Blog Nuha Hayati

Kata-kata Motivasi Untuk Ibu Menyusu Badan

Sejujurnya Nuha bukan siapa-siapa nak motivate ibu-ibu untuk terus berjuang menyusukan bayi masing-masing dengan susu ibu. Orang kata rezeki anak berbeza-beza. Kali ini Nuha nak share sikit pengalaman peribadi Nuha menyusukan anak dengan susu ibu yang mana Nuha realise that; Alhamdulillah rezeki susu ibu tu jadi lebih banyak bila disertakan dengan ilmu yang tepat. 

KATA-KATA MOTIVASI UNTUK IBU MENYUSU BADAN

Secara ringkasnya perjalanan penyusuan susu ibu Nuha untuk pertama kalinya bersama anak pertama tak berlaku selancar yang Nuha bayangkan. 

Menyusu badan ni bukan sekadar selak baju, suakan pada anak, anak menyusu kenyang, anak tidur lama 4 hingga 5 jam, ibu relax.

Seriously, ia tidak seindah apa yang Nuha bayangkan. Lepas selamat melahirkan anak, Nuha cuba susukan dia, tapi surprisingly susu Nuha tak ada!

Majority masyarakat kita biasa cakap “pertama kali jadi ibu tu biasalah serba serbi tak tahu”. Betul, tapi sebab serba-serbi tak tahu tu la yang menjadi keperluan untuk semua bakal ibu dan ayah bersedia dengan ilmu parenting, ilmu menguruskan anak, ilmu berpantang, ilmu penyusuan dan segala jenis ilmu yang perlu. 

Bila dah naik ke wad bersalin, orang katil sebelah offer nak susukan anak Nuha setiap kali anak menangis. Sampai jadi ibu susuan pada anak Nuha. Yelah susu Nuha tak keluar kan. Bukan kata dia susukan anak Nuha je, diaper pun dia tolong tukar masa mula-mula tu sebab Nuha terkejut tengok najis awal bayi warna hitam legam. Halah halah halah. Sungguh serba-serbi tak tahu Nuha masa tu. Bila dikenang semula memang malu dengan diri sendiri.

Nak bersedia menyambut kedatangan ahli baru ni bukan semata-mata sedia dari segi kewangan dan keperluan je. Ilmu sangat penting awak. Walaupun ayat Nuha ni nampak macam skema badut je, tapi percayalah. Itulah hakikatnya.

Lepas dua hari kami dua beranak pun dibenarkan balik ke rumah. Happy nya of course la kan. Sampai rumah susu badan Nuha mula keluar tapi sangat tak banyak. Ditambah dengan inverted nipple yang Nuha alami, makin tak yakin nak susukan anak sendiri. 

Nuha mula pam susu menggunakan breast pump. Again, tanpa ilmu siapalah diri ini. Bila dapat hasil perahan susu ibu tidak seperti yang dibayangkan, Nuha makin goyah. Tapi pam tetap pam jugak memandangkan pada masa tu Nuha lebih yakin anak akan lebih mudah menyusu menggunakan botol susu berbanding menyusu terus di dada dan Nuha sendiri akan tahu berapa banyak yang anak Nuha minum setiap kali.

Maka disitulah permulaannya anak Nuha mula alamai keliru puting (nipple confusion). Proses yang Nuha sendiri create. Bila dah tahu ni memang Nuha sedih. Anak yang terima akibat atas kekhilafan yang Nuha buat. Tapi fikir semula, pengalaman ni sangat berharga untuk Nuha jadikan pengajaran pada anak-anak selepas tu dan untuk Nuha share pada ibu-ibu lain.

Sebaiknya berikan susu ibu secara terus (direct feeding) masa ibu dalam pantang. Tujuannya untuk establish direct breastfeeding, untuk create bonding antara ibu dan bayi dan of course untuk elak bayi daripada alamai keliru puting. 

Dua hari lepas keluar dari hospital anak Nuha kena masuk hospital semula sebab bacaan kuning yang tinggi. Disebabkan wad bersalin full house, Nuha tak dapat nak room in sama-sama dengan anak. So Nuha kat rumah, anak kat nursery hospital. 

Masa anak tak berada bersama-sama Nuha, sepatutnya Nuha perah keluar susu badan 2-3 jam sekali untuk terus create demand pada kilang susu. Tapi sayangnya Nuha hanya pam susu ikut sempat dan ikut mood. Huhu. Ada tak yang buat macam ni juga?

Kalau tak ada alhamdulillah. Kalau ada, next baby jangan buat macam ni lagi tau. Janji ok. 
Susu yang tidak dikeluarkan lama-kelamaan akan buat badan kita hantar signal ke otak untuk slow down the milk production. Awak boleh buat bacaan lebih tentang ni. Cari tentang Feedback Inhibition of Lactation (FIL). Nuha ada share juga pasal FIL ni dalam satu video di Youtube Channel Nuha.

Kata-kata Motivasi untuk Ibu Menyusu Badan
Tak kira anak keberapa sekali pun, inshaAllah awak tetap ada peluang baru
untuk susukan anak dengan susu ibu. Gambar Nuha dan anak-anak.

Rasa kalau Nuha nak sambung lagi cerita journey penyusuan susu ibu yang Nuha lalui untuk kali pertama, seminggu menaip pun tak habis. Cuma apa yang Nuha selalu dan terus-menerus highlight dalam sharing Nuha yang relate dengan breastfeeding ialah parents sangat-sangat perlu untuk bersedia dengan ilmu penyusuan kalau betul nak susukan anak dengan susu ibu. 

Perjalanan penyusuan susu ibu tu sendiri ada turun naiknya. Bila kita di atas, raikan dan bersyukurlah. Bila di bawah pun tetaplah bersyukur dengan perjalanan yang Allah aturkan. 

Ingat balik kenapa ibu dan ayah nak susukan anak dengan susu ibu, kenapa mulakan semua ni. Bertahanlah sehingga selesai perjuangan 2 tahun ini dan merayulah pada Allah agar dimudahkan perjuangan yang satu ini. 

Sekian sedikit perkongsian dan kata-kata motivasi daripada pengalaman bertatih Nuha dalam perjuangan memberi susu terbaik buat anak. Sentiasa ingat yang ibu tak keseorangan. Jangan malu untuk dapatkan bantuan yang tepat daripada rakan pembimbing penyusuan, kaunselor penyusuan dah konsultan penyusuan yang bertauliah. Mereka sentiasa ada untuk membantu. 

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, suplemen untuk ibu menyusu lebih bertenaga dan ceria, atau jika ingin menambah pendapatan bersama Nuha.

#NextlevelBlogging #Shakleetriumph2023 #Shakleethrive2023 #SetRahmahShaklee2023

Nuha Hayati
Rakan Pembimbing Penyusuan
Instagram: nuha.hayati
Tiktok: nuha.hayati

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Adbox