Wednesday, 29 March 2023

Cara Makan Set Puasa Shaklee 2023 Yang Betul

Ramai yang dah grab promosi Set Puasa Shaklee 2023 untuk Ramadan tahun ni. Entry kali ini Nuha kongsikan cara makan yang betul Set Puasa 1-2-3 Shaklee. 

CARA PENGAMBILAN SET PUASA 1-2-3 SHAKLEE YANG BETUL

Kalau sebut pasal puasa, Nuha yakin semua orang akan nakkan badan yang bertenaga hingga ke petang, rasa kenyang yang lebih lama supaya bertahan sepanjang hari puasa dan kekal hidrat. Barulah tak melepek je hari-hari sepajang kita berpuasa kan. Orang kata nakkan hari yang produktif walaupun dalam tempoh berpuasa.

Cara Makan Set Puasa Shaklee 2023
On going promotion: Set Puasa 1-2-3 Shaklee

InshaAllah, puasa awak akan lebih bererti dengan Set Puasa Shaklee. Nah Nuha kongsikan cara makan Set Puasa 1-2-3 Shaklee 2023 yang betul. 

Cara Makan Set Puasa Shaklee 2023
Cara Makan Set Puasa 1-2-3 Shaklee 2023

Awak follow je guide dalam poster kat atas ni. 

Set Puasa Shaklee sebenarnya ibarat awak makan hidangan yang lengkap segala nutrisi seimbang dan berkhasiat yang badan awak perlukan tapi versi minum. Minum je semua zass awak dapat semua zat yang badan awak perlukan.

Untuk Cinch Shake, Nuha personally suka bancuh dengan air sejuk je sebab terpaling mudah dan rasa Cinch Shake ni memang terpaling tak mengecewakan. Lagi mudah Nuha biasanya akan mixkan Cinch Shake bersama-sama dengan ESP. Kalau Nuha terrajin sikit Nuha blend dengan kurma. Kurma tu sebaiknya rendam overnight, kasi dia kembang dan lembut.
 
Waktu sahur, memang wajib ambik Performance Drink. Nuha biasa bancuh Performance Drink ni alone, tak campur dengan ESP ataupun Cinch Shake. Kalau mix pun, Nuha akan mix dengan Cinch Tea Mix. Powerfull mix!

Tak ada lah kejadian mengantuk and lesu waktu tengahari. Ada juga yang ambil Cinch Tea Mix lepas berbuka sebab nak terawih dan sambung dengan ibadah-ibadah yang lain lagi. 

Untuk awak yang nak fokus turunkan berat badan waktu bulan puasa ni, paling best awak ambil Set Puasa Shaklee plus few produk lain dalam Set Kurus Shaklee

Hubungi Nuha untuk dapatkan Promosi Set Puasa Shaklee, konsultasi Supplement Shaklee yang lain atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

#ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023 #ProjekBlogMega #ProjekDuitRaya #SahurSimpleZatPadu

Nuha Hayati
Pengedar Shaklee Kuala Selangor
Instagram: nuha.hayati
Tiktok: nuha.hayati


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau mencegah sebarang penyakit. Sekiranya anda di bawah rawatan perubatan, sila dapatkan nasihat doktor sebelum pengambilan suplemen kesihatan. 

Saturday, 25 March 2023

Shaklee Fun Day 18 Mac 2023

Sabtu lepas, 18 Mac 2023 telah berlangsung Fun Day @ Shaklee Shops. Program bermula dari jam 12 tengahari dan berakhir pada jam 4 petang di Home Office Shaklee Malaysia. Sesiapa yang datang dengan kawan-kawan atau family yang belum jadi Shaklee Family pun berpeluang untuk menang hadiah pada Shaklee Fun Day tersebut.

Shaklee Fun Day @ Shaklee Shops!

Banyak aktiviti, promosi special dan sesiapa yang datang telah berpeluang untuk dapat premium items Shaklee secara percuma. Minuman percuma juga disediakan kepada semua. Ada banyak belon disediakan untuk kanak-kanak. 

Shaklee Fun Day
Shaklee Fun Day 18 Mac 2023

Fun Day ni Shaklee tak open untuk Shaklee Family je tau. Shaklee Business Leaders boleh datang bersama-sama dengan prospek dan Shaklee Independant Distributor yang baru. Shaklee Shops yang terlibat dalam penganjuran Shaklee Fun Day ni adalah Shaklee Home Office Petaling Jaya, Shaklee Shop Kuala Lumpur, Shaklee Shop Kota Bharu dan Shaklee Shop Johor Bahru. 

Pihak Shaklee buat macam-macam aktiviti menarik kepada semua prospek dan Shaklee Distributor baru.

Explore Shaklee Shop dan Cuba Produk Shaklee!

Pengunjung yang datang Sabtu lepas berpeluang untuk explore sendiri Shaklee Shop dan cuba produk Shaklee!. Di Shaklee Home Office, Shaklee sediakan bancuhan Cinch Mix Soy Protein Shake kepada semua. Bukan 1 perisa, tapi semua perisa Cinch Mix Soy Protein Shake yang ada Shaklee serve. Cokelat, Cafe Latte dan Vanilla. 

Shaklee Fun Day
Bancuhan Cinch Mix Soy Proetin Shake.
Meal Replacement waktu sahur

Puas dapat minum semua perisa yang ada. Free flow dan yang paling penting percuma! Orang kata datang sana perut kosong, balik dengan perut kenyang. Cinch Mix Soy Protein Shake ni kan meal replacement. 

Pemeriksaan dan Konsultasi Kesihatan 

Bukan saja-saja datang nak berseronok tau. Tapi pengunjung yang datang dapat check tahap kesihatan tubuh badan masing-masing dan dapat sekali konsultasi produk bersesuian daripada Pakar Nutrisi Shaklee!

Hadiah Ekslusif untuk Pendaftaran Ahli Baru Shaklee

Ini Nuha jeles sangat sebab Nuha tak layak nak dapat. Hanya prospek yang mendaftar keahlian Shaklee pada hari tersebut saja dapat hadiah ekslusif daripada Shaklee. Welcoming gifts gitu!

Buy More and Redeem More!

Sangat merambangkan mata ini. Dahla Shaklee sangat baik hati buat macam-macam promotion sempena Bulan Ramadan ni, tambah lagi dengan on Event-Day-Only Promotions. Hanya Sabtu lepas je ada promosi tersebut dan siapa yang nak grab the offer haruslah walk in ke Shaklee Shops yang terlibat. 

Semakin banyak belian, semakin banyak dapat hadiah. MashaAllah best ya amat!

Dapat Extra Income dengan Shaklee

Pada hari tersebut juga pengunjung berpeluang untuk ketahui bagaimana awak boleh menjana pendapatan tambahan dengan Shaklee sebagai satu peluang bisnes yang mampan. Kepada yang berminat nak tahu cara untuk daftar keahlian dan Bisnes Shaklee, meh Nuha brief sikit ya.

Cara 1: Daftar ahli Shaklee dengan bayaran pendaftaran RM35

Cara 2: Daftar ahli Shaklee secara percuma dengan belian 100uv dan keatas 

Aktiviti Menyeronokkan untuk Seisi Keluarga

Kanak-kanak yang datang ke Shaklee Fun Day pun happy sangat sebab banyak aktiviti menarik disediakan untuk mereka. Deko-deko belon yang banyak memang menarik minat budak-budak. 

Hubungi Nuha untuk konsultasi Supplement Shaklee atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

#ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023 #ProjekBlogMega #ProjekDuitRaya #SahurSimpleZatPadu

Nuha Hayati
Pengedar Shaklee Kuala Selangor
Instagram: nuha.hayati
Tiktok: nuha.hayati

Wednesday, 22 March 2023

Keburukan Intermittent Fasting

Diet Intermittent Fasting ni boleh dikatakan fenomena untuk topik pengurusan berat badan sekarang ni. Ye la sana sini ramai yang mengamalkan Diet Intermittent Fasting untuk turunkan berat badan. Lagi gempak bila pengamal Diet Intermittent Fasting ada proven result diri sendiri. Mantap!

KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING

Betul la kan dalam Islam dah sebut siap-siap. Bersederhanalah kamu dalam apa pun. Terkurang boleh bawa mudarat, tapi kalau terlebih pun tak bagus juga. Termasuklah bila kita bercerita tentang Intermittent Fasting ni. Kalau entry sebelum ni Nuha share tentang kelebihan Intermittent Fasting, kalini Nuha share keburukan pula. 

Keburukan Intermittent Fasting
Intermittent Fasting mengawal waktu makan

Sebelum tu kita refresh sikit apa itu Intermittent Fasting. 

Intermittent Fasting adalah sejenis diet atau kaedah untuk menurunkan berat badan dengan cara mengawal waktu makan. Maksudnya ada waktu tertentu yang awak boleh makan, dan ada waktu yang awak akan berpuasa. Cuma bezanya Diet Intermittent Fasting daripada Puasa Ramadan ialah Diet Intermittent Fasting membenarkan pengambilan air kosong atau minuman yang tidak berkalori contohnya kopi kosong (tanpa gula) semasa tempoh "berpuasa". 

Ramai kawan Nuha buat Intermittent Fasting yang 16/8 iaitu berpuasa selama 16 jam dan 8 jam masa untuk makan. Sebenarnya ada lagi Intermittent Fasting yang lebih lama iaitu 24, 36, 48 dan 72 jam puasa tanpa makanan dan the real Intermittent Fasting adalah semalam 72 jam. Yes 3 hari.

Mengikut kajian, pada jam ke-17 berpuasa, proses Autophagy mula berlaku dan inilah yang diinginkan oleh pengamal Intermittent Fasting


Keburukan Intermittent Fasting
Autophagy juga boleh membawa mudarat
Sumber: https://www.verywellhealth.com/

Autophagy seperti yang Nuha dah cerita sebelum ni adalah satu satu proses biologi dimana badan kita membersihkan dirinya sendiri dengan menyingkirkan toksin dan mengitar semula komponen-komponen sel yang telah rosak. Ia satu teknik yang sangat bagus untuk reset badan. 

Bukan semua orang mampu nak puasa Intermittent Fasting sampai 72 jam untuk dapatkan benefits Autophagy. Kalau orang yang ada penyakit kronik, mana mampu nak puasa sampai 3 hari tu. Menyiksa namanya tu. Hanya orang yang kuat semangat je yang mampu. Nuha personally awal-awal angkat tangan surrender. 
Individu yang selalu buat Autophagy ni dia akan ada satu masalah iaitu autophagy menggalakkan kemusnahan kolagen, yang boleh menyebabkan pengamal Intermittnet Fasting boleh kelihatan seperti "Kak Limah". 

Eh tapi bukan ke sebelum ni Nuha share Autophagy renew sel, Autophagy menjadikan kita awet muda. Kenapa boleh jadi Kak Limah pula? 

Sebenarnya badan kita ni berbeza-beza, maka different reaction, solutionnya pun personalized dan berbeza-beza.  


AUTOPHAGY MENGGALAKKAN KEMUSNAHAN KOLAGEN 

Satu kajian yang dijalankan pada tahun 2017 membuktikan bahawa Autophagy promotes degradation of internal collagen. Kolagen musnah disebabkan Autophagy. Satu lagi kajian lain yang dijalankan pada 2021 tentang implikasi Autophagy. Kajian menunjukkan perencatan Autophagy meningkatkan penghasilan kolagen. 

Haa sangat jelas kan Autophagy memang beri impak besar pada kolagen. 

Autophagy akan buat cellular cleaning. Kesannya kolagen badan akan rosak.

Terdapat 28 jenis kolagen dan yang paling biasa kita dengar adalah kolagen Type 1, Type 2, dan Type 3. 90% kolagen dalam badan kita terdiri daripada kolagen Type 1 dan Type 3. Berita kurang baiknya adalah Autophagy banyak menyerang kolagen Type 1 yang banyak pada rambut, kulit, kuku, organ, tulang dan ligaments.

Keburukan Intermittent Fasting
Keburukan Autophagy melibatkan kemusnahan kolagen dalam badan
dan memberi kesan penuaan

Sebab tu ada orang buat Intermittent Fasting dia memang kurus, tapi kita nampak dia macam Kak Limah. Maka pengajarannya di sini jangan terlalu excited untuk mengejar Autophagy sampai terlupakan kolagen. Kalau asyik berpuasa je badan boleh jadi shrink. 

Kolagen dalam badan kita secara naturalnya berkurang start dari umur 25 tahun. Bila badan kita memasuki umur 60 tahun, 50% kolagen dalam badan sudah pun berkurangan. Faktor-faktor lain penyumbang kepada kemusnahan kolagen adalah cahaya matahari, habit merokok, dan pengambilan alkohol. 


KENAPA KOLAGEN PENTING BILA BUAT INTERMITTENT FASTING (AUTOPHAGY)?

Kolagen makes up 30% protein dalam badan kita. Kolagen akan hancur bila awak buat Autophagy. Maka awak akan dapat masalah-masalah seperti sakit di bahagian sendi, kuku kekuningan dan rapuh, masalah keguguran rambut, kulit berkedut dan sakit-sakit badan. Padahal awak buat cellular cleaning ni. 

Kolagen terbukti berkesan untuk meningkatkan kesihatan kulit, otot, meningkatkan fleksibiliti dan keanjalan kulit, menggalakkan penuaan yang sihat, rambut dan kuku yang sihat, dan kesihatan sendi. 

Sumber makanan yang mengandungi kolagen adalah seperti ikan. kulit telur, ayam, bovine (lembu). Ada juga sumber yang tinggi kolagen dan murah iaitu khinzir tapi haram bagi umat Islam mengambilnya.  


AUTOPHAGY RECOVER: AMBIL KOLAGEN

Individu yang buat Autophagy tolong jangan tinggalkan kolagen kalau taknak jadi Kak Limah sebab kolagen adalah sejenis protein. Kandungan kolagen banyak dalam kulit. Kalau tak betul-betul jaga semasa buat Autophagy, memang akan nampak tua. 

Ibarat awak beli rumah kosong dan awak nak renovate dan hias rumah baru tu. Proses ubah suai rumah ibarat Autophagy. Lepas renovation selesai, rumah tu akan jadi sepah, kotor, bersimen, berpasir, belum bercat dan berhias lagi. Kalau awak tak cara untuk kemas, hias cantik-cantik maknanya rumah tu tetap carca marba walaupun dah direnovate. Haaa begitu. Jadi lepas buat Autophagy, mesti top up semula kolagen. 

Shaklee menawarkan supplement terbaik dalam bentuk kolagen peptide iaitu Collagen Plus Powder yang mana kolagen jenis peptides ni lebih mudah diserap oleh badan dan penghasilannya telah melalui pelbagai R&D. Ia membekalkan 4000mg kolagen peptide dan dilengkapi dengan Vitamin C untuk memaksimumkan kadar penyerapan kolagen dan kandungan Vitamin B2 dan Vitamin B6 untuk boost energy semasa proses penghasilan kolagen itu sendiri. 

Keburukan Intermittent Fasting
Collagen Plus Powder Shaklee pelengkap Intermittent Fasting awak

Dengan pengambilan Resveratrol, CoQ10, Kolagen, Vitamin C dan Vitamin B maka terhasilkan formula lengkap Autophagy tanpa mak limah. Dan berita baiknya semua nutrisi ini awak boleh dapatkan daripada rangkaian supplement terbaik Shaklee. 

Hubungi Nuha untuk konsultasi Supplement Shaklee atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

#ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023 #ProjekBlogMega #ProjekDuitRaya #SahurSimpleZatPadu

Nuha Hayati
Pengedar Shaklee Kuala Selangor
Instagram: nuha.hayati
Tiktok: nuha.hayati


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau mencegah sebarang penyakit. Sekiranya anda di bawah rawatan perubatan, sila dapatkan nasihat doktor sebelum pengambilan suplemen kesihatan. 

Kebaikan Intermittent Fasting Yang Ramai Belum Tahu

Biasa bila kita sebut pasal Diet Intermittent Fasting (IF), top top goalnya tentulah untuk turukan berat badan. Ramai dah berjaya kurus dengan mengamalkan Intermittent Fasting. 

KEBAIKAN INTERMITTENT FASTING 

Sebelum tu jom kita recap apa itu Intermittent Fasting

Kebaikan Intermittent Fasting
Intermittent Fasting bantu ramai kurus

Intermittent Fasting adalah sejenis diet yang atau kaedah untuk menurunkan berat badan dengan cara mengawal waktu makan. Maksudnya ada waktu tertentu yang awak boleh makan, dan ada waktu yang awak akan berpuasa. Tapi, berbeza sikit Diet Intermittent Fasting daripada Puasa Ramadan ialah Diet Intermittent Fasting membenarkan pengambilan air kosong atau minuman yang tidak berkalori contohnya kopi kosong (tanpa gula) semasa tempoh "berpuasa". 

Ada banyak jenis Intermittent fasting. Kawan-kawan dalam circle Nuha biasa buat yang 16/8 iaitu berpuasa selama 16 jam dan 8 jam masa untuk makan. Ada lagi Intermittent Fasting versi yang lebih lama, 24, 36, dan 72 jam. 

Mengikut kajian, pada jam ke-17 berpuasa, proses Autophagy berlaku. Apa pula Autophagy ni?

Autophagy adalah satu satu proses biologi dimana badan kita membersihkan dirinya sendiri dengan menyingkirkan toksin dan mengitar semula komponen-komponen sel yang telah rosak. Ia satu teknik yang sangat bagus untuk reset badan. Kalau kereta lama kita biasa dengar orang buat "overhaul" enjin, kira autophagy ni proses "overhaul" badan.  

Sebenarnya apa yang pengamal Intermittent Fasting nak sangat daripada puasa yang lama tu adalah Autophagy.

Kebaikan Intermittent Fasting
Autophagy Kebaikan Intermittent Fasting
Sumber: https://www.verywellhealth.com

KEBAIKAN AUTOPHAGY

1. Mencegah kanser
2. Meningkatkan prestasi otot
3. Mencegah Neurodegenerative Disease 
4. Mengurangkan inflamasi dalam badan
5. Mengurangkan kesan penuaan
6. Meningkatkan tenaga sel

Selain mengamalkan Intermittent Fasting, ada 3 lagi gaya hidup yang boleh induce Autophagy iaitu dengan mengamalkan diet yang tinggi dengan lemak sihat, amalan tidur yang berkualiti dan bersenam. 

Ada berita baik. Ada supplements yang clinically validated terkenal dalam mengaktifkan Autophagy:

Resveratrol
Astaxanthin 
Berberine
Citrus 
Bergamot
Turmeric
 
Shaklee dalam rangkaian supplement kesihatannya ada menawarkan supplement terbaik untuk mendapatkan Autophagy. Awak sangat digalakkan untuk ambil 2 supplements ni dan berpuasa untuk dapat kebaikan Autophagy.

Kebaikan Intermittent Fasting
Resveratrol antara top supplement yang dapat activate Autophagy

Awak tak perlu berpuasa sampai 72 jam untuk dapatkan kebaikan Autophagy. Kandungan Resveratrol dalam Vivix induce Autophagy.

Kebaikan Intermittent Fasting
Coenzyme Q10 promotes Autophagy

Coenzyme Q10 (CoQ10) sangat power dalam promoting Autophagy. Gabungan 2 produk ni sangat powerful untuk awak dapat kebaikan Autophagy disamping berpuasa, tidur yang berkualiti, amalan diet tinggi lemak sihat dan juga bersenam secara berkala.

Hubungi Nuha untuk konsultasi Supplement Shaklee atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

#ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023 #ProjekBlogMega #ProjekDuitRaya #SahurSimpleZatPadu

Nuha Hayati
Pengedar Shaklee Kuala Selangor
Instagram: nuha.hayati
Tiktok: nuha.hayati


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau mencegah sebarang penyakit. Sekiranya anda di bawah rawatan perubatan, sila dapatkan nasihat doktor sebelum pengambilan suplemen kesihatan. 

Wednesday, 15 March 2023

5 Sebab Kenapa Shaklee Supplements Terbaik Di Malaysia

Tahu tentang kewujudan Brand Shaklee adalah satu nikmat. Bertambah nikmat bila diberi rezeki untuk mengamalkan Shaklee Supplements, brand supplement terbaik di Malaysia. Nampak simple je kan tapi maknanya sangat besar. Ada orang langsung tak tahu tentang Shaklee, ada orang tahu tapi belum diilhamkan untuk mengamalkan, ada orang berubah kesihatan dan kehidupannya asbab Supplement Shaklee.  

5 SEBAB KENAPA SHAKLEE SUPPLEMENTS TERBAIK DI MALAYSIA


1) Pemenag Malaysia's Trusted Brand Gold Award Kategori Vitamins & Health Supplements

Shaklee Supplements Terbaik di Malaysia
Gold Award Kategori Vitamin & Health Supplements 

Brand Shaklee telah dinobatkan sebagai salah satu Trusted Brand Malaysia selama 2 tahun berturut-turut (2021 dan 2022) berdasarkan survey yang dijalankan oleh Reader's Digest Malaysia. 

Survey ni bukan ada pilihan jawapan A B C D then orang tinggal pilih je tau. Soalan-soalan dalam survey Reader's Digest adalah soalan open ended. Bila pengguna vote sesuatu brand, maksudnya itulah brand yang keluar fikiran dia. 

Pengguna vote Shaklee Supplements sebab brand Shaklee ni terbaik la kan? 


2) Jenama Shaklee Menjaga Kesihatan Rakyat Malaysia Selama Lebih 25 Tahun

Kalau kita fikir secara logik, sesuatu brand atau produk tu akan tetap ada dalam pasaran selagi ada permintaan. Permintaan yang consistent sebab brand atau produk tu bagus. Sebab tu pengguna setia guna produk yang sama untuk jangka masa yang panjang.

Dr. Forrest C. Shaklee mencipta multivitamin pertama dunia pada tahun 1965. Dan multivitamin yang sama masih kekal wujud sampailah ke hari ni tahun 2023. Dah lebih 100 tahun usia multivitamin tu. 

Shaklee Supplements Terbaik di Malaysia
Multivitamin Pertama Dicipta oleh Dr Forrest C. Shaklee masih wujud hingga kini

Jenama Shaklee dah masuk ke pasaran Malaysia lebih dari 25 tahun lamanya dan masih bertahan sampai ke hari ini. Ini indications yang sangat clear membuktikan yang Shaklee Supplements Terbaik di Malaysia.  


3) Shaklee Supplements Selamat untuk Rakyat Malaysia

Company sangat ambil berat isu kualiti dan keselamatan Shaklee Supplements yang dihasilkan. Shaklee menjalankan lebih 100 000 ujian kawalan kualiti setiap tahun untuk pastikan kualiti produk terjamin. Sangat banyak.

Shaklee Supplements Terbaik di Malaysia
Supplement Selamat untuk Rakyat Malaysia

Nak buat ujian ni semua perlukan modal dan modalnya bukan kecil. Tapi Shaklee sanggup berhabis duit semata-mata nak pastikan kualiti produk terjamin. 

"Kami membuat produk yang lembut kepada alam sekitar dan tidak pernah membuat ujian ke atas haiwan. Saya tidak akan mencipta produk yang akan merosakkan satu sel tisu di dalam badan."

Dr Forrest C. Shaklee
Pengasas Shaklee Corporation


4) Shaklee Supplements Terbukti dan Berkesan 

Kalau nak kata pasal produk berkesan rasanya semua pihak boleh claim produk yang dia keluarkan berkesan. Tambah pula dengan review dan testimoni. Benda boleh buat, apa ada hal kan. 

Tapi di Shaklee, semuanya proven in paper. Company ada lebih daripada 135 kajian klinikal, kertas saintifik dan pembentangan termasuklah Kajian Landmark dan Kajian Telomere. 

"Kajian Landmark dan Telomere menunjukkan bahawa populasi Shaklee sangat sihat daripada populasi umum."

Dr. Elizabeth Blackburn
Pemenang Hadiah Nobel dalam Perubatan 2009

Shaklee Supplements telah terbukti berkesan melalui para atlet yang dikuasakan oleh Shaklee menang 137 pingat emas, perak dan gangsa dalam perlawanan. Shaklee Supplements juga diambil oleh angkasawan NASA yang berada di angkasa lepas. Bukan biasa-biasa Supplement Shaklee ni. 

Banyak lagi proven result hasil mengambil Shaklee Supplements. Nuha sendiri ada kisah Shaklee Effect semasa journey relaktasi penyusuan susu ibu 10 tahun lepas. Nuha memang sangat bersyukur sebab dolorongkan untuk cuba supplements terbaik di Malaysia ni. 

Ramai juga yang berjaya mengawal dan menurunkan berat badan dengan Set Kurus Shaklee. Ini semua proven result yang bukan dibuat-buat.  

5) Harga Shaklee Supplements Sangat Murah

Nuha tak kata murah tau. Tapi Nuha kata sangat murah. Kenapa boleh jatuh level sangat murah?

Dengan bahan-bahan yang berkualiti tinggi, bermacam-macam jenis ujian yang dibuat untuk pastikan end produk adalah yang terbaik, produk yang selamat dan berkesan, harga Supplements Shaklee adalah sangat murah. 

Mungkin ada yang compare Shaklee dengan jenama lain. Tapi bila ada yang nak buat comparison, compare sekali segala behind the scenes of the product then awak akan setuju dengan Nuha yang Shaklee Supplements terbaik di Malaysia dari segi harga dan kualitinya. 

Hubungi Nuha untuk konsultasi Supplement Shaklee atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

#ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023 #ProjekBlogMega #ProjekDuitRaya #SahurSimpleZatPadu

Nuha Hayati
Pengedar Shaklee Kuala Selangor
Instagram: nuha.hayati
Tiktok: nuha.hayati

Tuesday, 14 March 2023

Kurus Sebelum Raya Dengan Set Kurus Shaklee

Nuha percaya ramai yang nak sangat kurus sebelum raya tahun 2023 ni kan. Personally Nuha sangat excited nak share something. Nak tahu apa? Nuha nak bagitahu peluang untuk awak merealisasikan impian kurus sebelum raya!


KURUS SEBELUM RAYA DENGAN SET KURUS SHAKLEE

Mungkin awak selalu plan nak kurus tapi tak jadi atau awak pendam je impian tu atas sebab-sebab tertentu. 


Boleh jadi sebab tak ada guide yang betul, tak ada circle yang sama-sama nak kurus atau mungkin juga support system yang agak lemah. Family dan kawan-kawan mungkin ada yang merendahkan impian awak. Mungkinkah?


Nuha sangat yakin awak boleh kurus sebelum raya dengan Set Kurus Shaklee. Kenapa Nuha yakin sangat? 

Sebab consume Set Kurus Shaklee ni sangat mudah, flexible, selamat dan terbukti berkesan. Terlalu banyak proven result daripada pengambilan Set Kurus Shaklee. Tambah pula combination antara Set Puasa Shaklee dan Set Kurus Shaklee, Nuha sangat yakin dengan izin Allah goal untuk awak kurus sebelum raya akan lebih mudah tercapai. 


Kurus Sebelum Raya Dengan Set Kurus Shaklee
Set Puasa Shaklee - Nutrisi lengkap untuk kenyang lebih lama,
kekal bertenaga dan hidrat

Kalau awak perasan sebelum ni Nuha ada share cerita pasal kawan Nuha, Sharina yang berjaya turunkan berat sebanyak 18kg dengan mangamalkan kaedah Intermittent Fasting. Minggu depan je kita dah nak start puasa. So tukar je Intermittent Fasting kepada puasa kita umat Islam di Bulan Ramadan.


Dah puasa Bulan Ramadan dengan Set Puasa Shaklee, add on pula dengan Set Kurus Shaklee. Kalau ikut cara yang betul, memang boleh kurus sebelum raya! InshaAllah.  


Nuha dah pernah cerita tentang Set Kurus Shaklee sebelum ni. Tengok semua orang dengan proven result masing-masing memang boleh buat bulu roma meremang. Hebat sangat penangan Shaklee effect diorang. 

Set Kurus Shaklee terdiri daripada beberapa produk. Nuha listkan produk dan fungsi setiap produk dalam set ni kat bawah.


SENARAI PRODUK SET KURUS SHAKLEE DAN FUNGSI


Kurus Sebelum Raya Dengan Set Kurus Shaklee
Set Kurus Shaklee atau Set Hello New You. 

1) Lecithin - "fat emulsifier" membantu mempercepatkan proses pemecahan lemak

Lecithin banyak digunakan dalam diet yang sihat untuk menggalakkan pengurangan berat badan. Ia juga membantu meningkatkan metabolisme badan. Lechitin ditukarkan menjadi asetilkolina yang diperlukan untuk mengekalkan tubuh yang sihat dan menggalakkan penggunaan lemak sebagai tenaga. 


2) Omega Guard - Minyak ikan dengan Omega-3 meningkatkan kadar proses pembakaran lemak

Omega-3 membantu dalam mancapai tahap lemak badan yang sihat dengan meningkatkan kadar metabolisme dan mengawal tahap lemak terkumpul daripada makanan yang kita makan setiap hari. 

Ada 2 hormon yang terlibat dan bertanggungjawab dalam memberi rasa kenyang dan lapar iaitu ghrelin dan leptin. Dengan mengamalkan diet yang sihat dan pengambilan Omega-3 secukupnya dikatakan dapat mengawal dua hormon ni dan meningkatkan rasa kenyang yang lebih lama selepas makan. Haa idaman semua orang yang nak kurus ni!


3) Cinch Mix Soy Protein Shake - Serbuk protein dengan Leucine yang membekalkan nutrien 1 hidangan lengkap. 

Antara manfaat Leucine yang telah dibuktikan dalam kajian adalah menggalakkan penghasilan otot, menyokong pertumbuhan otot tanpa lemak, menyokong pemulihan otot, dan mengurangkan keletihan otot selepas bersenam. 

Sangat besar contribution Leucine kepada individu yang nak kurus. Nuha sangat-sangat advice awak untuk ambil Cinch Mix Soy Protein Shake sepanjang journey awak nak kurus.  


Kurus Sebelum Raya Dengan Set Kurus Shaklee
Leucine sangat ideal dalam membantu awak kurus sebelum raya

4) Herblax - Mengandungi daun senna yang banyak digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit

Kurus Sebelum Raya dengan Set Kurus Shaklee
Daun Senna digunakan secara tradisional sebagai julap


Impian kurus sebelum raya akan lebih bersinar kalau awak pairkan sekali Set Kurus Shaklee bersama Vivix. Vivix diperkaya dengan polifenol yang mengandungi brain protective effect yang mana otak akan dipulihara untuk awak tak teringat-ingatkan makanan. 

Umumnya rasa kenyang akan mula dirasai 20 minit selepas kita makan. Tapi, kebanyakan daripada kita lambat nak rasa kenyang sebab signal kenyang tu sampai lambat. So, untuk bagi signal kenyang tu sampai ke otak on time, sangat disarankan untuk makan makanan yang mengandungi polifenol. 


Kurus Sebelum Raya dengan Set Kurus Shaklee
Vivix Shaklee - Minuman botanikal tinggi kandungan polifenol
bantu awak kurus sebelum raya

MashaAllah, hebatnya ciptaan Allah melalui nutrisi dalam produk-produk Shaklee. 


Set Puasa Shaklee sangat membantu untuk awak rasa kenyang dengan lebih lama, lebih bertenaga dan kekal hidrat disamping sangat memudahkan sahur. Set Kurus Shaklee adalah part of journey awak untuk kurus. Combination semua ni akan bantu awak untuk kurus sebelum raya, InshaAllah. 


Kurus Sebelum Raya Dengan Set Kurus Shaklee
Awak dah sedia untuk kurus sebelum raya?

Sempat lagi ni kalau awak nak kurus sebelum raya dengan Set Kurus Shaklee. Mulakan langkah pertama awak untuk kurus sebelum raya dengan menghubungi Nuha sekarang dan dapatkan Set Kurus Shaklee. Klik nomber telefon Nuha di bawah. 


#ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023 #ProjekBlogMega #ProjekDuitRaya #SahurSimpleZatPadu

Nuha Hayati
Pengedar Shaklee Kuala Selangor
Instagram: nuha.hayati
Tiktok: nuha.hayati


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau mencegah sebarang penyakit. Sekiranya anda di bawah rawatan perubatan, sila dapatkan nasihat doktor sebelum pengambilan suplemen kesihatan. 

Sunday, 12 March 2023

Duit Raya Awal Dari Shaklee

Nuha takde idea kalau cakap pasal bantuan raya 2023. Di luar pengetahuan Nuha kalau nak kata bab bantuan raya 2023. Tapi, Nuha tahu pasal duit raya awal dari Shaklee. Awak nak duit raya awal?

DUIT RAYA AWAL DARI SHAKLEE

Alhamdulillah, masuk tahun ke 10 Nuha sebagai salah sorang Shaklee family, tak pernah sekali pun Shaklee terlewat bayar komisyen pada Nuha. Komisyen ni kalau among Shaklee Family biasa kita panggil as "bonus". Dan lebih penting lagi tak pernah terkurang walau sesen pun dari amaun yang sepatutnya kita layak dapat. Tahun 2023 inshaAllah lagi best sebab Nuha akan dapat duit raya awal dari Shaklee.

Kalau ikutkan kalendar, inshaAllah umat Islam akan sambut Syawal dalam 22 April 2023. Bonus Shaklee pula akan masuk paling lambat 15 April 2023. 

Maksudnya ada lebih kurang seminggu sebelum raya. Ini memang betul-betul duit raya awal dari Shaklee. Bestnya! 

Alhamdulillah, banyak yang Nuha boleh buat dengan duit raya awal dari Shaklee tu nanti. Bayangkan as simple as Nuha dapat duit raya awal dari Shaklee dalam RM1000 macam tu,  apa yang Nuha nak buat dengan jumlah tu?

Duit Raya untuk Parents
Salah satu yang Nuha akan allocate hasil duit raya awal dari Shaklee is untuk mak abah dan mertua. 
Nuha tahu orang tua kita ni dia tak harap sangat pun duit raya dari anak-anak. Dapat anak cucu menantu balik sama-sama beraya pun diorang dah gembira. Tapi sebagai anak, of course satu nikmat kalau dapat bagi duit raya pada parents kan? 

Shopping Raya!
Well, walaupun lebih kurang seminggu je lagi nak raya masa bonus Shaklee tu masuk, still memang sempat sangat kalau nak menyoping keperluan raya. Baju raya, kasut raya, keperluan raya anak-anak, tudung, biskut-biskut raya. Eh senang kata kalau ada duit raya awal dari Shaklee boleh la nak beli apa pun. 

RM1000 yang Nuha sebut kat atas tu tadi contoh je. Kalau dapat lebih lagi duit raya awal dari Shaklee, banyaklah yang boleh dibelanjakan. Nikmatnya!

Betul, berbelanja ikut keperluan. Tapi bila ada duit raya awal dari Shaklee, kan tak tertahan-tahan persediaan raya yang nak dibuat tu. Kalau bukan untuk diri sendiri, mungkin boleh menyumbang pada mak ayah kat kampung. Hadiahkan langsir raya baru ke, sofa baru ke kan. 

Travel Raya
Tak complete raya kalau tak ziarah menziarahi family dan kenalan waktu raya. Atau paling-paling pun mesti kita nak balik ke kampung halaman rumah parents. Mana yang dah berkeluarga, of course nak balik beraya dengan keluarga mertua juga kan. Duit raya awal dari Shaklee ni boleh sangat kalau nak allocate untuk petrol dan tol masa travel raya nanti. 

Senang kata inshaAllah nak buat apa pun tak tertahan-tahan dengan adanya duit raya awal dari Shaklee. So apa pendapat awak dengan duit raya awal dari Shaklee ni? Menarik ke wow sangat?

Nuha personally memang aim untuk dapat duit raya awal dari Shaklee. Dan dengan ini, Nuha nak ajak awak sama-sama untuk join Projek Duit Raya 2023 supaya kita sama-sama dapat menikmati duit raya awal dari Shaklee tahun 2023 ni. 


Duit Raya Awal Dari Shaklee
Duit Raya Awal dari Shaklee melalui Projek Duit Raya 2023

Projek Duit Raya berkonsepkan dropship/ affiliate dimana peserta-peserta projek akan diberi bimbingan, bahan marketing dan projek ni boleh awak boleh buat kat mana-mana je hanya dengan menggunakan handphone. Duit raya awal dari Shaklee pasti jadi milik awak!


Duit Raya Awal Dari Shaklee
Set produk untuk dropship/ affiliate Duit Raya Awal dari Shaklee 

Baca juga tulisan kawan Nuha, Niza tentang bantuan duit raya awal dengan Shaklee. 

Hubungi Nuha sekarang sebagai step pertama awak untuk dapat duit raya awal dari Shaklee. InshaAllah, tak perlu tunggu bantuan raya 2023 dari mana-mana pihak lagi. Kita mampu lakukannya!

#ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023 #ProjekBlogMega #ProjekDuitRaya #SahurSimpleZatPadu

Nuha Hayati
Pengedar Shaklee Kuala Selangor
Instagram: nuha.hayati
Tiktok: nuha.hayati

Friday, 10 March 2023

Pengalaman Ramadan Dengan Set Puasa Shaklee

Salah satu kesyukuran Nuha bila masuk Bulan Ramadan ialah bila Nuha dapat menjalani Ramadan dengan Set Puasa Shaklee. Awak ada pengalaman Ramadan dengan Set Puasa Shaklee?

Kalau belum, jadikan Ramadan akan datang pengalaman pertama awak dengan Set Puasa Shaklee yang paling best!


PENGALAMAN RAMADAN DENGAN SET PUASA SHAKLEE


Set Puasa Shaklee 2023
Promosi Set Puasa Shaklee 2023. Awak wajib dapatkan cepat 


Kalau sebut pasal puasa, Nuha yakin semua orang akan nakkan badan yang bertenaga, kenyang lama supaya bertahan sepanjang hari puasa dan kekal hidrat. Meh Nuha share pengalaman Ramadan Nuha dengan Set Puasa Shaklee.


Amazingly ketiga-tiga “benda” yang semua orang nak sangat semasa berpuasa di Bulan Ramadan Nuha dapat dengan Set Puasa Shaklee.


Pengalaman Ramadan dengan Set Puasa Shaklee Nuha yang pertama ialah pada tahun 2014. Masa tu Nuha dah kahwin dan ada sorang anak kecil. 


Dipendekkan cerita Nuha seorang yang simple when it comes to bersahur. Dari sekolah menengah kat asrama Nuha dah tak ambil sahur berat. Malas nak turun dewan makan. Sahur yang terpaling simple je kat dorm. Nuha biasa sahur susu, kurma, nestum, oat, gitu-gitu je. Terbawa-bawa la sampai ke alam kolej dan hingga ke penghujung zaman bujang. Masa ni belum ada pengalaman Ramadan dengan Set Puasa Shaklee lagi.


Set Puasa Shaklee 2023
Set Puasa Shaklee 2023 - Cinch Shake sebagai meal replacement.
Nutrisi lengkap ibarat ambil hidangan yang lengkap


Orang kata tak kenal maka tak cinta gitu.


Gaya sahur simple ni semakin tak relevant bila dah kahwin sebab suami Nuha sejenis yang bangun sahur makan berat-berat. Maka dengan itu menjadi keperluanlah untuk Nuha prep juadah bersahur. Kalau tak sedia sebelum tidur malam, Nuha akan bangun awal untuk sediakan makanan sahur. Kesian kat diri sendiri sebab tahun pertama kahwin, kami belum tahu kewujudan Set Puasa Shaklee. Huhu.

Lepas beranak kecil dan anak menyusu badan, semakin mencabar untuk Nuha sediakan juadah bersahur. Masa ni Nuha masih belum kenal dengan Set Puasa Shaklee. Ditambah pula dengan status sebagai seorang ibu menyusu, selalu la Nuha berteka-teki dalam hati;


Mampu ke aku nak puasa dan breastfeed baby ni?

Larat ke nak menempuh hari dengan tak makan and minum apa-apa ni?

Cukup ke susu badan ni nanti?

Macam mana kalau baby meragam sebab tak cukup susu?

 

Macam-macam dalam kepala ni Nuha fikir. Overthinking. Lepas tu berkejar nak sediakan menu lengkap untuk bersahur, dah masak berkejar nak makan pula! Tapi alhamdulillah, rezeki menyambut Ramadan dengan Set Puasa Shaklee bermula tahun 2014. Nikmat sangat awak.


Set Puasa Shaklee 2023
Set Puasa Shaklee 2023 - Protein ESP bagi rasa kenyang lebih lama

Bertambah-tambah kesyukuran Nuha bila suami onz je sahur simple dengan Set Puasa Shaklee. Alhamdulillah kami suami isteri ada pengalaman Ramadan dengan Set Puasa Shaklee yang sangat amazing.


Macam Nuha kata awal-awal tadi, Ramadan dengan Set Puasa Shaklee provide semua benefits yang kita nak di bulan puasa. Kenyang lama, bertenaga dan kekal hidrat.


Biasanya ramai akan mengadu lemau, mengantuk, tak bertenaga, lembik, rasa lapar yang dahsyat, dehidrasi, tak produktif. Senang kata puasa tu memang puasa tapi kurang produktif.


Alhamdulillah, sejak berpengalaman Ramadan dengan Set Puasa Shaklee, Nuha lebih relax. Nutrisi dari produk dalam Set Puasa Shaklee bagi Nuha rasa kenyang yang lebih lama, bertenaga dan kekal hidrat.


Kekal hidrat ni penting sangat especially untuk ibu menyusu macam Nuha sebab kita nakkan penghasilan dan pengeluaran susu ibu tu maintain walaupun seharian tak makan dan minum. Seriously, memang berbeza sangat puasa tanpa Set Puasa Shaklee dan pengalaman Ramadan dengan Set Puasa Shaklee.


Paling best sebab Nuha dapat fokus lebih pada benda lain waktu sebelum sahur sebab dah tak perlu spend masa lebih untuk prep makanan sahur. Atau paling-paling pun kalau tak buat benda lain waktu sebelum sahur tu, dapatlah rehat extra sikit. Idaman para isteri dan ibu sangat ni. Memang best sangat pengalaman Ramadan dengan Set Puasa Shaklee.


Set Puasa Shaklee 2023
Set Puasa Shaklee 2023 - Performance Drink minuman
 electrolite penting untuk elak dari dehidrasi

Meh baca juga cerita Niza, salah seorang Shaklee Family tentang pengalaman Ramadan Dengan Set Puasa Shaklee beliau.

Kalau awak masih belum ada pengalaman Ramadan dengan Set Puasa Shaklee, Nuha sangat-sangat advice awak untuk cuba Set Puasa Shaklee ni untuk Ramadan akan datang. InshaAllah, asbab nutrisi yang terbaik akan bagi awak pengalaman Ramadan yang lebih produktif, bertenaga, dan lebih bermakna. Hubungi Nuha untuk dapatkan Set Puasa Shaklee ni sekarang.


#ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023 #ProjekBlogMega #ProjekDuitRaya #SahurSimpleZatPadu


Nuha Hayati
Pengedar Shaklee Kuala Selangor
Instagram: nuha.hayati
Tiktok: nuha.hayati


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau mencegah sebarang penyakit. Sekiranya anda di bawah rawatan perubatan, sila dapatkan nasihat doktor sebelum pengambilan suplemen kesihatan.