"Susu saya sedikit. Anak saya minum banyak".
Dan ayat-ayat lain tentang masalah susu badan berkurang yang nuha sendiri pernah luahkan.
Assalamualaikum & hai.
Kesedaran tentang manfaat dan kepentingan penyusuan susu ibu makin meningkat di kalangan ibu-ibu masa kini. Nuha pasti setiap ibu punya impian untuk menyusukan anak masing-masing.
Masakan ada ibu tak mahu beri yang terbaik buat anak syurga masing-masing. Namun, secara general nuha katakan ramai ibu yang masih dalam proses mendalami dunia penyusuan susu ibu.
Baca: Faedah Susu Ibu Kepada Bayi
2 SEBAB MUDAH PUNCA SUSU BADAN BERKURANG DAN CARA MENGATASINYA
1) TIADA PERMINTAAN, TIADA PENGELUARAN
Susu ibu dihasilkan adalah berdasarkan konsep permintaan (demand) dan pengeluaran (supply). Semakin kerap bayi anda menyusu maka pengeluaran susu badan akan makin bertambah. Begitulah sebaliknya.
Google image - Ini comel. Siap tag :) |
Bayi yang baru lahir kadang-kala kerap tidur dalam jangka masa yang lama disebabkan jaundis. Ketiadaan demand semasa bayi tidur akan menyebabkan pengeluaran susu badan berkurang.
Apa yang ibu perlu lakukan adalah gantikan sesi menyusu bayi anda dengan aktiviti mengepam/ memerah susu. Ini adalah penting bagi mengekalkan demand agar supply tetap maintain dan susu ibu tidak merundum.
Baca: 3 Tips untuk Maintain Pengeluaran Susu Ibu
2) SUSU BADAN KURANG, ANAK MINUM BANYAK
Secara teorinya, Allah SWT memberikan susu yang cukup setanding dengan keperluan bayi.
Sebab kedua ini berkait rapat dengan sebab pertama di atas. Ibu mungkin cenderung untuk memberi susu formula kepada bayi apabila merasakan yang bayi mereka lapar.
Google image - Susukan bayi anda sekerap mungkin |
Harus diingat bahawa apabila permintaan berkurang, maka pengeluaran akan turut terjejas. Andai ibu ingin memberikan bayi dengan susu formula, ibu masih perlu untuk mengepam/ memerah susu bagi menggantikan sesi penyusuan susu ibu yang tidak dilakukan (sebab dah bagi susu formula) kepada si kecil.
Bayi anda mungkin menangis disebabkan oleh kembung perut, tidak selesa (panas/sejuk), lampin perlu ditukar, ingiin dipeluk dan sebagainya. Tidak semestinya sebab lapar.
Wahai ibu, yakinlah bahawa susu anda banyak dan cukup untuk anak syurga anda.
Baca: Doa Banyakkan Susu Ibu
Hubungi nuha utk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.
Baca: Promosi Shaklee Februari 2015
Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
makin kerap anak menyusu, makin banyak kelenjar mamari menghasilkan susu
ReplyDeletebetul tu ummu awisy. terima kasih atas kunjungan ke blog nuha.
ReplyDelete