Friday, 28 April 2023

Hari Raya Dengan Shaklee

Alhamdulillah, tahun ni Allah rezekikan kami sekeluarga beraya di kampung halaman Nuha di Melaka. Banyak lesson learnt, kenangan baru dicipta dan hari raya kami semestinya lebih lengkap bersama Shaklee. 

HARI RAYA DENGAN SHAKLEE

Hari Raya dengan Shaklee
Hari raya tahun ni turn Dahlea pilih warna baju raya
Kami join crowd warna charcoal


Raya di kampung Nuha kat Melaka ada extra meriah sikit sebab rumah mak Nuha kat atas bukit. So kami memang dapat tengok orang main bunga api dari banyak kawasan. Senang kata banyak bunga api free show. 

Hari Raya dengan Shaklee
Bunga api. Sangat cantik

Plus tahun ni kami jadi tuan rumah untuk Majlis Bacaan Yasin, Tahlil Arwah dan berbuka Puasa tahunan keluarga besar mak Nuha. Berkumpullah semua pakcik makcik, sepupu-sepapat, anak-anak saudara dan cucu-cucu semua pada iftar terakhir Ramadan tahun ni. 

Hari Raya dengan Shaklee
Sedara-mara belah mak yang beraya kat Melaka tahun ni

Meriah la jadinya. Belum pagi raya dah ada bermacam juadah untuk disantap. Potluck masing-masing bawa makanan. Lepas maghrib sambung makan sambil bersembang. Dah tu sambung dengan aktiviti main bunga api. 

Hari Raya dengan Shaklee
Iftar terakhir untuk Ramadan 1444H
Sambal tumis udang tu Nuha yang masak. Ok bye

Hari raya memang penat. Sebenarnya episod penat tu mula pada penghujung Ramadan bila masing-masing dah mula busy dengan persiapan raya, kemas rumah, packing baju dan barang-barang keperluan nak balik kampung. Nuha paling bercinta part nak pilih dan lipat baju masuk beg. Mana nak fikir baju raya nak match satu family lagi. Fening la fening haha. 

Semestinya Nuha tak lupa nak pack sekali bekalan vitamin untuk dibawa balik ke kampung. Vitamin untuk kami sekeluarga makan dan vitamin yang customer kat kampung order. Sempat suami Nuha tolong layankan request isteri dia minta tolong singgah Shaklee Home Office shopping vitamin sehari sebelum kami gerak balik kampung. 

Hari Raya dengan Shaklee
Thank you awak jadi personal shopper saya

Customer kat kampung pun tak lepaskan peluang untuk grab Set Vitamin Rahmah Shaklee. Mana boleh terlepas offer murah gila ni. 

Adik ipar Nuha siap-siap order vitamin Hero Kiddo untuk anak tersayang. Bukan apa, persediaan untuk badan lebih kuat. Raya kan jumpa ramai sedara-mara, dengan cuaca tak menentu lagi. Kita yang dewasa ni pun kalau tak kena gaya boleh tumbang, inikan pula anak kecil.

Hari Raya dengan Shaklee
Vitamin yang bagus penting untuk bantu boost immune badan seisi keluarga. 


Andai kata jatuh sakit pun, inshaAllah recovery period tu lebih cepat. 

Selain suplemen untuk boost immune badan, meh Nuha share sikit suplemen Shaklee yang bagus untuk awak maintain berat badan di musim hari raya ni. Tak nak gemuk kan? 

SUPLEMEN MAINTAIN KURUS DI AIDILFITRI

Hari Raya Dengan Shaklee
Tak boleh tinggal suplemen hari raya ni

1) Minyak Ikan Omega 3 : OMEGA GUARD

Omega 3 sangat membantu dalam pembakaran lemak dengan pantas selepas awak makan rendang, lodeh dan makanan-makanan berminyak yang lain. Plus, Omega-3 mengawal tahap lemak terkumpul yang sihat daripada makanan yang kita makan setiap hari. 

Harga Omega Guard: RM142.50 (90 kapsul)

2) Lecithin

Lecithin sangat terkenal sebagai "fat emulsifier", iaitu menguraikan lemak menjadi molekul-molekul kecil untuk penghadaman. Lecithin banyak digunakan dalam diet yang sihat untuk menggalakkan pengurangan berat badan. 

Ia membantu dalam mempercepatkan pemecahan lemak, membantu keseluruhan proses dan seterusnya meningkatkan metabolisme badan. 

Lechitin ditukarkan menjadi asetilkolina yang diperlukan untuk mengekalkan tubuh yang sihat dan menggalakkan penggunaan lemak sebagai tenaga. 

Harga Lecithin: RM66.25 (180 softgels)

3) Herblax

Herblax membantu melancarkan “pembuangan” selepas awak makan pelbagai juadah raya. Kandungan Herblax termasuk daun senna merangsang pergerakan usus untuk melancarkan proses perkumuhan semula jadi tubuh. 

Waktu raya kan makan macam-macam, minum air berwarna-warni. Kekurangan pengambilan serat dan air memang mengundang sembelit yang teruk. 

Harga Herblax: RM63.75 (120 tablet)

3 suplemen basic yang awak tak boleh miss langsung waktu hari raya ni. Kalau awak nakkan result yang lebih powerful, consider dan ambil Set Kurus Shaklee. InshaAllah, lebih senang nak maintain berat badan ideal in a healthy way. 

Mari baca juga entry sideline Nuha, Ruqayyah tentang pengalaman Hari Raya dengan Shaklee beliau. 

Hubungi Nuha sekarang untuk dapatkan suplemen-suplemen Shaklee atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

#NextlevelBlogging #Shakleetriumph2023 #Shakleethrive2023 #SetRahmahShaklee2023

Nuha Hayati
Pengedar Shaklee Kuala Selangor
Instagram: nuha.hayati
Tiktok: nuha.hayati


* Produk-poduk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

1 comment:

  1. Meriah nya raya kalau family besar ❤️

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.