni. Semoga dipermudahkan untuk kita semua dan family terus fokus menjalani ibadah di Bulan Ramadan dan bulan-bulan seterusnya. 

Pemakanan seimbang yang kaya dengan serat, pengambilan air yang banyak dan senaman yang kerap menyumbang kepada pergerakan usus yang sihat. 

Nuha nak share 3 supplement yang mungkin boleh bantu awak atasi masalah sembelit. Awak boleh ikhtiar dengan produk-produk ni. Moga-moga asbab produk-produk ni semua awak dah tak perlu menunggu lama kat toilet lagi lepas ni. 

HERB-LAX : PENCERNAAN DAN PEMBERSIHAN YANG LEBIH BAIK

Cara Berkesan Atasi Sembelit Ketika Puasa Dan Hari Raya
Atasi sembelit ketika puasa dan hari raya dengan Herblax

Campuran proprietari Herb-lax termasuklah daun senna yang digunakan secara tradisional sebagai laksatif semula jadi. Ia merangsang pergerakan usus untuk melancarkan proses perkumuhan semula jadi tubuh. 

Kandungan dalam Herblax melegakan masalah sembelit yang dihadapi semasa berpuasa yang disebabkan oleh kekurangan pengambilan cecair dan serat. 

Harga: RM63.75 (120 tablet)


ALFALFA COMPLEX : BERKHASIAT SECARA SEMULA JADI 

Cara Berkesan Atasi Sembelit Ketika Puasa Dan Hari Raya
Alfalfa tinggi dengan kandungan serat membantu masalah sembelit

Alfalfa membekalkan lebih 300 nutrien dan mineral termasuk kalsium, fosforus, besi, magnesium, klorofil, bioflavonoid, mineral surih dan vitamin. Alfalfa tinggi dalam serat pencernaan, membantu pencernaan dan membantu mengimbangi kesan asid daripada diet dan gaya hidup. 

Harga: RM63.75 (330 tablet) / RM115.00 (700 tablet)


DTX COMPLEX : MENYEGAR DAN MENCERGASKAN

Menyokong badan untuk menyingkirkan toksin bagi membantu memulihkan dan mengekalkan kesihatan hati dengan formula herba yang mempunyai ciri-ciri bermanfaat. 

Cara Berkesan Atasi Sembelit Ketika Puasa Dan Hari Raya
Kandungan DTX Complex bantu menyingkirkan toksin dan melegakan sembelit 

DTX Complex dirumus khas dengan ekstrak biji milk thistle, cendawan reishi, schisandra chinensis, dandelion, kunyit dan articok yang melindungi keupayaan normal badan untuk mengekalkan kesihatan hati. 

Ia menyokong untuk menyingkirkan toksin bagi membantu memulihkan dan mengekalkan kesihatan hati dengan formula herba yang mempunyai ciri-ciri yang bermanfaat. 

Harga: RM163.75 (90 kaplet)


Hubungi Nuha sekarang untuk dapatkan solusi untuk isu sembelit awak, konsultasi Supplement Shaklee yang lain atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

#NextlevelBlogging #Shakleetriumph2023 #Shakleethrive2023 #SetRahmahShaklee2023

Nuha Hayati
Pengedar Shaklee Kuala Selangor
Instagram: nuha.hayati
Tiktok: nuha.hayati



*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. 

Thursday, 13 April 2023

7 Tips Kurus Dengan Cepat Selepas Raya

Stop salahkan juadan hari raya bila berat badan awak naik semula lepas sebulan berpuasa. Elok-elok berat badan turun cantik je Bulan Ramadan, Syawal dirairi penuh kesyukuran dan penuh kenikmatan dengan pelbagai juadah yang sedap. Ok fine! Perkara lepas jangan dikenang lagi wak. Mari Nuha kongsikan 7 tips kurus dengan cepat selepas raya.

7 TIPS KURUS DENGAN CEPAT SELEPAS RAYA

Syukur kita jadi rakyat Malaysia yang kaya dengan pelbagai makanan-makanan yang sedap. Hari Raya dirai umat Islam penuh kesyukuran. Amalan ziarah-menziarahi masih diteruskan setiap tahun. Waktu musim raya memang mewah dengan pelbagai juadah. Mewah-mewah sampai ramai yang tergelincir dari landasan berat badan ideal, berat badan naik semula lepas habis bulan puasa.  

Sebelum awak mula membaca tips-tips kurus dengan cepat yang Nuha nak kongsi ni, suka Nuha ingatkan yang proses kurus ni berbeza setiap individu, menuntut disiplin, kesabaran dan consistency serta komitmen yang tinggi. So awak dah sedia? 

Jom!
 
1. Tetapkan Goal

Bila awak buat keputusan untuk kurus semula dengan cepat selepas raya, first thing first yang awak perlukan adalah setkan goal untuk kurus tu. Berapa kilogram nak cuba turunkan dan dalam masa berapa lama. 

7 Tips Kurus Dengan Cepat Selepas Raya
7 Tips Kurus Dengan Cepat Selepas Raya - Tetapkan Goal yang jelas

Remember, setkan goal dalam keadaan awak tenang dan goal tu wajib jelas dan realistik. Takkan nak turunkan 5kg dalam masa sehari pulak kan. 

2. Ambil Makanan Seimbang

7 Tips Kurus Dengan Cepat Selepas Raya
7 Tips Kurus Dengan Cepat Selepas Raya - Ambil Makanan Seimbang


Ini top of the top tips yang awak perlu sebenarnya untuk kurus dengan cepat. Berat badan naik disebabkan pemakanan seseorang yang caca marba. Untuk kurus, pemakananlah yang terpaling penting awak perlu jaga selain daripada perkara-perkara lain. 

Makan makanan yang seimbang, makanan yang berkhasiat dalam portion yang betul. Tiga ni sangat penting. 

Tak berdosa sekali-sekala nak awak nak cheat day. Tak dosa. In fact tak perlu pun untuk awak create hate relationship dengan makanan-makanan yang awak suka. Boleh ambil tapi wajib jaga portion. Orang kata makan buat ghaso-ghaso. Bukan melantak sampai kenyang.

3. Bersenam

Mulakan semula aktiviti bersenam yang sudah lama ditinggalkan. Untuk yang dah lama tak bersenam, awak boleh mula dengan aktiviti fizikal yang mudah dan santai seperti brisk walking. 

Jadikan bersenam sebagai rutin tetap awak. Tak perlu tiap-tiap hari pun sebenarnya. Cukup 20 -30 minit setiap satu sesi, 3 kali seminggu. 

7 Tips Kurus Dengan Cepat Selepas Raya
7 Tips Kurus Dengan Cepat Selepas Raya - Create Rutin Bersenam

Bila Nuha sebut rutin, maksudnya awak memang slotkan aktiviti bersenam tu sebagai aktiviti tetap awak. No excuse, tak tunggu ada masa free baru buat dan wajib disiplin sama macam awak disiplin bangun pagi dan bersiap pergi kerja setiap hari. 

Senaman yang teratur dan konsisten bukan saja membantu awak kurus cepat, tapi turut meningkatkan kesihatan mental dan fizikal. 

4. Minum Cukup Air

Hormon yang membuatkan rasa lapar disebut sebagai hormon ghrelin. Bila awak rasa  lapar, kadang-kadang awak sebenarnya bukan lapar makanan tapi awak lapar air. 

Bila awak rasa lapar, apa yang awak boleh buat ialah minum air dulu. Lepas minum air tapi masih rasa lapar, ok pergilah cari makanan. Kalau lepas minum air awak dah rasa kenyang, maksudnya awak memang lapar air. 

7 Tips Kurus Dengan Cepat Selepas Raya
7 Tips Kurus Dengan Cepat Selepas Raya - Pastikan awak minum air secukupnya

Air putih akan membuatkan awak rasa lebih kenyang dan awak tak terasa nak makan atau mengunyah. 

5. Tidur Berkualiti dan Cukup 

Bercerita tentang tidur untuk kurus cepat ni sekali dengar macam eh ada kaitan ke? Ye la, tidur je kot. Apa kaitannya dengan kurus?

7 Tips Kurus Dengan Cepat Selepas Raya
7 Tips Kurus Dengan Cepat Selepas Raya - Tidur Berkualiti dan Cukup

Memang ada kaitan dan ramai yang tak tahu!

Kurang tidur dan tidur yang tidak berkualiti boleh meningkatkan selera makan dan memberi risiko kepada obesiti. 

Tidur yang cukup dan berkualiti membantu seseorang untuk membuat pilihan makanan yang lebih sihat. Jadi, jangan abaikan waktu dan kualiti tidur kalau awak nak kurus dengan cepat. 

6. Pengambilan Supplement Secara Bijak

Nuha sarankan juga untuk awak ambil supplement secara bijak sepanjang journey awak untuk kurus dengan cepat selepas raya. Supplement yang diambil tujuannya adalah untuk merapatkan jurang nutrisi dalam badan, untuk meberikan tenaga, membakar lemak dan membantu pembinaan semula otot dan untuk mengekalkan tahap kesihatan badan. 

Ada banyak supplement kurus dijual di pasaran. Ada yang harga marhaen, harga premium, ada yang janji kesan bulan dan bintang dan macam-macam lagi. 

Sebagai seorang pengguna yang bijak, awak wajib mengkaji terlebih dahulu supplement yang bakal masuk ke dalam badan awak. Bukan apa, awak memang nak kurus dengan cepat. Tapi perlu selidik terlebih dahulu kualiti produk, bahan yang digunakan, dan keselamatan awak sebagai pengguna selepas mengambil supplement tersebut. 

7 Tips Kurus Dengan Cepat Selepas Raya
Set Kurus Shaklee bantu kurus dengan cepat dan selamat

Set Kurus Shaklee adalah part of journey awak untuk kurus dengan cepat. Awak boleh baca juga entry Nuha sebelum ni tentang Mudahnya Kurus Sihat Dengan Set Kurus Shaklee. 

7. Enjoy The Process

Ramai yang excited dan berkobar-kobar nak kurus semula selepas raya. Sabar awak, berat awak bertambah pun ambil masa kan. Takkan bila nak kurus boleh jadi sekelip mata pula. Kurus ni proses dan proses ni berbeza-beza ikut badan masing-masing dan awak patut enjoy journey awak untuk kurus semula lepas raya. 

Perasan tak sebenarnya tips ni semua membawa kita balik kepada fitrah yang sepatutnya. By right kita memang sepatutnya ambil makanan seimbang, kita patut bersenam, cukup rehat, cukup water intake dan ambil supplement secara bijak. 

Its ok kalau perkara ni semua terasa janggal pada mulanya. Tapi why not kan, benda baik. Bila kita sihat, inshaAllah situasi terlebih berat badan dan terlebih inci pada badan tu terhapus sama. 

Hubungi Nuha sekarang untuk dapatkan Set Kurus Shaklee, konsultasi Supplement Shaklee yang lain atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

#NextlevelBlogging #Shakleetriumph2023 #Shakleethrive2023 #SetRahmahShaklee2023

Nuha Hayati
Pengedar Shaklee Kuala Selangor
Instagram: nuha.hayati
Tiktok: nuha.hayati

Monday, 10 April 2023

7 Sebab Shaklee Bisnes Online Terbaik Malaysia 2023

Bisnes online bukanlah trend baru tahun 2023. In fact ramai yang menjadikan bisnes online sebagai income utama. Tahun 2023 rakyat Malaysia lebih cenderung untuk membeli-belah dan mencari perkhidmatan secara online berbanding keluar rumah survey dari satu kedai ke kedai yang lain. Jadinya peniaga yang masih belum masuk ke dunia bisnes online boleh dikira sebagai tertinggal kereta api. 

7 SEBAB SHAKLEE BISNES ONLINE TERBAIK MALAYSIA 2023

Banyak kelebihan bisnes Shaklee yang Nuha nampak sepanjang lebih 10 tahun Nuha dengan Shaklee. Alhamdulillah dah 1 dekad journey Nuha dengan bisnes Shaklee, kalau bisnes ni banyak kekurangannya tak mungkin Nuha akan bertahan sebegini lama. Tak mungkin beratus ribu Pengedar Shaklee lain sama-sama bertahan buat bisnes Shaklee secara online. Harini Nuha akan kongsi 7 sebab Shaklee Bisnes Online Terbaik Malaysia 2023.

Bisnes Online Terbaik Malaysia 2023
Bisnes Online Terbaik Malaysia 2023

1) PRODUK SHAKLEE SANGAT BAGUS

Nuha yakin semua peniaga mesti nak jual produk bagus. Shaklee ada produk-produk hebat yang selamat, terbukti dan berkesan.

PRODUK SHAKLEE SELAMAT

Bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk-produk Shaklee dipilih secara teliti untuk memenuhi standard yang tinggi bagi menjamin semua produk Shaklee selamat.

TERBUKTI
Para saintis Shaklee sentiasa mencari bahan dan ramuan tulen dan mujawab dari alam semula jadi, membuat semakan terbitan saintifik dan melakukan kajian mereka sendiri untuk mengesahkan keberkesanan sesuatu bahan.

BERKESAN
Keberkesanan produk Shaklee telah dibuktikan melalui Kajian Suplemen Pemakanan Shaklee - satu kajian penanda aras yang telah menunjukkan bahawa mereka yang mengambil supplement Shaklee memiliki kesihatan yang jauh lebih baik berbanding mereka yang mengambil multivitamin jenama lain atau tidak mengambil apa-apa suplemen.

Dengan produk-produk yang syarikat sediakan, kami para pengedarnya tak perlu pening kepala nak buat R&D bagai. Produk terbaik sudah tersedia, kami cuma pasarkan dan berkongsi kebaikan produk-produk Shaklee kepada orang ramai.

2) POTENSI PELANGGAN REPEAT ORDER SANGAT TINGGI

Selain produk penjagaan diri, kecantikan dan penjagaan rumah, Shaklee menawarkan banyak produk supplement kesihatan. Pengguna makan supplement setiap hari sama macam makanan-makanan lain. Sampai masa supplement akan habis.

Dengan manfaat kesihatan yang pengguna dapat hasil pengambilan produk-produk Shaklee, potensi customer repeat order adalah sangat tinggi. 

3) GANJARAN BISNES YANG MEMUKAU

Shaklee menawarkan ganjaran tunai (cash) dalam pelbagai kategori tidak termasuk untung runcit. Semua pengedar Shaklee berpeluang untuk menikmati Personal Bonus, Net Personal Bonus, Leadership Bonus dan Coordinator Bonus.

Selain cash bonus, ada lagi insentif kereta dan trip percutian percuma untuk mereka yang layak. Alhamdulillah, Allah dah lorongkan Nuha dengan pilihan yang sangat tepat iaitu memilih untuk buat Bisnes Shaklee. Segala peluang dan ganjaran sudah tersedia cuma perlu rajin-rajin berusaha dengan sabar dan solat sahaja.

Bisnes Online Terbaik Malaysia 2023
Bisnes Online Terbaik Malaysia 2023 hanya perlukan handphone saja

Nuha percaya semua bucket list Nuha bakal tercapai melalui Bisnes Shaklee, InshaAllah. Awak ada bucket list sendiri kan, jom hit satu persatu bucket list awak bersama Shaklee!

4) BOLEH RUN BISNES SHAKLEE DI MANA-MANA

Bisnes Shaklee boleh dilakukan di mana sahaja Nuha berada. Balik kampung bisnes masih on, pergi bercuti atau kemana-mana tetap boleh kendalikan bisnes seperti biasa sebab Shaklee dah sediakan sistem online yang lengkap bagi memudahkan kami semua.

Semua urusan order boleh dibuat bila-bila masa dan di mana-mana asalkan Nuha bersama dengan rangkaian internet. Mudah sangat!

5) GAJI ONTIME TAK PERNAH LEWAT

Pernah Nuha tanya pada seorang kawan "kenapa awak dah tak buat bisnes XX tu?". Jawapannya sebab syarikat ada masalah nak bayar komisyen agent. Allah.

Bila kita dah letak usaha dan kita tahu yang kita akan dapat ganjaran hasil titik peluh tu, tentu lah kita mengharap dan nak kan hak kita tu.

Alhamdulillah sepanjang 10 tahun Bisnes Shaklee ni belum pernah walau sehari syarikat masukkan bonus lambat dari 15 hari bulan. Lebih awal dari yang sepatutnya adalah. 

Kadang-kadang 13 hari bulan dah masuk bonus bulan lepas dalam akaun. Syukur sangat sebab buat bisnes dengan syarikat yang mantap macam ni. 

6) BISNES SHAKLEE ADA PENYATA BONUS

Ini satu kelebihan besar yang Shaklee tawarkan sebab bukan semua bisnes ada "slip gaji". Biasanya orang berniaga ni takkan ada slip gaji sebab dialah majikan, dialah pekerja.

Kalau ada urusan yang perlukan slip gaji, perlu dapatkan pengesahan pendapatan daripada individu tertentu. Tapi dengan Shaklee tak perlu susah-susah macam tu dah sebab syarikat ada sediakan penyata bonus.

Dengan penyata bonus ini, ramai pengedar Shaklee berjaya lulus untuk buat pinjaman beli rumah, kereta dan lain-lain. 

Bukan biasa-biasa kan Bisnes Shaklee ni? 

7) BISNES SECARA BERJEMAAH, BUKAN SOLOPRENEUR

Buat bisnes ada cabarannya yang tersendiri. Dengan bisnes Shaklee, segala masam masim dan pahit cabaran bisnes Nuha tak tanggung sendirian. 

Masalah sebesar mana pun, kalau dapat dikongsi dengan individu yang sehaluan dan memahami pun dah rasa lega sangat. 

Nuha sentiasa ada mentor bisnes sebagai rujukan dan tempat untuk luah perasaan, minta pendapat, mengadu nasib dan cabaran bisnes. Alhamdulillah, berada bawah Team Jutawan banyak membantu Nuha untuk dapat info-info pemasaran terkini, update terkini produk dan tak tertinggal juga motivation support. Orang kata completely perfect la.  

Nuha juga ada Organisasi Bisnes Shaklee sendiri iaitu Team Excellenters. Sama macam Team Jutawan buat, Nuha apply perkara yang sama kepada ahli yang mendaftar di bawah organisasi Nuha.

Sebenarnya ada banyak lagi sebab Shaklee bisnes online terbaik Malaysia yang Nuha nak share. InshaAllah Nuha share kat entry lain ye. Apa yang Nuha yakin dan pasti, semua orang bila ambil keputusan untuk libatkan diri dengan bisnes online, semestinya nakkan bisnes boleh bagi keuntungan, bisnes yang mudah, yang flexible, bisnes jual produk yang bagus.
 

Semua tu ada dengan Shaklee. 

Hubungi Nuha untuk pertanyaan lanjut tentang kelebihan bisnes Shaklee dan sertai Team Excellenters bersama-sama Nuha.

#NextlevelBlogging #Shakleetriump2023 #Shakleethrive2023 #SetRahmahShaklee2023

Nuha Hayati
Pengedar Shaklee Kuala Selangor
Instagram: nuha.hayati
Tiktok: nuha.hayati

Thursday, 6 April 2023

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah

Nuha yakin semua orang nakkan kulit yang cantik menjelang raya nanti. Nuha sendiri mengidam kulit yang sihat dan cantik tak kiralah raya ke tak raya ke kan. Kulit cantik directly bagi impak besar pada keyakinan dan penampilan seseorang. Entry kali ni Nuha nak share pasal vitamin untuk kulit cantik dan sihat pada harga rahmah. Memang berbaloi.

VITAMIN KULIT CANTIK HARGA RAHMAH

Vitamin Cantik Harga Rahmah
Kulit cantik dambaan semua perempuan
Gambar dari: tloppy.com

Sebelum kita cerita pasal vitamin apa yang bagus untuk kulit, rasanya baik Nuha sentuh sikit tentang anatomi lapisan kulit kita dan apa nutrisi yang bagus untuk dapatkan kulit yang cantik. 

Ringkasnya kulit kita ada 3 lapisan iaitu epidermis, dermis dan hipodermis. Setiap lapisan kulit mempunyai ketebalan dan fungsi yang berbeza. 

3 LAPISAN KULIT

1. Lapisan Epidermis
Lapisan epidermis adalah lapisan kulit paling luar. Dengan kata lain, kulit yang kita boleh nampak dan boleh rasa guna tangan tulah yang dinamakan sebagai lapisan epidermis. Epidermis adalah lapisan kulit yang paling nipis. 

Awak biasa dengar pasal "skin barrier"

Skin barrier tu lapisan paling atas pada lapisan epidermis yang berfungsi untuk melindungi kulit daripada kerosakan dan menyimpan kelembapan supaya kulit kekal lembap dan tak kering.  

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah
3 lapisan kulit

2. Lapisan Dermis
Lapisan dermis adalah lapisan kedua yang berada di bawah lapisan epidermis. Ia mengandungi tisu penghubung yang kuat, folikel rambut dan kelenjar peluh. Fungsi utama lapisan ni adalah untuk menghasilkan minyak supaya kulit kekal lembut dan licin

3. Lapisan Hipodermis
Ini lapisan paling dalam yang mengandungi lemak dan tisu penghubung. Gabungan tisu-tisu penghubung akan attach dermis kepada otot dan tulang. 

Ketiga-tiga lapisan kulit ini merupakan organ terbesar badan manusia dengan ukuran yang boleh mencapai sehingga 2 meter persegi. Hebatnya ciptaan Allah!

SKIN BARRIER

Lapisan skin barrier sangat penting dan bertindak sebagai pelindung kulit daripada sinar UVA, UVB, kotoran seperti debu dan bakteria dan juga bahan kimia. Kulit mungkin akan mengalami rosak teruk tanpa skin barrier. 

Antara kerosakan yang mungkin terjadi ialah kulit mengalami keradangan, masalah jerawat, dan mungkin juga akan berlakunya kesan penuaan yang lebih cepat. 

FAKTOR KEROSAKAN SKIN BARRIER

1. Penggunaan produk penjagaan kulit (skin care) yang tidak tepat / produk mengandungi bahan kimia terlarang

2. Kulit terdedah secara terus pada pancaran cahaya matahari kerana tidak menggunakan sunscreen

3. Gaya hidup kurang sihat seperti merokok, mengambil alkohol, dan kurang tidur yang berkualiti

4. Diet yang tidak seimbang dan kurangnya pengambilan makanan berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. 

NUTRISI YANG DIPERLUKAN UNTUK KULIT CANTIK DAN SIHAT

Ok sekarang awak dah tahu setiap satu bahagian kulit dan fungsinya, maka wajiblah untuk kita tahu nutrisi yang badan perlukan untuk kita maintain kulit cantik dan sihat. Apa antara vitamin kulit yang bagus untuk awak?

1. Omega 3

Ambillah Omega 3 secukupnya untuk bantu kulit mengekalkan kelembapannya, tegang dan anjal. Omega 3 sangat bagus untuk support penghasilan dinding sel kulit.

2. Protein

Tubuh badan kita mengubah sumber protein yang kita makan menjadi blok bangunan yang dipanggil sebagai asid amino dan akan digunakan untuk membuat protein lain termasuklah kolagen dan keratin yang membentuk struktur kulit. Asid amino juga membantu proses pengelupasan kulit mati. 

Beberapa asid amino adalah bersifat anti oksidan yang melindungi kulit daripada sinar UV dan radikal bebas.

Protein juga berperanan dalam membantu pembentukan sel-sel kulit yang baru.

3. Vitamin A

Vitamin A dipercayai dapat mencegah kerosakan kulit yang disebabkan oleh sinaran cahaya matahari dengan menghentikan proses penguraian kolagen. 

4. Vitamin C

Vitamin C berperanan sebagai anti oksidan yang menghalang radikal bebas, melindungi kulit daripada pancaran UV dan membantu jaringan protein yang bengkok untuk mempertahankan bentuknya. 

Vitamin C membantu membentuk kolagen untuk kulit, mencantikkan dan melembapkan kulit serta mengurangkan jerawat dan jeragat.

5. Vitamin E

Vitamin E merupakan anti oksidan dan anti inflamasi yang dapat menyerap tenaga daripada sinar UV. Gabungan Vitamin E dan Vitamin C menguatkan lagi dinding sel. 

6. Zinc

Zinc diperlukan untuk menjaga dinding sel dan melindungi kulit dari kerosakan sinar UV dan mempercepatkan kadar penyembuhan luka dan jerawat. 

7. Selenium

Selenium merupakan mineral bersifat anti oksidan yang melindungi kulit daripada sinar UV. Kekurangan pengambilan selenium mendedahkan seseorang kepada risiko kanser kulit. 

Sumber: doktorsehat

Secara umumnya, pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang cukup adalah pilihan yang baik dalam memastikan kulit awak dapat nutrisi yang diperlukan. Tapi, diet kebanyakan kita hari ini tidak memungkinkan badan untuk terima kesemua nutrisi yang kulit perlu. 

Jangan sedih sebab Shaklee dalam rangkaian produk kesihatannya offer perbagai nutrisi yang terbaik untuk support kesihatan dan kecantikan kulit awak. 

VITAMIN KULIT CANTIK HARGA RAHMAH

Since Kerajaan Malaysia memperkenalkan Set Menu Rahmah, Shaklee pun dengan berbesar hati introduce Set Vitamin Rahmah untuk awak alami sendiri pengalaman kulit cantik dan semakin sihat pada harga rahmah. 

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah
Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah - Set A

Healthy Rahmah - Set A 

1 Protein ESP
1 Sustained Release Vitamin C
Free keahlian Shaklee

Dapatkan Set A Healthy Rahmah pada harga RM99 sahaja. Awak jimat sehingga RM189.75 dengan belian set ni. 

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah
Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah - Set B

Healthy Rahmah - Set B

2 Proein ESP
2 Sustained Release Vitamin C
Free keahlian Shaklee
Free postage

Nikmati penjimatan sehingga RM389.50 dengan belian Healthy Rahmah Set B. Miliki set ini pada harga RM188 sahaja. 

Hubungi Nuha sekarang untuk dapatkan vitamin kulit Set Rahmah Shaklee, konsultasi Supplement Shaklee yang lain atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

#NextlevelBlogging #Shakleetriump2023 #Shakleethrive2023 #SetRahmahShaklee2023

Nuha Hayati
Pengedar Shaklee Kuala Selangor
Instagram: nuha.hayati
Tiktok: nuha.hayati