Blog Nuha Hayati

7 Sebab Mengapa Anda Memerlukan Makanan Tambahan (Supplement)

"ANDA" yang nuha maksudkan tidak terhad kepada anda yang sedang membaca entry ni saja, malah nuha tujukan "ANDA" kepada pelbagai golongan. Makanan tambahan adalah perlu untuk wanita, lelaki, kanak-kanak, ibu mengandung, ibu dan ayah kita. Semua golongan dan peringkat umur memerlukan makanan tambahan a.k.a supplement.

Assalamualaikum & hai.

Semakin ramai rakyat Malaysia hari ini yang semakin peka dengan kepentingan pengambilan makanan tambahan. Ini adalah satu 'fenomena' ke arah menjadikan kita semua masyarakat dan sihat dan ceria.

Hari ini nuha nak share tentang Mengapa Kita Memerlukan Makanan Tambahan?

7 Sebab Mengapa Anda Memerlukan Makanan Tambahan (Supplement)

1) Nutrisi yang diperolehi daripada sumber makanan sahaja kadang-kala tidak mencukupi untuk memberikan kesan pencegahan penyakit.

2) Buah-buahan dan sayuran mungkin tercemar dengan penggunaan racun perosak serta baja sintetik yang boleh membahayakan kesihatan.

3) Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan  (makanan).

4) Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol, minuman keras dan antibiobiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan.

5) Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolesterol, gula, garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan dalam tubuh.

6) Gaya hidup masakini dengan kehidupan yang lebih sibuk dan mencabar menyebabkan ramai yang kurang menitikberatkan kesihatan diri.

7) Kesibukan menyebabkan ramai individu memilih makanan segera yang tidak/ kurang berkhasiat dan boleh menyumbang kepada masalah kesihatan.

Hubungi nuha utk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Bulan Januari 2015

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Adbox