Saturday, 13 May 2023

Rahsia Tak Gemuk Walaupun Pergi Banyak Hari Raya Open House

Mana tahan tengok segala macam makanan terhidang masa pergi open house hari raya. Masa ni la nak makan macam-macam kan. Takpe, mari Nuha share apa rahsia untuk tak gemuk walaupun pergi banyak hari raya open house.

RAHSIA TAK GEMUK WALAUPUN PERGI BANYAK HARI RAYA OPEN HOUSE

Tak sah hari raya tanpa aktiviti kunjung-mengunjung sesama saudara dan kawan-kawan. Zaman sekarang majlis Open House Hari Raya semakin menjadi pilihan ramai memandangkan semua sanak saudara dan kawan-kawan dapat berkumpul di rumah penganjur pada masa yang ditetapkan. 

Hari Raya Open House
Meriah juadah Hari Raya Open House

Untuk pihak tuan rumah pun lebih mudah memandangkan tuan rumah sekali je berpenat masak dan sediakan bermacam juadah dan sekali je penat kemas rumah. Nuha sendiri personally prefer Hari Raya Open House. Lebih meriah dan tu lah, sekali je penat. 

Tips untuk tetap tak gemuk walaupun pergi banyak Hari Raya Open House yang Nuha nak share ni agak command dan biasa je sebenarnya. Simple pun simple. 

1) Minum Air Kosong Sebelum Keluar Dari Kereta

Benda ni memang nampak macam terpaling senang nak buat tapi tak ramai orang yang tahu dan buat. Bila awak dah sampai ke tempat open house, sebelum keluar kereta tu minum dulu air kosong. Tak banyak pun minum dalam 150ml - 200ml je. 

Air putih akan membuatkan awak rasa lebih kenyang dan awak tak terasa nak makan banyak. 

2) Jamah Makanan Bukan Melantak Makanan

Nuha percaya bila petik bab Hari Raya Open House ni makanan yang tuan rumah saji bukan sikit-sikit. Paling-paling akan ada 1 menu berat, air dah sah-sah air berwarna, lepas tu ada pencuci mulut sikit dan last sekali kuih-kuih raya. Ni kira basic.

Semakin ramai jemputan inshaAllah menu akan makin banyak dan meriah. 

Macam last week Nuha teman adik ipar pergi Hari Raya Open House rumah kawan dia. Kita rambang mata awak. Kambing grill, laksa, aiskrim, nasi beryani, sate, otak-otak, brownies & puding roti, air ada 2 warna dan ada air fanta sekali. Alhamdulillah meriah. Murah rezeki tuan rumah. 

Percayalah kalau awak taknak gemuk tapi dalam masa yang sama awak terpanggil-panggil untuk makan semua hidangan tu, just go for it. Tapi awak kena disiplin betul-betul part portion. Boleh je makan semua jenis makanan yang ada tapi semua pun sikit-sikit. Buat-buat rasa orang kata. Lagi-lagi kalau dalam sehari tu ada 3-4 open house yang awak akan attend. 

3) Bawa Air Sendiri

Tadi dah cakap kan part air ni confirm air berwarna-warni kita jumpa masa Hari Raya Open House. Sebagaimana meriahnya Aidilfitri begitulah meriahnya juga warna-warni air di Hari Raya gituh. Macam Nuha cakap kat atas tadi, disiplin part portion. 

Hari Raya Open House
Bawa bekal air kosong sendiri ke open house

Untuk air, eloknya awak bawa je bekal air sendiri. Bawa botol air berisi air kosong. Ada rumah yang memang sediakan air mineral untuk tetamu. 

Ada rumah tak hidang air mineral. Awak pun mesti rasa malu nak request air kosong kat tuan rumah yang tengah sibuk melayan tetamu yang datang. So terpaling senang sekali awak bawa air kosong sendiri. 

4) Buat Intermittent Fasting

Selain dari 3 cadangan yang Nuha bagi tadi, Nuha suka juga untuk advise awak buat Intermittent Fasting (IF). It is a good option untuk awak amal Intermittent Fasting as untuk kawal waktu makan. 
Makan bila tiba eating window dan stop makan bila sampai waktu puasa. Since buat Intermittent Fasting ni boleh je minum air kosong atau air tanpa kalori, awak still boleh continue pergi Hari Raya Open House walaupun tengah buat IF. 

Awak still boleh minum air kosong yang awak bawa bekal tu kat rumah orang. Hati kena kental sikit la kan. Avoid melintas depan meja makanan and cuba chill. 

Tetapkan mindset kita pergi beraya untuk kekalkan silaturrahim bukan untuk makan semata-mata. Macam mak-mak kita puasa 6 tapi tetap pergi berjalan raya. 
Awak boleh baca juga entry Nuha sebelum ni berkaitan Kebaikan Intermittent Fasting Yang Ramai Belum Tahu.

5) Ambil Set Hello New You Shaklee

Set Hello New You penyelamat dunia walaupun pergi banyak Hari Raya Open House tetap tak gemuk-gemuk! 

Mana taknya Set Hello New Year Shaklee ni bukan setakat bantu awak kekalkan kesihatan yang optimum dan merapatkan jurang nutrisi dalam badan, tapi sangat bagus untuk boost energy awak, bantu membakar lemak-lemak yang awak dapat hasil menikmati Hari Raya Open House dan membantu pembinaan semula otot badan awak secara sihat. 

Set Hello New You
Set Hello New You

InshaAllah entry seterusnya Nuha akan share lebih lagi pasal Set Hello New You Shaklee ni. Stay tune! 

Nuha terang-terang nak mengaku yang Nuha memang suka makan. Ye, suka makan walaupun size badan Nuha level-level hmm tak tahu nak kata apa. Haha. Jadinya Open House di kala Hari Raya memang terpaling Nuha suka. Jom jemput baca sama entry Hari Raya Open House yang kawan Nuha tulis di blog Che Natrah. 

Hubungi Nuha sekarang untuk dapatkan Set Hello New You Shaklee, konsultasi Supplement Shaklee yang lain atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

#Shakleetriumph2023
#Shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023

#NextlevelBlogging

Nuha Hayati
Pengedar Shaklee Kuala Selangor
Instagram: nuha.hayati
Tiktok: nuha.hayati

1 comment:

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.