Blog Nuha Hayati

10 Formula Mudahnya Menjemput Rezeki

Sana sini kita mencari formula untuk mencari rezeki terutamanya bagi golongan peniaga seperti nuha. Rezeki tak lu dicari, tetapi jemputlah rezeki itu. 

Assalamualaikum & hai.

Mungkin ramai yang sudah mengetahui formula-formula menjemput rezeki ini. Nuha share apa yang dikongsi oleh mentor-mentor kepada nuha. Moga bermanfaat kepada semua, inshaAllah.

Formula asas dalam menjemput rezeki adalah berbalik semula pada AL-QURAN & AS-SUNNAH. Hubungan kita dengan Allah mestilah luar biasa. Barulah rezeki kita luar biasa.

Baca: 3 + 1 Prinsip Asas Urus Kewangan

10 FORMULA MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

1. Solat Sunat Dhuha
Jika kita selalu buat 2 Rakaat. Sekarang ubah kepada lebih rakaat. Makin lama makin meningkat.
Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Surah ini tidak akan membuat kita miskin untuk selamanya. Waktu DHUHA rasa getaran kita untuk menjadi apa. Jika ingin jadi JUTAWAN, maka berdoalah untuk menjadi JUTAWAN BERKAT.

2. Solat Sunat Tahajud
Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan bilangan rakaat Solat Tahajud ini. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan daripada Allah sebulat-bulatnya.

3. Membaca Al-Quran
Bangun pagi sebelum tengok phone, Facebook dan lain-lain: mandi dan ambil wuduk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat. Ini kerana apabila kita melakukan ini, Allah akan bagi kecukupan masa yang melampau pada kita untuk 1 hari. Jadi tiada istilah "TIADA MASA".

4. Berzikir
Berzikir dengan kalimah Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Ini adalah latihan kita bersama dengan Allah. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.

5. Solat Berjemaah
Solatlah secara berjemaah terutama lelaki, Solat berjemaah di surau atau masjid. Pergi 10 minit awal sebelum azan.

6. Bersilaturrahim
Janganlah kita memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti anda dengan hati yang lapang dan tenang.

7. Bersedekah 
Ini amalan yang sangat dititikberatkan kerana sedekah adalah satu kuasa yang luar biasa. Nak sembuh penyakit, nak anak dengar cakap kita, nak kaya perlukan kita untuk bersedekah. 1 kali memberi, Allah gandakan 10 dan boleh digandakan lagi 700 kali.

Contoh: Jika inginkan pendapatan bulan ini RM5000, 10% daripada RM5000 yang kita inginkan (RM500) perlu kita sedekahkan pada bulan ini. Bila bersedekah terang-terang kita minta dengan Allah.

Testimoni tentang sedekah: Seorang peniaga online setiap bulan sedekah RM120,000. Pendapatan setiap bulan RM600,000.

8. Solat Awal Waktu 
Panggilan ALLAH lagi penting dari segala-segalanya. Contoh : Jika anda hendak susun 40 batu, batu yang ke 39 azan berkemandang. Agaknya kita sambung batu terakhir atau tidak?

Sambunglah batu terakhir selepas solat.

9.Serahkan Sepenuh Pergantungan kita kepada ALLAH. 
Jangan mengharapkan manusia di luar sana.

10. Tawakal dan Usaha. 
Selalu kita dengar, usaha dulu baru tawakal. Betul tak? Tukar..tawakal dulu baru usaha. Minta bulat-bulat pada Allah dan baru kita usaha.

4 Amalan Surah Setiap Hari:
● Surah Yaasin - Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah -Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman - Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur

Formula yang mudah bukan? Mari kita sama-sama jadikan satu persatu formula ini sebagai amalan harian. Bukan sekadar menjemput rezeki semata-mata, malah untuk menjadi hamba yang lebih dekat kepada Allah, InshaAllah.

Baca: 7 Strategi Melunaskan Hutang

Hubungi nuha utk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Bulan Januari 2015

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Adbox