Blog Nuha Hayati

Bagaimana Untuk Berkata "TIDAK"

Kadang kala sukar untuk kita kenal pasti perkara-perkara yang memerlukan peruntukan lebih masa dan perhatian. Gunakan strategi-strategi berikut dalam menentukan kewajipan dan peluang yang datang dengan cara anda secara tersendiri.

Assalamualaikum & hai.

Harini nuha nak share sesuatu yang lain sikit. Lain sebab belum pernah share isu-isu berkaitan hubungan sesama manusia ni. Moga kita sama-sama dapat sesuatu yang boleh menambah nilai dalam diri sendiri dan orang lain, inshaAllah. 

Bagaimana untuk berkata "TIDAK"

Tidak. Tak boleh. No. Nope. Betapa ringkasnya untuk berkata satu perkataan mudah yang membolehkan anda terlepas dari melakukan sesuatu.

Ya, adakalanya ia tidaklah semudah itu untuk mengeluarkan perkataan "TIDAK". Samada secara berdepan mahupun ketika membalas pesanan menerusi Whatsapp.

how to say no
Google Image - A simple NO


Bila perlu untuk anda berkata "TIDAK":

Katakan tidak. Perkataan "TIDAK" itu sendiri ada kuasa. Jangan takut untuk menggunakannya. Cuma berhati-hati apabila menggunakan ayat-ayat gantian seperti "saya tak rasa saya boleh" atau "saya tak pasti".

Kenapa? 

Ayat-ayat begini boleh diterjemahkan sebagai kemungkinan anda akan berkata "YA" nanti. Pastikan ianya jelas. Nyatakan sebab mengapa anda menolak sesuatu permintaan.

Elakkan dari memberi penjelasan berjela-jela. Berkata jujur sudah cukup. Jangan reka alasan untuk anda mengelak sesuatu. Sesungguhnya berkata benar itu akan selalu jadi jalan terbaik untuk menolak permintaan seorang kawan mahupun ahli keluarga kita sendiri.

Kadang kala anda mungkin perlu mengulangi "TIDAK" untuk beberapa kali sebelum seseorang itu menerima respon anda. Apabila berlaku situasi seperti ini, tekan je butang replay. Hihi.

Ulang "TIDAK" anda tu dengan tenang.

Walau bagaimanapun, berkata "TIDAK" takkan jadi mudah kalau pada kebiasaannya anda lebih banyak berkata "YA". Tapi belajar untuk berkata "TIDAK" adalah sesuatu yang penting dalam memudahkan kehidupan dan menguruskan stress kita.

Dengan mempraktikkannya, anda akan dapati yang berkata "TIDAK" akan jadi semakin mudah. Praktice makes us perfect!

Highlight di mana keutamaan anda. Andai permintaan terebut membebankan anda, atau memudaratkan, mula menyusun ayat dan katakan "TIDAK".

Selamat Tahun Baru Cina..!

Hubungi nuha utk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee Fubruari 2015

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Adbox