Assalamualaikum & hai.
RESEPI KUIH BAKAR
Kuih Bakar Versi SIL |
Ada yang panggil kuih bengkang. Tak kisah apa pun namanya.. yang penting inilah rupanya.
Dulu nuha ingat susahnya nak buat kuih bakar ni. Sebab mindset kata kuih tradisional memang susah nak buat. Ish ish.. kesian. Tak kenal maka tak cinta sungguh.
BAHAN-BAHAN UNTUK BUAT KUIH BAKAR (6 orang)
1) 1 cawan gula pasir
2) 1 cawan jus pandan (atau air + pandan essence)
3) 2 1/2 cawan tepung gandum
4) 2 1/4 cawan santan (atau 1 tin santan - 450ml)
5) 2 sudu besar mentega
6) 3 biji telur
7) 1/2 sudu teh garam
8) Pewarna hijau (option)
9) Bijan
CARA-CARA MEMBUAT KUIH BAKAR
1) Campurkan semua bahan dan blend/kacau/pukul hingga sebati.
Masukkan semua bahan |
Butter akan cair semasa dibakar nanti |
2) Masukkan 2 sudu besar minyak ke dalam loyang.
3) Panaskan loyang dalam oven.
4) Apabila minyak dah panas, masukkan adunan tadi dan taburkan bijan.
5) Bakar pada 180°c selama 60 minit.
Ini resepi asal kakak ipar nuha. Nuha skip step 2 dan 3. Masukkan adunan dalam loyang dan terus bakar. Tara.... ini hasilnya. Semudah A B C saja.
Retak menanti belah tapi sedap! |
Selamat mencuba hingga jadi pakar kuih bakar!
Hubungi nuha utk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.
Baca: Promosi Shaklee Fubruari 2015
Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
sedapnyaaa. sy suka kuih bingka ni. pakai magic pan boleh x? oven xde. huhu
ReplyDeleteoo nama lainnya kuih bingka ye rina? magic pan nuha tak sure pulak.
ReplyDeletewow pasti rasanya enak, saya suka bijan, terima kasih sudah berbagi informasi yang menarik dan bermanfaat
ReplyDeletesalam perkenalan yandi. InshaAllah moga sama2 kita beroleh manfaat :)
Delete