Friday, 30 June 2023

Shaklee Kuala Selangor: ResV

Alami hari-hari yang lebih sihat, segar, bertenaga dan lebih jelita dengan setiap kebaikan polifenol dalam setiap softgel ResV. Ianya semula jadi, halal, selamat dan terbukti berkesan. Jom Nuha share kandungan ResV dan kebaikan polifenol dalam entry kalini. 

KANDUNGAN RESV DAN KEBAIKAN POLIFENOL DALAM RESV

ResV Shaklee mengandungi campuran proprietari, bahan ramuan botani semula jadi yang dipilih dengan teliti dan menawarkan spektrum polifenol yang luas untuk mengekalkan kesihatan yang baik.


ResV Shaklee
Bahan-bahan semula jadi dalam ResV Shaklee 



Anggur Muscadine - Mengandungi sifat antioksidan dan kepekatan tinggi asid elagik dan elagitanin (sejenis polifenol).

Japanese Knotweed - Mengandungi polifenol utama yang dipanggil resveratrol, mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan. 

Lobak Ungu - Mengandungi polifenol seperti antosianin dan lutein dengan antioksidan yang kuat untuk kesihatan yang baik. 

Chebulic Myrobalan (Buah Kaduka) - Juga dikenali sebagai "Raja Ayurveda", ia menawarkan manfaat terapeutik yang luar biasa dan mengandungi polifenol penting seperti asid galik dan asid elagik. 

Buah Delima - Penuh dengan nutrien penting termasuklah elagitanin, asid elagik dan flavonoid. 

Anggur Hitam - Kaya dengan nutrien dan penuh dengan antioksidan, polifenol dan Vitamin C. 

Hampas Anggur dan Anggur Merah - Mengandungi paras polifenol yang tinggi seperti proantocyanidin yang menawarkan kuasa antioksidan yang hebat. 


HIDUP PENUH BERSEMANGAT DAN BERTENAGA DENGAN POLIFENOL

Kajian saintifik menunjukkan bahawa amalan diet yang kaya dengan polifenol tumbuhan bagi jangka masa panjang boleh menguatkan sistem pertahanan badan kita.

1. KULIT SIHAT

Polifenol melindungi kulit daripada kerosakan oleh sinaran ultraviolet (UV) dan serangan radikal bebas, meningkatkan penghasilan kolagen dan mengurangkan garis halus serta kedutan. 

2. PEREDARAN DARAH YANG SIHAT

Polifenol mengurangkan keradangan kronik, yang menjadi punca utama penyakit jantung serta menurunkan tekanan darah dan tahap kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan tahap kolesterol baik (HDL).

3. TAHAP GULA DALAM DARAH YANG SIHAT

Polifenol menurunkan tahap gula darah semasa berpuasa, meningkatkan toleransi glukosa dan meningkatkan kepekataan insulin. 

4. MENYOKONG DETOKS YANG BERKESAN

Polifenol meningkatkan kesihatan hati dengan mengawal stress dalaman badan, mengurangkan kemerahan dan pembengkakan, dan mengurangkan kematian sel pada hati dan menyerupai kesan positif berpuasa atau diet rendah kalori yang boleh membantu menurunkan berat badan. 

5. FUNGSI OTAK YANG SIHAT

Pengambilan jus anggur setiap hari selama 12 minggu dapat meningkatkan memori orang dewasa yang mengalami masalah mental ringan. Pengambilan polifenol setiap hari secara konsisten meningkatkan aliran darah ke otak, meningkatkan ingatan dan daya tumpuan. 

6. MENINGKATKAN TENAGA DAN KEKUATAN OTOT

Polifenol mempercepatkan penghasilan mitokondria, iaitu penjana utama tenaga sel badan kita. Ia juga meningkatkan jisim otot dan penghasilan semula otot dikalangan individu yang berusia terutamanya apabila diamalkan bersama senaman. 

7. PERKEMBANGAN SEL YANG SIHAT

Polifenol adalah salah satu daripada sebatian yang mengaktifkan pertumbuhan sel yang sihat yang mana polifenol ni dipercayai boleh menghalang pertumbuhan dan perkembangan sel malignan (kanser). 

8. MEMELIHARA DAN MENYOKONG KESIHATAN SENDI

Polifenol mengelakkan penipisan dan meningkatkan penghasilan tulang rawan dan kolagen pada sendi. 


PROMOSI RESV SHAKLEE

ResV Shaklee Kuala Selangor
Promosi ResV sehingga 31 Julai 2023

Dapatkan Trio Set ResV Shaklee dengan diskaun 10%, percuma keahlian dan percuma cas penghantaran ke seluruh Malaysia. Pelan ansuran mudah selama 6 bulan tanpa interest juga disediakan kepada pengguna kad kredit Maybank. 

Pembayaran Set Trio ResV RM1155.60 boleh dibuat terus ke akaun Nuha seperti kat bawah:

Akaun Maybank
154017384668
Nurul Hayati Hanisah

*hubungi Nuha selepas pembayaran dibuat*


Hubungi Nuha sekarang untuk order ResV, konsultasi Supplement Shaklee yang lain atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

#NextlevelBlogging 
#Shakleetriumph2023 
#Shakleethrive2023 
#SetRahmahShaklee2023

Nuha Hayati
Pengedar Shaklee Kuala Selangor
Instagram: nuha.hayati
Tiktok: nuha.hayati
Youtube: Nuha Hayati


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau mencegah sebarang penyakit. Sekiranya anda di bawah rawatan perubatan, sila dapatkan nasihat doktor sebelum pengambilan suplemen kesihatan. 

Thursday, 22 June 2023

3 Amalan Gaya Hidup Sihat Yang Wajib Diamalkan

Nuha percaya kesedaran tentang tanggungjawab menjaga kesihatan tubuh badan akan meningkat seiring dengan pertambahan usia. Umur makin banyak, makin risau. Makin cakna tentang kesihatan. Setuju tak dengan statement ni? Meh Nuha kongsikan 3 amalan gaya hidup sihat yang boleh diamalkan untuk kesihatan yang optimum, inshaAllah dengan izinNya jua.


3 AMALAN GAYA HIDUP SIHAT UNTUK KESIHATAN OPTIMUM

Sebenarnya tak payah tunggu usia cecah 4 siri 5 siri baru mula nak ambil berat kesihatan badan. Mencegah itu sentiasa lebih baik daripada mengubati. Kalau kita dah cegah tapi masih dihinggap penyakit, at least kita dah usaha, tak ada sesalan di kemudian hari. Kesihatan badan suatu nikmat dan amanah. Jadi kita wajib jaga elok-elok. Kalau diri sendiri tak cakna, siapa lagi nak diharapkan untuk jaga tubuh badan kita ni.

Amalan Gaya Hidup Sihat
Kesihatan yang baik dari gaya hidup yang sihat


Kesihatan yang baik adalah perkara yang paling berharga di dunia. Di Shaklee, kami adalah penyokong tegar gaya hidup sihat yang merangkumi pemakanan yang sihat, senaman secara berkala dan pengambilan suplemen secara bijak.


1) MAKAN SIHAT

Pemakanan yang sihat termasuklah pemilihan pemakanan yang seimbang merangkumi buah-buahan, sayur-sayuran, gandum dan produk tenusu rendah atau bebas lemak.


2) SENAMAN DAN KEKALKAN BERAT BADAN OPTIMUM

Lakukan aktiviti fizikal secara teratur sebagai komponen utama dalam pengurusan kesihatan.

Bersenam penting untuk menggalakkan kesihatan keseluruhan dan kesejahteraan serta mengurangkan risiko kepada penyakit-penyakit kronik.


Amalan Gaya Hidup Sihat
Rutinkan bersenam secara berkala

Dengan rutin harian yang pack, Nuha sangat yakin nak slot in masa untuk bersenam tu sangatlah mencabar. Tapi tak mustahil dan busy tak boleh dijadikan alasan untuk tak bersenam. Start small, mulakan dengan 1 sesi bersenam yang ringkas. Jadikan sesi tu tetap setiap minggu. Slowly tambah lagi 2 sesi dan cuba maintain. 

Bersenam akan jadi lagi fun bila berteman. Carilah geng yang sama-sama nak bersenam. 


3) PENGAMBILAN MAKANAN TAMBAHAN SECARA BIJAK 

Pengambilan multivitamin atau suplemen mineral yang komprehensif dan seimbang dengan sekurang-kurangnya 450mg kalsium dan vitamin D adalah pilihan yang tepat.

Pastikan awak mengambil sumber protein yang cukup setiap hari. Protein merupakan blok asas dalam pembinaan tubun badan, untuk kekal bertenaga dan kulit yang sihat.

Cuba untuk tingkatkan mengambilan asid lemak Omega 3, EPA dan DHA. Nutrisi-nutrisi ini sangat berkait dengan pengurangan risiko penyakit jantung dan menyokong menambah baik keradangan dan tindak balas metabolik.

Nutrisi anti oksidan pula membantu dalam memelihara sel daripada serangan penuaan. Jadi, pastikan awak mempertimbangkan nutrisi yang kaya dengan fungsi anti oksidan seperti vitamin C dan E, polifenol serta beta karotin.


Pastikan juga pengambilan vitamin B penting termasuklah asid folikvitamin B6 dan B12 untuk menyokong perlindungan DNA dan menyokong penuaan yang sihat.

Akhir sekali penekanan kepada nutrisi probiotik dalam menyokong pencernaan yang sihat dan fungsi imun.

Amalan Gaya Hidup Sihat
Amalkan suplemen secara bijak

Buat sedikit bacaan sebelum awak pilih sesuatu jenama suplemen atau makanan tambahan. Nuha suka dan amal rangkaian suplemen keluaran Shaklee. Produk-produk Shaklee adalah natural, telah diuji secara klinikal tentang keselamatan dan keberkesanan produk sebelum dijual di pasaran. Nuha ada kongsikan sebelum ni 5 Sebab Kenapa Shaklee Supplements Terbaik di Malaysia.  

Hubungi Nuha sekarang untuk konsultasi dan belian suplemen, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

#NextlevelBlogging #Shakleetriumph2023 #Shakleethrive2023 #SetRahmahShaklee2023

Nuha Hayati
Pengedar Shaklee Kuala Selangor
Instagram: nuha.hayati
Tiktok: nuha.hayati
Youtube: Nuha Hayati

Wednesday, 21 June 2023

Kesan Ambil Polifenol: Tak Ambil Tak Mati Pun Tapi Kalau Ambil Ini Penangannya

Ingat lagi ayat ni yang Nuha dengar masa masuk kelas Vivix dan ResV baru-baru ni. Siapa tak ambil polifenol dia tak mati, tapi siapa amalkan polifenol kesan dia sangat superb. Jom baca extra sikit pasal polifenol. 

KESAN PENGAMBILAN POLIFENOL: TAK AMBIL TAK MATI PUN TAPI KALAU AMBIL KESANNYA LUAR BIASA


APA ITU POLIFENOL?

Polifenol adalah sejenis anti oksidan yang kuat. Ia dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan secara semulajadi. Fungsi polifenol kepada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan tu sendiri adalah untuk memberi warna pada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan.

Contohnya buah anggur warna ungu, buah oren warna jingga dan epal warna merah. Semua ni disebabkan oleh polifenol. Polifenol bagi warna yang cantik kepada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan dan dengan tujuan melindungi mereka daripada penyakit dan jangkitan kuman. 

Kajian menunjukkan polifenol semulajadi dari tumbuh-tumbuhan ini dapat memberikan manfaat kepada kesihatan badan. 

Polifenol melindungi dan memperbaiki DNA dalam sel badan kita, dapat membantu dalam merangsang potensi sel, dan melambatkan pembentukan AGE protein.

Advance Glycation End Products (AGEs) akan terbentuk apabila gula dalam badan kita bertindak balas dengan dengan lemak atau protein. AGE Protein adalah salah satu faktor utama yang mencetuskan penyakit kronik seperti diabetis dan kanser. 

Disamping itu, polifenol juga menyokong untuk meningkatkan tenaga sellular dengan menyokong proses perbaharui sel badan. 

Manfaat lain polifenol seperti menggalakkan kesihatan telomere (bahagian hujung DNA bagi sel badan kita).

Kajian menunjukkan bahawa orang yang mempunyai jangka hayat yang panjang, mereka selalunya mempunyai telomere dalam sel yang sangat panjang berbanding individu yang sakit atau individu yang terlibat dengan pengambilan ubat-ubatan untuk jangka masa panjang.


FUNGSI POLIFENOL KEPADA TUBUH BADAN

1) Menyokong Paras Gula dalam Darah yang Sihat

Vivix dan ResV Shaklee
Manfaat Polifenol dalam Menyokong Gula dalam Darah (Gambar: FB Shaklee Malaysia)

Kajian menunjukkan polifenol dari tumbuh-tumbuhan menyokong paras gula dalam darah dengan cara seperti berikut:

Polifenol menyokong dalam mengawal penyerapan glukos selepas pengambilan makanan. Ia dapat meningkatkan sensetiviti insulin supaya insulin dapat menukarkan glukos kepada tenaga dalam masa yang lebih singkat. 

Polifenol menyokong dalam merangsang rembesan penghasilan insulin dengan lebih awal. Maknanya, sebelum awak makan, insulin dah bersedia dalam badan. Sebaik saja makanan diambil, gula dalam darah stabil dan tidak akan naik dengan mendadak. 

Ia juga memperbaiki penguraian insulin untuk memastikan paras gula yang sihat. 


2) Menyokong Kesihatan Kulit

Polifenol membantu dalam melindungi kulit dari kerosakan UV, mengurangkan penuaan pramatang dan pembentukan kedutan. 

Apabila polifenol melindungi kulit kita daripada kerosakkan sinaran UV, secara automatik tanda-tanda penuaan seperti pigmentasi, garisan halus dan kulit kusam akan berkurang. 

Bagi individu yang suka sun bath (berjemur dibawah pancaran matahari), kulit diorang ni biasanya banyak pigmentasi dan garis halus disebabkan oleh UV yang merosakan struktur kulit.

Polifenol juga menyokong penghasilan kolagen. Sinaran UV akan masuk ke dalam struktur kulit. Bahagian kedua kulit, iaitu dermis sangat penting kerana ia diperkaya dengan elastin dan kolagen. 

Vivix dan ResV Shaklee
Polifenol dalam Menyokong Kesihatan Kulit (Gambar: FB Shaklee Malaysia)


Kedua-dua ini sangat membantu dalam menyokong kulit supaya kulit kita tegang. Sinaran UV akan masuk terus hingga ke lapisan dermis dan selalunya akan merosakkan lapisan kolagen dan elastin. 

Amalan pengambilan polifenol akan menjaga sel kulit dari sinaran UV. Secara automatik kulit akan kaya dengan kolagen yang baru, menjadikan kulit nampak muda, berseri dan halus. 


3) Menyokong Kesihatan Jantung

Banyak kajian saintifik menunjukkan polifenol boleh meningkatkan kesihatan jantung yang mana polifenol dapat mengurangkan keradangan pada salur darah. 

Vivix dan ResV Shaklee
Polifenol dalam Menyokong Kesihatan Jantung (Gambar: FB Shaklee Malaysia)

Selalunya masalah kesihatan seperti strok dan serangan jantung adalah disebabkan oleh keradangan di saluran darah.

Polifenol membantu untuk menggalakkan lapisan salur darah yang sihat, menggalakkan tekanan darah yang sihat dengan mengekalkan keanjalan salur darah. Apabila salur darah mempunyai keanjalan yang bagus, ia dapat mengawal tekanan darah kita dengan lebih baik.


Vivix dan ResV Shaklee
Manfaat Polifenol kepada Kesihatan Jantung (Gambar: FB Shaklee Malaysia)

Polifenol juga menyokong dalam mengekalkan kadar pembekuan platelet yang sihat. Sekiranya pembekuan platelet tidak normal, ia akan menyumbat dan mengganggu peredaran darah dan boleh mengakibatkan masalah seperti strok dan serangan jantung.

Ternyata ciptaan Allah yang dipanggil polifenol ni sangat bermanfaat kepada kesihatan tubuh badan. 


BAHAN SEMULAJADI YANG DAPAT MEMBERIKAN CAMPURAN POLIFENOL YANG BERMANFAAT KEPADA BADAN

Anggur Muscadine, Polygonum Cuspidatum, lobak ungu dan Elderberi Eropah - Campuran 4 bahan ini memberikan campuran polifenol yang sangat berkuasa. Mengikut kajian, 4 jenis tumbuhan ini adalah kunci untuk mengaktifkan jangka hayat yang lebih panjang dengan cara melambatkan penuaan sel dalam badan kita. 

Rangkaian produk penjagaan kesihatan Shaklee menawarkan produk dengan kandungan polifenol iaitu Vivix dan ResV yang mempunyai campuran 4 dan lebih bahan semulajadi.
Vivix dan ResV Shaklee
Vivix dan ResV Shaklee dengan kandungan tinggi polifenol


Nuha share link video seorang wanita 69 tahun yang sihat dan aktif bertenaga siap mampu tamatkan larian 2km. Beliau mengamalkan vitamins Shaklee antaranya Vivix dan ResV.  


Promosi Vivix dan ResV Shaklee
Promosi Vivix dan ResV Shaklee


Hubungi Nuha sekarang untuk order Vivix dan ResV, konsultasi Supplement Shaklee yang lain atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

#NextlevelBlogging #Shakleetriumph2023 #Shakleethrive2023 #SetRahmahShaklee2023

Nuha Hayati
Pengedar Shaklee Kuala Selangor
Instagram: nuha.hayati
Tiktok: nuha.hayati
Youtube: Nuha Hayati


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau mencegah sebarang penyakit. Sekiranya anda di bawah rawatan perubatan, sila dapatkan nasihat doktor sebelum pengambilan suplemen kesihatan. 

Wednesday, 14 June 2023

Pengedar Shaklee Kuala Selangor

Andainya awak berada di Kuala Selangor, Tanjong Karang dan kawasan sekitarnya dan sedang mencari produk-produk Shaklee, Nuha lah orang sebenar yang awak cari tu. Pengedar Shaklee Kuala Selangor yang sah, dipercayai dan aktif. 

PENGEDAR SHAKLEE KUALA SELANGOR DAN TANJONG KARANG

Nuha tawarkan servis Cash On Delivery (COD) percuma produk-produk Shaklee di kawasan Kuala Selangor dan sekitarnya. Untuk awak yang berada luar dari Kuala Selangor, Nuha menyediakan penghantaran ke seluruh Malaysia termasuk ke Sabah dan Sarawak. Biasanya penghantaran akan diuruskan oleh pihak Shaklee Malaysia sendiri dan syarikat kurier yang dilantik adalah Gdex. 


CAS PENGEPOSAN

Cas pengeposan serendah RM10 saja untuk penghantaran ke seluruh Malaysia. 
Belian melebihi RM300 dalam 1 resit layak mendapat FREE postage.


PENGEDAR SHAKLEE KUALA SELANGOR YANG DIPERCAYAI

Lumrah setiap pembeli untuk kenal siapa penjual produk atau servis yang nak dibeli tu. Rasanya elok Nuha introduce sikit tentang diri Nuha sebelum kita mulakan sesi berurus niaga. 

Pengedar Shaklee Kuala Selangor
Hi dari Nuha, Pengedar Shaklee Kuala Selangor

NUHA tu bukan nama sebenar, hanya branding name saja. Nuha ibu kepada 3 orang cahaya mata; Dahlea, Luthfi dan Seroja. 
 
Sepenuh masa uruskan rumah & anak-anak, Nuha sangat passionate untuk bantu pregnant woman yang sedang bersedia nak bersalin & start their breastfeeding journey in peace, happy dan full of energy. Feel free to contact Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & home visit. 

Pengedar Shaklee Kuala Selangor
Penjual yang bagus adalah penjual yang guna produk yang dia jual.
Youth Skin Care ni terpaling best.

Alhamdulillah, Nuha dah jadi pengedar dan business builder di Shaklee Malaysia tahun ni masuk tahun ke 10. Bukan tempoh masa yang singkat tapi belum terlalu lama. InshaAllah, Nuha lah Pengedar Shaklee yang awak cari-cari tu. Misi Nuha nak bantu awak untuk dapat kesihatan yang lebih baik dengan rangkaian produk-produk Shaklee. 

Atau kalau sekarang ni awak tengah consider untuk ada extra income, Shaklee antara business yang boleh awak pertimbangkan. Nuha bantu guide awak untuk mulakan bisnes ni sampai awak boleh run sendiri bisnes awak. Tak ada janji bulan dan bintang sebab bisnes Shaklee ni mudah je awak. Ikut cakap upline, siapa buat dia dapat dan secret key nya adalah konsisten. 

Pengedar Shaklee Kuala Selangor
Nuha dan Master upline, Master Syarifah Farina buka booth di Shah Alam


CARA ORDER PRODUK SHAKLEE

Awak boleh klik nombor telefon kat bawah sekali dalam entry ni untuk contact Nuha secara direct. Sebelum order, biasanya Nuha akan dapatkan dulu serba-serbi background customer. Nak produk untuk apa, kesihatan macam mana, ada di bawah pemantauan doktor ke atau ada alahan apa-apa ke. 

Ni lah salah satu specialnya bila awak beli produk Shaklee dengan Nuha. 


CARA PEMBAYARAN

Pembayaran boleh dibuat terus ke akaun Nuha seperti kat bawah:

Akaun Maybank
154017384668
Nurul Hayati Hanisah


SERVIS SELEPAS PEMBELIAN

Ekslusif untuk semua customer Nuha, after sale service ni Nuha buat pada awak yang shopping produk Shaklee dengan Nuha je. Guide cara penggunaan produk, follow up customer tu semua Nuha cover sekali. Itu bezanya awak beli dengan Nuha berbanding awak beli dengan Pengedar Shaklee lain. 

Pendek kata lepas awak terima produk, Nuha takkan lepas macam tu je customer. Tidak.

Hubungi Nuha sekarang untuk pertanyaan dan belian Supplement Shaklee atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

#NextlevelBlogging #Shakleetriumph2023 #Shakleethrive2023 #SetRahmahShaklee2023

Nuha Hayati
Pengedar Shaklee Kuala Selangor
Instagram: nuha.hayati
Tiktok: nuha.hayati

Saturday, 10 June 2023

Testimoni Shaklee Saya: From Zero To Hero

Selama hampir 10 tahun Nuha mengamalkan produk-produk Shaklee, alhamdulillah banyak kesan positif Nuha rasai dan kebanyakkannya Nuha kongsi berkisar kisah Nuha dan perjalanan penyusuan susu ibu. Tak pernah puas nak bercerita ulang-ulang kali sebab kesan tu memang superb MashaAllah. 


TESTIMONI SHAKLEE SAYA: PRODUK TERBAIK BERI TENAGA LUAR BIASA


Well, setiap kali bercerita tentang pengalaman bertatih, jatuh bangun dan hampir terlingkup Nuha dan breastfeeding journey, tak pernah Nuha tak excited dan sayu. Sungguh pengalaman yang sangat berharga yang bukan semua ibu lalui dan syukur asbab penyusuan susu ibu menemukan Nuha dan Shaklee serta produk-produk terbaiknya. 


Alhamdulillah, Nuha dan anak pertama berjaya overcome isu nipple confusion, proses relaktasi dan increase semula pengeluaran susu ibu. Semua ni bukan proses sehari dua dan proses-proses ini menuntut sabar dan sejujurnya melibatkan banyak episod pertumpahan air mata. 


Semua dengan izinNya. Asbab produk-produk Shaklee yang terbaik juga Nuha bertahan dan berjuang hingga ke penghujungnya. Produk-produk Shaklee banyak membantu Nuha boost energy throughout breastfeeding journey. 


Jujur, memang Nuha mengaku Set Penyusuan Shaklee sangat membantu Nuha untuk sihat, bertenaga, lebih tenang berhadapan dengan cabaran penyusuan, melegakan sakit-sakit badan disamping kesan sampingan kesihatan kulit, kuku dan rambut yang nampak semakin sihat dan cantik. 


Tapi entry ni Nuha taknak cerita pasal testimoni Shaklee Nuha in breastfeeding. Nuha nak share Shaklee effect Nuha yang terbaru, yang Nuha alaminya sejak tahun lepas; 2022. 


Last year dalam bulan 5 macam tu lepas raya salah sorang Shaklee family kami share poster fun run sempena World Breastfeeding Week anjuran Hospital Shah Alam. Fun run 5km. Untuk orang yang tak amal exercise macam Nuha, aktiviti ni akan jadi cabaran yang sangat besar. 


Shaklee advise 3 benda untuk maintain kesihatan yang baik. Jaga pemakanan, bersenam secara berkala dan amalan suplemen secara bijak. 


Nuha memang amal makan suplemen terbaik Shaklee. Jaga makan tu kira so-so la. Tapi exercise memang tak buat. Jujurnya, bila panjat tangga sekolah Seroja tiap-tiap hari memang bergegar lutut. Tapi takde action pun untuk improve benda tu. 


Sampailah Nuha dan beberapa orang Shaklee family kami yang lain sign up fun run tu, rasanya itulah turning point Nuha plus itu jugaklah bermulanya episod testimoni Nuha yang baru. 


Awal-awal Nuha mulakan latihan berlari memang sangat horror hahaha. Pengakuan jujur dari hati ni. Awak boleh bayangkan tak last time Nuha berlari-lari merentas desa ni semua masa Nuha Form 3. Dengan keadaan yang memang takde buat regular exercise bertahun-tahun lamanya, dok harapkan pembakaran kalori daripada tugas harian sebagai seorang house manager, memang pancit la Nuha. Stamina memang out.


Jogging sikit tak sampai semeter dah stop tercungap-cungap. Nuha banyak brisk walk awal-awalnya. Distance pun very short. Nak complete 1km pun bercinta. Tu baru part situasi masa training. 


Habis training kaki sakit sangat-sangat. Well otot-otot semua terkujat la kan dengan tuan dia yang tiba-tiba buat cubaan berlari dengan jarak yang agak jauh dari kebiasaan. Biasa nak pergi kedai pun kalau boleh nak park kereta dalam kedai. Punya nak jimat tenaga taknak jalan jauh hahaha.


Malam- malam akan ada episod mengadu nasib pada suami dan minta dia urut kaki ni. Tapi awas ya, Nuha tak mengadu lebih-lebih sebab nanti mesti suami kata “dah la kalau sakit tak payah lari.” Tapi other side suami Nuha supportive juga. Dia banyak encourage dan bagi guide sikit-sikit berdasarkan pengalaman dia dulu-dulu. 


Nuha ok, sangat ok dan terlampau positif. Hahaha yakin nau bunyinya kan. Sebab apa tau?


Sebab Nuha tahu benda ni semua progress. Dan Nuha tahu Nuha ada nutrisi yang terbaik untuk support badan Nuha yang tengah nak adjust dengan rutin baru. 


Sebelum mula latihan Nuha akan minum protein Shake. Kalau tak ESP, Cinch Shake. Kalau tak Cinch Shake, Life Shake. Nuha rotate ikut selera anak tekak. Sebelum nak lari of course kita perlu alas perut, sediakan badan elok-elok. Nuha tak ambil makanan berat sebab tak nak perut rasa tak selesa masa berlari. So protein shake sangat memenuhi keperluan Nuha alas perut dan bagi Nuha tenaga berpanjangan. 


Cinch Shake dan Life Shake memang best sebab ada leucine sekali dalam tu untuk pegang otot-otot kita.


Berbalik pada persediaan Nuha fun run tadi. Slowly Nuha makin dapat rentak. Nuha dapat buat larian yang makin jauh. Jarak pun bertambah. Nuha start improve pace juga. 


Latihan dalam masa lebih kurang 2 bulan sebenarnya agak singkat. Alhamdulillah Allah bagi Nuha semangat untuk terus berlatih tanpa ada rasa nak stop. Plus Shaklee family Nuha yang lain pun keep updating training yang diorang buat. So indirectly kita support each other untuk sama-sama ready for the fun run. 


Lepas latihan biasanya Nuha akan bancuh Performance Drink.


             Minum Performance Drink lepas run


Performance Drink ni minuman electrolyte Shaklee yang ada 6 jenis electrolyte kat dalam dia. Tujuan Nuha minum minuman ni tak lain tak bukan untuk maintain body hydration. Since atlet Sukan Olimpik pun ambil Performance Drink dan produk-produk Shaklee yang lain untuk bagi best performance dalam acara diorang, Nuha memang takde sikit was-was pun nak amal Performance Drink dan semua suplemen terbaik Shaklee. 


Malam-malam sebelum tidur Nuha ambil Ostenutrix. Ostenutrix dengan kandungan kalsium, magnesium, vitamin d dan beberapa mineral lain bagi nutrisi yang lengkap untuk bagi otot Nuha relax semula. 


Nuha buat self training 3 - 4 kali seminggu. Selain produk-produk yang Nuha share kat atas ni, Nuha ambil juga nutrisi asas lain untuk maintain sihat dan bertenaga. Multivitamin, Vitamin B Complex, Vitamin C. Lagi satu Nuha ada ambil juga polifonel ResV untuk boost energy. 


Ramai orang mampu je untuk buat aktiviti fizikal tanpa tambah suplemen. Tapi untuk Nuha sendiri bila dah tambah aktiviti fizikal dalam rutin harian, of course kepenatan dan keletihan tu berganda dan Nuha perlukan extra energy untuk kekal mampu buat rutin harian lain seperti biasa. 


Dah kalau Nuha pancit macam mana nak urus rumah, anak-anak, masak, kemas basuh tu semua kan. Thank you to Shaklee sebab ada produk yang sangat bagus untuk Nuha.


Sampai masa seminggu sebelum kejadian fun run tu, suami Nuha cakap ok dah stop latihan. Bagi badan rehat untuk perform pada hari kejadian. Nuha ikut je la. 


Pagi hari fun run Nuha bangun awal pagi gerakkan anak-anak bangun bersiap semua. Kami gerak dari Kuala Selangor ke Shah Alam lepas solat Subuh. Macam biasa Nuha minum protein shake, makan ResV, multivitamin, B Complex dan bancuh Performance Drink siap-siap nak bawa bekal. 


Nuha tak sure berapa orang yang berlari hari tu. Dipendekkan cerita Nuha direzekikan jadi pelari perempuan ke 7 yang sampai ke finishing line.


Nuha tanya pada sekretariat yang duty kat finishing line tu “Haaaaa? saya dapat nombor 7?”.


“Iya, ada hadiah utk top 10 finisher”, katanya. 


Eh sudahla. Kalau Nuha sendiri tak percaya dengan achievement ni, kau rasa family semua percaya ke? hahaha. Suami, anak-anak, mak, mertua, ipar duai semua tak percaya. Siap adik ipar Nuha kata, “kakak tu lari dengan orang-orang tua ke?”. Hahaha kurangasam betul.


On stage ambil hadiah tempat ke-7 kategori perempuan


Overall Nuha happy dengan pengalaman pertama fun run ni. Macam tak sangka pun ya jugak. Well mungkin ada yang rasa ala fun run je pun, 5km je pun, atau apa pun bunyi-bunyian yang tak terjangkau. Pada Nuha ini 1 achievement besar Nuha lepas bertahun-tahun tak ada rutin exercise yang tetap. Nuha tak compete dengan siapa-siapa tapi diri Nuha sendiri. 


Nuha sangat yakin achievement Nuha ni banyak dibantu oleh produk-produk terbaik Shaklee.


Lepas dari first fun run tu, Nuha jadi gian pula nak terus berlari. Alang-alang dah ada rentak, dah build up stamina, Nuha jadikan berlari sebagai rutin exercise Nuha. Seminggu 2-3 kali mesti Nuha akan pergi lari at least 30 minit setiap sesi dan Nuha mula sign up lebih banyak fun run. 


Rasa puas bila sampai ke finishing line tu. 


Satu lagi yang buat Nuha rasa puas bila Nuha share aktiviti run Nuha di media sosial, ada antara kawan-kawan Nuha yang terinspirasi untuk mula exercise sama. Best!


Sekian, rasanya setakat ni dulu testimoni Shaklee Nuha; from zero to hero. Lepas baca ni kalau awak rasa nak join jadi virtual running buddy Nuha, roger je tau. Baca juga testimoni Shaklee kawan Nuha, Sham yang Alhamdulillah mengandung dengan sihat asban produk-produk Shaklee. 


Awak doakan juga semoga Nuha terpilih untuk dapat hadiah special tajaan daripada www.anakkuwira.com.


Hubungi Nuha sekarang untuk pertanyaan dan belian Supplement Shaklee atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

#NextlevelBlogging #Shakleetriumph2023 #Shakleethrive2023 #SetRahmahShaklee2023

Nuha Hayati
Pengedar Shaklee Kuala Selangor
Instagram: nuha.hayati
Tiktok: nuha.hayati


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau mencegah sebarang penyakit. Sekiranya anda di bawah rawatan perubatan, sila dapatkan nasihat doktor sebelum pengambilan suplemen kesihatan. 

Sunday, 4 June 2023

Vita-Lize : Multivitamin Shaklee Nutrisi Penting Untuk Kesihatan Optimum

Nikmati hidup yang lebih bahagia bila kita ada mood yang lebih baik, ada badan yang lebih bertenaga, stress dan tahap kebimbangan yang rendah serta tubuh badan yang lebih sihat. Mari Nuha kongsikan nutrisi yang bagus untuk awak dan pasangan. 

VITA-LIZE: MULTIVITAMIN SHAKLEE NUTRISI PENTING UNTUK KESIHATAN OPTIMUM

Kajian nutrisi golongan dewasa Malaysia (MANS) 2014 menunjukkan bahawa kebanyakan rakyat Malaysia tidak mengambil makanan yang kaya vitamin dan mineral yang mencukupi. Berdasarkan kajian yang dibuat, hanya 18.3% mengambil 3 hidangan sayur-sayuran manakala selebihnya 81.7% tidak mengambil hidangan sayur-sayuran secukupnya. Itu baru hidangan sayur-sayuran, belum masuk lagi buah-buahan, produk tenusu dan bijian/ kekacang. 

Dengan lambakan makanan-makanan segera serta deserts yang menggiurkan, tak hairan kalau peratusan rakyat Malaysia yang tak ambil makanan tinggi vitamin dan mineral secukupnya lebih tinggi berbanding peratusan yang mengambil makanan tinggi vitamin dan mineral. Lebih tak menghairankan lagi bila rakyat Malaysia ramai yang mengalami obesiti dan bermacam-macam lagi penyakit kronik yang lain. 

KESAN KEKURANGAN MIKRONUTRIEN

Mikronutrien ialah nutrien yang badan kita perlukan dalam kuantiti kecil, dalam jumlah mili- atau mikrogram. Antara mikronutrien utama iaitu kalsium, sodium, potasium, fosforus dan mineral surih seperti zat besi, iodin, zink dan selenium. 

Antara contoh kesan kekurangan mikronutrien adalah seperti kebas pada jari-jemari dan denyutan jantung tidak normal. Ini boleh disebabkan oleh kekurangan kalsium. 

Kekurangan Vitamin D boleh memberi risiko kepada kesihatan tulang dan perubahan mood seseorang. 

Kekurangan zat besi boleh menyebabkan seseorang mengalami lesu, sesak nafas, sejuk pada tangan dan kaki serta kuku yang rapuh. 

Pengambilan multivitamin yang berkualiti setiap hari dapat mengisi jurang nutrisi pada tubuh badan, membantu meningkatkan tahap tenaga seseorang, menambah baik mood dan mengurangkan kadar stress dan kebimbangan. 


VITA-LIZE NUTRISI PENTING UNTUK KESIHATAN OPTIMUM

Pada tahun 1915, Dr. Forrest C. Shaklee telah mencipta multivitamin antara yang pertama di Amerika Syarikat. Hasil inovasi lebih daripada 100 tahun ini telah membawa kepada formulasi Vita-Lize. 

Multivitamin Vita-Lize Shaklee
Multivitamin Shaklee dengan formulasi baharu

Vita-Lize adalah Vitalea Iron Plus yang telah diperbaharui formulanya dan dipertingkatkan lagi dengan pertambahan 150IU Vitamin D, 100mcg Asid Folik dan tambahan baru 40mcg Vitamin K1. 

Setiap hidangan Vita-Lize membekalkan 25 jenis vitamin dan mineral penting. 2 tablet Vita-Lize membekalkan 600mcg Asid Folik dan Vitain B. Sistem penghantaran salutan mikro berpaten direka untuk memastikan penyerapan Asid Folik. 

Vita-Lize sangat disarankan untuk diambil oleh golongan dewasa yang sibuk, selalu mengalami tekanan, individu yang mengalami kekurangan berat badan, orang yang aktif, ibu hamil dan menyusu serta mereka dengan diet yang tidak seimbang. 
Multivitamin Vita-Lize Shaklee
Keperluan tubuh badan yang sukar untuk dipenuhi

Kebanyakan daripada kita tertalu sibuk dengan tanggungjawab masing-masing. Bukan kata terhad masa untuk sediakan makanan-makanan berkhasiat, tapi nak makan pun kadang-kadang tak menyempat. 
 
Dengan gaya hidup kebanyakan daripada kita yang sentiasa sibuk, kurang masa untuk bersenam dan kehidupan yang mencabar, Vita-lize Multivitamin Shaklee adalah pilihan terbaik untuk kesihatan optimum. 

Hubungi Nuha sekarang untuk dapatkan Vita-Lize, konsultasi Supplement Shaklee yang lain atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

#NextlevelBlogging #Shakleetriumph2023 #Shakleethrive2023 #SetRahmahShaklee2023

Nuha Hayati
Pengedar Shaklee Kuala Selangor
Instagram: nuha.hayati
Tiktok: nuha.hayati


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau mencegah sebarang penyakit. Sekiranya anda di bawah rawatan perubatan, sila dapatkan nasihat doktor sebelum pengambilan suplemen kesihatan. 

Friday, 2 June 2023

Kata-kata Motivasi Untuk Ibu Menyusu Badan

Sejujurnya Nuha bukan siapa-siapa nak motivate ibu-ibu untuk terus berjuang menyusukan bayi masing-masing dengan susu ibu. Orang kata rezeki anak berbeza-beza. Kali ini Nuha nak share sikit pengalaman peribadi Nuha menyusukan anak dengan susu ibu yang mana Nuha realise that; Alhamdulillah rezeki susu ibu tu jadi lebih banyak bila disertakan dengan ilmu yang tepat. 

KATA-KATA MOTIVASI UNTUK IBU MENYUSU BADAN

Secara ringkasnya perjalanan penyusuan susu ibu Nuha untuk pertama kalinya bersama anak pertama tak berlaku selancar yang Nuha bayangkan. 

Menyusu badan ni bukan sekadar selak baju, suakan pada anak, anak menyusu kenyang, anak tidur lama 4 hingga 5 jam, ibu relax.

Seriously, ia tidak seindah apa yang Nuha bayangkan. Lepas selamat melahirkan anak, Nuha cuba susukan dia, tapi surprisingly susu Nuha tak ada!

Majority masyarakat kita biasa cakap “pertama kali jadi ibu tu biasalah serba serbi tak tahu”. Betul, tapi sebab serba-serbi tak tahu tu la yang menjadi keperluan untuk semua bakal ibu dan ayah bersedia dengan ilmu parenting, ilmu menguruskan anak, ilmu berpantang, ilmu penyusuan dan segala jenis ilmu yang perlu. 

Bila dah naik ke wad bersalin, orang katil sebelah offer nak susukan anak Nuha setiap kali anak menangis. Sampai jadi ibu susuan pada anak Nuha. Yelah susu Nuha tak keluar kan. Bukan kata dia susukan anak Nuha je, diaper pun dia tolong tukar masa mula-mula tu sebab Nuha terkejut tengok najis awal bayi warna hitam legam. Halah halah halah. Sungguh serba-serbi tak tahu Nuha masa tu. Bila dikenang semula memang malu dengan diri sendiri.

Nak bersedia menyambut kedatangan ahli baru ni bukan semata-mata sedia dari segi kewangan dan keperluan je. Ilmu sangat penting awak. Walaupun ayat Nuha ni nampak macam skema badut je, tapi percayalah. Itulah hakikatnya.

Lepas dua hari kami dua beranak pun dibenarkan balik ke rumah. Happy nya of course la kan. Sampai rumah susu badan Nuha mula keluar tapi sangat tak banyak. Ditambah dengan inverted nipple yang Nuha alami, makin tak yakin nak susukan anak sendiri. 

Nuha mula pam susu menggunakan breast pump. Again, tanpa ilmu siapalah diri ini. Bila dapat hasil perahan susu ibu tidak seperti yang dibayangkan, Nuha makin goyah. Tapi pam tetap pam jugak memandangkan pada masa tu Nuha lebih yakin anak akan lebih mudah menyusu menggunakan botol susu berbanding menyusu terus di dada dan Nuha sendiri akan tahu berapa banyak yang anak Nuha minum setiap kali.

Maka disitulah permulaannya anak Nuha mula alamai keliru puting (nipple confusion). Proses yang Nuha sendiri create. Bila dah tahu ni memang Nuha sedih. Anak yang terima akibat atas kekhilafan yang Nuha buat. Tapi fikir semula, pengalaman ni sangat berharga untuk Nuha jadikan pengajaran pada anak-anak selepas tu dan untuk Nuha share pada ibu-ibu lain.

Sebaiknya berikan susu ibu secara terus (direct feeding) masa ibu dalam pantang. Tujuannya untuk establish direct breastfeeding, untuk create bonding antara ibu dan bayi dan of course untuk elak bayi daripada alamai keliru puting. 

Dua hari lepas keluar dari hospital anak Nuha kena masuk hospital semula sebab bacaan kuning yang tinggi. Disebabkan wad bersalin full house, Nuha tak dapat nak room in sama-sama dengan anak. So Nuha kat rumah, anak kat nursery hospital. 

Masa anak tak berada bersama-sama Nuha, sepatutnya Nuha perah keluar susu badan 2-3 jam sekali untuk terus create demand pada kilang susu. Tapi sayangnya Nuha hanya pam susu ikut sempat dan ikut mood. Huhu. Ada tak yang buat macam ni juga?

Kalau tak ada alhamdulillah. Kalau ada, next baby jangan buat macam ni lagi tau. Janji ok. 
Susu yang tidak dikeluarkan lama-kelamaan akan buat badan kita hantar signal ke otak untuk slow down the milk production. Awak boleh buat bacaan lebih tentang ni. Cari tentang Feedback Inhibition of Lactation (FIL). Nuha ada share juga pasal FIL ni dalam satu video di Youtube Channel Nuha.

Kata-kata Motivasi untuk Ibu Menyusu Badan
Tak kira anak keberapa sekali pun, inshaAllah awak tetap ada peluang baru
untuk susukan anak dengan susu ibu. Gambar Nuha dan anak-anak.

Rasa kalau Nuha nak sambung lagi cerita journey penyusuan susu ibu yang Nuha lalui untuk kali pertama, seminggu menaip pun tak habis. Cuma apa yang Nuha selalu dan terus-menerus highlight dalam sharing Nuha yang relate dengan breastfeeding ialah parents sangat-sangat perlu untuk bersedia dengan ilmu penyusuan kalau betul nak susukan anak dengan susu ibu. 

Perjalanan penyusuan susu ibu tu sendiri ada turun naiknya. Bila kita di atas, raikan dan bersyukurlah. Bila di bawah pun tetaplah bersyukur dengan perjalanan yang Allah aturkan. 

Ingat balik kenapa ibu dan ayah nak susukan anak dengan susu ibu, kenapa mulakan semua ni. Bertahanlah sehingga selesai perjuangan 2 tahun ini dan merayulah pada Allah agar dimudahkan perjuangan yang satu ini. 

Sekian sedikit perkongsian dan kata-kata motivasi daripada pengalaman bertatih Nuha dalam perjuangan memberi susu terbaik buat anak. Sentiasa ingat yang ibu tak keseorangan. Jangan malu untuk dapatkan bantuan yang tepat daripada rakan pembimbing penyusuan, kaunselor penyusuan dah konsultan penyusuan yang bertauliah. Mereka sentiasa ada untuk membantu. 

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, suplemen untuk ibu menyusu lebih bertenaga dan ceria, atau jika ingin menambah pendapatan bersama Nuha.

#NextlevelBlogging #Shakleetriumph2023 #Shakleethrive2023 #SetRahmahShaklee2023

Nuha Hayati
Rakan Pembimbing Penyusuan
Instagram: nuha.hayati
Tiktok: nuha.hayati