Tahu tak betapa nikmatnya dapat diy busana sendiri untuk majlis sekali seumur hidup sendiri? Diy memang seronok jika disertai dengan rasa cinta yang menggunung tinggi, salah satu aktiviti yang nuha sangat suka.
Assalamualaikum & hai.
Hari ini nuha akan sajikan anda dengan 3 entry sebagai denda kepada diri sebab nuha dah berhutang 2 entry untuk semalam dan kelmarin.
Ingat lagi entry nuha yang ini?
Baca: Patching Baju Nikah dan Veil
Dan nuha dah bagi sedikit teaser di entry ini?
Baca: Teaser - Baju Nikah Dia
Boleh klik link di atas untuk anda dapatkan sedikit tips kepada B2B yang ada misi untuk diy baju nikah sendiri. Segalanya tak mustahil, cuma perlukan ilmu, kesabaran dan kesungguhan.
Alhamdulillah, kawan nuha dah selamat diijab qabulkan dengan pasangan pilihannya pada 27 March 2015 yang lalu. Walaupun nuha tak dapat hadir ke majlis beliau, nuha dapat rasa 'keberadaan' nuha di majlis tersebut dengan hasil diy di busana pengantin yang nuha hadiahkan untuk pengantin.
DIY: Baju Nikah Untuk Dia |
DIY: Baju Nikah Untuk Dia |
DIY: Baju Nikah Untuk Dia |
Gambar ni lebih jelas. Nuha tolong jahitkan patch di bahagian kaki baju, tangan baju, detailing di bahagian dada dan 100% veil (potong, jahit tepi & patch lace).
DIY: Baju Nikah Untuk Dia |
Keluarga baru.. Tahniah Mie & Anip. Selamat menjalani kehidupan di alam baru, alam rumah tangga yang akan mendidik kita untuk menjadi insan yang lebih penyabar dan bertanggungjawab.
Sekali lagi nuha jelaskan bahawa nuha tidak mengambil sebarang tempahan menjahit veil, detailing atau menjahit apa-apa sekali pun.
Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.
Baca: Promosi Shaklee April 2015
Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
IG: hayati_nuha
#shakleetrustedagent
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.