Tuesday, 30 September 2014

Membeli Sambil Menderma, Ada FREE Pulak Tu!

Assalamualaikum & hai..

Harini 30 September 2014, hari akhir utk anda rebut peluang membeli sambil menderma, dapat free pulak tu!

Apa tu?


Bulan ni Shaklee sangat berbesar hati buat promosi meal shakes (set beli 3 free 1). Tak pernah tau shaklee buat promo macam ni. Yang paling best.. setiap set yg anda beli set ni (beli 3 free 1), Shaklee Malaysia akan ambil 10% drpd hasil jualan set terebut dan menyalurkannya ke 2000 keluarga kurang mampu selama setahun.

Ha..best kan. Dah la untung dapat free 1 canister. Dapat hulur sumbangan pulak pada yg memerlukan. Meal shakes ni kalau diambil secara konsisten boleh mencantikkan kulit tau. Satu badan.. tak terhad kat muka je. Untuk anak pulak.. inshaAllah anak jadi sihat dan cerdik. Bertuah siapa2 yg dapat consume meal shakes setiap hari..

Oklah..hubungi nuha untuk sebarang pertanyaan dan pesanan.

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati


Monday, 29 September 2014

Faedah Susu Ibu Kepada Bayi

Assalamualaikum & hai semua.

Entry utk kaum parents. Ha... tak terhad kepada kaum ibu & bakal ibu ya. Suami pun kena ada ilmu dlm bidang penyusuan susu ibu ni supaya boleh sama2 support isteri tersayang.


sumber: google

Banyak sangat benefits susu ibu kepada bayi susu ibu.. antaranya

> Membekalkan pemakanan yang ideal untuk bayi anda
> Melindungi bayi anda daripada infeksi
> Mencegah sebahagian daripada punca kematian bayi
> Mengurangkan risiko alahan kepada bayi - alahan mungkin terjadi apabila berlaku
   ketidaksesuaian bayi terhadap susu formula yg diberikan.
> Mengurangkan risiko juvenile - onset diabetes, dikalangan keluarga yang mempunyai masalah ini
> Membantu dalam peredaran darah
> Mengurangkan obesiti di lewat usia
> Sedia diminum dan menepati keperluan bayi

Point last tu nuha paling suka. Hehe.. sebab memang senang sangat. Teringat masa nuha formula feed Dahlea dulu. Kelam kabut buat susu bila Dahlea demand nak susu. Kadang2 botol susu belum sterile, air dalam flusk dah sejuk, terlebih air panas, macam2. Anak dah terjerit2 ni.. Huhu.. pengalaman. Pastu bila keluar jalan2 or travel ke, tak perlu pack 'bag susu'. Yippy... tu pun best jugak.

Alhamdulillah sekarang Dahlea dah setahun 3 bulan. Masih nuha diberi nikmat utk breastfeed Dahlea. Syukur sangat sangat sangat. Berkat kesabaran kami 3 beranak (termasuk suami yg bagi support kat kami berdua). Nuha amalkan Set Menyusu Shaklee.. Memang best sangat2 disamping nuha kerapkan aktiviti mengepam susu utk create demand.

Ok nanti kita sambung lagi cerita pasal breastfeeding ni. Topik yg nuha sangat suka :)

Hubungi nuha utk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati

Sunday, 28 September 2014

Apa Yang Ibu Belajar Dari Dunia Penyusuan Susu Ibu?

Assalamualaikum & hai.

Sebelum nuha start topik ni nuha nak mengaku & minta maaf satu benda. Bila baca balik entry2 lepas baru perasan yg nuha mention tempoh promosi (eg: promosi beli XXX free XX berbaki 8 hari la, 6 hari la etc) ikut hari yg nuha tulis entry tu. Bukan kira ikut tarikh nuha schedule entry. Alamak! syok sendiri. Maaf ye semua. Lepas2 ni nuha akan kira baki hari promosi ikut tarikh nuha schedule entry tersebut. :)

Ok kembali kepada topik harini..

Dunia penyusuan susu ibu memang indah. Banyak yg nuha belajar sepanjang setahun 3 bulan jadi ibu menyusu yg pada 3 bulan pertamanya hampir menemui kegagalan dlm misi menyusukan Dahlea. Rezeki Allah, alhamdulillah dapat nuha breastfeed Dahlea sampai sekarang.

sumber: google

Tulisan asal oleh Noorfazila Binti Abdul Rahman

Penyusuan Susu Ibu bukan sekadar memberi yg terbaik buat anak kita tapi lebih dari tu:

1. Ibu menyusu akan terlatih untuk jadi seorang yang bersungguh-sungguh melakukan yang terbaik untuk anak yg mereka kasihi.
2. Ibu menyusu akan berusaha untuk memperbaiki diri mereka supaya jadi ibu yg baik untuk anak yg sedang menyusu.
3. Ibu menyusu belajar lebih bersyukur dgn nikmat yang Allah beri.. kalau anda dapat 3oz ada ibu yang mungkin hanya dpt 1-2oz sahaja..andai kita dpt 1oz ada ibu yg hanya dpt beberapa titik sahaja.
4. Ibu menyusu berusaha untuk menjaga tingkah laku supaya setiap yg ada dlm dirinya mengalir bersama susu yg disediakan untuk anak mereka.
5. Ibu menyusu akan selalu bersangka baik dengan apa saja rezeki yg Allah swt beri pada mereka.
6. Ibu menyusu akan lebih berfikiran positif, tenang dan lebih terlatih dalam mengawal tekanan (stress).

Dan lain2. Banyak yg kita belajar sebenarnya. Memang banyak.. Tahniah kepada semua ibu2 menyusu!

Penyusuan susu ibu adalah satu proses pembelajaran..

p/s: Hubungi nuha utk khidmat nasihat & sembang2 tentang breastfeeding mahupun utk membuat pesanan sebarang produk Shaklee.

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati

Saturday, 27 September 2014

Side Income Satu Keperluan?

Assalamualaikum & Hai semua.. Nuha tengah makan cokelat masa taip entry ni. hehe. Nuha doakan korang semua sihat..

Side income? Perlu ke? Kenapa perlu? Gaji tak cukup? Tamak?

Wah wah wah.. banyak nya soalan. Mari nuha share pendapat peribadi nuha.

Nuha yakin lebih dari 60% individu kat Malaysia yg bekerjaya memerlukan side income. Pendapatan sampingan selain drpd pendapatan tetap setiap bulan. Ada jugak yg rasa tak perlu side income. Mungkin rasa sangat selesa. Mungkin... Atau gaji memang sangat besar.

Kenapa perlu side income?

... Sebagai back up kepada pendapatan tetap

Point ni lebih kepada yg makan gaji kepada syarikat2 swasta. Kakitangan kerajaan mungkin 'tak terasa' sangat sebab kalau kerja ok, takde buat kes etc.. inshaAllah kerja tetap sampai la pencen. Even dah pencen pun masih dapat wang persaraan. Back up kepada pendapatan tetap contohnya bila tiba2 terrrpaksa berhenti kerja sebab ikut suami bertugas oversea ke.. atau macam nuha dulu berhenti kerja sebab mabuk mengandung. Siapa rancang utk situasi macam ni jadi pada kita kan? 

... Sebagai kawalan kepada main income

Sebut pasal annual increment.. kita bekerja mesti harap kenaikan gaji kan. Contoh, tahun 2013 gaji bulanan RM2500 takkan 2016 gaji bulanan RM2650 je? Atau lagi parah gaji tak naik2. Bukan tak bersyukur, tapi kita mesti harap kenaikan gaji kena balance dgn komitmen kita betul tak? 3 tahun status seseorang boleh berubah. Contoh dari bujang kpd berkahwin.. dari takde anak dah jadi mak orang. So to be save, selain memastikan prestasi kerja kita tip top supaya increment gaji cantik, kan bagus kalau kita ada pendapatan dari sumber lain. Setidak2nya kita dapat survive dgn ekonomi kita. Tak la stress..

... Peluang menabung lebih banyak

Kalau kita ada main income + side income and incomes ni dapat cover semua commitments kita. Of course kita dapat menabung dgn lebih banyak. Bukan menabung je.. dapat buat investment, bagi lebih banyak duit belanja pada parents, nak bersedekah pun lebih laju & dapat melunaskan hutang dengan lebih cepat. Dengan kata lain.. financial freedom. Sape tak nak ada kebebasan kewangan kan.

... Sebagai peluang utk jadi insan yg lebih hebat

Ramai tak tahu.. atau kurang sedar yg 'buat' side income ni menuntut seseorang utk jadi lebih berdisiplin, jadi lebih produktif, lebih menghargai masa utk commit dgn side income. Hebat kat sini maksud nuha hebat dlm menguruskan diri, keluarga, kerja tetap & side income. Bukan syok sendiri. Tapi nuha perasan masa nuha semakin berharga sejak terjebak dgn side income. Nuha dah kurang tengok tv, bersuka ria bermalas-malasan dah kurang sangat dah. Setuju sangat dgn prasa "masa itu emas". 

Side income pilihan nuha of course lah biz shaklee. Biz kasih sayang, biz modal rm75, biz tak meeting tengah2 malam, biz tak beli stok simpan bawah katil & yg penting biz online. Hehehe.

Semoga dapat sedikit manfaat dari sharing nuha ni. Hubungi nuha utk sebarang pertanyaan dan pesanan sebarang produk shaklee atau nak sertai shaklee bersama nuha pun boleh. Sangat dialu-alukan.

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati








Friday, 26 September 2014

Home Made Aiskrim Bernutrisi

Assalamualaikum & hai semua :)

Bulan September memang bulan special. Shaklee buat double promo. Promosi kolagen beli 6 free 1 khas utk wanita2 malaysia & Meal Shakes beli 3 free 1. Khas utk anak2. Bulan ni kira promo special utk ibu dan anak gitu.. 

So harini..nuha nak share resepi aiskrim paling senang & berkhasiat yg mommies boleh buat kat rumah. Best tau.. cost friendly, makan sampai puas, kualiti kebersihan semua terjamin dan berkhasiat!



Antara manfaat Meal Shakes yg ibu2 wajib tahu:
 
--> meal shakes kaya dgn protin yg membentuk dan memulih sel2 kulit
--> meal shakes mengandungi vitamin penting A, C, E, selenium & zinc  
--> mealshakes lengkap dengan vitamn B, zat besi, copper utk membina sel darah merah yg sihat 
--> meal shake menjadikan kulit glowing  
--> meals hakes tinggi kandungan serat utk kesihatan usus seterusnya memudahkan penyerapan zat2 nutrien
 
Klik sini utk membaca info lengkap meal shakes. 

Promo meal shakes berbaki 4 hari lagi. Esok nuha nak walk in Shaklee home office borong 1 set (beli 3 FREE 1)  meal shakes. Kalau anda tak nak simpan stok banyak2, boleh share dgn kawan2. 

Hubungi nuha untuk sebarang pertanyaan dan pesanan
Nuha
017-4991289/ 012-6354797 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati

Thursday, 25 September 2014

Testimoni Collagen Powder Shaklee

Assalamualaikum semua. Hai apa kabar? Moga sihat semuanya.. inshaAllah. 

Excited ni.. nuha nak share testimoni Collagen Powder Shaklee. Collagen yg dihasilkan di US tapi hanya dipasarkan di Malaysia. Ekslusif sangat..


Untuk yg nak cuba Collagen Powder tapi memang tak pernah ambil mana2 supplement sebelum ni, nuha suggest utk detox dulu badan anda supaya keluarkan dulu segala toksik2 & keladak2 dlm badan. Then baru senang dan efektif kadar serapan Collagen ni. 

Nak detox?
★ Alfalfa complex - detox keseluruhan. Tapau satu badan
★ Herblax - detox usus

Klik SINI kalau nak tahu A to Z pasal Shaklee Collagen Powder.

Best tau Collagen Powder ni. Its tasteless. Tanpa pewarna mahupun perasa tambahan. Bau ikan. Yelah dah kata pun main ingredient dari sisik ikan merah..takkan nak bau cheese cake pulak kan. Hehehe.

Oklah.. promosi Collagen Powder beli 6 free 1 masih berbaki 8 hari lagi. Hubungi nuha utk sebarang pertanyaan dan pesanan. 

Nuha
017-4991289 (sms/whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati

Wednesday, 24 September 2014

Shaklee Collagen Powder: Hanya di Malaysia

Assalamualaikum & hai semua.. 

Nuha masih nak share pasal Collagen Powder Shaklee yg hot ni. Maklumlah bulan promosi katakan. Menderu2 kaum2 wanita grab promo ni. Sebelum tu, segalanya tentang Collagen Powder Shaklee ada di SINI.

Info: Shaklee Collagen Powder dipasarkan HANYA di Malaysia.

Kenapa agaknya?

Sebelum keluarkan sesuatu produk, Shaklee akan buat kajian dulu. Bukan satu kajian je tau.. bertahun2 punya kajian. 

Kajian yg dibuat termasuklah utk ambil kira faktor-faktor seperti golongan yg memerlukan produk tu, ingredients, ingredients tu selamat digunakan atau tidak, tempat utk produk tu dipasarkan sesuai ke tidak, negara yg nak dipasarkan, iklim & cuaca, nak packing produk macam mana, kulit orang asia macam mana (kan tak sama kulit omputih dgn kulit orang asia), peraturan2 Kementerian Kesihatan Malaysia yg kena complt, status halal dan lain2. 



Yes.. begitulah. Bukan sebarang2 buat dan pasar produk. Sebab tu nuha suka dan yakin sangat dgn produk2 Shaklee.

Hubungi nuha untuk sebarang pertanyaan dan pesanan. Jum grab promo Collagen Powder beli 6 free 1 & Meal Shakes beli 3 free 1 sepanjang bulan September 2014. 

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati

Tuesday, 23 September 2014

Vivix Shaklee VS Mona Vie & Xango

Assalamualaikum & hai..

Nuha nak share penulisan Master Farina Al-Khareid di laman FB beliau. 

*************************************************************************

Sy baca satu artikel drpd. feelexcellent.net tentang perbandingan antara Vivix Shaklee dgn Mona Vie dan Xango.

Cabaran Sihat Vivix - Xango, Mona Vie dan lain2.

Adalah tidak adil kepada yg cuba utk membandingkan Vivix dgn suplemen lain kerana anda tidak membuat perbandingan secara adil dan saksama. Sebagai contoh, jumlah kajian yg telah dilakukan terhadap Vivix adalah melebihi 2000 kajian, manakala jumlah kajian yg dilakukan terhadap Mona Vie hanyalah 47 dan Xango hanya 73 kajian sahaja.

Seterusnya adalah isu semulajadi. Produk semulajadi selain Vivix adalah Jus Tahitian Noni. Walau bagaimanapun, ia hampir tidak mempunyai kesan anti penuaan seperti Vivix yg mempunyai semua fungsi anti penuaan disamping banyak manfaat lain. 

Mungkin ada yg merasakan yg Vivix harganya lebih tinggi, namun amat memeranjatkan.. sebab Vivix tidaklah mahal seperti yg disangka. Malah Vivix adalah sangat murah apabila anda perlu menganbil hanya satu sudu teh Vivix setiap hari. Wah, sy rasa Shaklee adalah pilihan yg sangat tepat. Shaklee mempunyai suplemen anti penuaan terbaik di pasaran hari ini.

Tak perlu membazir wang anda. Sahut cabaran Vivix sebagai suplemen anti penuaan anda. Dapatkan yg terbaik kerana kesihatan anda adalah tidak ternilai.  

Nota tambahan: Saya tak kata suplemen2 lain tidak membantu. Saya hanya menunjukkan beberapa fakta yg suplemen selain Vivix adalah tidak lama taraf saintifiknya seperti Vivix. Semua kajian sains menunjukkan bahawa Vivix membantu sama funginya seperti suplemen lain dan lebih2 lagi apabila ianya berkaitan dengan kesihatan anda dan insan2 yg anda sayangi. 
Bagi saya, saya lebih suka kepada pemakanan dan kesihatan saya terutamanya apabila ianya lebih murah. Anda pula bagaimana?


 


Jadilah pengguna yg bijak.. pilihan adalah di tangan kita. Nuha pun semestinya buat pilihan yg terbaik utk diri & poket sendiri. Semestinya Vivix pilihan hatiku.. Dapatkan info lain Vivix di SINI dan SANA.

Info tambahan: PERCUMA keahlian Shaklee seumur hidup & cash rebate dengan pembelian 2 botol Vivix. 

Hubungi nuha utk sebarang pertanyaan dan pesanan.

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati

 

Monday, 22 September 2014

Penawar Anak Asthma

Assalamualaikum & hai.. entry ni special nuha nak share kat parents especially yg ada anak mengidap asthma.

Asthma adalah keadaan pernafasan yg terjadi apabila peparu dan saluran pernafasan menjadi radang dan sempit, berlaku disebabkan oleh faktor seperti tekanan, pencemaran alam sekitar, bulu haiwan peliharaan dan lain-lain. Peparu juga menghasilkan mukus tebal yg menyebabkan kesukaran utk bernafas dan menyebabkan batuk dan berdehit (wheezing). Kebiasaannya, asthma dikawal dengan ubat-ubatan anti radang dan ubat-ubatan yg membantu salur pernafasan utk berehat.

sumber: google
 
Adakah Susu Ibu Dapat Mencegah Asthma?

Bayi yg baru dilahirkan mempunyai sistem imun yg masih belum matang. Susu ibu memberikan perlindungan dari jangkitan disamping membantu sistem imun bayi dan peparu bayi itu sendiri utk membesar dan matang. Susu ibu sahaja tidak menghalang bayi dari dijangkiti asthma namun dapat mengurangkan kadar keterukkan bayi anda alah kepada penyakit atau melambatkan jangkitan ini terhadap bayi.

Note: Walaupun ibu pengidap asthma, susu ibu tetap terbaik utk bayi anda. Tak perlu risau ye ibu2 sekalian :)

Asid Lemak Omega-3

Asid lemak omega 3 adalah salah satu nutrien yg diperolehi bayi drpd ibunya semasa mengandung dan menyusu. Sebagaimana pentingnya omega dlm pembentukan otak bayi, asid lemak juga membantu melindungi drpd keradangan dlm salur pernafasan.

Ibu-ibu boleh membantu dlm memastikan bayi mereka mendapat sumber asid lemak omega 3 yg baik dengan mengambil makanan2 yg kaya dengan asid lemak seperti ikan sardin dan markarel atau mengambil makanan tambahan semasa mengandung.

Sumber: www.NationalAsthma.org.au (May 05)


sumber: google
 
Asid lemak pilihan nuha? Semestinya Omega Guard Shaklee.. minyak ikan terbaik dunia :)

Kebanyakan minyak ikan diekstrak dengan proses penyulingan tekanan tinggi. Bila proses yang ada tekanan tinggi, ada certains nutrien yang akan musnah. Lagipun, penyulingan tekanan tinggi tak dapat menapis kandungan logam bahaya yg ada dalam ikan seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB (polychlorinated biphenyl) yang merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik.



Omega Guard ni lain sikit. Ianya diekstrak dengan proses penyulingan tekanan rendah.. Proses ni dipanggil proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi serta menyingkirkan bahan-bahan berbahaya.

Ha.. tu dia. Bertepatan dgn tagline Shaklee, sentiasa selamat, sentiasa berkesan & sentiasa semulajadi. Boleh baca maklumat lain Omega Guard kat entry INI.

InshaAllah nuha akan kongsikan testimoni Omega Guard yg diambil oleh anak customer nuha.. tunggu....

Hubungi nuha utk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati

Sunday, 21 September 2014

Dating

Assalamualaikum. Hai.. ♡♡

Khamis hari tu nuha keluar dating. Bukan dgn husband tapi dgn mak shaklee nuha. Oh btw.. kami tak guna terms uplines downlines tapi nuha selesa dgn panggilan mak, nenek, moyang.. anak cucu cicit. Lebih harmoni.. ♥♥

Takde la dating sangat pun sebenarnya. Nuha ada nak shopping barang utk customer sikit. Biasanya nuha akan order barang customer tru online je tapi tiba-tiba ada customer urgent nak barang cepat.  Mak shaklee pun ada nak beli barang jugak. Sekarang kan masih cuti sekolah. Mak shaklee ajak together2 walk in home office shaklee. So ber-car pool la kami semalam ke Bandar Sunway. Sekejap je pun. Pastu balik.

Nuha dapat cokelat hersheys ni. Ole-ole dari Langkawi. Mak shaklee nuha ke sana last week ada kursus. Syok la nuha makan cokelat masa taip entry ni. Lagi2 cokelat free kan. Mau tak best? Hehe...




Oklah.. selamat berhujung minggu & selamat berehat ★☆★☆

Nuha
017-4991289 (sms/whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati

Saturday, 20 September 2014

Kolagen Terbaik

Assalamualaikum semua.. Hai. Apa kabar.

Sempena dengan bulan promosi Collagen Powder Shaklee.. Nuha nak share kenapa kolagen Shaklee adalah kolagen terbaik yg patut anda ambil.

Sebelum tu.. tahu ke apa tu kolagen? Kenapa kita perlu kolagen? Boleh berkenalan dengan kolagen kat entry SHAKLEE COLLAGEN POWDER dan FAKTA & KOLAGEN SHAKLEE.

Salah satu kandungan utama Collagen Powder ialah  RSS = Red Snapper Scale (sisik ikan merah).

Sisik ikan merah adalah sumber kolagen premium. Ikan merah yg Shaklee guna ialah ikan merah laut dalam yg kurang kadar pencemarannya dan mudah diserap oleh tubuh berbanding kolagen haiwan.

Sumber: google
Ramuan Shaklee Collagen Powder adalah terdiri daripada 7 jenis bahan semulajadi yg bermutu tinggi. Nuha dah share sebelum ni kat entry FUNGI-FUNGSI BAHAN UTAMA SHAKLEE COLLAGEN POWDER.

Bila masa yg paling afdal utk kita mula amalkan pengambilan kolagen ni? Persoalan ni dah pun nuha jawab kat entry UMUR UNTUK MULA MENGAMBIL KOLAGEN.

Ok.. everything pasal Collagen Powder Shaklee nuha dah link kat dalam entry ni. Untung besar kalau anda ambil peluang bulan September 2014 ni buat beli stok Collagen Powder Shaklee. Beli 6 FREE 1 kotak worth RM298 tau. Memang berbaloi sangat-sangat. 

Hubungi nuha utk sebarang pertanyaan dan pesanan.
Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati

Friday, 19 September 2014

Journal Keyukuran

Assalamualaikum & hai. Salam Jumaat. Apa kabar semua.. Semoga sihat semuanya disamping yg disayangi dan dikasihi.

Journal Kesyukuran.. dah beryukur kah kita harini kepada sang pencipta? Bersyukur utk apa?

sumber: google

Terlalu banyak nikmat yg boleh kita syukuri. Selalu kita rasa "banyaknya dugaan utk aku.. banyaknya yg Allah uji aku. Allah tak bagi aku tu..Allah tak bagi aku ni..etc"

Terlupa yg dah terlalu banyak yg Allah bagi kita. Allah bagi pinjam nyawa sampai ke hari ini. Allah bagi keluarga yg sayang kita sampai ke hari ni. Allah bagi peluang kita sedut oksigen harini. Allah bagi macam2. Kita je hamba yg selalu tak perasan nikmat & anugerah Allah. Teruknya kita..

“…Sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” QS. Ibrahim : 7.

Nuha baru zahirkan rasa syukur setiap hari dalam satu buku.. Journal Kesyukuran namanya. Mentor suruh buat benda baik.. Elok la kalau dituruti. Rupa paras journal tak penting. Yang penting isi dalamnya. Doakan nuha istiqamah dalam menulis journal kesyukuran ni. Sehari senaraikan 5 je perkara yg kita syukuri. Jum lah join!



Oklah tu je nak share hari ni. Selamat berhujung minggu semua.

Hubungi nuha utk sebarang pertanyaan dan pesanan mana-mana produk Shaklee.

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati


Thursday, 18 September 2014

Bagaimana Mendaftar Keahlian Shaklee

Assalamualaikum.

Selamat pagi semua.. Harap semuanya sihat2 & happy setiap hari ★☆★.

Kelmarin ada orang pm nuha tanya macam mana nak join Shaklee? Macam mana nak daftar keahlian? 

Utk join Shaklee seseorang tu kena la jadi ahli.. dan utk jadi ahli memerlukan pendaftaran. Nak daftar dgn siapa?

Boleh daftar dengan mana2 pengedar Shaklee pilihan hati.. termasuklah nuha sendiri. Apa yg diperlukan utk pendaftaran keahlian Shaklee? 

Sedikit maklumat peribadi dan rm75 sahaja (termasuk cas penghantaran starter kit). Alhamdulillah pagi tadi nuha dah selamat daftarkan sorang ahli baru. 

How? 

Seriously senang.. tru online enrollment. 

 


Klik klik..key in details dan siap. Ahli baru tunggu kat rumah esok courier datang hantar starter kit. Senang and i love it! ♥♡♥♡♥ 

Siapa lagi yg nak bermentorkan nuha utk berjaya dlm biz Shaklee? 

Nuha 
017-4991289/012-6354797 (SMS/ Whatsapp) 
SID1017481 
FB: nuha hayati

Wednesday, 17 September 2014

Fahami Indeks Glisemik

Assalamualaikum.. Hai semua.

Harini jum kita fahamkan apa tu Indeks Glisemik.  

Apa itu Indeks Glisemik/Glycemic Index (G.I)?

Glycemic Index merupakan tahap pengukuran kualiti untuk karbohidrat dalam sesebuah makanan, berdasarkan berapa pantas 50g karbohidrat tersebut untuk menaikkan paras glukosa dalam darah. 

Kadang-kadang, ia juga merujuk kepada berapa pantas insulin yang akan dirembeskan (oleh pancreas) sebagai tindak balas oleh karbohidrat tersebut, dan berapa pantas karbohidrat tersebut dicernakan. Nilai rujukan untuk G.I ialah 100 (iaitu nilai G.I untuk glukosa).

Adakah G.I juga terdapat kelasnya yang tersendiri?
Makanan berkarbohidrat secara umum dibahagikan kepada 3 kelompok, iaitu G.I Tinggi (melebihi paras 70), G.I Sederhana (antara 55 – 70), dan G.I rendah (di bawah paras 55).


Bagaimana nilai G.I dalam sesebuah makanan ini ditentukan?
Untuk menentukan nilai G.I dalam sesebuah makanan (sebagai contoh makanan A), makanan A akan diberikan kepada beberapa orang sukarelawan (untuk mendapatkan keputusan yang purata). 

Sukarelawan ini akan memberikan sampel darah mereka dalam julat waktu yang berbeza, dalam tempoh 2 jam, untuk diuji paras glukosa dalam darah mereka. Nilai tersebut kemudiannya diplotkan pada sebuah graf dan nilai G.I kemudiannya ditentukan menggunakan rumus kamiran (Integration) menggunakan komputer.

Mengapa pentingnya untuk memahami konsep G.I?

Semakin tinggi nilai G.I sesebuah karbohidrat, maka semakin banyak insulin yang akan dirembeskan dek kerana tindakbalas karbohidrat tersebut. Ini menjurus kepada terjadinya fenomena yang dikenali sebagai “Insulin Spike”. 

Ketika fasa ini, insulin akan dirembeskan dengan mendadak pada kadar yang banyak, untuk membantu transportasi glukosa ke dalam sel.

Ini mengakibatkan paras glukosa dalam darah jatuh kembali dengan mendadak, dan otak akan mula berfikir bahawa badan kekurangan sumber glukosa, sekaligus memberikan isyarat bahawa tubuh badan masih lapar dan memerlukan lebih makanan, sekaligus mengakibatkan anda makan secara berlebihan kelak. 

Sekarang anda faham mengapa anda tidak pernah berasa puas atau kenyang setelah mengambil minuman/ makanan yang manis?

Apa yang saya perlu tahu lagi tentang “insulin spike”?

Secara umumnya, kita sedia maklum bahawa fungsi hormon insulin adalah sebagai hormon yang bertanggungjawab untuk 4 perkara berikut (disusun mengikut turutan):
1 – membawa glukosa ke dalam sel
2 – menukarkan glukosa kepada glycogen di dalam sel
3 – membawa glycogen yang berlebihan di sel untuk disimpan sementara di hati
4 – menukarkan glycogen yang berlebihan di hati kepada LEMAK

Memandangkan insulin adalah hormon yang bertanggungjawab kepada 4 proses biokimia di atas, maka secara teorinya, jika kita berjaya mengurangkan kadar rembesen insulin, secara tidak langsung kita sebenarnya berjaya mengurangkan risiko untuk karbohidrat yang diambil ditukarkan kepada lemak badan.

Maksudnya, untuk mengurangkan kebarangkalian terjadinya “insulin Spike”, kita haruslah memilih makanan ber G.I rendah!

Makanan ber-GI rendah pilihan nuha? 

Semestinya ESP! ESP mengandungi kandungan Indeks Glisemik yg rendah iaitu 39 je. Satu hidangan ESP adalah bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, takde kolesterol, takde asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh. 

Nuha in loved dengan Shaklee sebab ESP. Memang terbaiklah!

Hubungi nuha utk sebarang pertanyaan dan pesanan. Double Promo Meal Shakes beli 3 FREE 1 utk anak2 tersayang & Promo Collagen Powder beli 6 FREE 1 utk mama vogue yg awet muda.

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati

Tuesday, 16 September 2014

Bisnes Modal Kecil

Assalamualaikum. Selamat Hari Malaysia. Selamat berehat bersama yg tersayang.. :)

Entry ni nuha nak cerita pasal modal. Bila kita nak mula je bisnes.. perkara pertama yg lalu kat kepala kita mesti pasal modal. Betul tak? Ye lah.. dengan modal tu la kita nak mula berniaga.


gambar ilusi modal biz. Sumber: google




Sabtu lepas kami (nuha, husband & dahlea) pergi COD Set Menyusu Asas Shaklee kat area Seri Kembangan. Kebetulan ke area situ.. kami singgah rumah makcik husband. Berbual2 bertanya kabar bagai.. tah macam mana masuk pasal biz Shaklee. Ramai rupanya yg tak tahu lagi yg modal utk mula biz Shaklee adalah RM75 sahaja (termasuk cas penghantaran starter kit).

Makcik husband tanya lagi.. nanti cutomer order barang macam mana? Kita nak beli produk kat mana.. nak pos barang ke customer etc macam mana?

Senang je.. husband nuha yg tolong jawab sebab dia dah faham dengan cara bisnes Shaklee. Bila ada customer yg buat pesanan, customer akan bank in payment kan. Dari payment customer tu la kita order barang kat Shaklee. Nak order barang sangat amatlah senang.. online shopping je kat www.shaklee2u.com.my. Shaklee akan arrangekan sekali courier kepada customer kita lepas setel semua payment.

Tu saje.. senang kan?

Kalau korang terfikir nak join biz Shaklee ni.. nuha memang sangat2 sokong. Sebab risiko rugi biz gulung tikar etc memang amat rendah. RM75 je modal..

Hubungi nuha untuk sebarang pertanyaan dan pesanan.

September 2014 double promo: Collagen Powder Beli 6 free 1, Meal Shakes Beli 3 free 1

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati





Monday, 15 September 2014

Work Station turns to Mini Office

Assalamualaikum.. Hai semua ♥♡♥♡.

Last week nuha dah share pasal home office Shaklee yg baru kan. 

Harini nak cerita pasal rumahku officeku pulak. Hehehe.

work station ku

Berbulan-bulan yg lepas nuha ada work station je. Work station la sangat. Side table yg kat corner antara sofa je pun. Nuha letak semua buku nutrisi, nota, biz manual, pen dan segala yg berkaitan biz kat sini. Motip: senang assemble 1 tempat. Cari je ape yg nuha nak bila perlu. Tapi takde tempat specific utk on netbook..nak menulis.. takde.

Nuha ada mintak husband tolong 5s bilik setor kami. Sebab nuha nak buka 1 meja utk jadi meja kerja nuha. Baru ade feel.. Bila ade anak yg comel itu.. projek2 'mega' ni bukan boleh masa tu cakap masa tu buat terus siap. Amek masa jugak utk merealisasikan hajat tu. Berbulan la jugak. Huhu. Sebenarnya niat utama nuha just nak guna setor kami utk sesuatu. Takde la jadi tempat simpan barang semata.. disamping nuha pun memang perlu port kerja yg kasi datang mood nak 'kerja'. Ditambah pulak dengan Dahlea suka betul tolong 5s work station nuha. 



Dua minggu lepas tercapai la hasrat nak ada mini office. Alhamdulillah... setor berjaya dikemas, mini office berjaya diwujudkan di rumah kami. Walau tak seberapa.. tapi nuha sangat berpuas hati.


Thank you husband yg tolong setup mini office utk working at home mother ni. Sangat seronok tau!

Promo meal shakes beli 3 free 1 utk anak2 & promo collagen powder beli 6 free 1 utk mama vogue yg awet muda. Hubungi nuha utk sebarang pertanyaan dan pesanan.

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati

Saturday, 13 September 2014

Komposisi Dalam Susu Ibu

Assalamualaikum.
Hai semua apa khabar? Semoga sihat2 selalu.. inshaAllah.

Selalu betul kita geng mommies dan mommies to be sedia maklum yg susu ibu adalah susu terbaik buat anak. Tapi tak ramai yg tahu secara terperinci apa sebenarnya yg terkandung dalam susu ibu sampai diangkat martabatnya sebagai susu terbaik. Meh berkongi info. Sumber dari: American Pregnancy Association. 


Gambar hiasan

Susu ibu mampu melindungi baby kita daripada jangkitan dan merendahkan kadar mendapat masalah kesihatan seperti diabetis, obesiti dan asma pada masa akan datang.

Susu ibu adalah sumber nutrisi terbaik buat baby yg baru lahir. Banyak komponen dalam susu ibu membantu dalam melindungi baby daripada jangkitan dan penyakit. Protein dalam susu ibu lebih mudah dihadam daripada protein dalam susu formula atau susu lembu. Kalsium dan zat besi dalam susu ibu juga lebih mudah diserap.

Komponen Dalam Susu Ibu:

1) Protein

Susu ibu mengandungi dua jenis protein iaitu whey dan kasein. Lebih kurang 60% adalah whey, manakala 40% lagi adalah kasein. Protein yg seimbang membolehkan penghadaman yg cepat dan mudah. Susu formula mengandungi peratusan casein yg lebih tinggi, menyebabkan baby lebih sukar utk menghadamnya. Empat protein spesifik yg terkandung dalam susu ibu adalah lactoferrin, lisozim, Sekritori IgA dan faktor bifidus.

2) Lemak

Susu ibu juga mengandungi lemak yg diperlukan utk kesihatan baby. Ianya perlu utk pembentukan otak, penyerapan vitamin-vitamin larut lemak dan sebagai sumber utama kalori. Rantaian asid lemak yg panjang diperlukan utk pembentukan otak, retina dan sistem saraf baby.

3) Vitamin

Kandungan dan jenis-jenis vitamin yg terkandung dalam susu ibu adalah sangat berkait rapat dengan vitamin yg diambil oleh si ibu. Sebab tu lah sangat penting bagi mama-mama sekalian utk mendapatkan pemakanan yg mencukupi, termasuklah vitamin. Vitamin larut lemak termasuklah vitamin A, D, E dan K adalah penting untuk kesihatan baby. Vitamin larut air seperti vitamin C, riboflavin, niasin dan asid pantotenik juga sangat penting.

4) Karbohidrat

Laktos adalah sumber karbohidrat utama dalam susu ibu. Ia mengandungi lebih kira-kira 40% daripada jumlah kalori yg dibekalkan oleh susu ibu. Laktos membantu untuk mengurangkan jumlah bakteria tidak sihat dalam perut dimana ia memperbaiki serapan kalsium, fosforus dan magnesium. Ia membantu untuk melawan penyakit dan meningkatkan pertumbuhan bakteria sihat dalam perut baby. 

Ok sekian dulu. Jumpa next entry esok, inshaAllah.

Hubungi nuha utk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati

Friday, 12 September 2014

Home Office Shaklee Yang Baru

Assalamualaikum & hai ♥♡♥♡

Bermula dari 25 Ogos lepas, secara rasminya home office Shaklee telah bertukar dari Empire Subang ke Bangunan Pinnacle, Bandar Sunway.


Nuha dah buat 'lawatan' ke office baru ni. Best..! Kalau dulu ada 3 kaunter je, sekarang ada 10 kaunter. Kaunter collect order ada 3. Pastu siap ada laptop boleh online shaklee2u kalau nak order secara online dan terus pos order kpd customer.


Paling best utk kids..ada playgroynd! Takde la anak2 boring sementara ibu2 diorang ber-Shaklee. Teman ibu kat sini sambil dapat kawan2 baru. Anak2 pun seronok.. Tulah dia sedikit cerita pasal home office baru Shaklee.

Oklah.. PM kalau berminat nak cuba mana2 produk shaklee ye.

Skin care Enfuselle by shaklee best sangat tau!

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati

Thursday, 11 September 2014

Rezeki Makcik Nasi Lemak

Assalamualaikum. 
 
Apa khabar semua? Sarapan nasi lemak tak pagi tadi? hihi.. mentang2 nak cerita pasal nasi lemak. Kenapa tah tiba2 nuha nak cerita pasal makcik nasi lemak tu?


Analogi je tu..

Siapa tahu.. 
 
dan pernah kira. Ada berapa orang makcik penjual nasi lemak kat dalam Malaysia ni? Oklah generalize sikit. Bukan makcik sorang yg jual nasi lemak. Kadang2 pakcik.. ada abang jual nasi lemak. Ada jugak anak yg tolong ibunya jual nasi lemak. 
 
Again.. dah kenapa pulak nuha tanya berapa orang penjual nasi lemak seantero Malaysia ni? 
 
Ramai yg bagi 'sebab' taknak berniaga Shaklee 'disebabkan' kelimpahan distributornya. Termasuklah nuha satu ketika dulu. 

Berbalik kepada penjual nasi lemak. Rrraaaaammmmaaaaaiiiiiiii sungguh penjual nasi lemak kat Malaysia ni tapi masih ada je setiap hari orang yg terfikir nak berniaga nasi lemak. Kalau kat pasar malam lagi la.. ada yg menjual sebelah menyebelah. Ok je..tetap juga peniaga tu berjual setiap minggu, bertahun2 lamanya survive dengan bisnes nasi lemak. 

Sebab apa? 

Sebab Allah kan maha kaya. Segala rezeki kita datang dari Allah. Kita semua tahu tu kan? Manusia cuma medium utk kita dapat rezeki yg Allah bagi.

Kesimpulan nuha.. kenapa kena bagi 'sebab' taknak berniaga Shaklee 'disebabkan' kelimpahan distributornya..?
 
Nuha pun ada berfikiran macam ni dulu. Menyesal sebab ada fikir macam ni. Sekian, take care semua :)
 
* Ini bukan entry mengata siapa2. 
 
Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati


Wednesday, 10 September 2014

Umur Yang Sesuai Untuk Mula Mengambil Kolagen?

Assalamualaikum & hai ♥ 

Sempena dengan bulan Shaklee bermurah hati nak bagi ramai cantik.. beli 6 collagen powder dapat FREE satu kotak lagi. Mari kita bercerita tentang kolagen. 

Kolagen adalah sejenis protein yang menyumbang kepada kulit yang sihat dan cantik. Kolagen dalam badan kita akan mula berkurang dengan pertambahan usia seawal 25 tahun. Makin kurang kolagen dalam badan maka makin tak sihat dan tak cantikla kulit kita. 


Antara tanda-tanda kulit mengalami 'kemerosotan' kolagen adalah:

>> Kedutan di wajah semakin bertambah dan semakin jelas.
>> Kulit semakin kendur dan kurang anjal.
>> Masalah-masalah kulit yg lain seperti kemunculan dan pertambahan tanda2 regangan.
>> Kulit dah mula melayut dan kendur sana sini.
>> Kulit kering dan berkedut.
>> Payudara melayut dan tidak tegang.
>> Kulit kusam.
>> Rambut halus dan gugur.
>> Kuku rapuh dan mudah patah.
>>Pigmentasi.

Kita semua adalah digalakkan utk mula mengambil kolagen pada usia 25 tahun apabila muncul tanda2 penuaan. 

Pilihan nuha tentulah Shaklee Collagen Powder sebab kandungannya yg diperbuat dari bahan2 semulajadi. Tujuh ramuan utama Collagen Powder termasuk ekstrak biji Camelia japonica, collagen ikan, ekstrak kekerang, Lactobacillus acdophilus, Vitamin C and Vitamin B, digabungkan untuk mempertingkatkan keberkesanan collagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luar.


Sebagai Anti Penuaan
♥ Mengecilkan liang pori-pori yang kelihatan
♥ Menghilangkan kedutan dan garis-garis halus

Melembap
♥ Melembabkan kulit bagi mengurangi rasa kering dan gatal-gatal pada muka

Mencerah
♥ Mengurangi pigmentasi, jeragat dan kulit tidak sekata

Menegang
♥ Membantu menegangkan dan menganjalkan payudara
Mengembalikan keanjalan
♥ Menjadikan kulit lebih tegang, anjal dan lembut
Meningkatkan Pergerakan
♥ Menyokong kesihatan sendi dan kekuatan tulang

Menyubur
♥ Menjadikan rambut lebih sihat, tidak mudah gugur dan bercabang serta tebal dan bersinar



Ada ibu yg consume Collagen Powder ni utk kecantikan.. surprisingly susu badan melimpah2. Alhamdulillah.. milk booster pada dia. 

Jum.. sihat & cantik di dalam, sihat & cantik luaran!

Hubungi nuha utk sebarang pertanyaan dan pesanan.

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati

Monday, 8 September 2014

Surat Dari Shaklee

Hai korang.. Assalamualaikum. 
Apa kabar semua. Moga sihat2 & happy2 selalu. ★★★
Minggu lepas geng2 Shaklee nuha ramai yg share diorang dapat surat jemputan dari Shaklee. Nuha tak check letter box hari2 so tak tahu bila surat ni sampai.
Alhamdulillah.. Hari yg sama nuha check letter box ada surat yg kawan2 dapat. Excited tunjuk surat ni kat husband. Jemputan ke Majlis Penghargaan & Motivasi Shaklee.

InshaAllah kami bertiga akan hadir majlis ni. Bertiga ni maksudnya nuha, husband & dahlea. Fyi.. sepanjang nuha bergiat dengan Shaklee, belum sekali pun nuha tak bawak dahlea sama. Mesti bawak. Senang.. tak payah risau2 nak cari penjaga.

Kalau anda berminat and dah terfikir2 nak sertai Shaklee especially join family Shaklee nuha .. nuha sangat alu2kan dan galakkan korang sertai majlis ni. Bukan ahli Shaklee pun boleh join tau. Orang kata tak kenal maka tak cinta kan? Feel it! Baru tahu dan dapat auranya. 

Oklah..till then. Nanti sambung entry lain. 

Ibu2 jum rebut promo Meal Shakes beli 3 free 1 utk si manja anda. First time Shaklee buat promo beli 3 free 1 ni. Rugi kalau tak grab. 

Nuha 
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481 
FB: nuha hayati

Sunday, 7 September 2014

Second Anniversary

Assalamualaikum.

Apa kabar semua? Selamat berhari Isnin. Selamat berminggu baru. Semoga kita lebih bersemangat setiap kali datang minggu baru. 

Entry ni special utk husband. Nuha dah cakap face to face.. cuma nak keep in written je ♥♥. Isnin lepas.. alhamdulillah genap 2 tahun usia perkahwinan kami . Baru dua tahun. Moga kekal hingga ke Jannah. Amin..

Anniversary kami.. husband nuha takde prepare ape pun. Tak bawak melancong.. takde handbag lv, takde hadiahkan rumah, takde hadiah kereta, tak ajak bercuti etc semua takde. Tapi nuha bersyukur sebab hubs tak lupa tarikh anniversary. ♡♡♡

Awalnya kami plan nak ke Cameron Highland. 4 5 hari sebelum anniversary kami nak cancel plan nak ke Cameron Highland tu. Sebab cuti panjang. Confirm padat sendat dan jalan jam. Hujung2 kami balik Kuala Selangor.. rumah MIL. Husband bawak tengok movie je.

Oklah.. kami dah setahun tak tengok movie. Sejak ada Dahlea. MIL & SIL tolong jagakan Dahlea sementara kami dating. Katenye ticket pukul 2.15pm.. pukul 2.05 baru kelam kabut nak gerak dari rumah. Nasib la rumah dekat je dengan GSC Kuala Selangor tu.
 
Tiba2 husband cakap nak singgah kedai kek sat. Eii kate dah lambat. Balik tengok movie kan boleh je singgah. Masuk dalam terus ajak duduk. Tetiba datang kek.. eh.. eh.. alamak...! 


Seriously speechless tau! Haha. Sebab hubs bukan type2 romantic sweetcery. Tapi ada effort buat 'simple surprise' utk isteri. Tq husband! 

Sekian ..tu je cerita anniversary kami. Doakan kami husband and wife terus sabar & bahagia. Byeeee! 

P/S: Husband pengguna setia cleansing gel Enfuselle by Shaklee tau! 

Nuha 
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481 
FB: nuha hayati

JAWATAN KOSONG

Assalamualaikum.

Harini nuha nak buat announcement sikit kepada yg berminat dan yg memerlukan biz utk support diri sendiri, family, bangsa, agama etc.

Kelayakan:
★ Mempunyai impian yg besar di dalam hidup.
★ Mempunyai hati & minda yg kental dengan apa jua cabaran.
★ Mempunyai kemahiran asas menggunakan smartphone, internet & laman sosial seperti Facebook, Instagram, blog dan sebagainya.

Jika anda sedang mencari bisnes yg boleh dijalankan hanya melalui hujung jari sahaja serta hanya dengan bekerja dari rumah sahaja, SHAKLEE ADALAH JAWAPANNYA.

Sertailah rangkaian kami yg telah melahirkan 5 orang Presidential Masters, hampir 50 orang Master Coordinators serta beribu-ribu lagi leaders hebat di pelbagai rank.

Peluang menjana pendapatan bermula dari RM22 sehingga ke 4/5/6 angka dalam jangka waktu yg anda sendiri tentukan!

Tulis check gaji anda sendiri!

Nuhq dah mulakan langkah untuk menggapai kebebasan kewangan keluarga nuha! Anda bila lagi?

Nuha
017-4991289 (SMS/Whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati

Saturday, 6 September 2014

My Baby And Me Bonding Time

Assalamualaikum.

Selamat berhujung minggu. Pagi ni tiba2 nak share yg nuha sangat seronok jadi breastfeeding mother. Ini bukan entry berunsur riak. Sekadar berkongsi rasa bahagia yg dipinjamkan kepada nuha.

Dahlea suka peluk nuha masa breastfeed. Sometimes nuha pun pelik. Dia dah burp kuat tapi tetap menyelak2 baju nak susu. Saje nak orang pamper dia..peluk2 dia sebelum tidur. Manja sangat.

Dulu bila nuha dah berjaya breastfeed dahlea and dia pun dah reti nak latch on..dahlea suka pegang jari nuha. Masa tu tangan dia pun sangat kecik. Nuha pandang mata dia..dia pandang nuha. Sekarang kalau menyusu, dahlea suka peluk badan nuha. Dah besar katenye..

Dahlea peluk nuha..nuha peluk dahlea. Kadang2 rasa rimas jugak sebab manja sangat dia ni. Tapi nuha sangat amat bersyukur sebab Allah bagi peluang utk breastfeed Dahlea. Jadi exclusive pump mother pun pernah.. interted nipple pun pernah.. formula feed mom pun pernah. Few brands formula milk dahlea minum. Isolac? Anmum? S26? Ape tah lagi nuha tak ingat. Huhu. Sungguh tak sangka bila dulu nuha dah hampir 80% give up.

Again.. ni bukan sesi riak ke apa. Nuha sekadar berkongsi rasa syukur and gembira diizinkan Allah utk breastfeed dahlea setakat setahun sebulan umurnya. Bersyukur yg amat and nuha keep doa dapat breastfeed dahlea sampai 2 tahun.

Nuha memang pengguna tegar Set Menyusu Shaklee tapi nuha setuju kalau Set Menyusu Shaklee bukan penyumbang utama nuha berjaya breastfeed dahlea. Setakat harini nuha malas nak cerita sebab malas nak menaip panjang hehehe. Nah tepek sikit gambar hiasan.


Bulan ni Shaklee pertama kali dalam sejarah buat double promo.

♥ Meal Shakes beli 3 free 1
♥Collagen Powder beli 6 free 1

Hubungi nuha utk pertanyaan dan pesanan.

Nuha
017-4991289/012-6354797 (sms/Whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati

Thursday, 4 September 2014

My Milk Booster

Assalamualaikum. Semoga sihat sentiasa. Nuha satu family..alhamdulillah sihat.

Harini nak share pasal milk booster nuha. Ape lagi.. Alfalfa Complex la kan. Nuha start ambil alfalfa complex ni sejak Dahlea free from jaundice. Sebab Alfalfa ni herb base kan. Sama macam jamu. Panas.. tak sesuai diambil kalau bayi anda sedang berjuang melawan jaundis.

Tapi lain pulak kaedah harini. Biasa telan je 5 biji. Harini nuha try dilute dalam air suam pulak. Dah larut baru minum.



Dah try haruslah nak bagi review pulak kan. Pada nuha yg prefer telan pills compared to minum.. nuha memang 95% suka telan gitu je. Sebab liquid kan nak kena teguk and telan dua tiga kali baru habis. Betul tak?

Tapi.. minum diluted alfalfa complex ni memang feeling2 minum air herba dan jamu. Hihi.

Rasa segar je..terus rasa awet muda. boleh gitu? Heheheee.. tu yg nuha rasa la.

Oklah.. selamat berhujung minggu :)

Hubungi nuha utk sebarang pertanyaan dan pesanan sebarang produk Shaklee. 

Nuha
017-4991289/ 012-6354797 (sms/whatsapp) SID1017481
FB: nuha hayati