Blog Nuha Hayati

Keburukan Intermittent Fasting

Diet Intermittent Fasting ni boleh dikatakan fenomena untuk topik pengurusan berat badan sekarang ni. Ye la sana sini ramai yang mengamalkan Diet Intermittent Fasting untuk turunkan berat badan. Lagi gempak bila pengamal Diet Intermittent Fasting ada proven result diri sendiri. Mantap!

KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING

Betul la kan dalam Islam dah sebut siap-siap. Bersederhanalah kamu dalam apa pun. Terkurang boleh bawa mudarat, tapi kalau terlebih pun tak bagus juga. Termasuklah bila kita bercerita tentang Intermittent Fasting ni. Kalau entry sebelum ni Nuha share tentang kelebihan Intermittent Fasting, kalini Nuha share keburukan pula. 

Keburukan Intermittent Fasting
Intermittent Fasting mengawal waktu makan

Sebelum tu kita refresh sikit apa itu Intermittent Fasting. 

Intermittent Fasting adalah sejenis diet atau kaedah untuk menurunkan berat badan dengan cara mengawal waktu makan. Maksudnya ada waktu tertentu yang awak boleh makan, dan ada waktu yang awak akan berpuasa. Cuma bezanya Diet Intermittent Fasting daripada Puasa Ramadan ialah Diet Intermittent Fasting membenarkan pengambilan air kosong atau minuman yang tidak berkalori contohnya kopi kosong (tanpa gula) semasa tempoh "berpuasa". 

Ramai kawan Nuha buat Intermittent Fasting yang 16/8 iaitu berpuasa selama 16 jam dan 8 jam masa untuk makan. Sebenarnya ada lagi Intermittent Fasting yang lebih lama iaitu 24, 36, 48 dan 72 jam puasa tanpa makanan dan the real Intermittent Fasting adalah semalam 72 jam. Yes 3 hari.

Mengikut kajian, pada jam ke-17 berpuasa, proses Autophagy mula berlaku dan inilah yang diinginkan oleh pengamal Intermittent Fasting


Keburukan Intermittent Fasting
Autophagy juga boleh membawa mudarat
Sumber: https://www.verywellhealth.com/

Autophagy seperti yang Nuha dah cerita sebelum ni adalah satu satu proses biologi dimana badan kita membersihkan dirinya sendiri dengan menyingkirkan toksin dan mengitar semula komponen-komponen sel yang telah rosak. Ia satu teknik yang sangat bagus untuk reset badan. 

Bukan semua orang mampu nak puasa Intermittent Fasting sampai 72 jam untuk dapatkan benefits Autophagy. Kalau orang yang ada penyakit kronik, mana mampu nak puasa sampai 3 hari tu. Menyiksa namanya tu. Hanya orang yang kuat semangat je yang mampu. Nuha personally awal-awal angkat tangan surrender. 
Individu yang selalu buat Autophagy ni dia akan ada satu masalah iaitu autophagy menggalakkan kemusnahan kolagen, yang boleh menyebabkan pengamal Intermittnet Fasting boleh kelihatan seperti "Kak Limah". 

Eh tapi bukan ke sebelum ni Nuha share Autophagy renew sel, Autophagy menjadikan kita awet muda. Kenapa boleh jadi Kak Limah pula? 

Sebenarnya badan kita ni berbeza-beza, maka different reaction, solutionnya pun personalized dan berbeza-beza.  


AUTOPHAGY MENGGALAKKAN KEMUSNAHAN KOLAGEN 

Satu kajian yang dijalankan pada tahun 2017 membuktikan bahawa Autophagy promotes degradation of internal collagen. Kolagen musnah disebabkan Autophagy. Satu lagi kajian lain yang dijalankan pada 2021 tentang implikasi Autophagy. Kajian menunjukkan perencatan Autophagy meningkatkan penghasilan kolagen. 

Haa sangat jelas kan Autophagy memang beri impak besar pada kolagen. 

Autophagy akan buat cellular cleaning. Kesannya kolagen badan akan rosak.

Terdapat 28 jenis kolagen dan yang paling biasa kita dengar adalah kolagen Type 1, Type 2, dan Type 3. 90% kolagen dalam badan kita terdiri daripada kolagen Type 1 dan Type 3. Berita kurang baiknya adalah Autophagy banyak menyerang kolagen Type 1 yang banyak pada rambut, kulit, kuku, organ, tulang dan ligaments.

Keburukan Intermittent Fasting
Keburukan Autophagy melibatkan kemusnahan kolagen dalam badan
dan memberi kesan penuaan

Sebab tu ada orang buat Intermittent Fasting dia memang kurus, tapi kita nampak dia macam Kak Limah. Maka pengajarannya di sini jangan terlalu excited untuk mengejar Autophagy sampai terlupakan kolagen. Kalau asyik berpuasa je badan boleh jadi shrink. 

Kolagen dalam badan kita secara naturalnya berkurang start dari umur 25 tahun. Bila badan kita memasuki umur 60 tahun, 50% kolagen dalam badan sudah pun berkurangan. Faktor-faktor lain penyumbang kepada kemusnahan kolagen adalah cahaya matahari, habit merokok, dan pengambilan alkohol. 


KENAPA KOLAGEN PENTING BILA BUAT INTERMITTENT FASTING (AUTOPHAGY)?

Kolagen makes up 30% protein dalam badan kita. Kolagen akan hancur bila awak buat Autophagy. Maka awak akan dapat masalah-masalah seperti sakit di bahagian sendi, kuku kekuningan dan rapuh, masalah keguguran rambut, kulit berkedut dan sakit-sakit badan. Padahal awak buat cellular cleaning ni. 

Kolagen terbukti berkesan untuk meningkatkan kesihatan kulit, otot, meningkatkan fleksibiliti dan keanjalan kulit, menggalakkan penuaan yang sihat, rambut dan kuku yang sihat, dan kesihatan sendi. 

Sumber makanan yang mengandungi kolagen adalah seperti ikan. kulit telur, ayam, bovine (lembu). Ada juga sumber yang tinggi kolagen dan murah iaitu khinzir tapi haram bagi umat Islam mengambilnya.  


AUTOPHAGY RECOVER: AMBIL KOLAGEN

Individu yang buat Autophagy tolong jangan tinggalkan kolagen kalau taknak jadi Kak Limah sebab kolagen adalah sejenis protein. Kandungan kolagen banyak dalam kulit. Kalau tak betul-betul jaga semasa buat Autophagy, memang akan nampak tua. 

Ibarat awak beli rumah kosong dan awak nak renovate dan hias rumah baru tu. Proses ubah suai rumah ibarat Autophagy. Lepas renovation selesai, rumah tu akan jadi sepah, kotor, bersimen, berpasir, belum bercat dan berhias lagi. Kalau awak tak cara untuk kemas, hias cantik-cantik maknanya rumah tu tetap carca marba walaupun dah direnovate. Haaa begitu. Jadi lepas buat Autophagy, mesti top up semula kolagen. 

Shaklee menawarkan supplement terbaik dalam bentuk kolagen peptide iaitu Collagen Plus Powder yang mana kolagen jenis peptides ni lebih mudah diserap oleh badan dan penghasilannya telah melalui pelbagai R&D. Ia membekalkan 4000mg kolagen peptide dan dilengkapi dengan Vitamin C untuk memaksimumkan kadar penyerapan kolagen dan kandungan Vitamin B2 dan Vitamin B6 untuk boost energy semasa proses penghasilan kolagen itu sendiri. 

Keburukan Intermittent Fasting
Collagen Plus Powder Shaklee pelengkap Intermittent Fasting awak

Dengan pengambilan Resveratrol, CoQ10, Kolagen, Vitamin C dan Vitamin B maka terhasilkan formula lengkap Autophagy tanpa mak limah. Dan berita baiknya semua nutrisi ini awak boleh dapatkan daripada rangkaian supplement terbaik Shaklee. 

Hubungi Nuha untuk konsultasi Supplement Shaklee atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

#ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023 #ProjekBlogMega #ProjekDuitRaya #SahurSimpleZatPadu

Nuha Hayati
Pengedar Shaklee Kuala Selangor
Instagram: nuha.hayati
Tiktok: nuha.hayati


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau mencegah sebarang penyakit. Sekiranya anda di bawah rawatan perubatan, sila dapatkan nasihat doktor sebelum pengambilan suplemen kesihatan. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Adbox