Blog Nuha Hayati

Resepi Ayam Kukus Sedap lagi Berkhasiat Versi Nuha

Resepi ayam kukus cina, resepi ayam kukus sos tiram, resepi ayam kukus berempah, resepi ayam kukus cendawan, resepi ayam kukus madu, resepi ayam kukus halia, resepi ayam kukus herba dan pelbagai lagi variasi resepi ayam kukus.

Assalamualaikum & hai.

Baca: Resepi Ais Krim Buah Straberi

Harini nuha nak share resepi ayam kukus mudah versi nuha. Tak tahu nak bagi nama apa sebab nuha ada guna sos tiram, halia pun ada, cendawan pun ada. So nama resepi ni ada nama nuha sebab suka-suka nuha nak letak bahan apa.

RESEPI AYAM KUKUS VERSI NUHA

BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN (hidangan untuk 2-3 orang dewasa):

1) 4 - 5 Ketul ayam (dicuci bersih)
2) 1 Hirisan tebal halia (ketuk)
3) 1 Batang serai (ketuk)
4) 1 Labu bawang besar (potong bulat)
5) 3 - 4 Ulas bawang putih (ketuk)
6) 3 - 4 Sudu sos tiram
7) 4 - 5 Biji limau kecil (kasturi ke namanya - perah dan ambil jus)
8) 2 Helai daun limau
9) 1 Biji kentang (kupas kulit dan potong 8)
10) Lobak merak (hiris)
11) Cendawan tiram
13) Brokoli
14) Sawi Jepun
15) Bunga kubis
16) 2 Biji cili padi (lenyek jika mahu pedas)
17) Secubit garam
18) Sedikit air

Baca: Variasi Menu BBQ

CARA-CARANYA:

Senang saja walau bahan-bahan nampak banyak.

1) Campurkan sos tiram, sedikit air, perahan jus limau dan secubit garam. Kacau rata.

2) Masukkan ayam dan gaul rata. Boleh biarkan seketika sementara nak bersihkan dan potong sayur-sayuran.

3) Masukkan Serai, bawang putih, halia, bawang besar, kentang, lobak merah dan sayur sayur yang ambil masa untuk empuk.

Resepi Ayam Kukus Versi Nuha
4) Kukuskan campuran ayam dan sayur-sayuran tadi selama 15 minit.

5)Apabila ayam dah masak, tambahkan cendawan, cili dan sayur-sayuran lembut yang lain, sambung kukus selama 5 minit.

Tara....

Resepi Ayam Kukus Versi Nuha

Ayam Kukus Versi Nuha dah sedia untuk dimakan. Makan panas-panas memang sedap!

* Masa mengukus adalah bergantung kepada kuantiti dan saiz ayam
* Boleh tukar sayur-sayuran yang nuha guna mengikut kesukaan anda
* Boleh tukar ayam kepada ikan siakap atau kerapu atau apa-apa sumber protein kegemaran anda

Selamat mencuba!

Baca: Resepi Kuih Bakar Versi Nuha

Hubungi nuha utk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee Mac 2015

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Adbox