Blog Nuha Hayati

9 Kepentingan Untuk Menyusu Bayi Dengan Kerap Supaya Bayi Mendapat Cukup Susu

Penyusuan susu ibu, susu terbaik untuk bayi anda. Pelbagai ilmu tentang penyusuan susu ibu seperti teknik penyusuan susu ibu yang betul, cara pengendalian susu ibu, cara penyimpanan susu ibu, kebaikan susu ibu kepada ibu dan bayi, bagaimana untuk memperbanyakkan susu ibu dan ilmu-ilmu lain berkaitan dengan susu ibu.

Assalamualaikum & hai.

Dunia penyusuan susu ibu memang indah. Tersangat indah tak tergambar dengan kata-kata. Namun tanpa ilmu dan kekuatan kedua-dua watak utama (ibu dan bayi), penyusuan susu ibu mungkin akan terhenti separuh jalan. 

9 KEPENTINGAN UNTUK IBU MENYUSUKAN BAYI DENGAN KERAP

Penyusuan yang kerap perlu agar bayi mendapat susu secukupnya seperti yang diperlukan.

1) Berikan bayi anda penyusuan dengan kerap, sekurang-kurangnya 8 hingga 12 kali sehari, termasuk penyusuan di waktu malam, bukannya mengikut jam.
Penyusuan mengikut permintaan bayi. Ibu perlu tahu semakin kerap bayi anda meminta susu, makin banyak susu akan dihasilkan. 

Baca: 8 Kepentingan Penyusuan dengan Kerap

2) Perah (pam) susu selepas menyusukan bayi sekiranya masih ada susu.
Ini penting bagi memastikan payudara ibu betol-betol kosong supaya otak menghantar signal kepada badan untuk menghasilkan lebih banyak susu buat si kecil anda.

Pam Susu Selepas Menyusukan Bayi
Pam Susu Selepas Menyusukan Bayi - Google Image

3) Pastikan ibu mendapat makanan dan minuman berkhasiat serta rehat yang mencukupi.
Sangat penting bagi menjamin penghasilan susu badan yang secukupnya buat bayi. Ibu yang tidak mengambil atau menjaga pemakanan yang seimbang dan berkhasiat disarankan untuk mengamalkan pemakanan tambahan bagi melengkapi keperluan nutrisi seorang ibu menyusu.

Baca: 5 + 1 Ekor Ikan dan Ibu Menyusu

4) Jika ibu bekerja, beri penyusuan sebelum pergi bekerja pada waktu pagi dan sebaik sahaja ibu kembali ke rumah pada waktu petang.
Nuha yakin ramai ibu bekerja mengamalkannya. Lagipun seharian tak bertemu, si kecil pun dah rindu dengan mama masing-masing.

5) Jika boleh, gunakan double pump untuk memerah susu kerana ia menjimatkan masa dan menggalakkan penghasilan prolaktin.
Prolaktin adalah hormon yang paling penting dalam penghasilan dan pengeluaran susu ibu. 

Baca: 3 Tips Untuk Maintain Pengeluaran Susu Ibu

6) Semasa menyusukan bayi anda pada satu payudara, gunakan pam untuk memerah susu pada satu lagi payudara. 
Cara ini pun nuha kerap galakkan pelanggan-pelanggan nuha untuk amalkan. Tandem Nursing namanya. Nuha sendiri amalkan tandem nursing ni waktu nak tingkatkan pengeluaran susu dulu.


Image result for tandem nursing
Tandem Nursing - Google Image

7) Perah/ pam susu di tempat kerja.
Untuk ibu-ibu bekerja, dicadangkan agar ibu mengepam susu di tempat kerja sekurang-kurangnya 3 jam sekali untuk mengosongkan payudara ibu dan permintaan terhadap pengeluaran susu sentiasa ada. Ibu boleh mengamalkan jadual pam susu mengikut sifir 3.






Jadual Pam Susu di Tempat Kerja
Jadual Pam Susu di Tempat Kerja - Google Image
8) Susukan bayi anda secara terus dari payudara pada hari tidak bekerja.
Selain lebih mudah dan cepat, menyusu secara terus juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara ibu dan bayi.

9) Susukan bayi anda di waktu malam.
Penyusuan pada waktu malam adalah sangat bagus kerana hormon prolaktin adalah tinggi pada waktu malam. 

Hubungi nuha utk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee Mac 2015

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Adbox