Blog Nuha Hayati

Aidilfitri 2015

Aidil Fitri 2015 disambut penuh kesyukuran dan kesedarhanaan. Namun tetap meriah disamping keluarga. Anda beraya di mana? Berapa pasang baju raya?

Assalamualaikum & hai.

Sudah dua tahun berturut-turut, kami beraya awal di kampung suami. Perancangan raya adalah atas persetujuan kami bersama. Petang 1 Syawal baru bergerak ke kampung nuha di Melaka. Alhamdulillah, perjalanan kami lancar ke semua destinasi.

Aidilfitri 2015
Syawal pertama di kampung suami. Jika anda rakan blogger nuha dari waktu nuha bujang pasti perasan baju yang nuha pakai di hari pertama Syawal ini. Guna semula baju nikah kami hampir tiga tahun lalu. 

Aidilfitri 2015
Syawal kedua di rumah keluarga nuha. Bergambar satu keluarga. Tahun depan bakal bertambah seorang lagi menantu dan cucu-cucu keluarga Cikgu Azizah. InshaAllah.

Aidilfitri 2015
Wefie candid!

Aidilfitri 2015
Syawal hari ke 3. Dalam proses menyediakan rendang daging. Ketupat rendang sila nikmati kawan.

Aidilfitri 2015
Little Dahlea di tengah-tengah antara dua orang sepupu. Beraya di rumah moyang.

Nuha ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Aidilfitri dan maaf zahir dan batin. Semoga amalan kita sepanjang Ramadhan lalu tidak terhenti apabila Shawal tiba, InshaAllah

Baca: Tawaran Vitalea Percuma

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee Julai 2015




Nuha
Rakan Penyusuan Susu Ibu
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu
#shakleetrustedagent

2 comments:

  1. wah wah wah....alhamdulillah masih muat lagi baju nikah tu ye

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. masih muat lagi :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Adbox