Selama hampir 10 tahun Nuha mengamalkan produk-produk Shaklee, alhamdulillah banyak kesan positif Nuha rasai dan kebanyakkannya Nuha kongsi berkisar kisah Nuha dan perjalanan penyusuan susu ibu. Tak pernah puas nak bercerita ulang-ulang kali sebab kesan tu memang superb MashaAllah.
TESTIMONI SHAKLEE SAYA: PRODUK TERBAIK BERI TENAGA LUAR BIASA
Well, setiap kali bercerita tentang pengalaman bertatih, jatuh bangun dan hampir terlingkup Nuha dan breastfeeding journey, tak pernah Nuha tak excited dan sayu. Sungguh pengalaman yang sangat berharga yang bukan semua ibu lalui dan syukur asbab penyusuan susu ibu menemukan Nuha dan Shaklee serta produk-produk terbaiknya.
Alhamdulillah, Nuha dan anak pertama berjaya overcome isu nipple confusion, proses relaktasi dan increase semula pengeluaran susu ibu. Semua ni bukan proses sehari dua dan proses-proses ini menuntut sabar dan sejujurnya melibatkan banyak episod pertumpahan air mata.
Semua dengan izinNya. Asbab produk-produk Shaklee yang terbaik juga Nuha bertahan dan berjuang hingga ke penghujungnya. Produk-produk Shaklee banyak membantu Nuha boost energy throughout breastfeeding journey.
Jujur, memang Nuha mengaku Set Penyusuan Shaklee sangat membantu Nuha untuk sihat, bertenaga, lebih tenang berhadapan dengan cabaran penyusuan, melegakan sakit-sakit badan disamping kesan sampingan kesihatan kulit, kuku dan rambut yang nampak semakin sihat dan cantik.
Tapi entry ni Nuha taknak cerita pasal testimoni Shaklee Nuha in breastfeeding. Nuha nak share Shaklee effect Nuha yang terbaru, yang Nuha alaminya sejak tahun lepas; 2022.
Last year dalam bulan 5 macam tu lepas raya salah sorang Shaklee family kami share poster fun run sempena World Breastfeeding Week anjuran Hospital Shah Alam. Fun run 5km. Untuk orang yang tak amal exercise macam Nuha, aktiviti ni akan jadi cabaran yang sangat besar.
Shaklee advise 3 benda untuk maintain kesihatan yang baik. Jaga pemakanan, bersenam secara berkala dan amalan suplemen secara bijak.
Nuha memang amal makan suplemen terbaik Shaklee. Jaga makan tu kira so-so la. Tapi exercise memang tak buat. Jujurnya, bila panjat tangga sekolah Seroja tiap-tiap hari memang bergegar lutut. Tapi takde action pun untuk improve benda tu.
Sampailah Nuha dan beberapa orang Shaklee family kami yang lain sign up fun run tu, rasanya itulah turning point Nuha plus itu jugaklah bermulanya episod testimoni Nuha yang baru.
Awal-awal Nuha mulakan latihan berlari memang sangat horror hahaha. Pengakuan jujur dari hati ni. Awak boleh bayangkan tak last time Nuha berlari-lari merentas desa ni semua masa Nuha Form 3. Dengan keadaan yang memang takde buat regular exercise bertahun-tahun lamanya, dok harapkan pembakaran kalori daripada tugas harian sebagai seorang house manager, memang pancit la Nuha. Stamina memang out.
Jogging sikit tak sampai semeter dah stop tercungap-cungap. Nuha banyak brisk walk awal-awalnya. Distance pun very short. Nak complete 1km pun bercinta. Tu baru part situasi masa training.
Habis training kaki sakit sangat-sangat. Well otot-otot semua terkujat la kan dengan tuan dia yang tiba-tiba buat cubaan berlari dengan jarak yang agak jauh dari kebiasaan. Biasa nak pergi kedai pun kalau boleh nak park kereta dalam kedai. Punya nak jimat tenaga taknak jalan jauh hahaha.
Malam- malam akan ada episod mengadu nasib pada suami dan minta dia urut kaki ni. Tapi awas ya, Nuha tak mengadu lebih-lebih sebab nanti mesti suami kata “dah la kalau sakit tak payah lari.” Tapi other side suami Nuha supportive juga. Dia banyak encourage dan bagi guide sikit-sikit berdasarkan pengalaman dia dulu-dulu.
Nuha ok, sangat ok dan terlampau positif. Hahaha yakin nau bunyinya kan. Sebab apa tau?
Sebab Nuha tahu benda ni semua progress. Dan Nuha tahu Nuha ada nutrisi yang terbaik untuk support badan Nuha yang tengah nak adjust dengan rutin baru.
Sebelum mula latihan Nuha akan minum protein Shake. Kalau tak ESP, Cinch Shake. Kalau tak Cinch Shake, Life Shake. Nuha rotate ikut selera anak tekak. Sebelum nak lari of course kita perlu alas perut, sediakan badan elok-elok. Nuha tak ambil makanan berat sebab tak nak perut rasa tak selesa masa berlari. So protein shake sangat memenuhi keperluan Nuha alas perut dan bagi Nuha tenaga berpanjangan.
Cinch Shake dan Life Shake memang best sebab ada leucine sekali dalam tu untuk pegang otot-otot kita.
Berbalik pada persediaan Nuha fun run tadi. Slowly Nuha makin dapat rentak. Nuha dapat buat larian yang makin jauh. Jarak pun bertambah. Nuha start improve pace juga.
Latihan dalam masa lebih kurang 2 bulan sebenarnya agak singkat. Alhamdulillah Allah bagi Nuha semangat untuk terus berlatih tanpa ada rasa nak stop. Plus Shaklee family Nuha yang lain pun keep updating training yang diorang buat. So indirectly kita support each other untuk sama-sama ready for the fun run.
Lepas latihan biasanya Nuha akan bancuh Performance Drink.
Performance Drink ni minuman electrolyte Shaklee yang ada 6 jenis electrolyte kat dalam dia. Tujuan Nuha minum minuman ni tak lain tak bukan untuk maintain body hydration. Since atlet Sukan Olimpik pun ambil Performance Drink dan produk-produk Shaklee yang lain untuk bagi best performance dalam acara diorang, Nuha memang takde sikit was-was pun nak amal Performance Drink dan semua suplemen terbaik Shaklee.
Malam-malam sebelum tidur Nuha ambil Ostenutrix. Ostenutrix dengan kandungan kalsium, magnesium, vitamin d dan beberapa mineral lain bagi nutrisi yang lengkap untuk bagi otot Nuha relax semula.
Nuha buat self training 3 - 4 kali seminggu. Selain produk-produk yang Nuha share kat atas ni, Nuha ambil juga nutrisi asas lain untuk maintain sihat dan bertenaga. Multivitamin, Vitamin B Complex, Vitamin C. Lagi satu Nuha ada ambil juga polifonel ResV untuk boost energy.
Ramai orang mampu je untuk buat aktiviti fizikal tanpa tambah suplemen. Tapi untuk Nuha sendiri bila dah tambah aktiviti fizikal dalam rutin harian, of course kepenatan dan keletihan tu berganda dan Nuha perlukan extra energy untuk kekal mampu buat rutin harian lain seperti biasa.
Dah kalau Nuha pancit macam mana nak urus rumah, anak-anak, masak, kemas basuh tu semua kan. Thank you to Shaklee sebab ada produk yang sangat bagus untuk Nuha.
Sampai masa seminggu sebelum kejadian fun run tu, suami Nuha cakap ok dah stop latihan. Bagi badan rehat untuk perform pada hari kejadian. Nuha ikut je la.
Pagi hari fun run Nuha bangun awal pagi gerakkan anak-anak bangun bersiap semua. Kami gerak dari Kuala Selangor ke Shah Alam lepas solat Subuh. Macam biasa Nuha minum protein shake, makan ResV, multivitamin, B Complex dan bancuh Performance Drink siap-siap nak bawa bekal.
Nuha tak sure berapa orang yang berlari hari tu. Dipendekkan cerita Nuha direzekikan jadi pelari perempuan ke 7 yang sampai ke finishing line.
Nuha tanya pada sekretariat yang duty kat finishing line tu “Haaaaa? saya dapat nombor 7?”.
“Iya, ada hadiah utk top 10 finisher”, katanya.
Eh sudahla. Kalau Nuha sendiri tak percaya dengan achievement ni, kau rasa family semua percaya ke? hahaha. Suami, anak-anak, mak, mertua, ipar duai semua tak percaya. Siap adik ipar Nuha kata, “kakak tu lari dengan orang-orang tua ke?”. Hahaha kurangasam betul.
Overall Nuha happy dengan pengalaman pertama fun run ni. Macam tak sangka pun ya jugak. Well mungkin ada yang rasa ala fun run je pun, 5km je pun, atau apa pun bunyi-bunyian yang tak terjangkau. Pada Nuha ini 1 achievement besar Nuha lepas bertahun-tahun tak ada rutin exercise yang tetap. Nuha tak compete dengan siapa-siapa tapi diri Nuha sendiri.
Nuha sangat yakin achievement Nuha ni banyak dibantu oleh produk-produk terbaik Shaklee.
Lepas dari first fun run tu, Nuha jadi gian pula nak terus berlari. Alang-alang dah ada rentak, dah build up stamina, Nuha jadikan berlari sebagai rutin exercise Nuha. Seminggu 2-3 kali mesti Nuha akan pergi lari at least 30 minit setiap sesi dan Nuha mula sign up lebih banyak fun run.
Rasa puas bila sampai ke finishing line tu.
Satu lagi yang buat Nuha rasa puas bila Nuha share aktiviti run Nuha di media sosial, ada antara kawan-kawan Nuha yang terinspirasi untuk mula exercise sama. Best!
Sekian, rasanya setakat ni dulu testimoni Shaklee Nuha; from zero to hero. Lepas baca ni kalau awak rasa nak join jadi virtual running buddy Nuha, roger je tau. Baca juga testimoni Shaklee kawan Nuha, Sham yang Alhamdulillah mengandung dengan sihat asban produk-produk Shaklee.
Awak doakan juga semoga Nuha terpilih untuk dapat hadiah special tajaan daripada www.anakkuwira.com.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.